Tuesday, March 30, 2010

Gara-gara GB!

Hmm...Balik-balik dia juga yang kena..


Kenangan di zoo muzium Melaka

Malu-malu sikit.. Hehehe... Ni adik Nis. Tak apa, kan? Nis ada di belakang tu.

Ini tag dari Cik Ann_Sabahan.

1-siapakah diri anda di rumah?

Seorang yang pendiam. Suka buat kerja seorang diri. tak suka bila orang tengok dia buat kerja. Selalu duduk dalam bilik kecuali pada waktu memasak. Malas nak keluar rumah sebab asyik dikejar paparazzi. (Ingat aku ni artis ke apa? Berhentilah mengganggu! Aku benci kehidupan macam ni!)

2- siapakah diri anda di samping rakan?

Seorang yang banyak bercakap, tapi tak ada orang yang nak dengar dia bercakap sebab asyik bercakap fasal benda-benda ilmiah. Tak kurang ketika bercakap fasal artis. Kalau kawan-kawan kata diarang minat artis sebab hensem, kacak, kawaii, dia tak layan artis-artis kawaii ni. Dia layan artis itu sebab orangnya ada wawasan. Tak mahu dengar sudah. Bukti sudah ada. Kalau bercakap fasal novel, dia tiba-tiba tanya fasal novel sastera berat. Jadi orang tak tahu nak cakap apa. Hahaha...

3- 5 benda yg anda idamkan tp masih belum tercapai

a) Nak jumpa seseorang yang berjaya naikkan nama sendiri walaupun kena kutuk kena maki sampai sekarang. Siapa? Hmm.. MyVamp.

b) Nak balik kampung! Tak nak duduk Malaya dah! Tak kisahlah kalau kod dia 13 pun. Nombor tu lawa apa?

c) Nak masuk Law. Dah dua tawaran terpaksa ditolak. Entah dapat atau tidak lagi?

d) Nak beli dua rumah untuk diri sendiri. Satu rumah banglo, satu lagi studio apartmen.Studio apartmen itu pula tempat mencari ilham menulis. Banglo itu sebagai reserve kalau-kalau laki I nanti main belakang. <Tak percaya sangat lelaki zaman sekarang ni>.

e) Yang terpenting, nak jaga mak dan ayah sampai mati. Ini satu benda yang mak dan ayah Nis tak percaya sampai sekarang. Diarang asyik takut dengan bayang-bayang diarang. Itu yang tambah adik baru lagi agaknya. Tak cukup dengan 8 orang anak, sekarang adik Nis dah 8 orang. (8+1=9. Pandai kira, kan?)

4-siapakah nama pasangan anda?

Buat masa sekarang, Encik Lappy.
(Sedang menunggu si dia yang entah di mana. Aku masih setia.)

5- ceritakan 5 perkara yg paling anda suka tentang pasangan anda.
Encik Lappy? Hahaha.. Tak nak. Nanti kalian rampas dia dari Nis.
(Dah terasa tak boleh hidup tanpa Encik Lappy. Temanku yang setia.. Menemani sementara dia tiada di sisi..)

6-bila tarikh anda couple
Tak pernah couple. Sumpah! Kalau tak Nis dah jadi isteri orang sekarang ni.
(Inilah susahnya jadi anak kadi. Nak jatuh cinta pun fikir 44 kali..)

7-apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Did I answer the questions correctly? Hmm.. I think you know my answer already so I don't have to answer "this" question..
Okey. Ini "Tentang Dia". Kenangan? Dia berubah selepas keluarga Nis masuk campur urusan peribadi Nis. Dia merajuk dan cuba buat Nis cemburu dengan mendekati jiran Nis yang kebetulan satu sekolah, satu asrama, satu kelas, dan satu katil dengan Nis! (Double-decker! Jangan salah faham!) Tapi dia masih bertindak tak mahu lukakan hati Nis bila dia tak pulangkan buku nota yang Nis hadiahkan sempena hari lahirnya yang ke-17. Dia pura-pura pulangkan buku tu depan that girl tapi sebenarnya dia ganti dengan buku yang lain.

8-lagu tema cinta anda
Tercipta Untukku.

9-apa perubahan yg ingin anda lihat dari pasangan anda?
Kembali ke sisi untuk menyambung kisah ini..

10- tag 10 rakan yg lain
1. kodok hijau (lagi)
2. keiroro
3. Izryn Halim
4. gadisterbilang
5.GSP
6. Long Haffiz
7. Meor Nazreen
8. Neo_Matrixx
9. Emora Syaheera Valeria
10. daus hijau (Shrek)

Yang terakhir..

Hayati..


Seikhlasnya..
hanis_aleeya

Monday, March 29, 2010

Hadiah dari Sahabat GB

Muka hadapan
Sebelum dibuka

Lihat apa di dalam



Baru pagi tadi sempat ke Pejabat Pentadbiran mengambil kiriman pos. Hari Jumaat kiriman dari jauh tiba, tetapi masa tidak mengizinkan. Kelas pagi penuh dari pukul 8 sehingga mencecah 12 tengahari. Penat berkejaran ke sana, ke mari. Petangnya pula ada kelas kokurikulum wajib. Kelas Pengucapan Awam. Dari pukul 3 sehingga 5 petang. Penat, tetapi berbaloi.

Cerita tentang kodok. Rasanya teman-teman GB kebanyakannya kenal kodok_hijau ni. Jadi tak perlu memanjang-manjangkan kisah. Linknya ada di sini.

Entri ini khas buat sang kodok..

(Lepas ni tak mahu panggil kodok darat lagi.. Hehe..)

Friday, March 26, 2010

Apabila Pelajar Tidak Cukup.....

Kelam kabut! Semuanya berantakan!

Siang malam bertungkus-lumus menyiapkan kerja. Tarikh akhir peribadi pun sudah dilanggar. Tidak tahu lagi bagaimana hendak mengejar tarikh akhir yang diletakkan oleh penganjur. Sempatkah hendak menyiapkan kerja yang diberikan dua bulan lalu dalam masa enam hari?

Buka pula laman lain, mencari peluang yang lain. Ah, jumpa pun. Di sini.. Tapi buka laman itu pada 25 Mac. Ada lima hari sahaja sebelum tarikh tutup. Sungguh memeritkan!

Penat berkejaran dengan tarikh-tarikh akhir, GB pula buat hal.. Aduhai! Bertambah sakit kepala. Walhal di sanalah tempatnya mencurah kata-kata yang didengar. Betapa sukar mencari teman, terubat di sana.

Apabila pelajar tidak cukup dana.. inilah jadinya..

Akhirnya memilih Nuff juga.. Hahaha..

Thursday, March 25, 2010

Dah Tak Ada Kerja Nak Dibuat

Masuk laman gambar, muat naik. Masuk laman video, muat turun.. Macam penganggur tengah cari kerja..

Segala kata-kata yang tertera di ruangan tajuk itu adalah dusta semata-mata. Hahaha..

Senarai-Kerja (Tak payah baca!)

1. Projek Mini Linear (Minggu depan)
2. Skrip Drama (31 Mac 2010)
3. Cerpen PTSOne (30 mac 2010)
4. Tutor Calculus
5. Past Years Proving
6. Past Years Linear
7. Past Years Ekonomi
8. Hantar manuskrip
9. bla3.. Banyak lagi.. Kalian pun tak nak baca, kan?

Ok.. Ni semut. Hahaha.. Nak sangat, kan? Hahahaha... Tak sabar2!


Anastasia_Ann --> Antz

Dari hari tu tak habis-habis minta semut dia ni..

Tuesday, March 16, 2010

153

Tarikh apa?

Entahlah. Tiba-tiba terasa sayu..

Mungkinkah?

Hmm..

Angin bayu membawa diriku..
Sepintas lalu ku terkenangkanmu
Memori silam meresap malam
Kenangan bersama tersimpan selamanya

Walaupun kau pergi
Jauh dari diri ini
Cintaku masih bersemadi di hati
Keyakinanku kau kan kembali
Hidupkan semula janji bara cinta
Kita bersama mengejar mimpi
Terpisah sementara ku pasti
Suatu hari nanti
Cinta kita bersemi
Kembali menerangi
Mekar di taman hati
Walaupun jauh pandangan mata
Ku yakin kau kan tetap setia
Begitulah ku jua
Keikhlasan di jiwa.. dan
Cintaku hanyalah untukmu...
Saban hari diriku menunggu
Khabar berita darimu di sana
Rinduku padamu tak dapat ku terkata
Setiap saat waktu bagai terlalu lama
Bila kita kembali bersama
Hidupkan semula janji bara cinta

Rindu..

153. Alamat rumah dia..

Sunday, March 14, 2010

Kegilaan Pingu Terhadap Panda

SalaAm..

Hari ini adalah hari 143.

Ya.
Itu saja.

Hari 143.

Hmm...

Hari ini hanis_aleeya a.k.a anis_aleeya sudah bertambah satu nama lagi menjadi Mama Pingu.

Hehehe...

Dan Mama Pingu sudah siapkan satu klip Photoscape untuk Papa Panda.

Pertama kali buka Photoscape. Sebelum ini cuma guna Photoshop saja.

Dan inilah hasilnya..



Hehehe.. Cik Azuryn sudah mengesyaki sesuatu.

Tengok pula komen cik Azuryn di sini..



Kepada cik Azuryn, sila tukar nama anda di FB sekarang, ya.. Ahaha...

Kes GB.

Terima kasih kepada cik EmoraV Syaheera Valeria.

Sebelum apa-apa berlaku, nak bagitau satu berita gempak(r).

Sibuk berjalan-jalan di GB hari ini. Tengok-tengok blog di indeks GB.

Bukak satu-satu..

Tapi tak tinggalkan link pun. (Blogwalking dengan ikhlas.)

Masuk balik GB..

Cari Papa Panda.. Hurmm.. Tak ada..

Papa Panda baru keluar. Sedih..

Borak-borak dengan kawan-kawan GB, dapat macam-macam info hari ini.

Dengar luahan hati kong sambil intip Papa Panda.

Intip-intip Innity, mana tahu keluar iklan tiba-tiba. (Kesian kong.)

Jalan-jalan lagi. Jumpa mui2 di FB.

Masuk balik, jumpa EV pulak. Dan dia bagi hadiah! Ahaha.. Dah lama nak buat benda ni tapi asyik tak kena je. Sampai boleh jadi kes curi tag lagi. Tadi ingat nak publish tag lama. Tapi sebab dah dapat tag baru, tak payahlah publish yang lama tu.

Tag dari EV yang Baik Hati.


1) APE KORANG TENGAH BUAT SEKARANG?

Dengar lagu Haruskah sambil emo sambil buat tag sambil chat kat GB sambil....
Sambil cari idea nak sambung novel Haruskah, of course!

2) KENAPA KORANG BUAT CAMTU LAK?

Sebab hari Sabtu dan Ahad malas nak study. (Ada harapan nak repeat paper)

3) APA NAMA YANG BESE ORANG PANGGIL KORANG?

Kat rumah - Kak Awa. Sebab anak sulung.
Kat sekolah rendah - Sal.
Kat sekolah menengah - Eton(tak suka nama ni), Sal
Kat Matrik - HaWa
Kat GB - HA or anis or hanis

4) KISAH DISEBALIK NAMA(2) TU?



Kak Awa - Dah cakap. Anak sulung.

Sal - Sebab nama asal Sal...... ....... Ada yang dah tau, kan?

Eton - Sebab ada kakak tu nama Wawa dan sorang lagi nama Sal. Jadi tak mahu konfius.

HaWa - Sebab minat My Vamp. Haha.. Takde la. Mula-mula Mak Su yang panggil HaWa. Lepas tu melekat dalam kepala yang nama HaWa tu lagi sedap daripada nama Awa. Dah tu, cari dalam Qur'an, makna Awa tu dalam Surah Yusuf maksudnya "memberitahu" sedangkan nis tak suka beritahu benda yang nis rasa tak perlu pada orang. HaWa tu sempena nama isteri Nabi Adam. Maksudnya "yang hidup" dan selalu melambangkan perempuan. Sama dengan maksud Niswah.(Kat ayah pun nis tak pernah bagitau, tau. Ayah selalu tanya kenapa nis letak nama HaWa kat jaket koporat nis.)

HA - kependekan Hanis Aleeya. Hanis Aleeya ni pulak kependekan nama nis sendiri. Asalnya hanis aliah. tapi ejaan tu tak sedap (tak glamour). Jadi ditukar ke hanis aleeya.

anis or hanis - kependekan hanis_aleeya

5) BLOG SENDIRI...PANDANGAN?
hawaniswah - Makin banyak bercakap tentang personal.

detikhatialeeya - Dibina awal bulan ni sebab nak join kontest GB. Tak mahu ayah tahu tentang kisah nis di hostel tu.

hanis-aleeya - Novel bersiri Haruskah(?). Follow, ya?

sempadancita - Tazkirah untuk diri sendiri dan siapa-siapa yang nak baca. Paling suka entri Di Saat Kanda Menjadi Suami Dinda. Balasan kepada entri Seandainya Aku Suamimu.

6) PEMBACA/READERS?

hawaniswah - follower bertambah sejak masuk GB. Ramai silent reader sahaja.
detikhatialeeya - kebanyakan ahli GB
hanis-aleeya - ada follower. belum popular lagi.
sempadancita - setakat ini cuma orang yang dijemput saja yang baca

7) FIRST CONTEST??
Kisah Paling Seram. Pertama kali join kontest. Sebab selama ni ayah dok usha blog hawaniswah.

Nak tag siapa pulak ni? Hmm.. Papa panda dah kena. Neo dah kena. Ryn dah kena.. Hmm.. Cek follower jap.. Jeng-jeng-jeng..

Keiroro! (walaupun roro tak follow, or, nis yang tak jumpa blog roro?) - Roro dah bagi..

Cukup lima orang.

Thursday, March 4, 2010

Untuk Kawankawan di GB

TF a.k.a Bapak Panda

 Roro Si Katok a.k.a Keiroro

ZE a.k.a Zack Entry


Mui2 a.k.a SweetyMui2

EV a.k.a EmoraV
Ini entri khas untuk geng chatting di GB. Baru lima orang. Yang lain, nanti, ya. Nis baru sempat curi masa lukis lima orang. Itu pun Roro dah banyak kali dipadam.. Maaf, itu yang paling cantik. Nis tak pandai melukis.

Jom gelak sama-sama..

Wednesday, March 3, 2010

Detik Dua

Hampir ke lima
Alam kian kelam
Tapi nur di hujung

Bangkit dan duduk
Jaga dan tidur
Janji kian hampir

Menanti
Angka cecah enam
Maka terangkatlah
Maka berangkatlah

01032010
0840a

Monday, March 1, 2010

Kisah Paling Seram - GengBlogger.com

Kisah Seram(a)?

Kisah ini berlaku sewaktu di matrikulasi (hujung dunia) Kuala Nerang. Entah macam mana tiba-tiba boleh diserang. Sedangkan masa tu hanis dah terlalu lama tidak diganggu-gugat oleh benda-benda halus (ganas) ni.

Selalunya masa di sekolah dulu, hanis terserempak dengan benda-putih-jalan-laju ni masa nak pergi sekolah. Selalu lambat-lambat keluar (sebab nak curi duit member) sebab bangun lambat. Mandi lepas solat subuh pukul 6. Pukul 7 tu ada la benda yang menyibuk nak lalu depan bilik. Bukan nak cakap hai ke, hello ke, bagi salam ke.. Main lalu je.

(Belum masuk kisah sebenar) Ada juga sekali, nis balik lambat sehari daripada orang lain. Masa tu tengah gaduh dengan Ma sebab Ma tak nak anak dia bercinta masa di sekolah. Kebetulan ada orang yang tak balik, nis tumpang sekaki. Hari Sabtu tu, nis duduk dalam bilik. Beg dah siap-siap sebab nak balik. Tunggu punya tunggu, tertidur dalam pukul 11 macam tu..

Adik nis dah datang sejak pukul 10 pagi. Dia cari nis di bilik, tapi tak jumpa. Bila nis bangun, dah pukul 3 petang. Masa tu nis nampak budak yang duduk sebilik dengan nis, yang tak balik tu. Dia tanya nis, "Kakak pergi mana tadi?"

Nis jawab, "Tak ke mana. Tidur kat sini je,"
"Kenapa Syitah tak nampak?"

Masa tu dah terasa macam ada benda dok hembus-hembus kat tengkuk.

Adik nis datang masa yang sama.

"Kak Wa (sebab anak sulung), dah tiga kali Ifah datang cari Kak Wa. Kak Wa pergi mana tadi?"

Lagi sekali naik segala bulu tengkuk, bulu lengan.

"Akak tidur kat sini jek. Kenapa?"

"Ifah lalu kat situ tadi, tak nampak akak pun?"

Nis teguk liur. Tak nampak? Apa kejadahnya?

Itu kali terakhir nis tidur kat celah-celah katil. Lepas tu tak ada dah kes ni. Nis tidur kat atas katil nis sendiri jek.

(Okey. Dah masuk kes betul.)

Malam tu nis buat-buat baik. Malam Ramadhan la katakan. Solat terawih dalam bilik. Lepas solat tu, terus je tidur kat atas sejadah. Lagi sedap tidur kat situ. Tilam taklah jauh, cuma sejengkal je. Kononnya nak bangun solat lagi awal-awal pagi esoknya.

Lampu dah tutup. Yang ada cuma cebisan cahaya yang datang dari lampu koridor je. Ala-ala lampu tidur gitu. Bila terjaga, nis nampak ada cahaya macam biru-biru. Terang satu bilik, tapi cahaya dia warna bitu. Jadi macam kelam-kelam.

Lepas tu nis nampak sorang perempuan. Muka dia lawa gak, rambut panjang, ikat kat belakang. Dia macam nak cakap sesuatu, tapi suara dia tak dengar langsung. Bila nis macam tak faham, dia pun tarik-tarik tangan nis, macam nak suruh ikut.

"Kau ni, janganlah kacau aku. Dahlah bulan Ramadhan ni," hanis kata macam tu kat dia.

Dia masih tarik tangan nis. nis tutup muka dengan telekung.

Dia naik berang. Dia tarik hujung kain nis, lepas tu heret nis pusing-pusing bilik. Dua, tiga round gak. Sampai nis sesak nafas dibuatnya Bila nis tak layan juga, dia pun blah.

"Blah cam tu jek?"

nis buka mata, cari lagi. Tak nampak. Memang tak ada. Lega sikit. Tapi malam tu tak jadi nak solat sunat. Takut. Dah la toilet kat sebelah bilik je. Manalah tau kalau dia tunggu nis kat toilet pulak, kan?

Esoknya, nis cerita kat kawan-kawan. Yang rapat je. Rupanya ada juga yang kena malam sebelumnya. Budak tu dah macam nangis-nangis lepas dengar cerita nis, takut. Sebab dia tidur sorang-sorang. Lepas peristiwa tu, dia dah tak tidur bilik dia dah. Dia tidur dengan kawan kat asrama lain. Seram sejuk..

Sekian..

(Ini kisah benar, tak ada pembunuhan, tak ada kena cekik kena ketuk.. nis tak mati lagilah!)