Aku kirim pesanan ringkas kepada seorang teman.
Aku: Masih kekal dengan status Jejaka Sunyi?
Dia: Ya. Belum ada yang mampu merampas status itu daripada aku.
Aku: Gadis Sepi sudah bertukar status menjadi Dara Rebutan. =.=''
Dia: Muahaha. Macam mana secara tiba-tiba boleh jadi rebutan?
Aku: Tak tahu. Tiba-tiba saja datang panggilan dan pesanan-pesanan bertubi-tubi. Telefon genggam, YM, Skype. Semua jalan yang boleh dihubungi.Dia: Dan panggilan tu datang secara tiba-tiba selepas kau ada couple dengan sesiapa?
Aku: Erm. Tak juga. Kalau ada orang sebar nombor sepatutnya dah lama jadi begini. Sebab di Skype dan FB dah lama letak nombor ini.
Dia: Maksud aku, Sebelum ni kau single. Tak jadi rebutan. Tapi bila kau sudah berpunya baru jadi rebutan?
Aku: Ya.
Dia: Mereka memang dah lama suka pada kau. Tapi cuma dipendam saja. Mereka merancang untuk meluahkan perasaan kepada kau. Tapi ada yang lebih cepat. Nak jadi cerita, Kau terima cinta orang yang luah lebih cepat itu. Buat mereka yang lain terfikir, mereka gagal kerana lambat luahkan. Kegagalan itu buat mereka salahkan diri sendiri, dan membuat mereka jadi sangat terdesak.
Aku: Kelakar. Macam tahu-tahu saja ada orang approach aku. Paling kelakar, cinta pertama aku yang beria-ia jauhkan diri dahulu muncul kembali. Dari mana dia dapat nombor telefon aku pun aku tak tahu. Dalam minggu yang sama pula tu.
Dia: Kalau orang tahu nombor telefon kau, Skype, FB, tak hairan kalau mereka tahu ada orang approach kau. Internet memberi manfaat kepada stalker.
Aku: Memanglah orang akan tahu aku sudah berpunya. Aku tukar status di FB dua kali. SingleIt's complicated -> In relationship. Kenapa mesti berebut? Orang lain ramai yang masih solo. ->
Dia: Aku kalau dah suka pada seorang perempuan, aku hanya akan pilih dia saja.
Aku: Macam gadis baju biru?
Dia: Ya.
Aku: Bagusnya kau.
Aku jumpa konklusinya.
Tapi aku masih pelik. Kenapa aku?
NotaBuku:
1. Masih ada nombor baru masuk.
2. Esok ke Perak.
3. Tadi ada orang usha dalam perjalanan pulang ke rumah. Alamak! Aku bukan gadis tepi jalan. Sila berlalu dengan cepat!
4. Aku tahu ada orang sensitif dengan perkataan Jejaka Sunyi dan gadis baju biru.
5. Ya, aku berborak dengan seorang lelaki. Ini hal lelaki-perempuan. Jadi kalau aku bercakap dengan perempuan, jawapan yang aku terima tak akan memuaskan hati aku.















Untuk warga Malaysia sahaja..











