Saturday, October 30, 2010

The Real Me?

Yes, another entry in full English, I think.

 

For those who are used to listen to me when I’m on air, they should had noticed that I always seem to talk to someone. Sometimes I’ll cover back; saying that it’s my housemate that I’m talking to or whatsoever.

 

Now I’m telling you; that’s the real me. Talking alone like I’m talking to someone else almost all day long. This had been going on for years. Don’t bother about that. I’m trying to change that habit.

 

It’s just a psychological effect of my past. Sorry.

 

I should make it to TR, right? Talking to myself? Sigh~

 

Hey, wait! Does that make you feel scared? And I’m the midnight DJ anyway.. Huhu.. Midnight and someone talking alone. Sound spooky, eh?

 

I really hope I can talk to someone right now~

 

NotaBuku:

Aku tak sepatutnya tulis entri ni di hujung bulan bahasa macam ni.

Monday, October 25, 2010

Sayang,

Sayang;
aku perlu tinggalkan kamu seketika.
Maaf aku, sayang;
aku cuba cinta kamu sepenuh jiwa.
Peluk aku, sayang;
aku harap ini bukan dakapan terakhir kita.
Aku cinta kamu, sayang;
tapi aku perlu kejar cita-cita.
Kuat lagi, sayang;
agar kamu tak pernah aku lupa.
Ciumi aku, sayang;
moga lain kali kita berjumpa.
Ambillah hatiku, sayang;
supaya kamu bagiku takkan ada dua.
Doakan aku, sayang;
agar tabah hadapi segala.
Tunggu aku, sayang;
dua tahun itu bukannya lama.
Ikatlah aku, sayang;
agar mereka tahu janji kita.
Restui aku, sayang;
ampun, kita terpaksa berduka.
Genggam tanganku, sayang;
dan sarungkan aku sebentuk tanda.
Agar aku selalu ingat, sayang;
cinta itu milik kita.

NotaBuku:
Mood: Exam - final. Start 25 Okt 2010
Subjek pertama: MGT420 2.15 - 5.15pm
Wish me luck, dear...

Sunday, October 24, 2010

Simptom-simptom Sindrom Akhir Semester

Ya, di bawah ini disenaraikan antara simptom-simptom sindrom akhir semester.

 

1. Para pelajar mula rajin memegang buku dan nota pelajaran berbanding buku novel dan majalah.

2. Para pensyarah mula sibuk mengadakan kelas-kelas gantian.

3. Tugasan [baca: assignment] semakin banyak terutama pada minggu terakhir sebelum minggu studi [baca: study week].

4. Perpustakaan mulai penuh.

5. Makmal komputer mulai lengang.

6. Kedai fotokopi dan cetakan [baca: printing] semakin sibuk.

7. Kedai makan dipenuhi dengan pelajar yang sedang membaca buku dan belajar secara berkumpulan.

8. Makanan segera seperti mi Maggie dan air bancuh 3-in-1 laris dengan cepat.

9. Gelanggang bola sepak semakin hari semakin lengang.

10. Kedai menjual alat tulis kehabisan pen dan blanko [baca: liquid paper].

 

NotaBuku:

Masih banyak simptom yang masih dikaji.

Thursday, October 21, 2010

Soalan Membunuh!

Seorang teman bertanya, baru sebentar tadi.

 

“Kalaulah, suatu hari nanti, sebab sekarang kau dah ada Hos, tiba-tiba nanti Is kata dia sukakan kau. Apa kau nak buat?”

 

Sekali lagi aku terjawab “Erk!”

 

Sebab aku sedang berfikiran yang sama.

 

Bagaimana harus aku jawab satu soalan itu? Soalan yang membunuh kata-kata aku?

 

Aku rasa aku tahu jawabnya.

Siapa yang paling awal bertemu ayah dan bunda, aku terima dia.

Kalau si cinta pertama, yang sudah hampir tamat diploma, datang dahulu? Erk!

 

NotaBuku:

1. Aku selalu memikirkan ini. Tapi siapa tahu apa yang akan berlaku? Dua tahun, Hos.

2. Sebenarnya aku tak mahu tahu pun siapa lelaki itu sehingga sempurna majlis. Aku hanya mahu kenal dia bermula saat kami hanya tinggal berdua dalam pekat malam..

3. Kenapa aku rasa entri ini menjawab persoalan gosip semalam?

Wednesday, October 20, 2010

Gosip via grapevine

Gosip - salah satu cara komunikasi tidak formal yang termasuk dalam kategori komunikasi dalam sesebuah organisasi. One person tells many. [aka Mat Kepochi]

Ok. Itu nota untuk hari ini.  Nota komunikasi, salah satu subtopik dalam subjek MGT420.


Terima kasih, incik Mat Kepoh.

NotaBuku:
1. Pakwe haku pun join venture.
2. Bila bahasa dah tunggang langgang maknanya jiwa tengah kacau. Sekian.

P/s: Karang merajuk takut.. lilili

Tuesday, October 19, 2010

Blogger

Money-making Blog

Blog seperti ini adalah digunakan untuk membuat wang. Selalunya dikendalikan oleh orang yang menjalankan perniagaan. Tetapi ada juga yang menjadikan blog peribadi sebagai platform untuk mendapatkan wang sama ada melalui Adsense ataupun Nuffnang. Ada juga yang meletakkan iklan dari Innity atau ManggaAds dan sebagainya di blog. Blogshop termasuk dalam kategori ini.

 

Tutorial Blog

Blog yang menyediakan pelbagai tutorial daripada tutorial membuat blog sehingga tutorial mengenakan make-up. Selalunya dikendalikan oleh orang yang sudah mendalami atau sedang mendalami bidang tertentu. Contohnya Mari Bina Blog dan blog NeoDMacro.

 

Journal Blog

Selalunya menceritakan tentang perjalanan. Lebih kurang seperti travel blog. Bezanya journal blog menceritakan tentang tempat-tempat yang berbeza sedangkan travel blog dikhususkan untuk memperkenalkan tempat-tempat tertentu dan berfokus. Antaranya Yohan Ibrahim.

 

Travel Blog

Blog yang menceritakan tempat-tempat menarik di sesuatu kawasan yang menjadi perhatiannya seperti blog Terengganu Comel.

 

Common Issue Blog

Blog yang berfokus kepada isu-isu semasa dan komen-komen terhadap situasi tersebut. Selalunya blog seperti ini kelihatan serius dan penampilannya tidak begitu menarik. Contohnya Chedet.com.

 

Novel Blog

Blog yang memaparkan novel-novel dalam talian. Contohnya seperti Penulisan Karya Online dan Karya Hanis Aleeya. Ada juga penulsi yang sudah menerbitkan buku mereka tetapi masih menulis dalam talian seperti saudari Hanni Ramsul.

 

Ctitic Blog

Blog yang mengandungi kritikan semata-mata seperti blog Hellioz. Erm, betul kan, Hellz?

 

Personal Blog

Blog peribadi dan bercampur-aduk. Jarang ditemui blog seperti ini yang menggunakan bahasa standard. Kadangkala bercampur dengan isu semasa dan tutorial. Contohnya DHatiAlya, Adifstory dan blog.ariff. Kategori blog yang paling besar yang akan ditemui dalam dunia blog.

 

NotaBuku:

1. Hanya pandangan peribadi.

2. Semakin lama semakin banyak jenis blog yang dapat dipecahkan daripada dua kategori; personal dan bukan personal.

3. Ini akibat daripada aku tersilap provok semalam. Maaf aku, sayang. Aku terlupa kamu buat duit dari blog ;(. Janji, lepas ni takkan cakap buat blog banyak-banyak tu membazir.

Monday, October 18, 2010

Kenapa MenDJ

Ya, sekarang nis sudah bersiaran dengan GomoFm sebagai salah seorang DJ yang berkontikan di Arau, Perlis. Yup. GomoFM. [Sila rujuk pada sidebar di bahagian paling atas ada enkoder GomoFM.]

 

Kenapa menDJ?

 

Pertama sekali kerana ada tawaran yang sudah lama sangat sebenarnya. Tawaran daripada pemilik stesen radio internet yang baru berusia 3 bulan ini. Si pemilik berselindung di sebalik nama Kelubi Seman. Kalau di radio lebih dikenali sebagai DJ Kelubi atau Kubi.

Anda sedang bersama DJ Kelubi

Dan nis paling suka dengar bunyi latar Kubi. Siap minta untuk disimpan. Ya, bunyi ayam berkokok itu. [Sila jangan gelak. Terima kasih.]

 

Daripada Mr Big Boss ini, nis dapat tawaran beberapa kali sebenarnya. Sejak radio GomoFM mula bersiaran sekitar bulan 7-8, nis sudah menjadi salah seorang pendengar setia, malah antara pendengar terawal GomoFM.

 

Kisahnya, seperti rutin nis sejak bulan 2 yang lalu, nis melepak di Gengblogger – lebih dikenali sebagai GB dalam kalangan blogger. Gengblogger agak terkenal juga sebenarnya sebagai salah satu komuniti blogger yang teramai; dan beberapa pertemuan antara blogger-blogger sudah pun dijalankan.

 

Dalam Gengblogger yang lama, ada satu tempat berbual yang dihoskan oleh Gagalive [Nama Hos juga yang aku letak! Eish! Kebetulan saja tu.. ~siul~]. Di ruang perbualan tu nis pernah bergaduh, berkawan, bercinta, dikutuk, mengutuk, mengadu, bermanja dan macam-macam lagi. Dari sana bermulanya keluarga maya nis yang besar. Adik-adik yang lebih tua daripada nis sendiri, kakak, abang bla bla bla…

 

Nis mula kenal Kubi aka Big Boss di sana. Dia berbual dengan menggunakan nama pleliss_kubi. [Kemudian dia sendiri kutuk nama tu. Apa benda entah pleliss?]

 

Oops! Terkutuk Big Boss. Sorryyyyyyyyyyyyy!

 

Ok. Kita sambung cerita. Kubi mula perkenalkan radio ini kepada kami. Ok. nis dah ingat. Benda ni berlaku sebelum puasa. Sekitar 20 Julai. Sejak tu nis keluar masuk dalam kotak chat GomoFM dan Gengblogger.

 

Sekitar pertengahan Ogos, Gengblogger mengalami pelbagai masalah dan ditutup sementara untuk kerja-kerja selenggara. Sejak itu nis terus berhubung dengan blogger-blogger melalui Mukabuku semata-mata. Kotak chat GomoFM mula dijadikan tempat melepak setiap kali ada kelapangan. [Tapi mungkin nis takkan letak kotak chat tu dalam blog ni. Satu Cbox dan satu Shoutmix sudah terlalu berat. Kalau nis tukar template blog mungkin nis masukkan.]

 

Alamak, dah terlalu panjang pula. Dipendekkan cerita, Kubi tawarkan untuk jadi DJ di GomoFM. Tapi masa tu line internet nis belum stabil lagi. Sekitar 50-60kbps yang paling tinggi.

 

Beberapa kali dia tawarkan akhirnya nis terima. Itu pun baru dalam akhir bulan 9. Sebab talian internet sudah stabil sekitar 70-200kbps. Dan itu selepas Hos installkan SAM [Spacial Audio Manager] pada 4 September, kurang lebih 2 jam sebelum nis naik tren balik raya.

 

Kedua, [Panjang cerita pertama baru masuk bahagian kedua?] nis suka bercakap, tapi bukan bercakap merapu-rapu. Setakat ini belum ada lagi yang nis merapu-rapu tak tentu hala di GomoFM. [Ya, nis dengar setiap stream yang disiarkan dari konti Arau nis ni.]

 

Semuanya teliti dan rutin. Ayat yang nis akan sebut setiap kali keluar lagu latar nis;

Kita tengok dulu di laman web rasmi kita, www.gomofm.warungchat.com. sekarang ada XX enkoder yang sedang dibuka. Terima kasih kerana terus mendengarkan GomoFM, Gomo Sampai Berbuih. Anda sedang bersama saya DJ Aleeya live dari Arau, Perlis.

Dalam kotak chat kita pula ada XX ahli yang sedang berada dalam talian. Ada XX orang yang sedang berborak. Kita ada AA, BB…. Dan ada XX orang yang sedang melihat. Kita ada CC, DD… serta XX orang yang sedang sekodeng-sekodeng. Yang sedang sekodeng-sekodeng jom masuk-masuk-masuk ke dalam kapet kita dan berborak.

Sekarang nis nak tunaikan permintaan lagu daripada….

Setiap kali. Mungkin sekali atau dua kali bila sudah terlalu letih nis terlepas dan terus tunaikan permintaan lagu.

 

Mungkin selepas ini nis akan buka segmen setiap kali masuk on air. Segmen apa? Kita tunggu dan lihat. Yang pasti, tidak akan ada rapuan melampau. Paling tidak sekali dua tersasul adalah. Nasib baik setiap kali nis on air Bropian yang rajin merakam suara DJ jarang ada. Tapi siapa tahu dia sedang berselindung di sebalik nama lain?

 

NotaBuku:

Siapa agaknya yang buat kecoh mengklon nama chatters sepanjang hari ini? Ramai yang kena. Eciz, pinkbugs2525, ada lagi yang nis tak berapa ingat. Tapi nis paling ingat nama “hos cinta eciz” yang Hos sendiri masuk cari sebab nak buat perhitungan. Ketegaq* budak tu, masih lagi pakai nama tu lepas tu. Janganlah, weh!!!!! ~cry cry cry cry cry cry~

<—serius aku nak nangis kena bahan macam tu.

Tak fasal-fasal aku marah Hos. Sorry, Hos. [Ya, aku cemburu.]

 

Pstttt: Tengok nama bawah ni, Nana..

arrow

Saturday, October 16, 2010

Hambar

Semuanya terasa hambar sekarang. Semuanya sekali. Inilah yang aku panggil sindrom hujung semester. Bila sumber kewangan sudah mula menipis, dan ditambah dengan tekanan peperiksaan yang mendekat, perut yang selalu akan terasa lapar walaupun baru saja selesai makan dengan sangat banyak.

 

Ya, sindrom hujung semester. Dua kali setahun sindrom ini akan melanda para pelajar IPT walaupun bukan semua. Lebih parah kalau sindrom hujung semester datang bersamaan dengan bekalan air yang teruk dan sakit demam peperiksaan atau demam biasa. [Air di Perlis sudah berwarna tanah. Keruh dan sedikit kemerahan kerana bercampur warna karat. Aku jadi demam kerana minum air itu. Apa boleh buat..]

 

Dan semua semakin hambar; bila dua-dua telefon genggam cuba buat hal. Yang satu bisu, yang satu lagi hang tak bersebab. Mesej yang masuk pun cuma mesej-mesej dari Mukabuku. Ya, aku sunyi di dunia realiti. Hampir hilang sebenarnya.

 

Dan bagi blogger tegar seperti aku yang terpaksa guna WLW setiap kali terasa hendak mengemaskini blog sebab broadband sudah dipotong dan sengaja dibiarkan kerana kononnya hendak ulangkaji. Hambar, bila tidak dapat melihat siapa yang membalas entri-entri mengarut aku. Hambar, bila tidak dapat berhubung dengan adik-adik, kakak dan abang maya aku.

 

Dan cinta maya aku juga semakin sunyi nampak gayanya. Yalah, hujung tahun seperti ini dia harus selalu mengemaskini maklumat di blog-blog pelancongannya [Lebih 50 blog katanya]. Ah, nanti aku akan ke sana juga. Sudah lama tidak menjenguk pantai timur. Seingat aku sudah hampir empat tahun. Terakhir kali aku ke sana sewaktu Malaysia dihangatkan dengan kehadiran MyTeam. Aku masih ingat ayah bawa kami menonton MyTeam lawan Malaysia di sebuah warung tepi jalan di Kelantan; dan aku makan membelakangi televisyen.

 

Ya, aku bukan manusia yang menonton perlawanan bola sepak. Hanya satu perlawanan yang benar-benar aku pernah tonton dengan penuh rasa bosan kerana malam itu ternyata adalah pesta  melayangkan kad; perlawanan akhir piala dunia 2010 – dan aku menonton dalam bahasa Sepanyol, sekadar menemankan seorang [bekas] teman baik maya aku.

 

Hambar. Dunia aku hambar dengan hitam putih kertas peperiksaan lampau. Aish! Esok aku ke pustaka sajalah kalau begini. Selepas tamat test Statistik dan peperiksaan akhir HPD132 aka Pemikiran Mahathir. [Aku pilih subjek ini kerana aku bukan manusia berstamina tinggi. Duduk di tengah-tengah kelas dan layari internet di hadapan pensyarah adalah hobi aku dalam kelas kokurikulum. Titik.]

Wednesday, October 13, 2010

Hantaran

Oh, Maaf. Ini bukan kisah aku kemaruk nikah atau apa. [Kena highlight sikit sebelum ada orang emo tak tentu fasal.]

 

Kurang lebih seminggu lalu aku nampak Kak Zara asyik update tentang hantaran 20k. Hantaran 20k? Belanja nikah sebanyak itu kena gaji bulanan pun 20k baru lepas. Kalau setakat mengharap gaji 3.5k [standard gaji lepasan ijazah pertama di bandar besar] sampai anak nak nikah pun tak lepas hutang lagi. Ya, kehendak hidup semakin lama semakin naik. Tak kiralah kalau inflasi berlaku 10 tahun sekali atau tak berlaku sama sekali, keperluan hidup semakin meningkat. [Inilah pengaruh belajar ekonomi.] Selepas inflasi pun berapa peratus sangatlah penurunan harga barang di pasaran.

 

Bernikah dengan hutang beratus ribu menjadi lumrah hidup zaman sekarang. beratus ribu bukan kerana hantaran. Tetapi kerana desakan. Untuk melepaskan diri daripada cengkaman hutang amat sukar. Sedangkan pelajar lepasan Diploma pun menanggung hutang sehingga 15k sebaik sahaja melangkah keluar dari gerbang universiti atau kolej.

 

Menyambung ke peringkat ijazah pula ditambah hutang 21k. Untuk menjadi pelajar sahaja berhutang hampir 40k. Itu baru seorang. Bayangkan kalau kedua-dua pasangan mempunyai hutang 40k, ditambah dengan belanja nikah dan mahu minta pula hantaran 20k. Boleh beli sebuah rumah dengan wang sebanyak itu.

 

Hei, hei.. Perempuan, jangan letak belanja tinggi sangat. Nanti sampai ke tua jadi anak dara tua. Hai, hai.. Lelaki, kalau dapat calon isteri yang letak belanja murah janganlah pula diabaikan kebajikannya kerana itu adalah amanah Allah buat kamu.

 

Yang wajib itu wang maskahwin, bukan hantaran nikah. Jangan kerana mahu dipandang tinggi, akhirnya merana sepanjang hayat. [Ya, aku sebut sepanjang hayat. Siapa yang sengaja mahu bernikah dua kali? Aish! “Ini nikah kali pertama dan kalau boleh kali terakhir.” Itu janji yang dilafaz setiap pengantin. Percayalah.] Bernikah bukan untuk menunjuk-nunjuk. Aku kaya, kau miskin.

 

NotaBuku:

1. Tiba-tiba aku emo fasal ini. Aduhai..

2. Cukuplah hantaran sekeping hati untuk dijadikan sandaran ketika susah dan senang. Boleh kan?

Sunday, October 10, 2010

Kembali Kepada

Salam..

Ya, sudah lama tidak menggunakan aplikasi Windows Live Writer. Sekarang kembali kepada Live Writer atas sebab tertentu.

Pertama, sambungan internet Celcom Broadband sudah diputuskan.

Kedua, peperiksaan akhir sudah mendekat. Bermula 25 Oktober dengan subjek MGT420 (Principles of Management) iaitu hari pertama peperiksaan akhir UiTM dan berakhir pada 14 November dengan subjek Kalkulus 3 MAT491 (yang nis selalu tulis Kalaukulus kulus. Haha..) pada hari terakhir musim peperiksaan rasmi UiTM.

Ketiga, sekarang sudah mula pandai guna Live Writer. Kalau dulu masih mengkaji. Tapi masih banyak yang perlu dipelajari.

Sesungguhnya Allah tidak memberikan ilmu kepada manusia melainkan sedikit sahaja. [Aku tak ingat ayat berapa surah apa. Tapi kurang lebih begini. Siapa rajin tolong carikan :) ]

Ya, mungkin selepas ini nis akan lebih kerap ke makmal komputer untuk mendapatkan sambungan internet.

NotaBuku:

1. Jadual Peperiksaan Akhir

25 Okt – MGT420 [Principles and Practice of Management]

2 Nov – QMT533 [Econometrics]

6 Nov – QMT400 [Statistics and Probability]

9 Nov – MAT422 [Ordinary Differential Equations]

14 Nov – MAT491 [Calculus III]

2. Ya, mungkin akan pulang pada 15 November ke Perak. Mungkin.

3. Sekarang sudah punya keluarga maya yang sangat besar. Abang, kakak, adik. Tapi jangan fikir aku lupakan keluarga aku. Aku masih sayang. Hot Ticket yang Ariff hadiahkan, orang pertama yang aku telefon adalah ibu. Yang kedua adalah ayah. Baru teman-teman.

4. Mungkin akan tukar template blog kepada yang lebih cerah dan terang. Tapi aku sakit mata tengok terang-terang. Ada cadangan? Hmm.. Template asal Ruang Gosip GomoFm cantik juga. Dapat dari mana tu Hos? sayang

Friday, October 8, 2010

Promo GomoFm | GomoFm Best!



Ku tak pernah peduli
Apa orang nak kata
Ku hanya ada kamu
Setia bersamaku

Dengarlah GomoFm
Gomo Sampai Berbuih

Ku tak mahu lawan-lawan
Ku hanya mahu kawan
Berteman DJ-DJ
Yang supporting lagi sempoi

Dengarlah GomoFm
Gomo Sampai Berbuih

Ku mencari kawan
Ku menenang fikiranku
Berhibur bersamamu

Kau buat aku senyum
Ceriakan aku
Walau di mana saja

Eh wau bulan
Eh wau bulan
Eh wau bulan teraju tiga

Eh, salah ke?

Salahlah. Mengada-ngada.

Ku mencari kawan
Ku menenang fikiranku
Berhibur bersamamu


Kau buat aku senyum
Ceriakan aku
Walau di mana saja

GomoFm! Best!

150 Juta - Fynn Jamal




Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–
saya kenal sayang saya”

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua..

Tuesday, October 5, 2010

Sekalung Kata | GomoFm

Aduhai GomoFm.

Sudah bulan ketiga bersiaran. Sudah makin meriah tidak seperti mula-mula dulu. Sudah rancak tidak serupa senyap yang lalu. Sudah semakin menghangatkan hari yang suram; dan hati yang pernah terluka sunyi dahulu.

Terima kasih Kubi.
Terima kasih Hos Getah [kesayangan hamba]
Terima kasih Bropian
Terima kasih Petai.
Terima kasih Raja Rimba.
Terima kasih Pak Dolah.
Terima kasih SiDi.
Terima kasih Bulat.
Terima kasih Abg Best.
Terima kasih Zico, Fazli, Goku, Nates_Uka, Sengal yang memang sengal teramat..

Terima kasih Cekodok Comot yang sengal.
Terima kasih Merak Putih isteri kesayangan Raja.
Terima kasih Embun Pagi.
Terima kasih Eciz yang suka membebel, walaupun sekarang tak membebel lagi. Rindu bebelan 10 jam kamu.
Terima kasih ApplePink cinta hati SiDi. [Tolong jangan merajuk T_T]
Terima kasih Shida.
Terima kasih Chikova, Nana, Nora, Hime, Beelia..

Semua warga kerja dan warga warungchat GomoFm.

NotaBuku:
Exam! Exam!

Imelda - Kimia



Aku mula jatuh hati kepadamu
Setelah kau kata cinta padaku
Masing-masing dulu punya pasangan
Akhirnya kita bersama

Pertama kali kita bersua bertentang mata
Terasa ada kimia di antara kita
Kau kucup pipiku, kau bisikkan cintamu
Kau kata baby I love you,
Kau cairkan hatiku

Bahagia ku rasa
Di saat kita berdua bersama
Memandang bulan terang
Menyaksi bintang-bintang
Kau seru akulah pelangi cintamu

Kau kucup pipiku
Kau bisikkan cintamu
Kau kata Baby I love you
Kau cairkan hatiku

Bahagia ku rasa
Di saat kita berdua bersama
memandang bulan terang
Menyaksi bintang-bintang
Kau seru akulah pelangi cintamu
Kau seru akulah pelangi cintamu

NotaBuku:
Aku sayang kamu :x.