Tuesday, August 31, 2010
Tanpa Sempadan : Perihal 3
Fareda dan Mijae, dua sahabat yang tinggal berjiran. Persahabatan mereka berlangsung baik sejak kecil. Dari perkara paling rumit ke hal paling remeh, masing-masing sudah terlalu kenal hati budi satu sama lain. Bagaikan satu jiwa dalam dua jasad. Namun sesekali masih berlaku perbalahan antara mereka.
"Benarkah guru itu tinggal di perbatasan wilayah?" tanya Fareda.
"Hamba pasti dia memang tinggal di sana. Dari cakap-cakap orang. Malah tuan guru juga membenarkan kata-kata mereka. Tidakkah tuan hamba percayakan hamba?"
"Bukan tidak percaya. Cuma khawatir. Kita ini masing-masing anak tunggal harapan keluarga. Apa yang akan berlaku kepada ayah dan bunda kita jika kita tidak pulang-pulang?"
"Hamba berjanji, setiap ada kesempatan, kita akan pulang ke mari. Lagipun bukannya kita hendak berjalan jauh. Hanya ke perbatasan sana,"
"Seperkara lagi, Mijae,"
"Apa dia?"
"Bukankah tidak manis dilihat orang, anak teruna dan anak dara berjalan berdua sahaja?"
"Kita ajak Harmira bersama, pasti dia mahu. Mustahil tuan guru tidak benarkan anaknya pergi bersama kita," cadang Mijae.
Fareda mengeluh kecil.
“Mengapa mengeluh?” tanya Mijae.
“Tidak ada apa-apa. Hamba masuk dahulu. Masih ada yang perlu diusaikan sebelum matari turun,” balas Fareda. Dia meninggalkan Mijae di laman rumahnya.
Mijae berlalu setelah Fareda hilang dari pandangan.
“Apa yang difikirkan, Fareda?” tanya Nara.
“Bunda,” bisik Fareda.
“Katakan saja, Fareda. Biar bunda mengerti,”
Fareda masih enggan bersuara. Hanya riak matanya seolah cuba berkata-kata. Agak lama Nara dan Fareda berbicara dalam bisu.
“Susah benar menelah hatimu, anakku. Tapi bunda melihat cinta dari sinar matamu,”
Mendengar itu, Fareda tertunduk.
“Benar, bukan?”
Masih tiada balasan.
“Mijae itu anaknya baik. Tingkahnya menyenangkan. Kalau terlambat, bisa-bisa saja kau hilang peluang,”
“Tapi, bagaimana caranya hingga hamba bisa membicarakan soal hati dengan Mijae? Memandangnya sahaja sudah menjadi begitu sukar sekarang,”
“Kalau kau mahu, biar bunda yang ke sana,”
“Aduhai, bunda. Terasa rendahnya diri ini hingga terpaksa dijaja ke rumah si teruna,” balas Fareda. Nara menggeleng tidak mengerti.
*
Perbekalan sudah dipersiap. Yang tinggal, tinggal. Yang pergi mulai berangkat. Dalam perjalanan yang jauh di sebuah wilayah bergelar Gelora Bayu, terlihat susuk tubuh dua orang gadis ditemani sahabat mereka jejaka satu-satunya.
Terik mentari membara membakar tubuh-tubuh mereka.
"Sehangat ini sahaja sudah tidak tahan, bagaimana mahu menjalani pengajian?" tanya Fareda. Mijae membisu. Wajahnya tertunduk. Ternyata temannya itu mengerti apa yang dirasainya.
"Tidaklah, Fareda. Bukan hangat ini yang meresahkan hamba," kata Mijae kemudiannya. Barangkali menutup perasaan malu mendengar kata-kata Fareda sebelumnya.
"Jadi apa?" Harmira pula mula bersuara. Sejak memulakan perjalanan tadi, baru itu kata-kata yang keluar dari bibirnya.
"Hangatnya tidak terasa di kulit, tidak ternampak di mata, tetapi terbakar hangus di hati hamba,"
Fareda segera mendiam, membiarkan Mijae dan Harmira berbicara. Langkahnya diteruskan lebih pantas.
"Maksud tuan hamba?"
"Hati hamba ini sudah lama terbakar, Mira. Baranya masih ada memakan dari dalam hari demi hari, tetapi yang empunya tubuh masih belum mahu mendengar. Malah lari setiap kali hamba mahu menyuarakan isi rasa,"
"Siapakah agaknya gerangan? Bertuah benar dia, mendapat cebisan hati tuan hamba yang mahal segunung emas,"
Mijae hanya tersenyum pahit.
*
Senja mula berlabuh di kala mereka tiba di hutan yang menandakan sempadan Gelora Bayu. Aliran air dari anak sungai memecah suasana.
"Di sini?" tanya Fareda.
Mijae mengangguk antara pasti dan tidak.
Harmira melangkah lebih jauh ke hadapan.
"Mira.."
"Ikut sahajalah, Mijae," balas Harmira.
Tidak lama kemudian, mereka melihat sebuah pondok yang terjaga rapi. Pondok itu terletak di sebuah tanah lapang, dikelilingi pohon-pohon yang tinggi melangit.
"Mari," ajak Mijae. Kali ini dia yang di hadapan. Fareda masih memerhati keadaan sekitar. Remang senja kian kelam.
"Sampai juga kalian ke mari,"
Kata-kata itu menghentikan langkah mereka.
"Tuan guru, kami datang dari jauh, ingin menuntut pada tuan guru," kata Mijae.
"Naiklah ke atas. Mira, tunjukkan arah pada mereka," arah Syariff.
Mijae dan Fareda memandang Harmira dengan rasa tidak percaya. Harmira melangkah mendekati lelaki itu dan menyalaminya.
"Ayah berkirim salam, dan ada barang buat paman," kata Harmira.
Syariff menyambut bungkusan yang dihulurkan oleh Harmira sebelum masuk ke dalam pondok.
"Guru Syariff masih pamanku. Abang paling sulung dari ayahku. Ayahku yang paling bongsu," Harmira menjelaskan.
"Patutlah hamba lihat tuan hamba tenang sahaja sepanjang jalan. Kenapa tuan hamba tidak khabarkan sejak mula?"
“Kerana tuan hamba tidak bertanya,” balas Harmira.
Fareda tertawa kecil.
Mijae mendengus. Panas hatinya diperlakukan seperti itu.
Monday, August 30, 2010
Tanpa Sempadan : Perihal 2
“Siapkan semua yang tertulis di sini,” arah Fadzli.
“Yang lama bagaimana?”
“Belum pernah lagi hamba mungkir. Siapkan saja. Nanti bila tiba masanya semuanya akan terlunas,”
Touya merenung lagi helaian yang diberikan oleh Fadzli.
“Apa yang tidak kena?” tanya Fadzli. Suaranya datar sahaja.
“Hamba tidak punya dana untuk menyiapkan semua ini jika tuan hamba tidak membayarnya sekarang,”
“Sekadar kekurangan dana senang sahaja. Esok petang kita selesaikan,”
“Yang ini sekali?”
“Tidak. Bukan yang ini, hanya yang lepas-lepas. Yang ini siapkan dahulu,”
Fadzli meninggalkan ruang kerja Touya yang hangat.
Ichi mendekat.
“Sediakan bahan-bahannya,” arah Touya.
Ichi mengangguk dan masuk kembali ke kamar kecil di sebelah ruang relau yang panas membara itu.
*
Ruangan itu lengang. Tidak seorang manusia pun ada di situ. Barangkali kerana malam sudah terlalu larut. Hanya desir angin berbisik, diselangi bunyi air menitis dari bucu-bucu atap. Tanah basah dan lecak di sana sini, tanda hujan baru berhenti.
Bunyi tapak kaki terdengar samar-samar ditutupi dek kain mencecah lantai. Setelah sang permaisuri tiba barulah Fadzli memunculkan diri.
“Apa yang kamu mahukan?”
“Belanja untuk perbekalan di gelanggang tidak mencukupi. Patik mohon kalau boleh ditambah segera. Si pandai besi sudah menuntut bayaran,”
“Esok sahaja boleh, bukan? Tidak perlulah membazirkan waktu di sini,”
“Ampunkan patik, Tuanku. Kekangan masa memaksa patik ke mari sekarang. Pagi-pagi besok ada tugas yang terpaksa patik laksanakan, dan si pandai besi itu pasti akan melambat-lambatkan waktu kalau patik terlambat membayar,”
“Lambat atau cepat, kita tetap membayar, bukan? Apa masalahnya?”
“Dia juga berkata begitu pada patik. Lambat atau cepat, dia tetap menyiapkan tugasnya,”
“Tangkap sahajalah,”
“Ah, Tuanku Permaisuri. Kalau dia ditangkap, siapa pula yang akan kita kerah membuat senjata nanti?”
Fida terdiam dibuatnya.
“Jadi, bagaimana?”
“Ini sahaja yang beta bawa sekarang. Cukup?” tanya Fida seraya menyerahkan bungkusan kain berisi wang kepada Fadzli.
“Sepertinya cukup,” balas Fadzli.
“Kalau tidak cukup, lain kali sahaja beta beri. Pergi sekarang, sebelum ada orang yang mengesyaki,”
*
Kelalang di hadapannya diisi dengan cecair-cecair berwarna. Beberapa buah botol kecil tersusun rapi di rak di sebelah kanan. Di bahagian kiri bilik itu pula terdapat sebuah almari berlaci banyak berisikan serbuk-serbuk pelbagai jenis.
Kedengaran ketukan di pintu. Ichi segera meninggalkan meja kerjanya.
“Ini wang untuk perbelanjaan minggu ini. Kita diberi tempoh dua minggu untuk selesaikan tugas kita,”
Ichi mengambil bungkusan kecil yang diletakkan oleh Touya di atas almari berlaci dan menyimpannya di sudut bilik. Kedengaran kekecohan dari ruang relau. Ichi mengunci pintu kamarnya dan mengintai melalui lubang kecil di tepi pintu.
Ruangan bertutup berbentuk empat segi dari kaca jernih ditarik ke bawah dan dikunci ke lantai.Di atas kotak kaca itu, Ichi meletakkan sebuah lagi kotak yang diperbuat daripada kayu dan menutupinya dengan kain. Kemudian, Ichi membuka pintu kamar dan keluar menemui Touya.
“Ada apa?” tanya Ichi dengan bahasa isyarat.
“Orang-orang Fadzli,” balas Touya. Dia baru sahaja menutup pintu kedai kecil miliknya. Terasa ruangan itu lebih hangat daripada kebiasaan akibat haba yang terperangkap.
“Apa mereka mahu?”
“Ah, biasalah. Bukan kau tidak kenal Fadzli. Kalau seorang yang bersalah pun, dia akan buat kecoh seluruh wilayah,”
Ichi menggelengkan kepala.
“Mengganggu saja,” gerutu Ichi.
Sunday, August 29, 2010
Tanpa Sempadan: Perihal 1
Adeeb mundar-mandir di hadapan pintu gerbang istana yang megah itu. Orang yang dinantinya belum tiba lagi. Beberapa kali dia mengerling ke arah jalan yang sunyi sejak tadi. Laluan yang gelap-gelap suram itu membuatkan dia bertambah gelisah.
Deruan angin seolah-olah terhenti seketika. Suasana masih sepi. Adeeb memasang telinga. Kebimbangannya memuncak. Jamung yang diikat pada sebatang kayu yang terpacak di sisinya diambil.
“Kanda,” terdengar desir suara separuh bisikan.
Adeeb menarik nafas lega. Tubuh gadis itu dipeluk erat.
“Kanda fikir dinda ditahan lagi malam ini. Kenapa lewat benar?”
“Hampir-hampir saja, kanda. Mujur Tuanku Putra datang tadi,” adu Aleeya. Sedunya masih terdengar dari suaranya yang halus. Hampir-hampir tidak terdengar dalam gema alam.
“Ayuh kita pulang,” ajak Adeeb.
Mereka berjalan beriringan ke arah salah sebuah rumah yang terletak di luar kawasan istana itu. Beberapa kali Aleeya hampir terjatuh tetapi sempat disambut oleh Adeeb.
Pintu dibuka. Adeeb meletakkan jamung di tempat yang sudah disediakan di hadapan rumah kecil mereka. Aleeya terus masuk ke dapur dan membawakan air buat kekandanya.
“Apa lagi yang dilakukan perempuan itu malam ini?” tanya Adeeb. Wajah Aleeya ditenung dalam-dalam.
“Biarkanlah, kanda. Dia punya hak. Kita cuma orang suruhannya sahaja. Dinda yang salah. Lain yang disuruhnya, lain yang dinda buat,”
“Apa lagi yang dia tidak puas hati? Dia dapat dayang istana yang terbaik sebagai pembantu, bukannya calang-calang,” getus Adeeb.
“Kanda jangan jumpa dia lagi. Tolonglah, kanda. Nanti teruk kanda dikerjakan oleh Fadzli,” rayu Aleeya.
“Habis, dinda mahu kanda biarkan saja perempuan kurang akal itu pukul dinda setiap malam? Kanda suruh dinda berhenti pun dinda tidak mahu. Lihat ini. Luka minggu lalu masih belum sembuh lagi, dinda. Takkan hendak ditambah lagi?” kata Adeeb seraya menyelak lengan baju Aleeya perlahan-lahan. Gelas di tangan adiknya diambil dan diletakkan di lantai.
Aleeya menggosok-gosok lengannya yang masih terlihat segaris luka.
Adeeb mengangkat wajah Aleeya supaya memandangnya.
“Apa yang dinda cari sebenarnya?” tanya Adeeb.
“Cari apa pula, kanda?”
“Ada sesuatu yang dinda mahukan daripada Tuanku Putra dan perempuan itu, bukan? Kanda dapat rasakannya, dinda. Kalau tidak takkanlah dinda sanggup ke sana setiap hari walaupun dinda tahu dinda akan pulang setiap malam dengan tubuh lebam-lebam dan luka di sana-sini,”
Aleeya tidak membalas. Wajahnya berkerut menahan pedih apabila Adeeb menitiskan air di atas kesan luka di lengannya.
“Ini pun mujur tidak sampai ke sini, kalau tidak di mana kanda mahu cari ganti dinda kanda yang satu-satunya ini?” getus Adeeb sambil menekan jarinya pada urat nadi di lengan Aleeya. Kesan luka yang masih segar itu berhenti hampir dengan urat nadi Aleeya.
“Sudah. Pergilah berehat sana,” kata Adeeb akhirnya.
“Kanda mahu ke mana?”
“Tidak ke mana-mana,” balas Adeeb sambil menyelak pintu rumah mereka dengan kayu.
Malam itu Aleeya tertidur dalam pangkuan kekandanya.
*
“Dinda, cuba khabarkan pada kanda, apa yang menyebabkan dinda murka benar pada Dayang Aleeya? Bukankah dahulu dinda yang beria-ia benar mahu mengangkat dia sebagai pembantu peribadi dinda?”
“Kerjanya banyak benar yang khilaf. Lain yang dinda suruh, lain yang dilakukan,” adu Fida. Sedetik pun tidak terlihat rasa bersalah di wajahnya.
“Apa benar apa yang dinda perkatakan? Sepanjang pengetahuan kanda, dialah dayang yang paling sempurna tugasnya. Sebab itulah kanda lantik dia menjadi Ketua Dayang sebelum ini,”
“Itu pasti hanya untuk mengaburi mata kanda sahaja. Selepas dia dapat apa yang dia mahukan, mulalah hendak tunjuk belang,”
“Dinda, kanda mengenali Dayang Aleeya lebih lama daripada kanda kenal dinda. Kita bertemu kali pertama selepas bernikah, sedangkan Dayang Aleeya sudah kanda kenal sejak hari dia dilahirkan. Mana mungkin dia dapat menipu kanda,”
“Ah, kanda ini! Kalau fasal perempuan itu, ada-ada sahaja alasan kanda!” gerutu Fida. Kedua-dua belah tangannya yang disilangkan di hadapan dada semakin kejap.
“Kanda kirakan barangkali dinda yang tersalah bicara. Dia itu kanda lihat tekun benar melayani kerenah dinda. Dayang-dayang sebelum ini semuanya minta berhenti. Kanda jadi tertanya-tanya. Dan malam ini apa yang kanda lihat? Dinda seksa Dayang Aleeya separuh nyawa!”
Fida tergamam mendengar pernyataan Putra. Bibirnya yang memerah diketap kerana geram.
Masing-masing membisu beberapa ketika.
“Pulanglah ke kamar dinda. Biarkan kanda beradu sendirian malam ini,” titah Putra.
Fida segera meninggalkan kamar Putra. Wajahnya mencuka. Panas benar hatinya mendengar Putra membela seorang dayang. Apatah lagi dayang itu adalah Dayang Aleeya.
Putra merenung keluar melalui jendela yang masih terbuka. Kelihatan cahaya malap dari sebuah jamung yang ditegakkan di salah sebuah teratak di hadapan istana.
“Sabar benar kamu melayani permaisuri beta, Aleeya. Beruntung Mak Inang Mawar dapat puteri seperti kamu, dan kekanda kamu,” desis Putra.
Tidak lama kemudian, jamung itu dipadam dan pintu dikunci dari dalam. Menyedari malam sudah larut, Putra menutup jendela.
*
Pintu diketuk beberapa kali.
“Siapa pula yang datang mengganggu pada waktu-waktu begini?” rungut Fadzli.
Setelah pintu dibuka, ternyata seorang gadis berdiri di hadapan pintu.
“Ada apa?” tanya Fadzli.
“Ada pesanan daripada Tuanku Permaisuri untuk tuan hamba,” kata gadis itu. Nafasnya masih termengah-mengah.
“Katakan sahajalah, Aeza,”
“Tuanku Permaisuri mahu bertemu tuan hamba di tempat biasa subuh-subuh besok,”
“Ada apa-apa yang berlaku malam ini? Sepertinya kamu tergesa-gesa,”
“Tuanku Permaisuri tertangkap memukul Aleeya di kamar Tuanku Putra,”
“Bagaimana boleh tertangkap?”
“Hamba tidak tahu. Barangkali Tuanku Putra mengintip dari luar. Dayang-dayang semuanya tidak ada sewaktu Tuanku Putra tiba di kamar, melainkan Aleeya seorang,”
Fadzli diam seolah-olah sedang berfikir.
“Besok pagi-pagi tentu Adeeb datang mencari Tuanku Permaisuri,” bisik Fadzli.
Aeza menanti dengan rasa tidak sabar. Sesekali dia memandang ke sekitar, bimbang kalau-kalau ada orang yang mengekori. Jika ketahuan tertangkap oleh sesiapa, dia pasti akan dihukum oleh Fida. Kain yang menyelubung kepalanya diatur beberapa kali.
“Sampaikan pada Tuanku Permaisuri, hamba akan ke sana awal-awal pagi besok,” kata Fadzli lalu menutup pintu dengan kasar.
*
Selesai Subuh, Adeeb bermenung di persujudan. Wajah Aleeya diintip dari jauh. Gadis itu sedang menyiapkan makanan untuk mereka berdua. Tangannya pantas sekali melaksanakan tugas-tugas yang perlu disiapkan sebelum keluar dari rumah untuk menyelesaikan tanggungjawab di istana pula.
“Kanda, apa lagi yang dimenungkan?” tegur Aleeya.
Adeeb sekadar tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.
Makanan yang disediakan oleh adindanya dijamah sedikit sementara Aleeya bersiap. Fikirannya masih menerawang.
Pintu dikunci dengan penyendal. Langkah diatur ke arah istana yang tersergam.
Sesekali terdengar hembusan nafas mereka dalam kabus yang tebal itu.
“Kanda, jangan fikirkan apa yang terjadi malam tadi lagi. Dinda tidak apa-apa,”
“Kanda tidak akan biarkan perempuan itu seksa dinda lagi,”
“Tapi nanti kanda sendiri yang menderita. Kanda sendiri tahu Tuanku Permaisuri rapat dengan Fadzli. Pasti mereka sudah siap sedia menanti kedatangan kanda. Dinda bimbang mereka melakukan sesuatu di luar jangkaan,”
“Pandailah kanda menjaga diri,” balas Adeeb.
Aleeya menghela nafas dalam-dalam. Dia sudah hampir berputus asa memujuk kekandanya supaya memaafkan sahaja perbuatan Fida terhadap dirinya.
“Hati-hati, dinda,” pesan Adeeb sebelum mereka berpisah di bawah gerbang istana.
Dari wajah tenang Aleeya, terpancar riak hiba. Setiap langkahnya membuahkan keliru.
*
Fadzli sudah sedia menanti sewaktu Fida tiba di tempat yang dijanjikan. Dua orang pembantu mereka masing-masing mengawal di luar, bimbang seandainya pertemuan itu diketahui oleh Putra.
"Cepat kamu sampai ke mari?" tegur Fida.
"Atas titah perintah Tuanku juga,"
"Kamu tahu apa yang berlaku semalam?"
"Ya, Tuanku. Aeza sudah ceritakan, tetapi hanya sebahagian,"
"Putra mengintip. Keadaan tidak selamat,"
"Tuanku tahu siapa yang punya angkara?"
"Belum lagi,"
"Tidak ada kemungkinan Adeeb yang mengadukan kepada Tuanku Putra?"
"Semalam mungkin tidak, tetapi hari ini beta lihat dia tergesa-gesa. Awal dia tiba hari ini. Sebelum Putra siap berangkat ke balairung,"
Fadzli mengangguk-angguk.
"Persiapkan gelanggang. Pertarungan baru akan bermula," titah Fida. Kemudian, Fadzli ditinggalkan bersendirian.
Tanpa Sempadan: Sebuah Kisah
Kisah ini adalah atas permintaan beberapa orang teman yang turut sama menyumbangkan idea mereka untuk memastikan kisah ini berjalan pada landasan yang mereka mahu.
Ada 80 watak utama dalam novel ini, kesemuanya adalah pemilik-pemilik blog. Perhatikan setiap nama, kemungkinan link blog anda muncul di sana. [Akan dibuat nanti.] Jika itu berlaku, bererti andalah yang mewakili watak itu.
Pilihan nama adalah mengikut kehendak penulis dan tidak dapat diubah. Beberapa nama yang hampir mirip menyukarkan penulis memilih nama yang baru untuk memastikan pembaca dapat mengenali blogger yang terbabit. Harap dimaafkan sekiranya ada nama yang tidak menepati citarasa blogger yang terlibat.
____________________
Latar Tempat:
1. Negeri Gelora Bayu
2. Negeri Segara
Latar Masa:
Bila-bila masa.
Latar Alam:
1. Kawasan lapang: Medan peperangan, laman istana
2. Hutan: Kawasan latihan, lokasi pengintipan
3. Gunung-ganang
Watak-watak utama (1)
Kisra Putra
Kleo Fida
Dayang Aleeya
Ampuan Adeeb
Kisra Kaizer
Kleo Sofiya
Puteri Nisa
Datu Zakiy
Panglima Akhmal
Panglima Mijae
Datu Fadzli
Ailiff
Qushairy
Fareda
Dayang Iszryn
Nabeel
Sarah
Misya
Jangan terburu-buru menyimpul kisah. Mungkin andaian anda tidak benar.
Kisah ini hanyalah rekaan semata-mata. Tidak ada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah tiada.
Saturday, August 28, 2010
Perihal Cinta: Outro
Just Once
Just once
Please let me tell you
And then I’ll go
Just once
When there’s time
To steal a glance
And I’ll be away
Just this once
I’m trying to make you understand
There’s emptiness in my heart
That someone left.
Just once
To tell you
That you’re never enough
To complete me.
Just once
To say thanks
For all the tolerance
And the company you are.
Just this once
And now I’m leaving
Closing my eyes
For you’re never the one..
0532p 22072010
Friday, August 27, 2010
Thursday, August 26, 2010
Perihal Cinta Ep 30 | Menunggu Detik
Gadis itu nampak gembira sekali, bahkan dia bagaikan dicipta untuk hidup gembira saja. Tapi, siapa tahu? Gadis itu gadis yang sedang menunggu saat kematian yang muncul bila-bila masa. Dia di sahkan menghidap penyakit barah hati. Sampai sekarang dia menanti penderma yang sesuai. Tapi, hasilnya masih mengecewakan, sedangkan barah itu semakin menular. Kadang-kadang dia ingin seperti orang lain, biar tidak kaya, biar tidak bijak, biar tidak cantik, asalkan dirinya sihat. Dia menangis keseorangan. Hanya keluarga yang prihatin mendorongnya untuk terus hidup.
Dia takut sekali untuk memejamkan mata, takut lenanya tanpa jaga. Derita yang ditanggung amat menyakitkan. Ada kala dalam gelak air matanya mengalir. Dia takut sekali apabila tiba-tiba lintasan ajal dan dia dijemput menghadap Ilahitanpa sempat menyampaikan pesan kepada insan-insan tersayang.
Saat-saat yang dilalui seakan tiada makna. Dia betul-betul rasa buntu denganarah hidupnya. Di kampus dia menjalani hidup seperti kebiasaan. Dia seorang pelajar yang baik. Dia memang hebat di mata pensyarah-pensyarah dan kawan-kawan. Tapi, tidak bagi Amri, baginya, gadis itu terlalu sempurna. Dia harus mencari kelemahan gadis itu. Dia tidak senang apabila nama gadis itu sentiasa menjadi yang mendahuluinya dalam setiap perkara. Ada dendam yang harus dilangsaikan.
Azalea sendiri tidak mengerti dengan lelaki itu. apa yang dia buat serba tak kena di mata Amri. Dia tidak kenal sangat dengan lelaki itu, tapi dia senang sekali melihat wajah tenang jejaka itu. Tapi dia tidak tahu kenapa lelaki itu sering mahu berdebat dengannya. Ada-ada saja yang hendak dibantah. Wajah lelaki itu tetap tenang, walaupun kata-kata berbisa yang keluar dari mulut itu. Namun dia tahu lelaki itu baik kerana kawan-kawan tidak pernah berkata buruk tentang lelaki itu.
Amri mendapat idea untuk mendekatkan diri pada Azalea. Melalui risikannya daripada beberapa teman gadis itu, gadis itu mudah bersimpati. Dia harus mengambil peluang itu. Gadis itu harus menebus kesalahan ayahnya. Ayah gadis itu telah membunuh ibu bapaku, ayah gadis itu telah menyebabkan ibu bapanya terlibat dalam kemalangan maut.
" Assammualaikum.... Lama dah kita sekelas. Tapi..tak pernah berbualkan?" Amri memberanikan diri menyapa gadis itu. Dia berharap gadis itu sudi memanjangkan bicara. Dia perasan kekagetan wajah itu.
" Tak sudi ke?" Tanya Amri. Azalena terpana.
" Eh! Waalaikummussalam... hmmm..apa awak cakap tadi?" Tanya Azalea separuh sedar. Tidak menyangka lelaki itu akan menyapanya.
"Hmmm...saya cakap. Kita dah lama sekelas. Tapi tak pernah berbual. Boleh kita berbual sekejab? Sebagai kawan." Amri cuba membuatkan gadis itu selesa. Azalea tersenyum, dia membetulkan duduknya. Amri agak terpesona dengan senyuman itu. Betul kata kawan-kawan. Gadis itu memang sangat cantik. Dia cuba menghalau perasaan asing yang cuba menular. Dia mengingatkan diri tentang dendamnya.
" Oh....apa salahnya. Saya ingatkan awak tak suka kat saya." Ucap Azalea berterus terang. Amri sedikit terkejut, tapi dia kembali mengawal perasaannya. Gadis manis bertudung putih di depannya itu sukar sekali dibenci. Dia sudah berusaha untuk membenci, tapi ternyata tidak sedikit pun perasaan benci itu hinggap di hatinya. Yang ada hanyalah perasaan kurang senang dan dendam terhadap bapa Azalea.
" Awak ingat saya tak suka awak ke?" soal Amri. Azalea terdiam sebentar.
" Hmm...memang saya fikir macam tu. Yelah...kita selalu sangat berdebat. Saya minta maaf andai awak terasa." Balas Azalea. Dia meliarkan pandangan disekitar kantin itu. Rohani kawan rapatnya belum jugak muncul.
" Tak adalah.... Bukan saya tak suka. Tapi saya suka dengar awak membalas setiap patah perkara yang kita debatkan. Walaupun berdebat, suara awak tetap lembut. Saya suka dengar awak bercakap." Tanpa sedar Amri meluahkan sedikit rahsia hatinya. Dia tidak dapat menafikan yang dia suka mendengar suara gadis itu, lembut dan bersopan. Wajah Azalea merah.
" Boleh kita jadi kawan?" Tanya Amri melindung gugup. Dia takut sekali niat membalas dendamnya tersasar.
" Boleh..... Panggil saya Alea." Balas Azalea ramah.
" Saya... Amri, awak boleh panggil saya Am. Kalau nak panggil abang Am pun boleh." Amri cuba bergurau. Azalea tergelak. Amri sekali lagi tergamam, manis dan cantik sekali.
" Tak sangka awak ni suka bergurau." Azalea mula menyenangi kehadiran lelaki itu.
" Banyak yang awak tak tau tentang saya tau. Tak kenal maka tak cinta. Mana tau lepas kenal saya awak jatuh cinta. Ops..." Amri menutup mulutnya. Azalea tergelak lagi.
" Tak semudah itu saya jatuh cinta tau." Azalea menegaskan katanya sekadar membalas usikan Amri. Bukan dia tak nak jatuh cinta, tapi dia takut tidak mampu membalas cinta itu kerana hatinya makin lemah.
" Apa? Awak ada kanser? Cakap betul-betul Am, jangan main-main." Azalea terkejut mendengar berita yang disampaikan oleh Amri itu. Sukar dia hendak menerima semua itu menimpa sahabat baiknya. Sejak tiga bulan dulu, Amri menjadi sahabat baiknya. Walaupun masih ligat berdebat, tapi tutur kata tetap dijaga.
" Betul Alea. Dah lama dah saya sakit." Bohong Amri. Azalea sayu melihat wajah Amri, rupa-rupanya bukan aku seorang aje yang menunggu kematian. Dia pun, dia memang seorang yang tabah. Hanya aku yang seakan mengalah dengan penyakit ini.
" Saya tak sangka...awak pun ada penyakit berbahaya." Azalea sebak. Amri menyembunyikan senyuman, dia berjaya memancing simpati Azalea. Dia dapat melihat air mata berlinang di tebing kelopak mata gadis itu.
" Saya pun tak sangka pada mulanya. Tapi, bila doctor bagi tau, saya rasa dunia saya dah musnah. Saya sedih sangat. Awak nak ke berkawan dengan saya? Seorang yang sedang menunggu kematian yang entah tiba-tiba akan datang."Bohong Amri lagi. Azalea mengesat air matanya. Wajah itu ditatap penuh ikhlas.
" Saya akan tetap di sisi awak, walau macam mana pun keadaan awak. Kita sama-sama habiskan sisa hidup yang ada dengan bahagia." Tanpa sedar Azalea melafazkan kata-kata. Amri agak keliru dengan ayat terakhir Azalea. Sisa hidup?Tapi dia malas hendak berfikir panjang. Apa yang dia tahu dia gembira apabila Azalea betul-betul percaya kepadanya.
Azalea menghantar langkah Amri dengan air mata. Dia dapat melihat kepiluan dimata itu. Kita sama-sama menunggu kematian Am. Kita sama-sama akan habiskan sisa hidup bersama. Bisik hati Azalea.
" Kenapa ni nak? Alea sakit ke sayang? " Tanya Datin Naini, ibu kesayangan Azalea. Bawah mata sembab anaknya dipandang dengan hati yang tertanya-tanya. Dia memegang bahu anaknya lembut. Azalea memeluk tubuh kurus ibunya.
" Mak....dia pun macam Alea. Dia pun seorang yang menunggu kematian. Dia pun sakit..." sedu Azalea di bahu itu. Datin Naini tidak mengerti, dia hanya membiarkan anaknya meluahkan dulu apa yang disimpan. Sambil itu tangannya mengusap belakang anaknya dengan penuh sifat keibuan.
" Alea ingat... Alea je yang paling malang. Tapi, rupa-rupanya ada orang lain jugak yang menderita. Tapi dia sungguh tabah. Dia tak pernah nampak patah semangat macam Alea. Alea nak jadi macam dia." Tangis Azalea. Datin Naini menarik tangan anaknya lembut ke sofa. Mereka melabuhkan punggung di situ. Dia mengusap lembut kepala anaknya di pangkuan. Dia ingin tahu siapa gerangan yang diceritakan anaknya. Dia ingin mengucapkan terima kasih pada insan itu.
" Siapa tu nak?" Tanya Datin Naini sebak.
" Am mak... kawan Alea yang Alea cakap dulu. Dia sakit mak, tapi dia tak putus asa. Dia tabah." Beritahu Azalea diiringi esak tangisnya.
" Janganlah menangis sayang... mak nak anak mak tabah macam dia." Ucap Datin Naini. Azalea angguk perlahan, dia masih berbaring manja di pangkuan ibunya. Dia memang manja, biarpun nampak serius, namun keletah manjanya hanya tika dia bersama dengan keluarga kesayangan.
" Awak...awak dah makan ubat?" Amri tersentak dari menungan. Dia menoleh ke arah suara lembut itu. Dia teruja melihat senyuman manis Azalea. Bibirnya kaku untuk bersuara, entah mengapa dadanya berdebar semacam.
" Kenapa awak ni?" Tanya Azalea hairan. Dia mengambil tempat di sisi Amri. Amri diam, dia dapat menghidu wangian yang sering digunakan gadis itu walaupun jarak mereka agak jauh di kerusi panjang itu.
" Am..." panggil Azalea. Amri tersentak lagi.
" Awak... apa awak Tanya tadi?" Amri tersipu mengenangkan kelekaannya tadi. Wajahnya hangat apabila mendengar gelak halus di sisinya. Dia teruja lagi melihat tawa itu, gigi gadis itu tersusun kemas nampak indah bila ketawa.
" Awak berangan ya..." usik Azalea.
" Mana ada..." nafi Amri.
" Eleh...bohong...tadi tu apa? Tak dengar pun soalan saya." Azalea ingin mengusik lagi.
" Tadi tu saya berfikir..." balas Amri sambil tersengih. Azalea tergelak, Amri ikut sama gelak.
" Awak ni ada-ada je.. saya tanya tadi... awak dah makan ubat?" Tanya Azalea prihatin. Amri mengelabah.
" Dah...dah..sebelum ke sini tadi saya dah makan." Bohongnya, walaupun menyedari menipu itu berdosa, tapi dia bertekad untuk meneruskan jugak. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
" Hmmm...baguslah macam tu. Saya tak nak kawan saya sakit." Ucap Azalea. Dia menyatu jari jemarinya. Memang mereka selalu menghabiskan masa disitu, di taman bersebelahan dengan perumahan keluarga Azalea. Adik bongsu Azalea sentiasa menemani mereka, Azirul yang berusia 10 tahun sedang leka bermain buaian.
" Kawan je?" Tanya Amri berani. Giliran Azalea tersentak.
" Apa maksud awak?" Tanya Azalea sedikit cuak. Dia takut, takut rahsia hatinya turut diketahui.
" Awak tak pernah ke..sayang kat saya?" Tanya Amri.
" Sayang....saya sayangkan awak sebagai kawan saya." Balas Azalea berpura-pura tenang. Amri tidak putus asa, misinya mesti berjaya.
" Saya nak kahwin dengan awak Alea. Saya tau saya tak layak, tapi saya cintakan awak. Saya nak awak jadi isteri saya." Luah Amri berani. Azalea tergamam. Dia terdiam.
" Alea....bagilah jawapan. Jangan membisu je.." Amri sedikit mendesak.
" Tak boleh Am.. kita tak boleh kahwin." Balas Azalea. Dia takut, saat dia berbahagia nanti dia tidak sampai hati untuk meninggalkan lelaki itu.
" Kenapa tak boleh? Kenapa? Kerana saya dah nak mati? Sebab itu awak tak nak pertaruhkan hidup dengan orang yang berpenyakit macam saya?" tegas Amri. Dia berdiri tegak. Azalea masih membisu. Bukan begitu Am, hatiku memang kuat mencintai kau, tapi... hatiku juga makin lemah untuk menjalankan fungsinya. Jerit hatinya. Tiada siapa tahu perasaannya melainkan yang Maha Esa.
" Tak payah cakap apa-apapun saya tau Alea. Awak memang tak sanggup nak hidup dengan orang yang dah nak mati macam saya." Amri melangkah ingin pergi dari situ. Azalea terpana, pantas tangannya mencapai lengan Amri. Nasib baik Amri menggunakan baju lengan panjang. Perlahan-lahan, Amri berpaling memandang Azalea. Dia terkejut melihat wajah itu sudah basah dengan air mata.Terasa ingin sekali dia mengesat air mata itu, tapi dia sedar batasan mereka. Dia rasa bersalah dengan penipuannya. Azalea turut melepaskan pergelangan tangan Amri.
" Am... awak tak faham. Saya pun gadis yang menunggu kematian. Am... saya tak kuat Am.. saya sayang awak. Tapi... keadaan tidak membenarkan saya menyempurnakan kehendak awak dan saya sendiri. Lagipun kita masih belajar. Am...maafkan saya." Ucap Azalea pantas berlalu meninggalkan Amri. Amri tergamam di situ, dia hanya memandang Azalea melangkah pergi sambil berpegangan tangan dengan Azirul. 'Gadis yang menunggu kematian?' apa maksud dia?
Amri terkejut apabila menerima panggilan daripada ibu Azalea memberitahu ingin berjumpa. Dia menerima pelawaan wanita itu. Seperti yang dipersetujui mereka bertemu di restoran Rasa Sedap. Dari jauh dia melihat wanita yang berusia separuh abad sambil ditemani Azirul, adik Azalea.
" Assalammualaikum mak cik..." sapa Amri.
" Waalaikummussalam.... Duduk Am.." balas Datin Naini sambil tersenyum ramah. Amri melabuhkan punggung sambil menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat. Amri hanya memesan air tembikai, dia tidak berselera untuk makan. Dia hanya hendak mengetahui tujuan ibu Azalea itu menemuinya.
" Begini Am... Mak cik dapat tau Am dah melamar Alea untuk jadi isteri. Betulke? Am serius?" Tanya Datin Naini. Amri telan air liur." Betul mak cik. Saya memang nak dia jadi isteri saya. Saya tau saya tak layak, tapi saya sayang dia mak cik. Berilah saya peluang makcik." Ucap Amri berani. Datin Naini mengangguk-anggukkan kepala beberapa kali. Pesanan air tembikai Amri sudah sampai, Amri meneguk air beberapa kali. Terasa kering tekaknya.
" Tahu kenapa Alea menolak?" Tanya Datin Naini lagi. Amri menggelengkan kepala.
" Am... makcik memang tak halang kalau korang nak kahwin. Family kami okey.. cuma Alea. Dia rasa dia tak mampu bahagiakan Am nanti. Dia pun macam Am, dia sakit jugak Am. Selama ni dia pinjam semangat Am untuk teruskan hidup. Makcik pun nak ucapkan terima kasih kerana Am telah pulihkan semangat dia untuk hidup." Amri terpana mendengar kata-kata Datin Naini. Alea sakit? Sakit apa?
" Apa maksud mak cik?" Tanya Amri dengan debaran.
" Dia dah lama menghidap barah hati Am. Mak cik tau, memang dia tak pernah cakap kat kawan-kawan dia sebab dia tak nak orang susah hati. Tapi mak cik harap Am pun sudi terima dia." Amri tersandar di kerusi mendengar kenyataan itu. 'kita sama-sama habiskan sisa hidup kita'. 'saya gadis yang menunggu kematian'. Bagaikan terngiang-ngiang kata-kata Azalea dulu. Dia rasa bersalah sangat.
" Am tak tau mak cik... tapi... izinkan saya ambik dia sebagai isteri saya." Kali ini Amri benar-benar bertekad. Dia ikhlas untuk memperisterikan gadis itu, bukan untuk melunaskan dendamnya.
" Mak cik sentiasa merestui Am. Mak cik izinkan." Balas Datin Naini sebak. Dia ingin anaknya bahagia.
" Tapi....ada perkara saya nak terus terang kat mak cik. Saya harap makcik maafkan saya. Tentang perasaan saya terhadap Alea, saya tak tipu, saya memang cintakan dia." Amri ingin berterus terang. Datin Naini angguk. Amri menceritakan segalanya. Bermula dari rancangannya pada mulanya hendak membalas dendam, menjadi kawan kepada Azalea dan akhirnya jatuh cinta. Berkali-kali dia berjanji akan membahagiakan Azalea sebelum Datin Naini benar-benar yakin.
......................................................................................
" Saya cintakan awak.... banyak..." lafaz Amri ketika dia bersantai bersama isteri kesayangan di koridor chalet. Sudah 2 minggu mereka bergelar suami isteri, dan 3 hari yang lalu mereka sampai di situ untuk berbulan madu.
" Saya cintakan diri saya sendiri..." terbeliak mata Amri mendengar kata-kata isterinya. Dia memasamkan wajah melihat wajah nakal isterinya mengusik. Pantas dia menyambar tubuh isterinya. Azalea terjerit.
" Lepaslah...." Azalea menjerit kecil, dia memukul-mukul kecil lengan suaminya yang kemas dipinggangnya. Pelukan itu semakin erat, akhirnya dia hanya membiarkan tangan itu menyulami pinggangnya. Dia mencari wajah suaminya dibelakangnya.
" Alea cintakan abang tak?" Tanya Amri manja. Dia membelai rambut Azalea, sudah lama dia mengangankan untuk membelai rambut itu, akhirnya setelah menjadi suami isteri dia dapat jugak merasa nikmat itu. Hanya dia yang berhak berbuat begitu, hanya dia, kerana isterinya itu tidak akan membenarkan rambut itu dilihat lelaki bukan halal.
" Alea....cintakan diri sendiri aje...." Balas Alea lagi. Amri memuncungkan mulut.
" Malam ni abang tinggalkan Alea tidur sorang-sorang je. Biar Alea kena gigit hantu." Usik Amri. Azalea tertawa. Dia melentokkan kepala manja dibahu suami tercinta. Dia mengusap pipi Amri, Amri suka sekali dengan tingkahmanja Azalea. Bukan dibuat-buat, tapi spontan. Dia sendiri pun tidak menyangka gadis yang nampak serius seorang yang manja.
" Perlu ke Alea nak ucap yang Alea cintakan abang? Abang dah jadi sebahagian dari diri Alea, jadi... Alea cintakan abang seperti cinta pada diri sendiri. Alea cintakan abang kerana cinta abang terhadap yang Maha Esa. Alea cintakan abang kerana ketaqwaan abang terhadap Allah. Alea sentiasa berdoa agar cinta kita terhadap Allah melebihi cinta kita terhadap diri sendiri." LuahAzalea.
" Terima kasih kerana jadi isteri abang." Ucap Amri. Azalea hanya tersenyum sambil mengucup tangan suaminya. Amri insaf mendengar kata-kata isterinya. Dia begitu bersyukur bertemu jodoh dengan Azalea. Dia masih ingat betapa payah dia hendak meyakinkan Azalea menerimanya dulu. Dia masih ingat esak tangis gadis memberitahu yang dia gadis yang menunggu kematian.
" Abang... Alea rasa tak sihat..." adu Azalea selepas mereka solat subuh berjemaah pagi itu. Amri pantas meraba dahi isterinya. Dia risau apabila merasa kehangatan di situ.
" Alea dah makan ubat?" Tanya Amri.
" Dah..." balas Azalea. Amri menarik tangan isterinya lembut dan membaringkan tubuh itu ke tilam.
" Meh sini abang picit ye.... Pukul 9 nanti abang bawa pergi klinik."Amri memicit lembut dahi isteri tercinta.
" Kita kan ada kuliah nanti." Balas Azalea.
" Alah....kita ponteng sekali ni aje. Lagipun Alea tak sihat, nanti minta MC dari doctor." Ucap Amri, jemarinya masih memicit lembut dahi itu. Lagipun hanya tinggal sebulan lagi mereka menjadi pelajar.
" Alea je yang dapat MC tau.." Azalea tergelak. Amri turut tergelak. Azalea memejamkan mata mengusir rasa pening. Dia akhirnya terlelap.
Selepas menjalankan pemeriksaan Azalea duduk di sisi suaminya di depan meja doctor. Doctor Nur tersenyum pada pasangan suami isteri muda itu. Dia membelek kertas di tangannya
" Tahniah... you berdua bakal jadi ibu dan ayah." Doctor Nur menghulurkan tangan pada Azalea. Teragak-agak Azalea menyambut, dia tergamam. Amri di sebelah bagaikan hendak menjerit kegembiraan. Wajahnya berseri.
" Berapa bulan doctor?" Tanya Amri gembira, tangan isterinya digengam erat.
" Baru masuk lapan minggu. Hmm...jaga wife you baik-baik tau.Lagipun..kesihatan dia pun tak berapa baik jugak." Pesan doctor Nur. Azalea hanya terdiam.
Azalea hanya membisu sejak dari tadi. Tidak sepatah pun bersuara, Amri perasan perubahan isterinya.
" Kenapa ni sayang? Alea tak bahagia, tak lama lagi kita akan jadi ayah dan ibu?" Tanya Amri sebaik mereka keluar dari bilik doctor Nur.
" Abang...abang tak ingat ke keadaan kita? Kita mungkin tak dapat hidup lama bang....macam mana dengan anak kita nanti? Mereka akan kehilangan kita. Ataupun...Alea akan pergi sebelum sempat melahirkan baby ni.." luah Azalea. Dia mengusap perutnya yang masih kempis. Ibu sayangkan baby... maafkan ibu...
Amri memeluk isterinya. Dia mengerti kenapa isterinya begitu.
" Alea kena ingat... Allah yang menentukan segalanya. Allah memang nak bagi baby ni untuk kita sebagai bukti cinta kita." Pujuk Amri. Azalea hanya angguk.
" Kita berserah pada Allah...kita jangan terlalu cepat berputus asa. Alea kena jaga diri dan baby tau. Terima kasih kerana kandungkan zuriat abang.... Abang cintakan Alea." Ucap Amri.
" I love you too."
" I love you three.." balas Amri nakal. Azalea tergelak bahagia.
" Syukurlah.... Alea nampak sihat je.." Datin Naini tersenyum bahagia melihat anaknya yang sedang sarat mengandung dengan jubah konvokesyen. Mereka bergambar kenang-kenangan bersama keluarga dan kawan-kawan. Teruk jugak Amri dan Azalea di usik teman-teman yang nakal.
Datin Naini memimpin tangan Azalea duduk di bangku panjang. Amri mengambil gambar isterinya berkali-kali.
" Mak...jaga anak Alea nanti ye... kalau Alea tak sempat tengok dia besar. Mak kena tolong abang Am jagakan anak kami. Mak bawakan dia lawat Alea nanti. Mak kena janji ya... mak kena cakap kat anak kami, yang Alea sangat sayangkan mereka." Datin Naini terpana mendengar permintaan anaknya. Dia menangis memeluk anaknya.
" Jangan cakap macam tu nak... kita jaga sama-sama." Balas Datin Naini.Datuk Azrul dan Amri yang memandang kelakuan dua beranak itu menahan sebak.Tiada lagi dendam Amri terhadap Datuk Azrul kerana rupa-rupanya Datuk Azrul telah menebus kesalahan dengan menanggung segala perbelanjaannya dulu. Dia pun baru tahu setelah mak usunya menceritakan hal sebenar. Lagipun menurut makusunya, kemalangan itu memang tidak disengajakan.
" Cakap kat abang Am... kalau anak-anak ni kembar perempuan namakan dia Alia Balqis dan Anisa Balqis. Dan kalau dua-dua lelaki Arief Amsyar dan Arief Ammar." Pesan Azalea lagi. Datin Naini gagal bersuara kerana menahan tangis. Datuk Azrul dan Amri menghampiri mereka.
" Kenapa ni?" Tanya Datuk Azrul lembut, penuh dengan naluri kebapaan.
" Tak ada apa-apa abah...." Balas Azalea.
Amri menghampiri katil yang menempatkan tubuh isterinya. Wajah pucat itudi pandang dengan rasa cinta yang tak berbelah bagi. Tangan itu dikucup penuh kasih sayang. Ibu kepada sepasang anak kembarnya itu masih nampak cantik walaupun terlantar di situ.
" Abang..... Arief dengan Balqis mana?" Tanya Azalea. Amri duduk disisi katil, dahi itu dikucup lama.
" Mereka kat dalam bilik baby. Terima kasih sayang...anak-anak kita comel.Muka sebijik macam ibu mereka." Amri tersenyum manis.
" Abang.... Alea nak tengok Arief dengan Balqis... boleh abang bawa kesini?" pohon Azalea penuh berharap. Amri angguk, pantas berlalu ke bilik bayi. Dia kembali ke situ bersama ibu bapa Azalea yang mendukung anak-anaknya. Amri membantu Azalea duduk dan menyandarkan tubuh isterinya ke dadanya. Mereka menyambut anak-anak mereka dari ibu bapa Azalea.
" Anak ibu...." Bisik Azalea pada dua bayi di depannya. Balqis dipangkuannya dan Arief di pangkuan suaminya. Datuk Azrul dan Datin Naini meninggalkan pasangan itu. Azalea tertawa melihat wajah comel anak-anaknya. Selepas itu Arief pulak beralih ke pangkuannya, Balqis diserahkan kepada Amri. Wajah Arief dan Balqis dicium bertalu-talu tanpa jemu.
" Abang jaga anak kita tau. Alea tak mampu nak tengok anak-anak kita membesar. Alea tau mereka selamat di sisi ayah mereka. Kalau abang nak cari suri lain untuk ganti Alea pun, Alea tak kisah bang. Alea rasa, Alea tak mampu nak jaga abang dengan anak-anak." pesan Azalea. Amri sebak.
" Alea..abang ada rahsia nak cakap. Abang sebenarnya..tak"
" Tak sakit kan?" teka Azalea. Amri tergamam, macam mana Alea tahu?
" Macam mana... Alea.. tau?"
" Alea tak pernah tengok abang makan ubat sejak kita jadi suami isteri." Balas Azalea.
" Maafkan abang sayang. Abang terlalu cintakan Alea. Dulu memang abang nak berterus terang, tapi abang takut Alea tak terima abang. Mak pun tak bagi abang cakap kat Alea." Pohon Amri. Ubun-ubun isterinya dikucup.
" Alea tak kisah bang. Alea tak salahkan abang. Abang telah bahagiakan Alea sepanjang kita jadi suami isteri. Abang kena janji akan jaga anak kita baik-baik tau. Alea cintakan abang..." ucap Azalea. Air mata Amri mengalir.
..........................................................................................
" Ayah...." Amri tersentak mendengar suara anak gadisnya memanggilnya. Selepas itu dia terasa tubuhnya dipeluk erat oleh jejaka di sebelah. Kemudian gadis yang seiras arwah isterinya memeluknya.
" Ayah....jom kita balik. Esok kita pergi ziarah pusara ibu lagi." ajak suara garau anak terunanya. Mereka bertiga berjalan berpelukan menuju ke kereta. Amri menoleh ke pusara arwah isterinya. Selamat tinggal sayang.... semoga Alea ditempatkan di kalangan muslimin muslimah yang soleh. Kau lah isteriku yang solehah. Tak jemu melayan kerenah suamimu ini dan sudi melahirkan zuariat suamimu ini.
Amri duduk di tempat bersebelahan pemandu. Arief Amsyar yang telah berusia 23tahun memandu, Alia Balqis duduk di tempat duduk belakang. Amri sentiasa memperkenalkan anak-anaknya kepada kemurnian perketi arwah ibu mereka. Dia boleh berbangga kini, kerana anak-anaknya membesar menjadi anak-anak yang taat dan berjaya dalam pelajaran.
Amri menatap gambar wajah isteri yang amat dirindui yang amat dia kasihi...
Sayang.... anak-anak kita dah besar... mereka anak yang baik. Seperti ibu mereka. Abang tak pernah menduakan kasih Alea kerana tidak ada wanita lain yang layak menjadi isteri abang dan ibu kepada anak-anak kita selain Alea. Abang rindukan Alea. Abang tak pernah lupa mencintai Allah melebihi cinta terhadap makhluk ciptaan-Nya. Abang selalu bersyukur kerana Allah telah mengurniakan Alea untuk abang cintai.
" Ayah....Balqis rindukan arwah ibu.." sebak Balqis bersuara. Amri menoleh ke belakang, wajah kerinduan itu direnung. Selepas itu dia berpaling ke sebelah, seperti Balqis, wajah Arief jugak sarat dengan kerinduan terhadap arwah ibu yang tidak sempat membesarkan mereka. Azalea pergi selepas seminggu melahirkan mereka. Amri masih ingat hari terakhir isterinya bersama mereka. Dia dapat merasakan sesuatu melihat cara renungan Azalea. Azalea sempat memohon maaf dan memintanya menghalalkan segalanya. Hari itu memang aneh, Arief dan Balqis yang baru berusia seminggu masa itu tidak banyak kerenah.
Tersenyum dan tergelak suka apabila dibelai Azalea. Azalea menyandar di dada Amri sambil memeluk anak-anaknya erat. Amri sempat mendengar bisikan syahadah sebelum dada isterinya tidak lagi berombak. Arief dan Balqis tiba-tiba menangis. Dia sendiri masa itu hanya mampu memeluk isterinya erat bersama anak-anak mereka. Dia hanya melepaskan isterinya apabila abah Azalea menariknya perlahan. Air matanya berlinang, dibiar lepas. Anak-anaknya beralih ke dalam pelukan seorang jururawat dan emak Azalea. Dia merebahkan tubuh isterinya kekatil dengan hati-hati. Dia mengucup dahi isterinya. Dia dapat mengesan bekas air mata dipipi isterinya. Dia tahu, terlalu berat hati isterinya meninggalkannya bersama anak-anak yang masih terlalu kecil.
" Mesti arwah ibu pun rindukan kita, kan ayah." Celah Arief.
" Percayalah sayang.... Arwah ibu jugak rindukan kamu berdua. Arwah ibu seorang yang penyayang. Nanti kita akan berkumpul bersama. Jadilah anak yang soleh." Pesan Amri. Arief dan Balqis angguk.
" Kami janji, kami akan jadi anak yang baik ayah.. kami sentiasa berdoa untuk kesejahteraan ayah dan arwah ibu." Ucap Arief. Amri amat bangga dengan sikap tanggungjawab anak terunanya itu.
" Arief nanti jaga adik tau. Nek usu, Tok abah dengan tok mak pun kena jaga tau. Dengar cakap mereka. " Pesan Amri. Dia rasa mengantuk yang amat sangat.
" Ya Allah... hanya Kau berhak disembah. Nabi Muhammad pesuruh Allah." Bisiknya sebelum memejam mata.
Arief Amsyar memeluk bahu Alia Balqis memandang pusara arwah ibu dan arwah ayahnya. Doa dikirim untuk insan-insan kesayangan itu. Mereka redha pemergian arwah ayahnya sudah ditakdirkan. Arwah ayahnya pergi kerana seruan Ilahi dan rindu kepada arwah ibu. 'Ya Allah ya Tuhanku, tempatkanlah ayah dan ibu kami di kalangan muslimin muslimah yang soleh. Ayah.. kami membesar dalam dakapan kasih sayangmu, ibu... kami hidup di bawah naungan kasihmu. Terima kasih kerana melahirkan kami. Kami bersyukur menjadi anak-anak kalian.' Bisik pasangan kembar itu.
Wednesday, August 25, 2010
Perihal Cinta Ep 29
aku tak tahu apa persepsi kamu terhadap aku. tapi aku tahu aku ada merasakan sesuatu terhadap kamu. sejak pertama kita berbicara, aku rasakan ada sesuatu membuat aku selalu mencari kamu. tika itu aku duduk, kamu berdiri. tika itu aku menjual, kamu membeli. tika itu.. aku masih berdiam diri.
kamu sering menemankan aku waktu kedai kosong. hanya ketika itu. hanya ketika kita berdua di situ, bukan waktu aku ada teman setugas. kamu berbual dengan aku tentang minyak wangi yang kamu jual, dan tentang lagu nasyid yang aku kumandangkan dari Mr Lappy kesayangan aku setelah penat memutar lagu nasyid dari CD milik kedai. aku ingat aku catat apa yang kamu katakan saat itu. tiga lagu yang kamu suka dengar. tapi aku tidak ingat apa. masih ada lagi, barangkali, dalam diari aku sepanjang tahun lalu.
kamu suka bergurau denganku tentang harga barang di kedai yang aku jaga. kononnya kamu mahu bayar kurang, kemudian kamu berkata lagi kamu mahu bayar lebih dari yang patut, sedangkan aku hanya menurut apa yang pada label harga. tidak lebih dan tidak kurang. ada saja bidasanmu terhadap jawapanku. ada saja soalanmu demi untuk membuatkan aku bersuara.
ya, gadis senyap seperti aku, yang hanya menjerit di dunia maya ini, bisa kamu ajak berbicara. sesuatu yang jarang sekali aku lakukan di alam realiti hidup aku. berbicara. hebat sekali kamu.
ya, aku memang mencari kelibat kamu. kerana aku dapat merasakan setiap kali kamu ada berdekatan.
dari usai membaca Salju Sakinah karya saudara Zaid Akhtar, aku hanya menggelarkan kamu Naufal; kerana aku tak pernah berani bertanyakan nama kamu. ya, dan nampaknya panggilan Naufal itu cocok denganmu.
hampir setahun mengenali kamu, baru aku tahu nama kamu. itu pun secara kebetulan kerana kita ditempatkan di bilik ujian yang sama ketika itu, dan kita menunggu di pondok yang sama. kebetulan kamu duduk di sebelah aku yang sedang mentelaah kertas Calculus II untuk terakhir kali sebelum masuk ke bilik peperiksaan.
aku sebenarnya masih bingung mahu tertawa atau mahu apa ketika kamu menawarkan air (yang aku rasa kamu tahu pasti aku akan menolaknya) kepada aku. kelakar itu sudah jadi penawar sepi aku. aku akan tertawa atas setiap benda yang berlaku meski ia membunuh aku dari dalam.
dan dalam waktu lima minit terakhir itu aku menemukan namamu. Shukri. itu sahaja yang aku benar pasti tentang kamu.
aku tahu kamu mungkin tidak akan tahu sama sekali tentang ini, tapi paling tidak aku menyatakan apa yang aku rasa walau tidak ada siapa yang sebenarnya tahu siapa Naufal di hati aku.
entah siapa pula Sumayyah kamu.
NotaBuku:
Ya, aku memilih nombor 29 untuk entri ini.
Tuesday, August 24, 2010
Perihal Cinta Ep 28 | Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan
Sometimes the best way to hold onto something is to let it go..
Jika kamu memancing ikan; setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja, kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu, dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga, setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah dia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu sahaja, kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.
Jika kamu menadah air, biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya, dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat digunakan lagi.
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya, dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biada. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya.
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi; yang kamu pasti baik untuk dirimu, mengenyangkan, berkhasiat, mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain, terlalu ingin mengejar kelazatan? Kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu, menyayangimu, mengasihimu. MEngapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan? Kelak kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal.
Jangan terlalu mencari kesempurnaan.
Monday, August 23, 2010
Perihal Cinta Ep 27 | Karya Prof. Dr. HAMKA [Haji Abdul Malik Karim Amrullah]
Aku Mengaku Bahawa Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah
Kalau ada kepercayaanmu demikian, maka Allah tidaklah akan mensia-siakan engkau. Sembahlah Dia dengan khusyuk, dan ingatlah Dia pada waktu kita senang supaya Dia ingat kepada kita pada waktu kita sengsara. Dialah yang akan membimbing tanganmu. Dialah yang akan menunjukkan haluan hidupmu. Dialah yang akan menerangi jalan yang gelap.
Sahabatku......
Jangan takut menghadapi CINTA. Ketahuilah bahawa Allah yang menjadikan matahari dan memberinya cahaya. Allah menjadikan bunga dan memberinya kewangian. Allah menjadikan tubuh dan memberinya nyawa. Allah menjadikan mata dan memberinya penglihatan. Maka Allah pulalah yang menjadikan hati dan memberinya CINTA.
Jika hati mu diberi-Nya nikmat cinta sebagaimana hati ku, marilah kita pelihara nikmat itu sebaik-baiknya, kita jaga dan kita pupuk, kita pelihara supaya jangan dicabut tuhan kembali.
Cinta adalah iradat tuhan, dikirimnya ke dunia supaya tumbuh. Kalau dia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyiksa orang lain. Kalau dia datang pada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah, dia akan membawa kerosakan. Tetapi jika dia hinggap kepada hati yang suci, dia akan mewariskan KEMULIAAN, KEIKHLASAN dan TAAT KEPADA ILAHI.
Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedu sedan. Tetapi cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam perjuangan untuk menempuh onak dan duri kehidupan.
Cinta tak bergantung kepada wang. Kalau dua insan bercinta dapat bertemu, kesenangan dan ketenteraman fikiran adalah kekayaan hakiki. Lebih dari timbunan emas, lebih dari segenggam berlian malah lebih dari segala-galanya. Itulah kebahagiaan yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.
Ketahuilah sahabatku...
Nikmat Ilahi ada di sekeliling tiap-tiap insan, ada di dusun, ada di kota, ada di lurah, ada di daratan dan ada di lautan. Tetapi nafsu tidak pernah merasa puas atau tidak ingat akan nikmat yang ada di sekelilingnya. Yang sentiasa diperhatikannya ialah nikmat yang ada di tempat lain dan di tangan orang lain. Kelak kalau ada kesempatan pindah ke tempat yang dilihatnya itu, dia akan menyesal dan dia teringat pulang, iaitu pada hari yang tiada berguna padanya penjelasan lagi...
Sahabat..
Alam itu kadang-kadang bisu dan kadang-kadang berkata, kadang-kadang muram dan kadang-kadang gembira rupanya. Semua itu bergantung kepada warna teropong hati yang melihatnya. Boleh pada suatu waktu kita akan datang kepada suatu tempat dengan hati yang hiba, maka muramlah cahaya matahari dan... lain kali kalau kita datang ke tempat itu juga dengan hati gembira, dia akan turut gembira. Kalau bukan demikian, tentu samalah bentuk lukisan dan gambaran yang dilukis oleh ahli-ahli lukisan yang mahir. Demikianlah juga bunyi dan maksud syair yang dicipta para pujangga. Boleh memuji dan menyanjung nikmat keindahan alam dan boleh pula menyesali dan memperlihatkan buruknya.
Wahai sahabatku..
Jangan sampai terlintas dalam hati mu bahawa di dunia ini ada satu kebahagiaan yang melebihi nikmat cinta. Jika diri mu percaya ada kebahagiaan selain cinta maka akan binasalah hidup mu. Kau akan meletakkan vonis kematian ke atas diri mu sendiri.
Ingatlah sahabatku..
Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.
Demikianlah ilham yang dibawa oleh cinta yang suci. Cinta yang suci adalah laksana setitis embun yang turun dari langit ke atas bumi Allah ini. Jika sekiranya bumi yang menerimanya itu subur, maka tumbuhlah di atasnya beraneka warna bunga-bungaan yang harum semerbak. Menanamkan damai, aman, sentosa, insaf, rasa percaya kepada diri sendiri. Dalam hal yang begini embun cinta yang setitis itu akan membawa manusia ke mayapada yang mulia. Tetapi jika cinta jatuh ke bumi yang tidak subur, yang tandus dan penuh batu-bata, tidak ada yang akan tumbuh di sana, lain dari sirih memanjat batu, kuning daunnya lemah gagangnya. Orang itu menjadi putus asa, cemburu sesama manusia, hilang kepercayaan kepada nikmat yang tersimpan dalam hidup. Atau menjadi seorang yang penbenci, kurang percaya pada diri sendiri, kadang-kadang pendendam dan mudah berkecil hati.
Ikhlas untukmu yang di kasihi....
Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA)
Nota:
Allahyarham HAMKA adalah hamba Allah yang pertama yang mentafsir Al-Quran ke dalam Bahasa Melayu. Tafsir Al-Quran yang kita miliki hari ini semuanya atas usaha murni beliau.
Al-Fatihah..
Jazaqallhuqhaira (Semoga Allah akan membalasmu dengan lebih baik lagi. Amin!)
Semua ayat yang tertera di atas adalah petikan dari novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk hasil karya HAMKA.
NotaBuku:
1. Sumber.
2. Merancang perjalanan pulang ke kampung memang sukar.
Sunday, August 22, 2010
Perihal Cinta Ep 26
Awak kata telefon yang lagi satu
Awak dah hilangkan..
Saya sedih sangat
Sebab saya selalu telefon nombor tu
Tiba-tiba, ada panggilan masuk
Dari nombor awak..
Saya angkat; suara lelaki.
Dia kata dia jumpa telefon awak.
Dia nak pulangkan
tapi tak tahu kat mana nak cari awak.
Saya terus telefon awak balik.
Awak kata, nanti awak jumpa dia.
Kemudian dia telefon lagi.
Dia kata tak dapat jumpa awak.
Dia ada kerja lain.
Bila saya telefon awak,
saya dengar awak gelak.
Awak tahu tak
Betapa risaunya saya?
Rupanya awak kenakan saya.
Awak memang nakal.
Tapi saya tetap sayang awak.
0558p
20082010
NotaBuku:
1. Selamat hari lahir buat "Adikk"ku..
Saturday, August 21, 2010
Di Sebalik Tarikh - 21 Ogos | Hari Al-Quds
Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael. Michael mendakwa bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian, Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Michael gila. Maka, atas sebab itu, Michael tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa. Maka sejak itu, 21 OGOS setiap tahun menjadi Hari Al-Quds Sedunia.
Kecaman demi kecaman dilakukan ke atas Israel dan umat Islam Palestin sentiasa menjadi wira dalam dunia Islam. Mereka dicop sebagai pengganas oleh Yahudi dan Zionis serta sekutunya di seluruh dunia. Al-Qurtubi mengisytiharkan gerakan intifdah Palestin sebagai suatu jihad, dan mati dalam gerakan Intifadah adalah mati syahid. Demikian dua persepsi dunia terhadap perjuangan rakyat Palestin. Satu pihak yang condong kepada kuffar dan musuh Islam mengatakan ia adalah suatu perkara yang tidak bertamadun, membinasakan diri dan mati katak. Sebaliknya pada kaca mata pejuang-pejuang Islam, dan mereka yang berjuang atas landasan jihad mengimani sesungguhnya erti pengorbanan dan sanggup mati kerananya: ia adalah perjuangan suci.
Pembebasan Palestin tidak akan melalui jalan mudah, satu-satu cara yang paling baik adalah dengan memperjuangkannya melalui peperangan. Siri-siri keganasan Israel dengan memungkiri perjanjian demi perjanjian damai adalah bukti nyata. Situasi terakhir setelah pengunduran penduduk bangsa Yahudi Israel di Genting Gaza, Bukit Golan, dan Tebing Barat yang dirampas dilihat sebagai tidak ikhlas. Ia adalah retorik baru Ariel Sharon. Ariel Sharon dengan angkuh memberitahu dunia bahawa pengunduran itu tidak mengubah kuasanya dari segi demografi. Beliau menjangkakan ‘cengkaman’ akan terus dilakukan dari luar. Betapa Mereka tidak melepaskannya begitu, walaupun penduduk Palestin meraikannya dengan penuh gembira. Mungkinkah Ariel Sharon sedang mengatur strategi baru bagi melanggar dan melenyapkan mereka tatkala mereka leka dengan ‘keamanan’ yang dibayangi Zionis itu? Mungkin juga.
Jika di Palestin setiap hari anak-anak kecil dihangatkan dengan semangat kebencian kepada Yahudi, bagaimana pula dengan Malaysia? Malaysia yang aman dan damai ini sedang juga bergolak. Bergolak dengan masalah sosial yang korup, hilang identiti dan jati diri bangsa, serta ketidakpedulian terhadap nilai agama.
Perihal Cinta Ep 25
hari ni saya telefon awak.
Awak kata awak sibuk.
Janji awak, "Nanti saya telefon balik,"
Malam ni awak janji nak balik awal.
Awak suruh saya bersiap.
Awak kata awak nak rasa saya masak.
Tapi saya malu.
Saya tak pandai masak..
Awak suruh saya buka peti ais.
Awak kata ada tinggalkan barang.
Saya nampak satu plastik.
Awak tinggalkan resepi sekali.
Saya cuba masak, demi awak.
Saya tahu itu kegemaran awak.
Setiap satu resepi tu,
saya ikut.
Sebab saya takut tak sedap.
Tiba-tiba awak telefon.
Awak kata tak jadi balik.
Awak ada kerja di luar.
Tapi saya dah siap masak.
Malam ni
saya menangis seorang diri
Awak mungkir janji..
Saya tak suka..
Tiba-tiba ada orang ketuk pintu
Saya jadi takut.
Bila saya intai,
tak ada orang
tapi masih ada bunyi.
Jadi saya buka.
"Awak!"
Awak nakal sangat.
Rupanya awak menyorok.
Awak datang bawa kek.
Rupanya hari ini
hari ulangtahun kita..
Terima kasih, awak.
Saya betul-betul lupa.
Nasib baik ada awak..
Friday, August 20, 2010
Perihal Cinta Ep 24
hari ni, bila saya buka mata,
saya rasa sakit sangat.
Tapi saya ingat, saya ada janji.
Saya gosok baju paling cantik.
Saya pilih baju yang paling awak suka.
Saya rindu sangat kat awak.
Sakit pening saya tak hiraukan.
Masa mandi,
ada darah keluar dari hidung saya.
Saya basuh berkali-kali,
tapi darah tu masih ada.
Akhirnya darah tu berhenti juga.
Lepas sarapan, saya minum air.
Saya terbatuk.
Saya nampak air yang saya minum
dah bercampur darah.
Bila sampai di bandar,
saya tunggu awak di lapangan.
Saya tengok masa penerbangan awak ditunda.
Saya kecewa sangat.
Saya tunggu.
Satu jam.
Dua jam.
Tiga, empat…
Bila saya bangun,
saya nampak cahaya putih,
siling putih,
dan saya juga nampak…
Awak…
Saya cuba senyum.
Tapi saya dah tak mampu.
Sakitnya saya rasa.
Saya terus tak sedar diri semula.
Bunyi beep-beep-beep ganggu saya.
Saya terjaga lagi.
Saya toleh ke kiri kanan,
dan nampak awak tidur…
Awak,
saya sayang awak.
Terima kasih, awak.
Tapi saya mesti pergi…
Selamat tinggal, awak…
NotaBuku
1. Terima kasih, teman, atas apa yang kau lakukan hari ini.
2. Penat benar hari ini. Tapi masih belum mampu menutup mata.
3. Mahu tahu berapa ramai yang masuk hasil sebaran dia.
Thursday, August 19, 2010
Perihal Cinta Ep 23
Leona Lewis Bleeding Love (acoustic)
Wednesday, August 18, 2010
Perihal Cinta Ep 22
yang sebenar sudah lama di hadapan mata
cinta aku pada dia bukan kerana rupa
sesungguhnya dia tak punya rupa
bukan pula pada pangkat
walau memang dia pengangkat darjat
tidak juga pada harta
kerana ia tak punya walau sedikit
tapi kerana ia adalah suatu yang tak ternilai
tak pernah terduga pada hati
cinta hati baru...
Tuesday, August 17, 2010
Kisah Bulan Puasa
Hari ini nis keluarkan sedikit tema entri daripada Slot Perihal Cinta yang sedang berjalan. Kita masuk ke isu yang agak serius. Ya, serius sikit saja. Boleh kan?
nis terbiasa bergaul dengan pelajar-pelajar bukan muslim masa di sekolah dulu. Dua tahun duduk satu asrama dengan mereka, jarang sangat nampak mereka makan di bilik setiap kali tahu ada orang yang sedang berpuasa. Ya, mereka sangat menghormati pelajar muslim yang berpuasa.
Alkisah pada suatu hari Ramadhan, adalah seorang kakak ni. Muslim. Kawan kakak ni, juga seorang muslim, bekas pelajar sekolah kami, datang melawat. Masuk ke dalam kawasan asrama. Melanggar peraturan sekolah sudah satu kesalahan, tapi yang ini nis tak kisah pun.
Kisahnya, kakak-kakak ni tak puasa. Biasalah, perempuan ada masa cuti. Tapi yang paling nis geram, mereka ni makan di tengah-tengah bilik. Langsung tak hormat orang lain yang berpuasa. Bukan pelajar muslim saja yang tak puas hati, pelajar bukan muslim pun buat muka pelik tengok perangai mereka. Nak ditegur, senior. Nanti tak fasal-fasal kami pula yang dimarah balik.
Itu kes satu. Kita masuk ke kes kedua pula.
Kes ni nis dapat dari blog Dakjaat.
Kisahnya, si Yen ni, sebagai seorang bukan muslim, ikut berpuasa dengan kita umat Islam. Dia berpuasa bukan dengan niat berdiet semata-mata. Itu apa yang nis faham setelah membaca berkali-kali kandungan entrinya.
Tapi dia kesal dengan sikap sesetengah rakan sekerjanya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam apabila dirinya diremehkan kerana hendak pulang awal dari kerja seperti pekerja lain yang berpuasa.
Oh, sikap Melayu tipikal. Ya. Itu yang nis nampak, Melayu tipikal yang bukan sahaja tidak habis-habis mendengki dengan bangsa sendiri. Sikap ini terbawa-bawa sehingga mengusik sensitiviti kaum lain juga.
Ah, tak habis-habis dengan sikap katak dalam gelas!
NotaBuku:
1. Bosan dengan kerenah mengada-ngada tak cukup umur.
2. Siapkan entri ini dalam masa 3 hari.
3. Masih berrbaki 12 hari untuk usia belas-belas. Mahu sambut ulangtahun di rumah.
4. Sudah jadi tutor. Seronok rupanya mengajar orang. Ilmu sendiri juga bertambah dan 'melekat' dalam kepala secara automatik. Malangnya kecenderungan aku bukan ke sana.
Alamak! Terlebih sudah! [Entri hampir dua bulan lalu]
Eh, macam kenal ayat tu! Ya, terlebih sudah download limit broadband Celcom. Dan dalam offline mode selama beberapa hari sehingga pulang ke kampus (atau sehingga berjaya menghubungi Celcom untuk tambah download limit. RM5/gb.).
Bercakap tentang kampus mengingatkan nis pada tiket yang belum dibeli. Mungkin malam ini ayah ke stesen tren menghantar barang orang. Ah, beli di sana sajalah.
Barang-barang ada yang masih belum disimpan. Mungkin tidak mengapa. Masih ada 5 hari lagi untuk menyimpan barang.
Adik sudah di kampus. Sudah tiga hari dia di sana. Malas mengganggu, mungkin dia sibuk.
*
Aku tahu kau kecewa; aku juga pernah. Tapi aku tak putus asa, walau terhalang segala. Paling tidak kulihat hasilnya. Ya, sebuah sajak dan sebuah cerpen yang tanpa restu. Sudah dapat hasilnya baru mereka tahu siapa aku.
Dulu duniaku tertutup kabus, makin lama makin tebal; dan aku merangkak dalam gelap. Sedikit-sedikit hilang, kemudian bertambah tebal; dan kau fikir aku mengalah?
Aku bukan aku; bukan aku yang sekarang kalau tidak kerana rebah itu. Tapi, teman, kau sendiri tahu, masih bukan mudah melangkah. Kita sama tahu, masa depan jauh tidak selangkah. Tak mungkin sekadar itu aku mengalah; dan aku mahu kau kuat, paling tidak seperti aku. Memulakan dari bawah, dan bermain dari belakang; untuk nanti duduk di hadapan.
Dunia ini tidak mudah. Tidak mudah, kawan. Aku tahu kau tertawa. Tertawalah, jadilah sinis. Tapi aku tidak gila. Aku tahu, kau tahu; realiti hidup kita berbeza. Tapi kecewa tak akan buat kita selesa.
Di hadapan usia baru angka dua, dan di belakang sama-sama sifar. Zaman kita sama, haluan kita sama; hanya aku dan kamu tidak bertemu.
Apa kerana itu, lalu kamu kata aku tidak tahu perasaan terasing dan terbelenggu?
Penjara diri itu, penjara paling seksa dalam hidup; dan kamu hanya terbelenggu oleh kamu. Oleh perasaan kamu. Oleh kecewa kamu.
Terbaik aku mahukan dari kamu, hanya tinggalkan penjara diri itu. Cukuplah terbelenggu. Kerana yang membelenggu itu hanya kamu. Dan dari situ harus mula melangkah.
Jalan hadapan masih panjang. Masih ada cahaya meski tertutup awan.
Oh, ya. Catatan itu masih kusimpan. Sampai nanti aku tunjukkan. Jangan fikir aku akan buang. Kerana itulah sebenarnya penghalang semangat.
Kamu lagi cerdik daripada aku. Lagi banyak pandai daripada aku. Jangan biarkan fikiran itu mencantas kamu, hingga nantinya kamu jadi lebih hina dari ... [Aku tak tahu apa yang hina pada kamu, jadi isilah sendiri.]
(Catatan ini kini hanya tinggal kenangan, dan ingatan buat aku. Aku kira dia tak akan sama sekali membaca ini selepas tragedi itu.)
*
kelip-kelip disangka api
kalau api mana puntungnya
hilang ghaib disangka mati
kalau mati mana kuburnya
Nanti kita jumpa lagi.
Perihal Cinta Ep 21 | Kisah Cinta Sweet!
"Benarlah kata orang, cinta tak kenal siapa. Dan kita takkan dapat mengagak jodoh kita dengan siapa dan berjumpa di mana. Selama ini aku selalu merancang untuk berkawan dengan seseorang dan sering kecewa dengan keputusan yang dibuat. Hinggalah satu hari aku perlu ke Johor Bharu untuk melawat saudaraku yang baru berkahwin.
Aku ke sana menaiki keretapi. Keretapi tersebut ada berhenti di beberapa stesen tertentu. Aku masih ingat, ia berhenti di stesen Larkin agak lama dan aku keluar dari keretapi tersebut.
Nak dijadikan cerita, aku ke kedai berdekatan untuk membeli sedikit barang tapi akhirnya aku tertinggal keretapi itu. Masa tu memang panik dan tak tahu nak buat apa. Tiba-tiba muncul seorang jejaka yang agak kacak rupanya menegurku dan ingin membantuku. Aku terima pertolongannya dan semuanya berjalan dengan lancar.
Dan kini dia bakal menjadi suamiku, dan aku sangat bersyukur dengan ketentuan Tuhan terhadap diriku.
Lina, 26.
Remaja Edisi 15 Ogos 2010.
NotaBuku
1. Bahaya bila baca buku sambil berjalan dan baca pula cerita ini, hampir dilanggar kereta. Fuh!
2. Ada teman baik hati yang baru, tapi masih belum lupakan teman baik hati yang lama. Sayang kamu semua! [Tak laratlah pula nak senaraikan]
Monday, August 16, 2010
Perihal Cinta Ep 20 | Saya Tahu Saya Siapa
Awak,
saya tahu saya siapa.
Saya tak layak bercinta. Saya tahu, cinta sekarang ni bukan macam dulu. Semuanya sekarang perlukan wang, walaupun semudah bercinta. Cakaplah macam mana pun tentang cinta tak mengenal harta, pangkat dan rupa. Kalau awak rasa awak percayakan semua tu lagi, awak ketinggalan. Terlalu jauh ke belakang, awak.
Jadi, tolong jangan ajar saya erti cinta dicintai.
Nak sentiasa berhubung? Nanti awak bosan, awak salahkan saya. Awak dah sedia maklum saya ni "kayu". Kata-kata saya, kata-kata biasa semata; lepas tu awak kata saya membosankan. Siapa yang suruh awak layan?
Memang salah saya sebab saya cari awak dulu. Tipulah kalau saya kata saya tak bersalah, kalau saya tak kasihan bila tengok awak kesunyian. Tapi masa saya sunyi, ada awak buat benda yang sama pada saya?
Susah senang semuanya saya tanggung sendiri.
Saya memang bukan dari kalangan orang yang kuat mengadu. Bukan sebab saya tak mahu susahkan orang, tapi sebab saya memang seorang yang lemah. Sangat lemah.
Kalau awak nak tahu sangat kenapa saya jadi "kayu", biar saya beritahu.
Saya ni cuma manusia miskin. Miskin harta. Miskin rupa. Miskin dunia. Akhirat? Biarlah Dia yang tentukan.
Miskin-miskin saya pun, saya tak pernah mohon pun untuk jadi penerima zakat. Saya mahu bekerja, malangnya saya tak dibenarkan kerja. Kalau saya langgar peraturan, nyawa ayah saya yang melayang disebabkan penyakit jantungnya. Sakit-sakit ayah pun, ayahlah yang berikan saya wang belanja setiap bulan. Kredit telefon saya, lebih baik saya gunakan untuk bertanyakan khabar ayah. Memang awak bukan orang pertama yang saya hubungi setiap kali saya tambah nilai.
Saya tahu awak pandai, awak belajar sampai ke menara gading. Saya tak akan dapat ijazah atau diploma macam awak. Saya bukan siapa-siapa. Bak kata makhluk yang menuhankan ijazah dan diploma, boleh jalanlah!
Lagi satu, saya bukan tuhan. Saya tak mampu berada di banyak tempat dalam satu masa. Mata saya dua, tak dapat melihat segalanya. telinga saya pun tak sejauh mana had pendengarannya, macam talian internet yang sedang lembab ini.
Awak nak salahkan saya sebab tak tanya khabar, saya terima. Saya sudah beritahu sejak awal yang saya tak akan tanya selalu, sebab saya tahu awak sibuk. Awak pun perlu tahu, saya juga ada dunia saya sendiri.
Saya pasti tak ada orang yang faham situasi saya. Saya sendiri anggap diri saya 'pelik'.
Saya bukan tak menghargai peluang-peluang yang awak beri. Ruang dan masa jadi penghalang antara kita. Kalaulah ada kerja di dunia ini menjadi pencinta, setiap bulan dapat gaji, tak mungkin saya lepaskan, awak. Dan saya tak harapkan satu sen pun dari awak. Awak ingat saya tak tahu berapa banyak yang awak dah keluarkan untuk hubungan ni? Saya pun belajar matematik, awak. Add Math saya lulus masa SPM dulu. Saya bukan bodoh, hanya nasib tidak berpihak kepada saya.
Kalau awak mahu tahu apa yang saya mahukan, saya harap awak bersabar sedikit. Tak lama, awak. Saya tak terniat pun mainkan awak. Kalau saya main-main, tak mungkin awak akan saya layan sejak kali pertama saya putus cinta. Itu bukan saya.
Tapi sekarang, awak boleh pergi. Buat apa awak bazirkan duit awak untuk saya lagi? Biarkan saya di sini. Saya menanti, dan akan terus menunggu.
NotaBuku:
1. Menyentuh dan tersentuh.
2. Entri diedit demi menjaga format blog, tapi masih dalam susunan asal.
3. Terima kasih kepada Syahid van Abdullah.
Sunday, August 15, 2010
Perihal Cinta Ep 19
Didicazli Ft Sleeq - Impianku
Selama ini,
Ku selindung diri,
Sebalik irama kasih
Alunan naluriku
Di hadapan mu,
Ku membisu,
Mengubat rindu,
Mungkin silap ku,
Rahsiakan cinta
Di dalam sejuta ,
Ku temu,
Dirimu,
Yang seindah impianku,
Namun lamunan ku,
Yang terhenti,
Bila ku menyedari ,
Hadirnya aku antara beribu.
Ku lukiskan niat hati
Bersama lakar dan madah ku ini
Tak ingin ku rahsia lagi,
Kasih yang membara di hati ,
Walau lidah ku kelu,
Ku nyatakan padamu,
Aku cinta kau..
Sering aku hanya terpaku bila,
Kamu di hadapanku
Ketahuilah kasih tiada siapa lagi di hatiku.
Di hatiku
Di dalam sejuta ,
Ku temu,
Dirimu,
Yang seindah impianku
Jika kau termampu,
Pilihlah ku,
Akan ku abadikan,
Sepenuh cinta ku,
Menyayangi mu…
Pernahkah terlintas di hati
selama ini, kuselindung diri
sebalik irama kasih
alunan naluriku
Di hadapanmu
kumembisu mengubat rindu
mungkin silapku
rahsiakan cinta
Saturday, August 14, 2010
Perihal Cinta Ep 18
Sleeq - Cun Saja
Lagu ini bukan di radio setiap hari untukmu
Lagu ini tidak perlu kau kembali kepadaku
Lagu ini hanya ingin kau fahami ku sudah teruskan hidupku
Semuanya cun saja
Tak perlu tinggalkan pesanan
Tak perlu buat panggilan
Ku tak perlu lagi kalau kau cuba mintak maaf
Lupakan sahaja
Diriku cun saja
Duduk di rumah seorang saja
Menulis lagu cinta
Menggunakan kisah ini tuk ceritakan
Cun hidupku kini cun saja
Sejak kita memang cun semuanya
Sejak pisah itulah permulaannya untukku berhati-hati dgn buaya
Ngap ngap pendirianku tegap
Jumlah kali kita bertengkar memang genap
Untuk aku ke tahap ini silap kita memang patut sama-sama kene sepak pak pak
Tapi bukan niat aku tuk salahkan dirimu
Aku sedar ku juga ada kekuranganku
Tapi kalau bersifat mementingkan diri sendiri untuk kebaikkan bukan kurang ajar itu
Duduk di rumah seorang saja
Mengarang lagu cinta
Dengan mengembalikan kisah kitakan tapi jangan perasaan
Ohh..
Walaupun ini bab yang baru ada masa arah ku tak tentu
Tetap rindu kehadiranmu, tidak patut
Kerna ku takut
Lagu ini,
Tandanya kamu masih sayangkan ku
Walaupun sudah tidak bersama lagi
Lagu ini,
Tandanya ku masih rindukanmu
Walaupun sudah tidak bersama lagi
Lagu ini,
Dengan lagu ini ku ingin memberitahu kamu bahawaku okay
Aku okay
Lagu ini,
Dengan lagu ini ku ingin memberitahu kamu jangan cakap tak boleh
Friday, August 13, 2010
Perihal Cinta Ep 17
Biarkan!
Jangan takut meredah teriknya
Sakit perit sesaat cuma
Biarkan laut itu bergelora
Jangan matikan alunannya
Biar ia bebas meneroka
Dari selatan sampai utara
Biarkan dia dengan dunianya
Mabuk hanyut dalam ruang cinta
Jaga dia tiada sedar
Mata terpejam dalam jaga
Biarkan..
0537p 06082010
Thursday, August 12, 2010
Perihal Cinta Ep 16
Yang cukup diri ini kenali
Ku sangka dia yang ku cari
Telah ku jumpa
Namun dia yang menghancurkan jiwa
Cukuplah sudah hatiku dipanah duka
Cukuplah sudah segala sengsara
Dan aku tak mahu lagi dibelenggu rindu
Kerana ia akhirnya membunuhku
Seperti yang ku jangka terjadi
Tewas sekali lagi
Menambahkan luka ynag sudah ada
Seperti yang ku jangka terjadi
Cinta datang dan pergi
Mungkin takdir ku hidup menyendiri
Harapan terakhir ku rupanya sama saja
Dengan yang terdahulu darinya
Biarkan aku hidup tanpa belaian cinta
Biar semua tahu ku kecewa
Seperti yang ku jangka terjadi
Tewas sekali lagi
Menambahkan luka ynag sudah ada
Seperti yang ku jangka terjadi
Cinta datang dan pergi
Mungkin takdir ku hidup menyendiri
Mungkinkah takdir hidup ini menyendiri
Bertemankan sepi
Yang pasti setiap malam
Ku imbas kembali
Kenangan indah menyentuh hati
Yang pasti itulah saja mampu ku miliki
Mungkin sepanjang hayat ku bermimpi
Wednesday, August 11, 2010
Perihal Cinta Ep 15
pada hati itu dan itu
pada diri dia dan dia
terlahir butir merah
sepekat darah
selancar sungai
dan kimia itu bertemu
1109a 04082010
Tuesday, August 10, 2010
Perihal Cinta Ep 14
luka lagi teman itu
luka dalam aku timbun dengan sabar
sedikit sukar dari dahulu
aku tetap dengar
bahuku masih kuat jadi tempat
dia sandarkan kepala
dan aku bukakan luas telinga
kunci mulut bukakan mata
hanya untuk dia seorang teman
pagi sunyi aku terisi kerana dia
teman setia tempat aku bersenda
dan tempat aku hindarkan segala luka
biar aku tampal luka dia
dengan penawar senyum tawa dahulu
saat riang ceria kita bersama
1041a 04082010
Monday, August 9, 2010
Perihal Cinta Ep 13
rindu bau hutan menghijau belakang sekolah
rindu pada bau air laut membiru luas pandang mata
rindu pada gayat aku yang dahulu
rindu menyaksi penangan banjir pada rumah putih...
rindu yang amat pada tanah airku
aduhai..
Sayang Sarawak ku cintai...
aku rindukan desaku
desa basah lecak itu
yang di sini tak ku temu
desa belacak itu
tiap kenangan zaman dahulu
aku di rantauan
jauh dari tanah airku, desaku
jauh dari ibu ayahku
dari opah dan wanku
aku sendiri di tanah orang
bukan tanah tumpah darahku
meski nama satu negara
diskriminasi tetap ada
aku rindu untuk pulang
masih ada waktu sebulan
nantikan aku, negeri cinta...
~Hati Anak Sarawak~
12.05p 09082010
NotaBuku:
1. Mamahh da mati.. Waaa...
2. Berjaya mendapatkan Kosmo! Rabu lepas. Fuh!
3. Mula kerja minggu depan. Adik-adik pra-diploma, sila jangan buat kecoh dalam kelas. Hahaha.. Itu pun kalau dapat adik-adik. Kalau dapat yang sebaya atau lebih tua? Hmmm... Apa-apa pun, terima kasih, UiTM! UiTM di Hatiku!
4. Entah kenapa minggu ni susah pulak kena insomnia. Mungkinkah sebab Nescafe awal pagi (waktu biasa mengantuk) maka masa mengantuk itu ditarik ke malam?
5. Oh, ya! Memilih nombor 13 untuk entri ini. Kenapa? Kod 13 itu negeri cinta hati.. Hehehe..
Sunday, August 8, 2010
Perihal Cinta Ep 12
Dalam hati ibu berkata
"Pergilah anakku.. Belajar bersungguh-sungguh.. Jangan kau lemas dalam kebebasan yang ibu berikan.. Ibu tidak hantar kamu ke sana melainkan ibu percaya kepada kamu, kerana kamu anak ibu,"
Dalam jiwa ayah pula berbisik
"Anakku, ayah lepaskan kamu dengan sejuta doa. Moga kamu tidak pernah lupa nama yang kamu bawa di hujung namamu. Hati ini penuh berharap agar kamu pulang membawa kemenangan, annakku. Selamat berjuang."
NotaBuku:
1. Diambil dari lambakan kata-kata hikmah yang diperoleh dari program pagi tadi.
2. Sebab inilah nis tak pernah cuba untuk berpacaran. Walaupun kadangkala teman-teman bertanya, "Sekarang kau dengan siapa? Takkan masih single lagi?", dan ibu berkata, "Bila hendak bawa sang kekasih hati ke rumah?". Soalan maut? Memang soalan maut, dan jawapannya tetap "I'll have no couple until the time come." Jadi, jangan tanya lagi.
3. Jatuh cinta itu perkara biasa, lumrah dan fitrah, tapi mestikah diteruskan ke peringkat "lebih tinggi"? Naik taraf? Ah, kalaulah seratus cinta yang pernah hadir, perlukah seratus hati yang terluka?
4. Cinta sesaat kerana pandangan mata, biasa dan tidak ada istimewa.
Saturday, August 7, 2010
Perihal Cinta Ep 11 | Entri Pertandingan Cerita Berilhamkan Lagu | Saat Terakhir
St12 - Saat Terakhir
Inilah saat terakhirku melihat kamu
Jatuh air mataku menangis pilu
Hanya mampu ucapkan
Selamat jalan kasih
Satu jam saja kutelah bisa cintai kamu di hatiku
Namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup
Satu jam saja kutelah bisa sayangi kamu… di hatiku
Namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup
Tengku Zhafran menanti ayahnya di pintu pagar. Sebentar lagi dia perlu pulang ke asrama. Dia tahu tidak ada gunanya menangisi apa yang sudah terjadi.Semuanya sudah ditetapkan untuknya sejak azali. Apa yang boleh dilakukannya sekarang hanyalah mendoakan kesejahteraan ibunya di alam sebelah sana.
“Arin, ke mari sekejap, nak..” panggil Tengku Qistina. Suaranya yang lirih menjadi petanda bahawa sakitnya semakin berat.
“Ada apa, Ibu Long?” ujar Tengku Qashreena seraya mendekati ibu saudaranya. Qistina mengambil kotak cincin yang disimpannya di dalam laci meja di sisi katil. Dia menyarungkan cincin itu ke jari Qashreena. Gadis itu tergamam.
“Reen pakai ni..’ kata Qistina. Qashreena melirik ke arah ibunya. Tengku Hanis tidak berkata apa-apa. Dia juga sepertinya belum mengerti kemahuan Tengku Qistina saat itu.
“Arin jangan buka cincin ni, ya. Ibu Long nak Reen pakai cincin ni sampai bila-bila.” pesan Qistina. Qashreena diam.
“Reen, keluar sekejap. Ibu nak bercakap dengan Ibu Long.” arah Hanis.
“Baik, bu,” ujar Qashreena lalu meninggalkan ibu dan ibu saudaranya. Dia membelek-belek cincin yang disarungkan oleh Tengku Qistina tadi.
Sebelum ini kerap juga Ibu Longnya memberikan hadiah seperti itu kepadanya. Kebanyakannya masih dipakai selagi dapat digunakan. Jika sudah tidak boleh digunakan pula, Qashreena akan menyimpannya di dalam sebuah kotak berbentuk peti harta karun yang juga pemberian Tengku Qistina.
“Cantik..” getus Qashreena.
Di dalam bilik, Hanis mendekati kakak iparnya. Dia duduk di sisi katil. Qistina masih lagi membelek-belek kotak cincin yang kini kosong.
“Kak, apa makna semua ni? Kakak macam lebihkan Arin daripada Zhaf, anak akak sendiri. Dari dulu lagi Nis perhatikan. Kadang-kadang Zhaf datang mengadu pada Nis. Dia cemburu lihat akak beri macam-macam pada Arin..” ujar Hanis.
“Nis, akak nak minta Nis jaga Arin baik-baik.”
“Mestilah Nis jaga dia, kak. Reen kan anak Nis. Lagipun, dia sahajalah yang Nis ada. Nis dah tak ada orang lain lagi, kak.”
“Akak nak Nis satukan Arin dengan Zhaf, boleh?” pinta Qistina. Giliran Hanis tergamam.
“Qashreena, datang ke bilik saya masa rehat nanti.” arah Puan Anita. Qashreena yang sedang menjalankan tugasnya tersentak. Entah bila masanya gurunya itu tiba.
“Baik, puan..” balasnya.
Setelah Puan Anita berlalu, Qashreena melirik ke arah jam tangannya. Masih ada 10 minit sebelum kelas bermula. Loceng di asrama sudah berbunyi memanggil-manggil pelajar untuk perhimpunan pagi. Keadaan di asrama di seberang jalan berhadapan dengan sekolah sudah lengang.
“Abang Zhaf, nak tutup pagar sekarang ke? Rasanya macam dah tak ada budak lewat lagi ni..” tanyanya sebaik sahaja melihat Tengku Zhafran, sepupunya yang juga ketua pengawas sekolah, melalui kawasan itu.
“Lima minit lagi, Reen. Tunggu sahajalah. Sekejap lagi mesti ada lagi yang datang lewat. Kalau bukan budak asrama, budak luar..” balas Zhafran sebelum meneruskan perjalanannya ke bilik guru. Qashreena memandang dengan pandangan kosong. Fikirannya terfokus pada arahan Puan Anita tadi.
“Ada apa, ya?” tanyanya sendirian.
Qashreena mengetuk pintu bilik PK HEM. Puan Anita sedang berbual di telefon. Dia menanti seketika sebelum mengambil keputusan untuk duduk di kerusi yang disediakan di hadapan bilik itu.
“Qashreena, masuk.” panggil Puan Anita setelah menamatkan perbualannya. Dia meletakkan dokumen-dokumennya ke dalam bakul ‘MASUK’ di sudut sebelah kanan meja.
“Ada apa-apa yang boleh saya bantu, puan?”tanya Qashreena.
“Duduk dulu, Qashreena.” ujar Puan Anita.
“Hmm.. Saya dengar awak ada lakukan kesalahan..” kata Puan Anita memulakan bicara setelah Qashreena mengatur duduknya.
“Betulkah, puan? Saya rasa saya tak ada buat apa-apa pun.” balas Qashreena. Dia mencari-cari kalau-kalau ada kesilapan yang dilakukannya.
“Peraturan 5.1, dilarang memakai atau membawa sebarang barang kemas ke sekolah. Awak rasa awak ada langgar peraturan tu?” tanya Puan Anita. Qashreena terhenti. Dia meraba-raba cincin emas di jarinya.
“Tapi..”
“Awak pengawas, Qashreena. Saya tak mahu ada pelajar yang jadikan itu alasan untuk melanggar peraturan. Benda ni memang nampak remeh. Tapi saya tak mahu benda remeh-temeh macam ni merosakkan reputasi badan pengawas. Lebih-lebih lagi awak tinggal di asrama. Mustahil pelajar lain tidak perasan tentang cincin tu. Awak faham, kan?”
“Ibu Long saya tak benarkan saya buka cincin ni.” kata Qashreena membela diri.
“Kalau begitu, awak kena sediakan surat tunjuk sebab.” tegas Puan Anita. Telefon di sisinya berdering nyaring.
“Maafkan saya,” ujar Puan Anita sebelum menjawab panggilan. Seketika kemudian, dia berpaling kembali ke arah Qashreena.
“Tolong panggilkan Tengku Zhafran, kemudian balik ke kelas awak..” arah Puan Anita.
“Ada apa, puan?” tanya Qashreena.
“Panggilkan saja Tengku Zhafran.” ujar Puan Anita tanpa menjawab soalan Qashreena. Mendengar itu, Qashreena terus ke kelas Tengku Zhafran. Seketika kemudian, dia kembali ke bilik PK HEM bersama Zhafran.
“Qashreena, kan saya suruh awak balik ke kelas?” desis Puan Anita sebaik melihat wajah Qashreena tersembul di muka pintu setelah Zhafran memasuki biliknya
“Saya nak tahu apa yang berlaku. Kalau ada sesuatu berlaku pada keluarga Abang Zhaf, maknanya ada kaitan dengan saya.” tegas Qashreena.
“Dia sepupu saya, puan..” ujar Zhafran membela apabila dilihatnya Puan Anita seperti hendak memarahi Qashreena. Puan Anita mengangguk.
“Baiklah kalau begitu. Zhafran, ayah kamu dalam perjalanan ke sini. Satu jam lagi dia sampai. Ibu kamu sakit tenat..“ ujar Puan Anita.
“Hati-hati balik, yah. Jangan fikirkan sangat tentang ibu. Bahaya ayah balik seorang macam ni..” pesan Zhafran.
“Yalah, Zhaf. Kamu pun belajar elok-elok. Kamu sahaja harta ayah yang tinggal. Arin, Ayah Long balik dulu,” ujar Tengku Hadi sambil memandang anak saudaranya itu.
“Zhaf, ibu suruh jaga Qashreena..” bisik Hadi ketika Zhafran menyalaminya. Qashreena sudah mengangkat begnya untuk ke asrama puteri yang agak jauh dari situ.
Zhafran memerhati kereta ayahnya yang mula meninggalkan kawasan asrama. Qashreena sudah di pintu asrama puteri. Setelah menandatangani buku keluar-masuk di pos pengawal, dia mengambil barang-barangnya yang diletakkan di pangkin di hadapan asrama.
Merasa dirinya diperhatikan, Qashreena menoleh. Zhafran masih di hadapan wakaf tempat Tengku Hadi menurunkan mereka tadi. Qashreena melambai ke arah Zhafran sebelum masuk ke kawasan asrama puteri yang dipagar dengan zink untuk tujuan keselamatan.
Lima tahun kemudian…
“Tengku, Tengku sudah sedar?” tanya suara itu. Zhafran cuba menggerakkan tangannya dan mengatur kedudukan badannya. Kesakitan menjalar di seluruh tubuh. Pandangannya masih berpinar.
“Awak siapa? Saya di mana sekarang?” tanya Zhafran setelah dirasakan sakitnya berkurangan. Dia memandang wajah pemuda sebayanya itu.
“Saya Karim. Tengku di hospital sekarang. Sekejap lagi doktor datang. Saya sudah panggilkan tadi..” balas Karim.
“Qashreena.. Qashreena mana?”
“Maksud Tengku, perempuan yang dengan Tengku tadi tu? Jangan risau, Tengku. Dia selamat. Sekarang dia masih dirawat.”
“Baguslah..” desis Zhafran lega. Dia cuba mengingati apa yang terjadi. Kesal rasanya kerana tidak mendengar nasihat ayahnya supaya tidak memandu lagi. Hampir saja dia menjerumuskan Qashreena ke lembah kematian. Penyakit epilepsi yang dihidapinya sudah beberapa kali menyerang ketika sedang memandu.
“Waalaikumussalam. Oh, Abang Im.. Nak jumpa? Boleh. Di mana? Okey. Nanti Reen ke sana, ya. Dalam pukul.. Lima? Okey.”
“Siapa tu, Reen?” tanya Zhafran sangsi. Qashreena nampak ceria setelah mendapat panggilan itu sedangkan baru sebentar tadi dia merungut tentang pelajarannya dan minta dibantu.
“Abang Im.. Dia nak jumpa Arin petang ni.”
”Karim? Buat apa dia nak jumpa Reen?”
“Reen minta tolong dia carikan maklumat untuk program minggu depan. Hmm.. Ada satu lagi Reen nak beritahu abang. Nak tahu tak?” tanya Qashreena memancing tatkala melihat Zhafran seperti tidak mengambil berat apa yang dikatakannya. Zhafran mengangguk kecil.
“Reen dengan dia sekarang,” ujar Qashreena.
Zhafran membisu. Niatnya terbantut. Sudah lama dia menyimpan perasaan pada sepupunya itu. Dalam hatinya, dia mengeluh sendiri.
“Zhafran, ini pesanan terakhir ibu Zhaf sebelum dia meninggal. Ayah rasa sudah sampai masanya Zhaf tahu perkara ni.” ujar Hadi sambil menghulurkan surat yang ditinggalkan oleh Tengku Qistina untuk anaknya.
Zhafran membuka surat itu dan membacanya perlahan-lahan. Ringkas sahaja isinya. Hadi menanti dengan penuh debaran. Apa yang dirahsiakannya selama ini akhirnya harus diketahui oleh anaknya. Segalanya kini harus diputuskan oleh Zhafran.
“ Ibu nak Zhaf kahwin dengan Reen?” tanya Zhafran minta kepastian.
“Zhaf rasa?”
“Tapi Reen cintakan Karim. Dia takkan pandang pun muka Zhaf yang tak kacak ni, yah.” kata Zhafran. Nafasnya masih terasa disekat oleh sesuatu.
“Zhaf sendiri macam mana?” tanya Hadi tanpa memberi jawapan yang pasti. Zhafran mengeluh.
“Ayah tahu Zhaf sayangkan Arin. Siapa kata anak ayah ni tak kacak. Tinggi. Tegap. Putih melepak macam tuan puteri. Kerja pun elok. Zhaf cuba bincangkan dengan Reen dulu.” pujuk Hadi.
“Tengoklah dulu, yah.” putus Zhafran. Dilema itu menyesak di minda dan dadanya.
“Tak bolehkah kita batalkan semua ni, yah?” tanya Qashreena cuba memujuk ayahnya.
“Reen jangan nak mengada-ngada.”
"Tapi Reen nak kahwin dengan Abang Im..”
"Tak boleh, Arin. Dia tu siapa? Kita ni siapa?”
“Apa salahnya kalaupun dia bukan dari keturunan elit, yah?”
“Kau nak malukan keluarga kitakah? Tengku Zhafran nak diletak di mana? Campak ke laut?” tengking Raja Hakimi.
”Apa kaitan Zhaf dengan semua ni, yah? Reen nak kahwin dengan Abang Im. Bukannya Zhaf.”
”Baru sekarang kau nak tanya apa kaitan Zhafran dengan semua ni? Kan dari dulu lagi ayah dah larang kau berkawan dengan budak Karim tu?”
“Habis tu? Apa kena-mengena dengan Zhafran, ayah? Arin tak nampak pun Zhafran tu sebagai penghalang. Zhaf cuma sepupu Arin, bukan?”
”Kau nampak apa kat tangan kau? Apa yang Tengku Qistina bagi kau dulu? Apa yang kau pakai tu? Jawab!”
Qashreena terkedu. selama ini dia tidak pernah teringat cincin itu pemberian Tengku Qistina, arwah ibu Zhafran. Baru dia mengerti kenapa Tengku Qistina beria-ia hendak menyarungkan sendiri cincin itu ke tangannya sedangkan Qistina sendiri ketika itu sedang sakit. Sakit yang meragut nyawanya.
“Kenapa diam? Bisu? Tadi boleh pula menjawab.”
Qashreena masih membisu. Tidak mampu lagi bersuara. Cincin itu tidak pernah sekali pun ditanggalkannya. Itu wasiat terakhir Tengku Qistina untuknya. Dia tidak pernah melepaskan cincin itu dari jarinya walaupun terpaksa bersusah-payah menerangkan kepada gurunya dahulu tentang cincin itu.
“Arin..” panggil Raja Hakimi lembut. Dia duduk kembali di sisi anaknya itu apabila melihat Tengku Qashreena terdiam.
“Maafkan Arin, yah.. Arin..”
Qashreena teresak.
“Tak apa, Reen. Ayah pun minta maaf sebab tak pernah terangkan pada Arin kenapa Arin tak boleh tanggalkan cincin tu. Arin tak tahu pun yang Zhaf tu sebenarnya tunang Reen selama ni,” pujuk Hakimi. Tangannya membelai lembut rambut anak kesayangannya itu.
Tengku Qashreena mendiamkan diri. Sejak dua minggu lalu dia jatuh sakit. Raja Hakimi dan Tengku Hanis tidak dapat melelapkan mata memikirkan majlis akad nikah yang akan diadakan dua hari lagi. Keadaan Qashreena sepertinya semakin teruk. Tengku Zhafran juga sudah pusing kepala mengenangkan tunangannya itu.
Sejak Qashreena dimasukkan ke wad, sudah banyak kali Tengku Zhafran membuka dan membaca kembali salinan wasiat Tengku Qistina yang disimpannya. Sesekali air mata lelakinya jatuh membasahi pipi. Ayahnya pula tidak mahu berkata apa-apa lagi. Segala beban itu harus ditanggungnya sendirian.
Zhafran terkenang kembali wajah Karim, teman baiknya yang juga merupakan bekas teman lelaki Qashreena. Kerana dia, akhirnya hubungan Karim dan Qashreena putus begitu sahaja. Mereka menjadi rapat kerana Karim pernah membantunya suatu ketika dahulu. Patutkah dia membalas kebaikan itu dengan mengahwini Qashreena dan melukakan hati keduanya?
Tengku Zhafran buntu. Segala persiapan sudah disediakan. Qashreena tidak mahu perkahwinannya disambut besar-besaran. Cukup sekadar majlis ringkas yang menunjukkan mereka sudah disatukan. Entah apa tujuannya, Zhafran tidak mengerti. Tetapi, dia juga merasa bersyukur kerana tidak perlu membazirkan wang untuk bersama dengan gadis kesayangannya itu, juga untuk menunaikan amanah yang dtinggalkan oleh ibunya.
“Maafkan aku, Karim..” bisiknya.
“Betulkah Arin sanggup tinggalkan Karim untuk Zhaf?” tanya Zhafran sekali lagi semasa menjemput Qashreena pulang. Tengku Hanis mengikut langkah mereka dari belakang. Mata Tengku Zhafran melirik ke arah Karim yang berdiri di taman berdekatan tempat letak kereta hospital. Dia sengaja memberitahu Karim tentang keadaan Qashreena. Sekurang-kurangnya terubat juga rindu temannya itu.
Melihat Tengku Zhafran seolah-olah melambai seseorang, Qashreena mengalihkan pandangannya ke arah teman. Namun, apabila melihat Qashreena menoleh ke arahnya, Karim lantas menyembunyikan diri di sebalik pokok. Dia tidak mahu melihat air mata Qashreena gugur lagi.
“Reen, Arin tak jawab lagi soalan Zhaf tadi. Arin cari apa kat sana?” tanya Zhafran lagi. Tangannya menyeluk poket mencari kunci kereta.
“Zhaf, biar Arin naik dengan Zhaf sajalah. Ibu Ngah pulang dulu, ya? Jangan pandu laju sangat.” ujar Tengku Hanis. Zhafran mengangguk lantas membukakan pintu untuk Qashreena. Melihat ibunya berlalu pergi, Qashreena hanya mampu menurut apabila Zhafran menyuruhnya naik.
“Janganlah segan dengan Zhaf. Macam tak biasa saja. Duduk elok-elok, ya. Kereta Zhaf ni kecil saja. Ayah dah tak bagi bawa kereta besar lagi. Asyik nak berlanggar saja. Atau, Reen takut? Zhaf dah makan ubat pagi tadi. Insya-ALLAH tak ada apa-apa,” ujar Zhafran.
“Arin, janganlah degil macam ni. Arin kena terima semua ni. Lagipun, bukankah Reen yang nak semua ni dulu..” pujuk Tengku Hanis. Qashrena enggan berkata-kata lagi walau sepatah pun. Pesanan pengiring Zhafran sebentar tadi mencengkam dirinya.
Setelah dia membuang segala perasaannya terhadap Karim untuk menunaikan wasiat Tengku Qistina, akhirnya segalanya harus jadi berantakan seperti ini. Dia sudah mula memekarkan cintanya terhadap Zhafran, sepupunya sendiri, dan ini balasannya. Segalanya seperti sia-sia saja.
“Arin, maafkan Zhaf. Zhaf tak sempat hidup bersama Arin. Zhaf harap Reen duduk elok-elok dengan Karim. Jangan menangis, Reen. Maafkan Zhaf,,”
Suara itu bergema lagi di mindanya. Qashreena bagai tidak percaya apa yang didengarnya.
Karim terpana mendengar perkhabaran itu.
“Zhafran..”
Matanya hala keluar.
“Mengapa ini semua harus terjadi? Aku baru hendak tumpang gembira dengan pernikahan sahabatku biarpun cintaku untuk Qashrena belum luput. Apakah ini memang jalan takdirku?”
Matanya dialihkan menentang mata Raja Hakimi. Mata itu seolah-olah memberitahu agar mereka meneruskan sahaja majlis itu. Tentang Zhafran, akan difikirkan kemudian. Insya-ALLAH, dia akan selamat. Hanya doa yang mampu mereka titipkan.
“Ayah,” panggil Qashreena. Raja Hakimi menoleh.
“Tak payah bersanding, ya?” pinta Qashreena. Hakimi terpaku seketika. Kemudian, dia mengangguk setuju.
“Terima kasih, ayah,” bisik Qashreena. Dia memandang Karim. Senyuman hambar terukir.
Tanah mula dimasukkan kembali ke liang lahad. Segalanya suram dan sunyi. Tengku Hadi tidak dapat menahan sebak. Tengku Hanis memeluk abang kembarnya, cuba memujuk.
“Hadi dah tak ada siapa-siapa lagi, Nis,” ujarnya hiba.
“Nis kan ada,”
“Tak sama dengan Qis dan Zhaf.” desisnya. Hanis diam, cuba mengerti perasaan Hadi. Karim dan Qashreena sekadar memerhati dari jauh. Tarikh perkahwinan mereka yang terpahat pada batu nisan itu membuatkan masing-masing berjanji untuk tidak meraikannya. Zhafran disahkan meninggal dunia pada malam pernikahan mereka.
Setelah segalanya selesai dan talkin dibacakan, mereka meninggalkan kawasan tanah perkuburan itu. Tengku Hadi menjadi orang terakhir di situ. Dia duduk seketika memerhati tanah kubur yang masih memerah di samping makam isterinya sendiri yang baru dibersihkannya minggu lepas. Seperti kedengaran suara Zhafran berbisik, doakan kami, ayah.. Akhirnya dia bangkit setelah dipujuk oleh Hanis, satu-satunya saudara sedarah yang dia miliki.
___________________________________________
NotaBuku:
1. Kisah ini ada dua versi. versi Qashreena dan versi Hadi.
2. Karya yang nis paling sayang.
3. Masih mood sedih? Cuba dengar lagu ni pula.

Dah okey?
4. Borang penyertaan MPR [Minggu Penulis Remaja] sudah dicetak. Akhirnya, selepas enam tahun! Ah, haraap-harap dapatlah. Peluang cuma tahun ini dan tahun depan.








