Wednesday, July 13, 2011
Thursday, July 7, 2011
Sembang Kritis - Poligami
Nis: Pagi tadi ada terdengar di IKIM fasal lelaki nak berpoligami, kemudian ada insentif. Apa pendapat WAN tentang ni? 203307
WAN: Mula-mula bincang fasal insentif. Salah satu syarat wajib (eh jap, bukan syarat wajib. Tapi syarat yang membenarkan. Hari tu lupa nak tegur.) adalah MAMPU. Jadi bila diberi insentif maknanya sudah tidak mampulah, kan? Di situ sudah dapat dilihat ada yang tidak kena. Masalah ini timbul dari sifat orang lelaki itu sendiri. Mereka hanya tahu lelaki boleh berkahwin empat, tetapi tidak pedulikan perkara lain. 204143
Nis: You got the point. Nis rasa nak gelak dengar alasan diorang, insentif tu untuk isteri takut terabai. 204417
WAN: Okey, kenapa nak berpoligami? Pertama nak bantu kaum wanita. Macam mana nak bantu? Kalau perlukan insentif? Mungkin satu lagi sebab iaitu si isteri tak dapat berikan nafkah batin (betul kan?) daripada terbabit dengan zina lebih baik berpoligami. Satu lagi trend sebab tak dapat anak. Di sini juga ada kesilapan. Memanglah isteri yang mengandung, tapi tak bermakna yang mandul hanya boleh berlaku pada kaum wanita. 205126
Nis: Pensyarah Bio nis pesan, kalau bertahun-tahun kahwin tak dapat anak, mula-mula kena cek suami dulu. Sebab nak cek lelaki ada satu ujian saja. Kalau cek isteri, banyak benda yang kena diperiksa.. 205928
WAN: Pada Nis, Nis setuju tak nak berpoligami? Note: Poligami dan curang adalah dua perkara berbeza. 210420
Nis: Depend on the situation. Kalau tak ada tuntutan syarie, untuk apa berpoligami? 211406
WAN: Jadi topik poligami selesai. Kita nak berdebat, tapi sependapat. 212310
Nis: Next topic… 212652
NotaBuku:
23 Jun 2011
Wednesday, July 6, 2011
Tuesday, July 5, 2011
Sembang Kritis – Luar Negara atau Dalam Negara
Kes (dibuka oleh Nis): Apa pendapat WAN tentang orang yang sibuk nak melancong ke luar negara, tapi di kawasan rumah sendiri pun dia boleh tersesat? 181943
WAN: Nak buat macam mana kan, masa di tempat lain baru nak GPS. Di tempat sendiri tak ada signal. 182148
Nis: Bukan fasal GPS atau tak. Tapi maksud nis, dia lebih banyak tahu tentang tempat orang. Tapi bila orang tanya fasal tempat menarik di tempat dia, dia tak boleh jawab. 182423
WAN: Pertama, gaya hidup. Bila di tempat kita, kita akan lebih fokuskan kepada kerja atau belajar. Malam tidur. Gila ke apa balik-balik kerja pukul 7 nak pergi jalan-jalan. Penat kot.
Bila kita bercuti, kita ada banyak masa untuk explore. Terutamanya bila berjauhan dengan tempat kerja atau belajar. Tak payah fikir apa-apa. 183619
Satu lagi, sudut pandangan. Contohnya, WAN fikir tempat menarik ada kaitan dengan pembangunan. Tapi ada orang fikir tempat berkelah, tenangkan fikiran. Macam hari tu masa gathering diorang ada tanya ada apa tempat menarik di Taiping? WAN cakap Taiping Sentral adalah.
Tak terfikir pun fasal sungai. Sebab dari sudut pandangan WAN, sungai tu biasa saja. Tiap-tiap minggu pergi. Taman Tasik? Tak ada beza pun dengan Padang Polo. 184230
Nis: WAN nampak tempat yang membangun sebagai tempat menarik, tapi pilih tempat yang berpulau untuk melancong? Hmm.. Nice combination. 185018
WAN: Yup! Sebab pulau adalah salah satu tempat yang dibangunkan. Antaranya Underwater Aquarium. Mustahil tempat seperti itu tak dimajukan, kan? 185533
Nis: Ok. Alasan cukup kukuh. 190335
WAN: Fuh terselamat. Padahal WAN nak pergi kawasan pulau teringin nak makan makanan di sanaa. Alah, makanan macam sotong kering, sate ikan, keropok. Kemudian lepak dalam hotel atau chalet. Macam mana WAN boleh nak pergi Underwater Aquarium sedangkan kedai WAN sendiri pun kedai akuarium? 190822
NotaBuku:
1. PWNed!
2. Berdasarkan perbincangan sebenar pada tarikh 22 Jun 2011
Monday, July 4, 2011
Sembang Kritis – Layanan Isteri Terhadap Suami
Kes (dibuka oleh Wartawan AnoNymous - WAN): “Perempuan Kena Layan Suami Macam Pelacur Kelas Pertama” 184720
Nis: Cara orang menisbahkan kepada pelacur kelas pertama tu menggambarkan penghinaan. Isteri yang dinikahi dengan cara halal tiba-tiba dikatakan layanannya tidak sama standard dengan pelacur? *orang takkan peduli pelacur tu kelas berapa*
Apa sebenarnya yang suami nak dari isteri sampai perlu isteri tu belajar layan suami macam pelacur layan pelanggan? Kalau dinisbahkan kepada layanan isteri-isteri nabi tak adalah perempuan rasa terhina. *Macam mana diorang tahu cara pelacur layan pelanggan? Mesti diorang pernah langgan kan..* 185847
WAN: Yang kata tu kalau tak silap orang perempuan sendiri. Orang putih cakap, “You are like an angel” tak pun “every successful guy, there’s a girl behind them”. Tapi orang kita? 191726
Nis: Nis terbaca fasal layanan pelacur kelas pertama ni kalau tak salah dalam buku Ustaz Hasrizal – pembacanya majoriti perempuan. Tapi bukan perempuan (isteri) dinisbahkan dengan pelacur kelas pertama, sebaliknya diceritakan, pelacur dikatakan setiap kali terima pelanggan akan mandikan pelanggan – perbuatan ni dilakukan oleh isteri nabi tapi isteri zaman sekarang tak buat. Lepas dimandikan, pelacur tu akan potongkan kuku pelanggan – pun dibuat oleh isteri nabi tetapi tidak oleh perempuan zaman sekarang. 195405
Beza isteri nabi dan perempuan zaman sekarang : perempuan zaman sekarang ramai bekerja cari nafkah untuk keluarga, balik rumah kadang-kadang lagi lambat daripada suami; isteri nabi kebanyakan masa duduk di rumah menguruskan rumahtangga.
Beza isteri dengan pelacur : isteri cuma dibayar maskahwin sekali seumur hidup (kecuali kalau dah cerai kemudian gila talak) tapi pelacur dibayar mengikut tempoh langganan.
Memang hak suami untuk dilayan sehabis baik, tapi isteri juga ada hak ke atas suami supaya dilayan dengan baik. Kalau isteri penat bekerja dan uruskan rumahtangga, suami pun kena faham-fahamlah. 195455
WAN: Jadi ada persamaan. Tapi isteri Nabi buat semua tu kerana mereka seorang isteri. pelacur pula tentulah kerana wang. Sepatutnya perlu kata “seorang isteri perlu layan suami mereka seperti seorang isteri nabi”lah kan? 200315
Nis: Better. Satu lagi, kalau nisbahkan isteri dengan pelacur, bererti isteri tu dikongsi dengan lelaki lain dan layan lelaki lain dengan cara sama (?). Cuma lelaki dayus yang sanggup tengok/buat. 201443
NotaBuku:
Ditulis berdasarkan perbualan pada tarikh 21 Jun 2011.
