aku mahukan teman
aku perlukan teman
duniaku sunyi
melainkan dunia yang aku cipta sendiri
ibu selalu takut-takut
ibu kata aku sudah hilang akal
bercakap sendirian
jadi apa yang harus aku perbuat
sebelum aku benar-benar gila?
dunia aku
dunia sunyi alam mimpi
alam imaji
duniaku
Cahaya Idaman
Haruskah
dan sekarang
Tanpa Sempadan
aku mahu teman
aku perlu teman
untuk mengurangi sakitnya
kala hatiku ditusuk
saat kepalaku ditimpa angin berat
dan jantungku kian lemah
nafasku makin singkat
Saturday, May 29, 2010
3 bulan
Apa yang tiga bulan? Radhiah tiga bulan? Oh, salah. Radhiah sekarang umurnya tiga bulan + seminggu.
Tiga bulan, sebelum mencecah usia 20. Dan hari ini ibu asyik marah-marah. Semalam juga, dan hari sebelumnya, dan hari sebelumnya. Dan ibu mengira hari. Ibu kata umur nis sudah 21.
[Terasa mahu gelak besar-besar, tapi aku menangis. Sebab aku sakit tanpa ada orang mahu tahu. Aku sakit tanpa ada orang mahu percaya. Barangkali aku perlu sakit seperti Fida Aishah, atau dia, baru ada orang percaya bahawa aku sakit.]
Ibu kata aku sakit jiwa. Apa salahnya kalau aku sakit jiwa? Aku bunuh siapa? Aku hanya bunuh diri aku sendiri, kerana aku diamkan semuanya sejak dahulu. Mujur ada teman kecil sang pena dan abangnya sang kertas di sisi. Dan ke sinilah akhirnya aku curahkan supaya sakitku berkurang.
Tapi migrain tak akan berkurang dengan hanya coretan. Apa harus aku buat? Melihat panadol ibu empat lima papan itu membuatkan aku terfikir untuk menelan kesemuanya.
[Kalau aku dibawa bertemu psikiatris, pasti aku ditahan di Tanjung.]

Thursday, May 27, 2010
Dalam Kenangan
Membaca blog Fida Aishah mengingatkan nis pada sebuah blog yang sekarang sudah tidak ada. Penulisnya mungkin sudah tiada. Tapi isi blog itu rasanya masih ada disimpan, dalam blog satu lagi.
Rentak Kehidupan. Blog pertama yang nis jadi pembaca setia, tapi nis tak pernah tinggalkan apa-apa komen dalam blog itu. Masa itu nis belum tahu apa itu follower. Apa itu silent reader.
Rentak Kehidupan. Nadinya memang seorang perindu kehidupan. Perindu kehidupan normal seorang insan. Setiap entrinya mengandung makna. nis syak penulisnya seorang lelaki. Tetapi isinya sangat peribadi dan menyentuh hati ke hati. Jarang benar menemukan penulis lelaki seperti itu. Isi coretannya benar-benar "berisi". Tulisan Sang Perindu memberi makna dalam kehidupan nis yang ketika itu sangat sunyi.
Mungkin ada yang pernah menulis di hellobebeh. Alhamdulillah nis sempat membaca entri terakhirnya yang mengandungi pesanan-pesanan buat semua pembacanya, dan ingatan kepada setiap penulis yang menggunakan servis blog hellobebeh untuk membuat backup blog, dan nis salin kesemua entrinya yang nis pernah baca dan belum pernah nis baca ke dalam blog pertama nis, sebagai draf entri. Hanya itu kenangan terakhir dari Perindu.
Sang Perindu. nis buat carian sebentar tadi. Rupanya Kak Kujie salah seorang contact Sang Perindu di MyBlogLog. Mungkin dahulu nis pernah terjumpa Kak Kujie, tapi nis tak perasan.
Sang Perindu. Apa yang dirindukannya, nis tak tahu. Yang pasti dia menghabiskan sisa hidupnya dengan memotivasikan orang lain. Dari pembacaan, nis simpulkan Perindu sedang sakit. Sakit yang membawa maut. Dan dia, menyedari hakikat itu, cuba menamatkan penghidupannya dengan baik.
nis bukan mendoakan Fida supaya cepat-cepat meninggalkan alam, mengekori jejak nenda yang baru pulang. Kasihan ibunya. Kasihan ayahnya. Nurl Fida Aishah Umaira, anak tunggal, bukan? Anak yang penuh dengan harapan. Penuh dengan impian. Semoga selamat selamanya.
nis harapkan teman-teman yang nis temukan di alam maya ini kekal bersama.
p/s: Hari ini buka GB, nampak senarai nama penyambut hari lahir. Ada tiga orang. Yang di tengah adalah unrestmind. Semoga dia ditempatkan bersama yang soleh.

Tuesday, May 25, 2010
Aku Rasa Kelakar..
Hari ini adik serahkan dua surat ke tangan nis selepas ayah pulang dari kerja. Surat tawaran, ke program diploma.
Kenapa kelakar?
1. nis pelajar B.Sc. (Hons.) (Management Mathematics) UiTM. Gatal tangan memohon program diploma.
2. Dua sampul kedua-duanya dari Twintech. Ada kesilapankah?
Sebab kedua buat nis hampir sakit perut. Kalau tarikhnya berlainan tidak apalah. ini tarikhnya sama. 11 Mei 2010 dihantar, diterima pada 21 Mei.
Baru perasan. Sistem pos UTP jauh lebih baik daripada dahulu. Masih teringat lagi, borang dan surat tawaran matrikulasi nis dahulu lewat sebulan sampai ke rumah. orang lain sudah selesai urusan, nis baru dapat surat pada hari Selasa minggu sebelum masuk kolej, sehari selepas pulang dari kem PLKN di Selama.
Apa-apa pun, tetap sayang UiTM.
Mungkin nis lebih sayangkan UiTM daripada UTP tempat mermukim selama 5 tahun. Buktinya? nis baru tahu Kompleks Canselor itu apa sahaja isinya. Baru tahu Dewan Senat ada di tingkat empat di atas perpustakaan. Baru tahu di mana Pocket D, Pocket C.
Ya. Mungkin itu benar. UiTM di hatiku.

Diam
Buka indeks entri GB hari ni [macam biasa, untuk bw] banyak orang buat entri pasal [Diam]. Jadi nis pun nak buat juga. Boleh tak?
tapi hanya satu ayat sahaja untuk itu.
tapi hanya satu ayat sahaja untuk itu.
Bila aku diam, aku hampir jadi mereng; bila aku tidak diam, orang hampir jadi mereng - apa yang harus dilakukan?
Sunday, May 23, 2010
Pengumpul
Kumpul apa? Setem? Lapuk! Buku? Belum cukup dana.
Hahaha.. Aduh! Tak tahu siapa yang memperkenalkan laman ini beberapa hari lepas. Tapi lihat ini:
988,680How Many Germs Live On Your Keyboard?
Hahaha...
Okey. Modem sudah dituntut. Jumpa lain kali.

Monday, May 17, 2010
Perihal Tag dan Rajuk
Baru tulis satu entri pendek tentang malas kemaskini blog, sudah dua orang follower lari. Semalam 126, hari ini 125 orang.
Sebab muka Biel di follower ke 125. Haha..
Yalah. Nis bergurau sedikit pun susah.
Apa sebenarnya tujuan berblog? Hendak cari followerkah?
Tidaklah. Biarkan mereka-mereka yang merajuk itu.
Blog baru sempat dikemaskini tiga kali sahaja sebelum ini untuk bulan Mei sebab nis kerja sejak Isnin lalu. Balik dari kerja, otak sudah penat dan hanya mahu fikir tentang katil.
Nanti bila ada idea baru, nis akan kemaskini lagi, ya?
Oh, sebelum terlupa. Karya Hanis Aleeya sudah dikemaskini. Sila skrol ke atas, di sebelah kanan pada sidebar ada link untuk ke sana. Di kotak "MyBlogspot: Sila Singgah". Silalah singgah. Jangan lupa tinggalkan komen, ya. Di sana tidak ada kotak untuk menjerit-jerit. Suasananya tenang. Jadi, menjeritlah puas-puas di sini. kotak untuk menjerit ada di sebelah kanan blog, bergantung pada sisi kanan. Kaunter pertanyaan pula ada di sidebar. Tanyalah sepuas-puasnya apa yang hendak ditanya. Nanti nis akan buat satu entri khas untuk formspring.
Lagi satu. nis masih ingat janji pada seseorang beberapa hari lepas.
Sila layan soalan-soalan di sini. Skrol ke bahagian bawah sekali untuk membaca soalan survey.
Ini pula, tag yang sudah berbulan-bulan daripada HyperPlasma.
nis tak tahu hendak tag siapa, jadi nis biarkan sajalah. Lagipun, rasanya sudah ramai yang ada anugerah ini, bukan?
Kenapa 125 orang? Sepatutnya 124 orang.
Sebab muka Biel di follower ke 125. Haha..
Yalah. Nis bergurau sedikit pun susah.
Apa sebenarnya tujuan berblog? Hendak cari followerkah?
Tidaklah. Biarkan mereka-mereka yang merajuk itu.
biarkanlah saja dirikuSekarang musim cuti di kampus-kampus universiti awam Malaysia. Tapi di UiTM, semester baru akan bermula esok. Semester sebulan atau lebih dikenali sebagai intersesi.
sendirian tanpamu
Blog baru sempat dikemaskini tiga kali sahaja sebelum ini untuk bulan Mei sebab nis kerja sejak Isnin lalu. Balik dari kerja, otak sudah penat dan hanya mahu fikir tentang katil.
Nanti bila ada idea baru, nis akan kemaskini lagi, ya?
Oh, sebelum terlupa. Karya Hanis Aleeya sudah dikemaskini. Sila skrol ke atas, di sebelah kanan pada sidebar ada link untuk ke sana. Di kotak "MyBlogspot: Sila Singgah". Silalah singgah. Jangan lupa tinggalkan komen, ya. Di sana tidak ada kotak untuk menjerit-jerit. Suasananya tenang. Jadi, menjeritlah puas-puas di sini. kotak untuk menjerit ada di sebelah kanan blog, bergantung pada sisi kanan. Kaunter pertanyaan pula ada di sidebar. Tanyalah sepuas-puasnya apa yang hendak ditanya. Nanti nis akan buat satu entri khas untuk formspring.
Lagi satu. nis masih ingat janji pada seseorang beberapa hari lepas.
Sila layan soalan-soalan di sini. Skrol ke bahagian bawah sekali untuk membaca soalan survey.
Ini pula, tag yang sudah berbulan-bulan daripada HyperPlasma.
nis tak tahu hendak tag siapa, jadi nis biarkan sajalah. Lagipun, rasanya sudah ramai yang ada anugerah ini, bukan?
Friday, May 14, 2010
Thursday, May 6, 2010
Makhluk Kecil Itu..
Dua, tiga hari ini ada satu makhluk yang mengengek dan merengek di telinga..
Dan hari ini dia masuk lagi ke bilik nis..
Ya, gambar pertama yang disebarkan kepada dunia..
Ma kata muka Dhiyah macam muka nis masa kecil. Cuba cari album gambar lama [album nis seorang sampai 2 album besar. Anak sulung katakan..], tapi tak ada dalam kotak album di bawah rak tuala ma. Agaknya ma lerak dalam almari belah atas kut.
Masa di Kangar minggu lepas, ada orang tanya..
Ya, kakak dah nak masuk umur 20 tahun, adik baru 2 bulan. Macam tak percaya je orang tu.. Tapi dia tak komen apa dah lepas tu. Mungkin sebab isteri dia ada situ kut. ISteri dia pun tengah mengandung. Kalau ikut saiz, mungkin dalam 6 bulan..
Dan hari ini dia masuk lagi ke bilik nis..
![]() |
| Radhiah Mardhiyyah |
Ma kata muka Dhiyah macam muka nis masa kecil. Cuba cari album gambar lama [album nis seorang sampai 2 album besar. Anak sulung katakan..], tapi tak ada dalam kotak album di bawah rak tuala ma. Agaknya ma lerak dalam almari belah atas kut.
Masa di Kangar minggu lepas, ada orang tanya..
"Ini mak dia ke, mak cik dia?"Rasa nak gelak pun ada, rasa nak marah pun ada. Nis jawab la, "Kakak,"
Ya, kakak dah nak masuk umur 20 tahun, adik baru 2 bulan. Macam tak percaya je orang tu.. Tapi dia tak komen apa dah lepas tu. Mungkin sebab isteri dia ada situ kut. ISteri dia pun tengah mengandung. Kalau ikut saiz, mungkin dalam 6 bulan..
Tuesday, May 4, 2010
Dah Tak Ada
Semua penyeksaan itu sudah berlalu.
Kehidupan seorang pelajar berakhir hari ini.
Jalan ke Stesen Tren Arau, siap lambai-lambai keretapi yang lalu.
Kalau diikutkan, memang dah boleh balik hari ini.
Tapi entah kenapa rasa nak balik esok.
Siap telefon ma pagi-pagi cakap nak balik esok.
Akhirnya blog ini berupdate juga selepas hampir sebulan. Tak adalah bersawang sangat, kan? Hotel City nis lagi dahsyat. Siap berlipas lagi.. Hahaha...
Keluar dari dewan tadi, terus terjah internet UiTM di bawah tangga PDJH. Walaupun tahu blog tak boleh dibuka, nis buka juga blogger.com. Paling tidak tahu juga apa yang berlaku keada kawan-kawan nis.
Dan entri pertama yang menarik hati, hasil nukilan Ann. Kenapa? Baca di sini.
Sejak masuk GB, adik nis bertambah-tambah. Walaupun sebenarnya bukan adik.. Hahaha..
Dua orang geng GB yang jadi adik nis,
Ann
[Dan sebenarnyaku mengharapkan.. nis lagi muda dari diorang.. Hahaha...]
Ok. Cukup. Nak enjoy kejap. Lepas ni ada tugas yang perlu diselesaikan. Blogwalking.
{Rindu GB sangat-sangat}
Kepada manusia-manusia yang bertuah, nama anda disenaraikan untuk projek terbaru nis. Nantikan, ya!

[Dan sebenarnya

Subscribe to:
Posts (Atom)