Friday, December 17, 2010

Apa Kata Abang Kodok Tentang Blog?

Link asal

aku suka berbelog sebab aku suka menulis,
aku suka berbelog aku suka merapu
aku suka berbelog sebab aku suka luah melalui tulisan
aku suka berbelog sebab aku suka baca penulisan orang lain
aku suka berbelog sebab aku dapat belajar sesuatu tentang orang lain
aku suka berbelog sebab aku dapat kawan yang suka menulis macam aku
aku suka berbelog sebab aku tak suka laman sosial lain..FB, tweeter, netlog, myspace apa ke jadahnya aku tak ada sebab aku tak suka...
aku berbelog bukan pasal aku nak cari jodoh (ya ke)? macam orang lain cari jodoh didunia alam maya.

aku berbelog tapi aku tetap buat keja
aku berbelog keja aku tetap siap
aku berbelog aku sempat bermasyarakat
aku berbelog aku tak main judi, bercucuk tanam, atau buka restoran...

Tuesday, December 14, 2010

[Kontest] Ke Mana Hilang Duit Kasut?

Ali ingin membeli sepasang kasut yang harganya RM97.00.

Klik untuk ke laman kontest.

Ali tiada duit lalu dia meminjam daripada maknya sebanyak RM50 dan daripada kakaknya pula sebanyak RM50.

Seterusnya, dia pergi ke kedai dan membeli kasut tersebut. Baki RM3 diberikan kepada maknya RM1, kakaknya RM1 dan dia menyimpan lagi RM1.

Lalu dia mengira hutang kepada maknya tinggal lagi RM49 dan kepada kakaknya juga RM49. Setelah dicampur RM49+RM49+RM1 = RM99.. Bukan RM100.

Soalannya disini, kemana menghilangnya RM1 lagi. Sampai sekarang Ali masih pening dan biol untuk memikirkan masaelah dia ni.. Ada sesapa yang sudi bantu Ali?
 
Jawapan:
Cara mengira sepatutnya bukan dari belakang tapi kira balik dari depan.

Bila dikira balik RM97+RM1+RM1=RM99, jumlah wang yang telah Ali gunakan. RM1 masih berada di tangan maka jumlah keseluruhan adalah RM100. Tak ada duit yang hilang, cuma pengiaan yang salah.

Sunday, December 12, 2010

Aku Rindu Zaman GB

Nak letak semua printscreen yang masih nis simpan kat sini. Tak kira kalau ada orang nak marah ke apa. My blog my home. Tak ada sebab nak marah kalau setakat letak printscreen di blog sendiri. Tak masuk akal!

www.gengblogger.com 2010-7-14 0-30

Mijae duduk berdua di karpet. Bila aku jadi paparazzi.. Hahaha…

  banyak lak tuh

Bila dah ada orang mula meroyan macam aku. =.=” Eciz pun sama. Siap berlawan lagi rekod nis dengan rekod eciz. Hari ni tiga papan, esok empat papan.. Lima, enam.. Hahaha.. Dasar mak jaga karpet betul.

Eh, bukan dia seorang, ya! Ramai lagi yang meroyan macam ni!

Tapi yang mulakan penyakit meroyan ni.. Err.. Errr…

 bmijae

amijae

 cmijae

 dmijae

emijae

famijae

Permulaan sengketa tanpa sengaja. Nis geram dengan Mijae sebab tu mengaku minat Hyp. Tiba-tiba, “Eh? Mamat ni tak faham sarkastik ke?”

Dan ada seorang lagi, tak habis-habis dengan “Double H”nya. Sejak tu nis tak pakai nama hanis_aleeya di karpet. Pakai anis_aleeya lebih selamat.

curi nama

Aku geram bila ada manusia macam ni. Lepas tu tup-tup hilang? 

 fbmijae

Seronok dapat ugut orang. Erm.. Teringat novel tu belum siap lagi.

=.=” Baru perasan “Jangan printscreen yang ni,”. Tapi dah terlambat. Hahaha.

 haha

 haha2

Lagi satu meroyan. Aku gelak sampai sakit perut. Nak masuk malas.

 hyper

Aku kutuk kau kau kutuk aku. Terima kasih.

 kapet 1

 kapet 2

Bila karpet sunyi tak ada orang.

 kutuk

Hah! Kutuk aku lagi!

 nazri1

 nazri2

Ni lagi bahaya meroyan dia. Siap boleh ada watak A watak B watak C, D segala.

 Rbx

Yang paling aku rindu, Ampuan Awang teman puitis aku yang terbaik. Namanya di atas sekali itu. Sekarang masih lagi terkadang sengaja bersikap sarkastik di komen dinding mukabukunya dan dia tidak pernah melenting. Aku panggil dia arjuna dan sering kirim salam kepada isterinya yang aku gelar serikandi. Sama padan sama sesuai.

Dan di bawah itu, bemie, salah seorang teman rapatku di sana.

www.gengblogger.com 2010-7-5 2-16

www.gengblogger.com 2010-7-5 1-54

Bila aku dan arjuna bersembang tak ingat dunia dibuatnya.

Eh, siapa perasan nama namidansa di atas sekali itu?

 www.gengblogger.com 2010-7-2 10-38

  Ni zaman aku meroyan sorang-sorang dalam karpet. GB terasa aku yang punya.

[Maaf aku tak mencarut. Tengok satu papan dari atas kata nak mencerut tak tercarut-carut. Aku bukan manusia yang suka mencarut. Bercakap aku-kau pun rasanya baru kebelakangan ni saja. Praktik itu pun cuma di karpet. Gua-lu sebab pengaruh Geng Malam.]

Dan satu potongan kata dari seorang teman baik aku dahulu:

I wish you can handle and listen to my honest answer/thought/question maturely but sometimes and most of the time you can't. Therefore I turn to strangers. - Kazuma Yoshiyuki [14062010 0319]

Sekarang gagalivechat bahasa Inggeris dah tak ada. yang ada cuma bahasa Korea sahaja. Kalau tak memang nis letak dalam blog ni. Dan GB sudah bebas daripada karpet chat.

Pos lepak terbaru: www.gomofm.org.

Pos lepak kedua selepas GB: Warungchat

NotaBuku:

Aku harap tak ada manusia meroyan tengok nama dia dalam blog ni. Yalah, ada sekali satu makhluk tu meroyan suruh nis padam semua entri yang kononnya ada kaitan dengan dia. Hey, this is my blog! Oh ya, senang! Kalau dia meroyan nak letak link dia di sini. Serius aku tak main-main biar semua tahu siapa yang meroyan tu. Aku tak ganggu kau pun, okey? Blog kau aku follow dan aku baca tapi aku tahu tak ada gunanya aku komen. Nak suruh aku unfollow? Mungkin nanti bila aku buat pembersihan bloglist.

Thursday, December 9, 2010

[Tutorial Separuh Jalan] Bahan-bahan Membuat Banner Blog

Hari ini nis nak ajar cara-cara membuat banner. Tengok banner yang nis letak di kolum tepi. Di atas sekali adalah banner terbaru yang nis siapkan beberapa jam yang lalu.





Klik untuk ke laman promosi.

Ok. Sediakan bahan-bahannya.

Seorang pemberi arahan. Dalam hal ini, penganjur kontest.
Kalau yang ini tak ada tak jadi juga, kan?


Paling penting kena ada Adobe Photoshop [atau perisian yang seumpamanya].
Nis juga pakai Photoscape. Lebih kurang Adobe Photoshop tapi lebih simple.
Disebabkan nis convert satu video untuk memudahkan kerja penyediaan frame, nis perlukan converter video ke .jpg.
Paling penting sekali...

Tak percaya?
Ya, kalkulator supaya banner tak terlalu cepat dan tak terlalu lambat untuk dibaca sehingga membosankan orang yang melihat. Lainlah kalau saiz banner sebesar alam, semuanya boleh dimuatkan dalam satu frame sahaja.

Dan yang terakhir...

Untuk mengupload gambar.
Sekarang anda sudah bersedia untuk membuat banner. Kalau rajin nanti nis tunjukkan cara membuatnya pula.

NotaBuku:
1. Nak ikut, tak nak ikut?
2. Kau ni suka buat orang geramlah, anis.

Monday, December 6, 2010

[Ben Ashaari] Bila Blog Dah Popular

Haaa.. Inilah dia... Bila nak sangat popularkan blog tu.. Nasib baik blog yang popular. Kalau orang yang popular??? 

Berikut adalah kesan sampingan bila blog dah popular ..
  1. Bila letak gambar kawin  .. ala.. jual muka boleh la ...
  2. Bila tukar gambar lain , ala.. tukar la gambar tu balik ..
  3. Bila entri pendek ... ele.. entri pendek pendek je.. cam ni best ?
  4. Bila ramai orang masuk ... apa yang best eh blog ni ???
  5. Bila entri cerita peribadi .. weh lu ingat lu artis ke orang nak tau lu makan apa ??
  6. Bila cerita pasal politik .. weh .. lu ngan anwar ada skandal ke ? Ke ada kabel ngan najib ??
  7. Bila cerita pasal filem .. ada latar belakang perfileman ke ?
  8. Bila cerita pasal blog ... hekler.. blog pon cam kartun .. ada hati nak ajar orang ..
  9. Bila tak tulis apa apa ... weh..dah popular baru nak biar bersawang ??
  10. Bila tutup blog ... hOyehhhhh ... sapa nak popular lak pasni ?? Mari kita serbu ramai ramai ... kasi dia patah semangat !! Barulah maju negara kita ...
Bak kata abe nabil yang suka cium tu .. TAK YAH PIKIR APA APA DAH.. LU CIUM JE LA SENDIRI !!

NotaBuku:

Tag: 25 Fakta

Ditag di sini.

Once you have been tag, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, or goal about you. In the end, choose 25 people to be tagged. If I tag you, its because I want to know you more."

1. Berblog sejak tingkatan 4. Blog pertama masih disimpan.
2. Masih belajar di UiTM [kedekut] di hatiku. Hahaha..
3. Gila Buku. [Rujuk entri sebelum ini.]
4. Dah siapkan dua novel tapi malas nak bertekak dengan editor.
5. Sangat minat bidang Undang-undang, Psikologi, sejarah, Antropologi; tapi tersekat dalam Matematik Pengurusan. Huhuhu.. Jauhnya.
6. Sudah sampai ke semua negeri di Malaysia kecuali Sabah dan Brunei.
7. Kalau masuk ke kedai buku besar boleh sesat berjam-jam tanpa risaukan apa-apa. Hahaha..
8. Tinggal di utara selama tiga tahun tapi tak pernah menjejak sempadan ataupun Langkawi =.="
9. Suka tulis novel dan blog.
10. Suka ambil gambar tapi tak suka ditangkap gambar.
11. Kalau orang yang tak kenal akan rasa pelik bila jumpa nis pakai baju kurung. Tapi orang yang dah lama kenal akan rasa pelik bila tengok nis tak pakai baju kurung.
12. Cuma ada satu seluar slack untuk dipakai dalam program yang mewajibkan pakai seluar.
13. Tak pernah lagi pakai jeans sejak umur 6 tahun. Masa kecil? Ada kut.
14. Cuma pernah tengok wayang sekali. Twilight:Eclipse.
15. Berat badan susah sangat nak cecah 50. Setiap kali cuti berat akan berkurang. Eh?
16. Rekod tak tidur 72 jam. Ops!
17. Bila terserempak dengan sesiapa orang kata budak sekolah. Tapi bila di alam maya orang anggap umur nis sekitar 22-25.
18. Sangat malas nak balik cuti.
19. Sarkastik? Memang. Nak rasa ke?
20. Ini jarak umur nis dan adik no 9.
21. Orang selalu lupa saya Peers [PRD, PRS]. Tapi bila mereka ingat saya Peers mereka lupa saya juga manusia.
22. Pelat? Memang. Ily Fira akan cakap "anis, sebut rrrrrrrrr," setiap kali dia dapat tau nis masuk konti :(
23. Lagi sanggup jalan kaki daripada naik kereta.
24. Suka jadi DJ bisu. Hahaha.. dasar malas cakap. Tak nak dengar DJ auto spin lagu keling banyak sangat.
25. "Adik-adik" alam maya selalunya lagi tua dari nis. Hahaha.. "Tak nak jadi kakak. Nak jadi adik juga!" <-- ayat Anastasia Ann.

Sunday, December 5, 2010

Bila Gila Buku..

Baru sampai di rumah dari KL, menjenguk adik no. 7 yang sedang mengikuti program Permata Pintar anjuran pelajar-pelajar UKM di kampus utama UKM di Bangi.

Tadi sempat ke Alamanda Putrajaya. Sepanjang jalan teringat Ben Ashaari yang baru bertemu beberapa blogger di sana.

Bila masuk ke bahagian selatan..

“Ah, ini syurga buku namanya,”

Sempat merayau di sana hampir dua jam. Itu baru di ruang legar, belum di lot kedai lagi.

Dan..

 

DSCN0731DSCN0732

Buku Kak Hani aka Mamy

DSCN0738

Buku Xarine aka Khairi

 DSCN0791

Salah satu buku dalam paparan yang menarik.

 DSCN0743

Buku hasil nukilan Dr Hj Faisal Tehrani

 DSCN0744

SN Abdullah Hussain

 DSCN0745

Buku yang membantutkan hasrat menerbitkan Haruskah. Aduhai, ceritanya benar-benar hampir sama. Yang berbeza mungkin tahap kedewasaan dalam cerita. Dan nama puteranya juga sama. Adam. Tapi Adam Qushairy memang nama asal dalam Haruskah versi pertama yang ditulis kawan nis pada tahun 2004.

 DSCN0746

Ayah letak di tangan nis, nis letak balik di rak. Ingatkan malas hendak membaca novel sekarang. Rupanya adik ambil semula dan ibu bayar. Ah, mungkin ini akan jadi aktiviti musim cuti.

 DSCN0747

Salah satu buku yang hangat diperkatakan sekarang.

 DSCN0748

Sains fiksyen yang menarik muka hadapannya. Tak tahu apa isinya sama seperti kulitnya.

 DSCN0749

Buku kegemaran nis. Satu inovasi karya yang menarik hasil nukilan Zaid Akhtar.

 DSCN0752

Kompilasi buku Ustaz Hasrizal Jamil.

 DSCN0753

Buku pertama dan kedua dalam kompilasi [Aku Terima Nikahnya]

 DSCN0754

Suka buku seperti ini sekarang.

 DSCN0755 

Juga hasil tulisan Ustaz Hasrizal.

 DSCN0758

Nukilan Aidil Khalid. Salah satu cerpen bukan cinta yang termuat dalam majalah Remaja. Edisi ke berapa nis tak ingat. Tapi nis tertarik untuk baca sebab tajuk cerpennya [potongan dari salah satu bab buku ini] sama, Bila Nysrah Kata Tak Mahu. Sejak itu nis cari siapa dia Aidil Khalid. Graduan UiTM dalam bidang Undang-undang. Kalau tak silap sekarang sedang buat Sarjana. Cemburu? Ya, cemburu. Nis minat Undang-undang, tapi rezeki bukan ke sana.

 DSCN0759

Salah satu buku dari trilogi The Princess. Mula baca The Princess pada 2004, baru tamat semester lepas. 6 tahun untuk mencari balik buku-buku siri ini. Kisah benar daripada salah seorang puteri diraja Saudi Arabia, ditulis semula oleh Jean Sasson.

 DSCN0760

Satu lagi buku Jean Sasson, tapi belum sempat baca.

 DSCN0761

Buku klasik? Siapa tak kenal William Shakespeare?

 DSCN0762

Baru pertama kali nampak buku ADAM di kedai buku. Cetakan baru. Kulit baru. Tapi nis dah ada. Terima kasih, Kodok.

 DSCN0763

Tulisan Ustaz Pahjrol Mohd Juoi. Menarik juga isinya.

 DSCN0764

Err.. Yang ini tak ada kaitan. Hahaha..

 DSCN0765

Ya, Tuhan itu dekat.

 DSCN0766

Sinergi. salah satu buku motivasi tulisan belia.

 DSCN0767

Nora, salah seorang penulis yang menulis dalam kolum di majalah Anis.

 DSCN0770

Ustaz Pahrol? Macam tak percaya, kan? Haha.. Tapi isinya menarik juga.

 DSCN0771

Ini ternampak dalam kategori diari. Cantik. Menarik. dan penuh motivasi.

 DSCN0772

Habiburrahman El SHirazy. Rasanya pernah datang ke UTP. Kalau tak salah. Penulis Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2. Sedang menunggu sambungan KCB, Dari Sujud ke Sujud.

 DSCN0773

RIndu Andalusia.

 DSCN0774

Salah satu buku kegemaran nis. Siap salin dalam diari.

 DSCN0775

Pasangan kekasih yang bertemu beberapa kali sahaja sebelum nikah. Tapi serasi yang amat nampaknya. Kelakar sebenarnya kisah mereka.

 DSCN0776

Ternampak status seseorang tentang Gelak Tergolek beberapa hari lepas di FB. Macam menarik buku ini.

 DSCN0777

Dosa Semalam? Tak tahu isinya. Kisah cinta? Macam ya, macam tidak.

 DSCN0778

Nis tak beli. Baca percuma. Dapat dari 4shared dan di perpustakaan. Tak mampu nak beli dan tak mahu beli pun. Membazir saja nanti.

 DSCN0779

Macam sesuai untuk pelajar.

 DSCN0780

Cara Google menguasai dunia?

 DSCN0781

Teringin belajar. Tapi baju kurung pun tertunggak. Huhuhu.. Kalau nis sudah duduk di meja mesin jahit disuruh buat kerja lain memang tunggu seminggu dua lagi baru duduk di sana lagi. Mood mudah terganggu.

 DSCN0782

Suka buku ini. Nak beli? Hahaha.. Belum ada masa lagi.

 DSCN0783

Politik?

 DSCN0784

Ahmad Jelani kalau tak silap salah seorang penulis yang artikelnya termuat dalam Adat dan Budaya Melayu Nusantara, lebih kurang begitu tajuknya.

 DSCN0785

143? Cantik!

 DSCN0786

Dua Dunia Kita Berbeza.

 DSCN0788

Nasi Lemak Bonda. Tak ingat apa isinya. Hahaha..

 DSCN0789

Buku terjemahan. Motivasi. Macam menarik tapi nampak klise.

 DSCN0790 

Ketuanan Islam, Pertuanan Raja-raja Melayu. [Dasar minat sejarah. Huhuhu..]

DSCN0740

Hlovate? Orang kata ceritanya menarik tapi nis tak berapa minat kerana bahasa yang dipakai dalam novel-novel Hlovate adalah Bahasa Melayu biasa. nis minat buku sastera bahasa tinggi.

 DSCN0741

1511H Kombat! Menarik kisahnya. Inovasi yang baik. Rugi tak baca.

 DSCN0742

Salah satu hasil nukilan Dr Hj Faizal Tehrani.

 

Dan sebenarnya banyak lagi buku yang nis suka tengok. Kalau letak semua di sini mana mampu kalian baca nanti. Haha.. Ini pun sudah cukup panjang. 48 keping gambar semuanya, kalau tak salah kira. Tak larat nak kira balik. Haha..

 

Gambar terakhir..

DSCN0734 Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya

Cinta kudus antara ibu dan anaknya.

Ada cinta yang setia.

Ada cinta kasih antara teruna dan dara.

Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingannya.

Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia.

Ia juga tak mengira rona bangsa.

Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta

Justeru cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.

 

 

NotaBuku:

1. Sepanjang di Alamanda teringat Ben Ashaari.

2. Makan di BB Bangi teringat Bropian.