Tuesday, June 29, 2010

Mahligai Atas Runtuhan

Merata-rata
Ku lihat mahligai tersergam
Hanya tinggal runtuhan
Sisa-sisa
Hanya air mata

Dan di atasnya
Berdirilah pereka-pereka
Memegang kertas-kertas
Gadangnya lorekan
Indahnya

Dan dibinalah
Istana yang masih harum
Masih mekar bunganya
Di atas runtuhan-runtuhan

Lenakah tidurnya
Pemilik-pemilik istana
Atas temulang perindu mahligai
Yang masih merintih

Di bawah ranapnya mahligai
Yang asalnya harum
Kini gelumang titisan jernih
Dari hati yang pedih

[Disiarkan dalam Metro tapi aku tak tahu tarikhnya. Yang aku tahu hasilnya sudah aku genggam. Oh, ya! Baru tadi masukkan ke BSN. Minggu depan boleh buat belanja di kampus sebelum duit PT masuk. Kemudian ke Kangar masukkan duit cerpen pula. Fuh! Rezeki.. Alhamdulillah.. ]

Friday, June 25, 2010

Kadangkala...

*Sometimes... by Fida Aishah

Creation

Sometimes you're invisible, yet can be seen
Sometimes you're smiling, yet your eyes are crying
Sometimes you're wishing, yet it's not what you're dreaming
Sometimes you're so alive, yet your soul is dying
Sometimes you're so beautiful, yet your fate is so ugly
Sometimes you're so true, yet you're always being accused
Sometimes you're holding it, yet you're ended wondering
Sometimes you're so healthy, yet you just be there pretending
Sometimes you're so strong, yet you're actually so weak
Sometimes you're holding your tears, yet your soul are weeping
Sometimes you're so in love, yet you know you can't have it
Sometimes you're kissing, yet you're no longer hugging
Sometimes you're cuddling, yet you're only mistaking
Sometimes you're always dreaming... yet you always keep on losing

I smell trouble..

Kadangkala kamu halimunan, tetapi masih bisa dilihat
Kadangkala kamu tersenyum, hakikatnya di matamu mengalir
Kadangkala kamu mengharap, tetapi ia bukan impianmu
Kadangkala kamu benar-benar hidup, tetapi jiwamu mati sedikit demi sedikit
Kadangkala kamu begitu indah, tetapi jalan hidupmu tidak secantik
Kadangkala kamu benar, tetapi dipersalahkan
Kadangkala kamu menggenggamnya, tetapi di hatimu masih ragu
Kadangkala kamu terlihat sihat, meski sebenarnya hanya di mata
Kadangkala kamu begitu kuat, tetapi di dalam kamu sedang lemah
Kadangkala kamu menahan jatuhnya air mata, meski hatimu meraung
Kadangkala kamu mencinta, meski tahu dia takkan kamu miliki
Kadangkala kamu bercumbu, tapi tanganmu sudah lepas pautannya
Kadangkala kamu memeluk, rupanya hanya bayang
Kadangkala kamu mengimpi, tetapi tak tergapai

Dying love
Notakaki:
1. Sumber gambar DevianArt, Photobucket, Flickr
2. Suka nukilan Fida.
3. Diterjemah sehabis baik. Kalau silap, tolong betulkan, dear Fida..
4. Entri beremosi tidak mesti ditulis dengan emosi. Tolong betulkan persepsi.

Penafian

Orang lain mungkin tulis penafian di akhir blog, tapi nis tulis dalam entri juga.

Bukan semua catatan di dalam blog ini adalah tulisan pemilik blog. Sekiranya anda ternampak link seperti ini [berwarna kuning, tidak mesti bergaris bawah] dalam blog ini bererti ia adalah link ke halaman tempat tulisan itu diambil untuk mengelakkan dakwaan plagiarisme. Kredit sentiasa diberikan kepada penulis asal melainkan penulis sendiri tidak mahu diletakkan kredit.

Sila baca setiap entri sehingga habis termasuk Notabuku [sekiranya disertakan, kerana selalunya link sumber tulisan disertakan di situ] sebelum membuat sebarang kesimpulan.

Begitulah.. [SILA TEKAN LINK UNTUK KE TEMPAT ASAL TULISAN INI]

DIAMBIL DARI SINI

Orang tua-tua selalu cakap..dorang makan garam dulu dari kita kan?.. tapi diorang tak sedar sebenarnye.. biar aku tambah ayat last untuk perpatah atas tu..garam sekarang dengan garam dulu tak sama masin ye tuan-tuan dan puan-puan.. garam dulu bayar 50sen pun dah boleh dapat satu plastic besar.. kalau sekarang..jangan harap dengan 50sen dapat garam satu plastik besar... nampak tak ye tuan-tuan dan puan-puan..dulu sekarang mane ade same.. biar bengkang bengkok macam mane pun putar belit tanak mengaku salah sendiri atau nak tunjuk lagi banyak pengalaman.. dulu dengan sekarang.. tak sama!..

         Aku pelik bin ajaib betul la..orang tua-tua je.. sure akan kaitkan dengan garam segala bagai.. pastu.. tanak ngaku salah sendiri.. alih-alih.. orang-orang muda jugak disalahkan... sebab nak tutup salah sendiri.. tak ade cara keji lain ke nak buat.. bukan ke admit salah sendiri lebih baik.. bukan jadi penakut dengan letak salah sendiri dekat orang lain.. lepas tu.. dah terang-terang tak boleh cover.. satu je keluar.." entah lah.. tak tahu nak cakap ape lagi dah.".. tahu pulak kan cakap macam tu.. kalau mende jadi dekat diri sendiri tak ape.. ni.. orang lain yang kena tanggung mende nasib orang yang engkau gamble..

           Serious bai..aku geram sangat ni bai.. lepas ni.. memang aku dah kurang respek sikit.. tak banyak.. sikit je.. dengan orang tua-tua yang berlagak cakap dah makan garam banyak sangat... yang berlagak ni yang susah.. bila garam dulu dah tak same harga dengan garam sekarang.. jangan main pandai arah hidup orang.. kalau rasa impian dulu tak tercapai.. tolong jangan paksa anak-anak engkau orang penuhi angan-angan masa lampau engkau orang.. anak engkau bukan puppet.. bare that in mind..


NotaBuku:
1. Some things we share, some we don't. Don't expect everyone to meet your expectations.
2. Catatan seorang teman.
3. Ejaan langsung tidak diedit. [Malas!]
4. Dilema.

Tuesday, June 22, 2010

Bila hanis aleeya Buat Kerja..

Ya. Mood hilang dan masih berada dalam mode[mod] T_T selama tiga hari berturut-turut. Tapi hidup mesti terus, bukan? Mengutip kata-kata Donald Trump pada penghujung setiap episod The Apparentice, “Life continues,”atau terjemahannya, hidup mesti terus. [Lihat pada header blog.] (Dah tukar header baru)

Gatal tangan hendak tahu pagerank blog nis selepas beberapa bulan dibuka. Sebelum ini kali pertama nis berblog menggunakan blogspot, wordpress dan mybloglog serentak. Juga ada pengisian di akaun Friendster, Myspace dan selepas mengenali Facebook, pada Notes facebook.

[CSI: Kesakitan adalah upah bagi sesuatu yang berharga. Sama dengan No pain, no gain.]

seotools.bloggertricks.com 2010-6-18 22-26
Klik untuk ke blog adikk.
seotools.bloggertricks.com 2010-6-18 22-22
Blog ini.
seotools.bloggertricks.com 2010-6-18 22-25
Klik untuk ke blog si pemutustalian.
seotools.bloggertricks.com 2010-6-18 22-21
Klik untuk baca novel bersiri Haruskah.
seotools.bloggertricks.com 2010-6-18 22-27
Klik untuk tahu kehidupan seorang gadis berdarah campur.
seotools.bloggertricks.com 2010-6-18 22-23
Klik untuk ke blog jejaka pilihan ramai.
seotools.bloggertricks.com 2010-6-18 22-24
Klik untuk ke tengok blog serba merah.
    
Alang-alang mengintip pagerank yang baru terkeluar dari senarai n/a [Not Available], apa salahnya kalau tengok pagerank teman-teman yang biasa dikunjungi, kan? Kalau mahu singgah ke blog mereka, klik sahaja pada gambar.

NotaBuku:
1. Masih ada ruang untuk peningkatan.
2. Harap dia teruskan hidup dengan tenang. Jangan fikirkan yang sudah berlaku. [Ku sudah teruskan hidupku.. Semuanya cun saja.. - Sleeq: Cun Saja]
3. Masih mencari ke mana tercicir electron valence dua biji.

Friday, June 18, 2010

Aku Sepi

Bisikku.. pada bulan
Kembalikan
Temanku
Kekasihku
Syurgaku
Tanpa dia
Malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi
Sepertiku..
Puisi bulan



NotaBuku:
1. Ini entri lama. Diberi nafas baru.
2. Masih merajuk lagikah, teman? [ Oh, tidak. Bukan kekasihku. Aku tak punya siapa-siapa. Mungkin belum masanya.]
3. Aku cari teman dan semua hilang. Ke mana semua? Di depan World Cup?

Teman, Maafkan

aku pinta maaf kamu, teman
aku tahu kamu luka
aku tahu aku bikin kamu sakit
aku pinta maaf kamu, teman

aku manusia
aku juga punya dosa
aku bukan sengaja
lukai kamu
sakiti hati itu, teman

aku tahu kamu sendiri
jadi aku mahu teman kamu
izinkan aku, teman
maafkan aku

Thursday, June 17, 2010

Politik Blog

Kebelakangan ini asyik ternampak entri-entri menghentam satu sama lain dalam blog. Berjalan ke sana ke mari pun sudah jadi tidak senang. Apa salahnya kalau kita sesama blogger saling membantu dan bukannya menjatuhkan antara satu sama lain?

nis tidak memihak pada sesiapa dalam mana-mana kes. nis tahu nis juga akan terlibat sama kalau ada antara blogger yang rapat dengan nis bergaduh. mahu tidak mahu nis terpaksa masuk campur sesekali. Tetapi nis selalu ambil jalan tengah mendamaikan walaupun selalunya apa yang nis katakan malah tidak diendahkan. Yalah. Siapalah nis hendak menegur. Empat tahun berblog pun belum layak untuk jadi "otai".

Teguran ini bukan untuk blogger baru sahaja. Blogger lama juga begitu. nis tak mahu tuding jari pada sesiapa. nis tahu kadangkala ada yang terasa hati dengan cara blogger lain membahaskan sesuatu topik. Kemudian mulalah membalas dengan menaikkan entri tidak puas hati dalam blog masing-masing. Akhirnya bergaduh dan saling membalas. Susulan daripada itu, masing-masing malu atau sengaja tidak mahu bersua muka dengan blogger yang dikeji dan dikutuk. Siapa yang rugi? Sendiri yang rugi.

nis tahu ada blogger yang berblog kerana mahukan pendapatan, ada yang secara suka-suka dan banyak tujuan lain. Bila berlaku pergaduhan, tidakkah terfikir, kadangkala pembaca blog kita menyokong orang yang kita kutuk dan keji itu. Kita hilang seorang pembaca. Bila blogger itu menyebarkan isu terkini antara blog yang bergaduh, masalah yang rumit akan jadi besar dan dunia blog akan jadi semakin sunyi. wawwi widget sekalipun tidak dapat membantu menaikkan trafik kalau pembaca sudah menetapkan blog mana yang mereka tidak mahu masuk. Rugi? Memang rugi.

Yang pasti semua orang berblog untuk dibaca oleh orang lain, melainkan blog peribadi yang dijadikan diari online. Blog seperti ini biasanya diprivasikan dan hanya orang tertentu sahaja yang akan membacanya.

Monday, June 14, 2010

Warkah dari Moscow

Sepanjang hari ni nis baca blog ariffshah.com dari entri paling baru ke belakang. Sambil-sambil itu periksa juga entri terbaru. Apa guna new tab kan? Lebih-lebih lagi selepas diberi mandat menyelongkar khazanah misteri nusantara dalam blog ni. Banyak yang nis jumpa dan tak semuanya dapat dimuatkan di dalam ni.

Antara yang paling menarik, dan buat nis nak tulis entri ni:

Akan ada yang gagal untuk mendapatkannya walaupun dah berusaha sampai nak mati. Yang penting kita dah berusaha dan dah buat sehabis baik.

Yang ini, sebab nis guna DisQus. Sebab DisQus macam senang nak moderate banyak komen sekaligus. [tapi rasa nak buang DisQus sebab ramai yang jadi malas nak komen. Kadang-kadang DisQus form tak keluar. Nak guna apa yang bagus ya?]

Kalau nak tau, sebenarnya tak berkesan sangat ko spam macam tu. Biasanya aku akan visit balik orang yang tinggalkan komen ni, tapi kalau aku nampak orang spam link ni, memang aku buat tak nampak je lah komen yang macam tu.

[Terima kasih kepada adik yang "baik hati" sangat nak main komputer sampai hilang nis punya kerja. Separuh entri ni hilang. Adeii..]

Sambung..

Kalau kat Malaysia buat macam ni kan bagus. Paling tidak tak adalah orang kurang faham undang-undang yang hisap rokok dalam tempat aircond. Dahlah bertutup. Asap tu tak boleh keluar.

Kalau hisap rokok dalam bangunan kena saman.

Terasa ada persamaan kat sini.. Wahaha...

Kalau dapat orang urut mesti tergelak besar aku. Ha.. korang mesti pelik kan kenapa aku cakap tergelak instead of meraung. Kalau bab urut badan ni, kalau sakit mesti aku gelak. Lagi sakit, lagi banyak aku gelak tapi still sakit.

Ok. Ini caption gambar dalam entri Kau Nak Kena Pukul Ke?

Kalau aku tangkap gambar depan depan, entri ni tak akan wujud.


Hehe.. Bila Ariff merasa tua dan matang..

Kalau dah kahwin tu, dengan izin Allah dapat la anak nanti kan. Ya, dalam dekad ni mungkin aku akan bergelar 'bapa'. Hah! Memang sesuatu yang agak overrated. Besar tanggungjawab tu. Sangat besar.
 Jumpa link ke free domain . Berkira-kira untuk menukar domain. Tapi tak guna kalau.. Hmm.. Mungkin tidak.

This is true, Ariff. Reducing the government's spending and increasing the people's spending will help maintain the economy at a safe level. (There's an article on car inspection before this quote. Here.) [Mungkin tak sia-sia ekonomi dapat B. Kira ok B daripada tak lulus kan?]

It does not really have an impact on me, just that I do understand the initial reason behind this idea. The government wants people to spend more by replacing their old cars. In the wake of the world economy crisis, people spending their money would help their government.
 And the last one!

ENTRI PERTAMA ariffshah.com.

Berjaya habis dalam masa +- 68 jam (+makan+tolong mak+belek blog Ben+belek blog Fida+belek blog Hyper+tulis entri pasal Alexa+godek shoutmix+...)

Ok. Nak tengok apa Ben tulis tu. Entri baru dia tu macam mengancam. Geram tengok tajuk tu. Nak dedahkan dekat sini entri tu? Tak payahlah kan? Biar nis je tau kenapa.. Nak tau kena pergi blog Ben. Link dia ada tadi. Cari nama Ben yang ada warna kuning ya?

Sunday, June 13, 2010

Patutlah. Oh, Alexa!

Baru perasan ada sesuatu yang tak kena dengan Alexa Rank yang nis pasang di blog. Sejak dulu ranking Alexa tak berubah jauh walaupun ramai orang masuk. Bila diperiksa semula, rupanya link yang dipasang pada widget Alexa masih link yang lama.

Link lama

Link baru
Nampak bezanya? Tapi ada satu benda yang pelik. Sites linking in tu banyak kan? Macam search engines saja tu. Hmm.. Apa yang tak kena ya?

Friday, June 11, 2010

Entri Pertama dari Windows Live Writer

Dapat tahu tentang Windows Live Writer secara dekat melalui Hyper dan Ann. Terasa mahu cuba dan terus download dari internet. Buka akaun hotmail baru dan abaikannya [hahaha…].

Hari ini baru dapat periksa keputusan peperiksaan akhir UiTM semester lepas. Agak baik daripada keputusan peperiksaan semester pertama. Semua lulus dan tidak ada subjek mengulang seperti semester lalu.

Hari ini juga Hari Buat Nakal dan Hari Spam. [Gelak]. Habis semua wall teman-teman di FB diterjah dan diletakkan link bertemakan keputusan peperiksaan. Portal pelajar UiTM menjadi mangsa kegeraman pelajar apabila tidak boleh diakses selama beberapa belas jam. nis sendiri menunggu 21 jam untuk tahu keputusan peperiksaan.

Siapa mahu tambah sebagai kawan masuklah ke FB nis.

Luka Aku

aku sedang terluka
pada cinta aku
yang tak pernah faham
dan tak pernah aku faham

aku cinta dia dan dia
tapi aku luka
setiap saat aku luka
pisau di tanganku dua mata
lebih panjang dan tajam pada aku
bukan pada dia dan dia

aku tergesel pada hulu itu hati dia dan dia
dan mata pisau menusuk hingga jantung aku

Tolong Salahkan Aku!

Ya. Tolong salahkan aku.

Aku sudah berusaha sehabis mungkin, menelaah setiap soalan tahun sudah-sudah.

Aku sudah berhenti kerja semata untuk peperiksaan walaupun aku tahu aku akan berlapar dua minggu terakhir semester. Duit aku benar-benar pada tahap 0.00, tapi aku tak mahu beritahu ibu sebab aku tahu ibu tak akan mampu berikan lebih dari RM10.

Aku tinggalkan penulisan novel dan blog. Itu adalah salah satu cara aku hilangkan stres, tapi aku biarkan diri aku stres teruk. Mungkin ini puncanya.

Aku sudah pasrah dengan perkhidmatan wayar lebar yang dipotong sebab berjimat untuk belanja makan. Itu pun masih belum cukup.

Aku sudah bertanya pada teman-teman apa yang tidak aku fahami, malah aku sendiri juga mencipta formula senang mengingat topik.

Aku kunci diri dalam bilik mengulangkaji subjek Linear yang aku tahu aku tak mampu skor dengan baik, ternyata tidak berkesan. Mujur saja.

BAB401  ARABIC LANGUAGE I        2.00   4         A      LU
CTU553  ETHNIC RELATIONS          2.00   3.33    B+    LU
ECO415  ECONOMICS                       3.00   3         B      LU
HPD113  PENGUCAPAN AWAM      1.00   2.33    C+    LU
MAT422  MATHEMATICAL LOGIC  3.00   3.67    A-    LU
MAT441  CALCULUS II                      4.00   2.67    B-    LU
MAT523  LINEAR ALGEBRA II          3.00   2        C      LU

GPA:  2.98
CGPA:  2.71


Nampak? Sejujurnya. Salahkan aku.

[Ada yang salah ke kat sini? Aku sudah kata. Salahkan aku. Ya, memang aku disalahkan, tapi atas sebab lain.]

Macam Budak-budak!

Kawan-kawan!

Saya ada satu berita!

Saya sudah atur akaun FB supaya senang dicari.

Siapa-siapa yang belum jadi kawan sila ke sana sekarang!

[Okey, cukup untuk entri kebudak-budakan.]

Tadi membongkar blog ariffshah.com. Bila ternampak cara setting username FB baru teringat hendak letak nama sendiri di profile.

Agaknya hari ini HARI TAK ADA MOOD. Semua blogger yang rapat dengan nis tak ada mood update blog. [Sedih.]