Monday, January 31, 2011

Dari Blog Obefiend – Siri 8

Satu lagi episod dalam Jelajah Blog edisi berapa ratus. Ahaha..

 

Selingan:

Jumaat malam, nis balik ke Perak dengan tren #21 Ekspress Langkawi dan tiba-tiba ada mesej masuk sekitar jam 11-12 macam tu. Dari seorang blogger.

 

Tak perlu cerita panjang, sempatlah jumpa dia sekejap. Macam mana punya sekejap tu, biarlah kami empunya memori bersama [bahasa macam orang sedang bercinta tak hengat!]. Tapi serius kelakar. Hahaha. Hampir setahun rancang akhirnya jumpa juga. Tak sampai seminit. Dalam 5-15 saat. Tak tahulah kalau ad paparazzi tak bergaji nak bawa cerita satu Perak pula kan? Silly stalkers everywhere.

 

Ok! Time for the show!

 

Tok Janggut, Dato Maharajalela, Rentap, Mat Salleh and Rosli Dhoby qualify as one because they lost their life fighting for their causes. Their deaths were then used to stir up nationalism among the people.

Nota1: Ayah kata Rosli Dhoby ada pertalian darah dengan kami. Sepupu nenek  or something like that. LOL! Tak ingat pun nama Rosli Dhoby ni ada ke tak dalam buku teks Sejarah sekolah, tapi ayah buka cerita tentang dia bila Astro buat tayangan dokumentari Suatu Ketika… Rosli Dhoby – yang nis tak sempat tengok; tak tahulah ayah sempat tengok ke tak tapi tayangan tu cuma beberapa hari. [He died at the age of 17 while the Y-generation at this age are still in Form 5 struggling with SPM.

All the way down the memory lane, nis tak pernah  expect ada apa-apa pertalian dengan mana-mana nama yang tercatat dalam sejarah Malaysia. Tapi dunia ni kecil. Pusing sana putar sini balik-balik kita jumpa orang yang sama. Dari Sarawak ke Perlis pun boleh jadi reunion. Seingat nis cuma 3 orang bekas pelajar SM Sains Miri yang nis kenal di UiTM Arau. Dua orang dah tamat, tinggal nis dan bekas teman sekelas masa tingkatan 1 dan 2. Mungkin ada junior yang nis tak sempat kenal, tapi setakat ni memang 4 orang yang tersesat sampai Arau. Haha.. Jauh punya 1000++km.

Kesimpulan: Dunia ni tak sebesar mana.

 

Nothing to Watch Anymore

Nota2: Probably the same reason I don’t actually watch settee anymore. Cliche political drama and dying "once-awesome” series. CSI is one of my favourite. House, The Nanny – sometimes; just-for-laughs, E.R – the best of them all.

 

Perokok adalah spesis manusia yang amat menjengkelkan. Diorang suka hisap sesuka hati. Lepas hisap rokok, buang puntung rokok macam buang sperma masa masturbasi! Lagi ada "no smoking" sign lagi la dia nak hisap rokok. Aku rasa lah, kalau satu Malaysia letak signage "ini kawasan merokok" mesti diorang tak hisap kat situ. Aku suggest kerajaan buat special death trap untuk smokers. Buat satu area larangan merokok, lepas tu pipe in gas memasak dalam kawasan tu. Bila ada perokok nyalakan lighter aje TEBABOOOOM!! One less smoker to pollute the genetic pool!

Nota3: Macam kenal spesis manusia macam ni. Hahaha… Erk… Agak keadultan sikit =.=” Tapi death trap tu tak tahan punya gelak.

 

What I am right now is a political agnostic. I believe in the power and need for politics but I don’t pledge my allegiance to a particular political party. Just like religious agnostics, political agnostics are looked down like lepers for their non allegiance. I think the words atas pagar, lalang and neutral are used to define people like me. In extreme cases we might be branded as “tak ada pendirian”. I don’t know about other cultures, but in Malay culture to be branded as that is quite an insult.

Nota4: Nicely phrased. Meleisian taboo is when you don’t stay in *insert names of party or whatsoever* for a long time. Katak-lompat-parti, BN-Murtad, PAS-Murtad [since when did they started using this murtad thing for parties? And there are even Kelantan-murtad, Sarawak-murtad, Johor-murtad] and whatsoever. Craps!

 

 Book cobbler? Nice idea! <— These are my words. Click on the link to see what he called as book cobbler. I think I need one. Hahaha…

 

We don't have Dato’ Lieutenant Adnan Saidi, Dato Seri Mat Kilau, Tan Sri Tok Janggut, Tun Mat Salleh, Datuk Paduka Rentap - But we have Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Sheila Majid, Dato’ Shah Rukh Khan, Now you know why I think posthumous title conferment is bullshit!

Nota5: [Suppose to be 6. ignore it, then.] Did you see any Dato’ Rosli Dhoby there? Hahaha.. I would LOL to those claiming “Kami Keturunan Rosli Dhoby” on FB page. Dunno if it still exist but someone invited me to that group last year a few weeks after dad told us that Rosli Dhoby – killed Sir Duncan Steward at 15, sentenced to death and sent to the grave at age 17 – was actually granny’s cousin.

 

Dah habis baca preloaded pages dalam 100 entri. Time to get connected to the internet!  Oh, ya. Entri ni ditulis menggunakan WIndows Live Writer. Kalau tak mimpi bloglah tiap-tiap malam bila tak dapat online. LOL! I’m addicted to blogging.

Saturday, January 29, 2011

Dari Blog Obefiend – Siri 7

Siri nombor-ajaib-khurofat. Hahaha..

 

Ok. Show time!!

 

Apa barang yang korang nak masa kecik tapi tak dapat-dapat. Benda paling korang ngidam sampai termimpi-mimpi?

Nota1: Mengidam sampai termimpi? Hmm.. Rasanya tak ada kut [tapi gatal tangan nak jawab jugek =.=”] I just wanna stand alone, be alone, move alone. Ya, nis memang spesis jalan ke mana-mana seorang diri. Lone ranger they call me.

But these days, things that I dream of are to meet my virtual friends. Yes, some I have met and most I haven’t. But seriously I have my virtual family and have met only one of them. Anyah aka Chikova Airashii.

Marilah jadi Melayu. Jangan jadi Meleis.

Nota2: Nak tengok apa maksud Meleis sila klik pada ayat yang diquote.

As a university graduate one would think that he would figure this out simply by using simple logic.

Nota3: I think that boy need to learn Logic and Proving Techniques, and Real Analysis so that he know that his act would make people LOL, ROFLOL maybe? Namawee?  where

 

And you think being a blogger boleh jadi kaya! MEH! Lies damn lies!

Nota4:  I hate RM for she’s the reason LHDN now put tax on bloggers.

Tuesday, January 25, 2011

Curi Identiti. Bagus!

Aku tau aku tegur kau tadi tu aku tak sebut nama siapa-siapa tapi kau syak dua orang kan?

Aku rasa aku belum cukup basuh kau macam abang kena hari tu.. [Wakaka.. Maaf, abang..]

Aku tegur direct kat kau bukannya pergi sebarkan kat orang lain pasal keburukan kau ni suka buat masalah.

Kau tak nak masuk gomo lagi?

Aku nampak apa kau buat.

Aku tak nak sorok.

Gambar siapa kau pakai tu jus mira?

Kau takut aku tegur gambar tu kat situ ke? Belum apa-apa lagi ip aku dah kena ban?


Direct ni JUS MIRA. Jangan menyamar jadi orang lain. Tu baru satu yang kau buat.

Aku cakap kau retarded kau marah konon-konon merajuk. Memang kau retarded pun. retarded sosial. Aku tak kata pun kau terencat akal. Atau kau nak aku cakap kau ni gila? [Memang ada orang cakap kau gila pun. Suka ek?]

Kalau kau marah aku minta maaf. Tapi bukan kau sorang yang kena tegur macam tu. Dinda Ina aku pun kena. Hos pun kena malah lagi teruk lagi dari kau.

Pengecut.

Dari Blog Obefiend – Siri 6

LOL! Berapa hari dah jadinya ni? Hahaha.. nis pun tak ingat dah berapa hari nis bertapa di blog Obefiend. Tapi tak apa. Sesi kali ni untuk jawab satu persoalan-tahun-2009 tentang BTN.

 

Now share with me your BTN experience. Good or bad are both welcomed!

Nota1: nis ikut BTN di UiTM sekitar minggu kedua/ketiga di kampus, pertengahan tahun 2009. Dan nis tau semua yang ikut program sehari tu [thank God it was only for a day T_T] tak puas hati dengan the-so-called-ustaz *kunon* yang bagi syarahan sesi petang. Sesi pagi adalah sesi rage semangat ke*Meleis*an yang sangat annoyying. Dan lagi sekali berasa beruntung sebab pensyarah CTU551 [Tamadun Islam dan Tamadun Asia aka TITAS] dan CTU553 [Hubungan Etnik] tak rasis. Mungkin tak ada sebab untuk mereka jadi rasis (?).

Sesi petang adalah sesi *kemeluatan-kebencian-kemenyampahan-ketiduran-keragean* untuk semua pelajar CS228 tahun pertama. Sebabnya?

Kononnya ustaz, tapi dia kata perempuan haram masuk universiti. Haram bermusafir untuk belajar – hey, what is this *mencarut-boleh-tak?*!

Apa masalah UiTM boleh jemput “ustaz” ni pun nis tak tahu. Nak halau pelajar perempuan ke? Bagi UiTM Arau kosong gersang macam padang jarak padang tekukur? Kalau nak keluarkan fatwa-sendiri-sesat macam ni baik pergi ke MCKK atau sekolah STAR yang semua pelajarnya lelaki.

Dan sangat-tak-prihatin provoke Kelantan – memang nak kena bunuh betul; berani mati punya kes. Sebab majoriti pelajar dalam dewan tu pada ketika dan saat itu adalah pelajar dari Kelantan. nis tengok muka kawan-kawan [kawan ke? LOL sebab nis memang jarang ngam dengan budak Kelantan. That piece of quote saying Kelantanese-Sarawakian could never be in the same room alone-peacefully is actually quite true. Apa masalahnya sampai boleh jadi macam ni pun nis tak faham] macam nak bunuh “ustaz” tu. Dahlah keluarkan fatwa sebarangan. Hentam orang pun sebarangan.

Mujur masa tu tak ada perlawanan bolakaki bola sepak melibatkan Kelantan-Negeri Sembilan [selalu dengar Kelantan-Negeri Sembilan kebelakangan ni] kalau tak mungkin ustaz-keluar-fatwa-sendiri ni memang tak sempat jumpa keluarga dia buat kali terakhir. [Pernah dengar orang mati lepas perlawanan bola sepak melibatkan Kelantan kan?]

Rasa macam sia-sia sangat program BTN ni sebenarnya. Sangat tak relevan dan sangat rasis – dan seksis. Sesi pagi sesi rasis macam yang dah disebut dalam komen-komen dan dalam entri. Sesi petang pula sesi seksis melampau-keluar-fakta-sendiri. nis tak pernah jumpa pula di mana-mana kata perempuan haram bermusafir untuk menuntut ilmu. Memang perempuan kena keluar dengan wali. Tapi tak semestinya wali, kan? Wakilkan wali dengan orang lain pun boleh kan? Jangan kata tak. Dalam syarat haji, wali boleh ditumpangkan kepada orang lain – tumpang mahram. Dan kalau tak ada lelaki, perempuan boleh keluar dengan orang perempuan yang dipercayai.

 

NotaBuku: Pertama kali buat entri rage jelas-terang-bersuluh-liplap fasal BTN.

Monday, January 24, 2011

Dari Blog Obefiend – Siri 5

No movie quote this week. Out of respect.

Nota1: As I told earlier, at the end of his entries usually he quote some movie lines. For this entry, there’s a reason. Go and read meh.  Jangan malas sangat.

 

I can't sleep without the lights on for days after that.

Nota2: Another death. Hmm.. Quite a year, and for me too T_T. But that’s not why I took this particular sentence here. It’s because it remind me of laling Namia. Are you already sleeping with the light off or you still need them on today, dear?

 

Hello there children. Welcome to the weekend edition of FOA. Since I haven’t been writing much lately I think I feel obliged to write something long and boring for you guys to read this weekend. Deal? What no deal? Who the fuck cares what you think! I own this mafaking blog so I can write whatever I want. HAHAHA.

Nota3: He’s so lucky. I can’t even get the freedom to actually speak. Seriously in real life I’m a lone ranger but when I see people who would listen I would talk about everything like they will never see me anymore. Like they are listening to my last will.

 

Let us all laugh at the expense of the MLMtards.

Nota4: I laugh at them and seriously, I don’t believe in MLM whatsoever they try to promise me. I make fool of them. And not once. LOL! I’m not that retarded young-blooded girl who believe in MLM. I prefer working as site labour 100X than spending my money in MLM. No and NEVER!

 

59594456

Obefiend, I kidnapped your pict! :p Nerdy but quite handsome ma! *naughty laugh*

*usha kiri kanan takut ada orang cemburu*

 

 

Zaman sekolah dulu aku skematoa muka macam Dexter’s Lab.

Nota5: Dexter’s Lab? Ada kut. Hehe.. Rindu zaman budak-tak-matang-poyo-tengok-Dexter’s-Lab dulu. Sekarang tak ambil jurusan sains pun. Management Maths. Anyone? *Now I say I hate Maths T_T

 

Gua rasa bagus lepas ni wajib ambik full blood test. So kalau ada gen resessif menghasilkan penyakit aneh boleh la jabatan nasihatkan lupakan saja hasrat kahwin.

Nota6: Saringan HIV memang wajib. Saringan dadah tak tahulah nis nak cakap apa. Tak pandai saring sendiri ke? T_T bab full blood test ni paling tidak buat ujian Thalasemia [betul ke eja macam ni?] dengan Hepatitis A dan B tak boleh ke? Bila Malaysia nak wajibkan pemeriksaan penyakit keturunan macam yang dua ni?

 

Ini mungkin satu pandangan radikal pasal meleis kata “kita boleh merancang tapi tuhan tentukan”. Sure that is all good and true tapi kalau memang scientifically proven that kalau kamu kawin probability anak kamu keluar ada Sickle Cell Anaemia , Lupus, Downs,Lou Gehrig atau Funky Legs Syndrome why take a chance right?

Nota7: Sambungan dari yang atas.

 

I have trouble sleeping at night for about 3 years now. Whenever I put my head on a pillow I end up thinking about what to write next for this shit ass blog.

Nota8: Being insomniac since *nowhen* [now I started creating new word or what? Sign of Schizo? Whatever. I talk to things since nowhen too.] I’ve been blogging since 16. Oh, it’s 16 minus a few days actually. End of August 2006. [Now everyone know my age eh? It’s 290890. Nothing to be shamed. I’m still young eh?] Since I have a blog, can’t I write anything? Does a blog mean for decorating only? The best template and whatsoever. [I hate those contests.] I write for passion. No matter what, if you don’t like my blog then just click the [x] button on the top right side of the browser. Easy?

 

NotaBuku:

1. Entri sakit-montot [butthurt]. Erm.. Not for me, though. I love rage!

2. I like this template. Oh, sorry. It’s LOVE! Thanks to Pyzam. The-old-time template provider.Setakat ni tak pernah lagi cari template di tempat lain sebab susah nak edit. Pyzam pakai kod html lama jadi senang faham dan senang edit.

Dari Blog Obefiend – Siri 4

Siri terjah [korek] blog Obefiend mencecah hari kelima. Ya, memang pembaca yang tegar. Hahaha..

Entahlah. Mungkin sebab nis tak ada buku sangat yang dibaca sejak semester dua dulu agaknya maka nis ganti dengan pembacaan blog. Dan setiap kali nis jumpa sebuah blog yang menarik untuk diteroka nis akan baca setiap satu entri. Paling tidak pun nis akan scan entri kalau nampak tak menarik perhatian sangat.

Ok, back to the show!

In Malaysia I don’t know how many colleges interview their applicants. The only Uni I know who practice this is UTP. Good on them. I think this should be standard now. What do you guys think?
Nota1: Yup, UTP memang ada sesi interview untuk applicants. I have been living inside UTP for about six years now dan semua soalan temuduga yang biasa ditanya rasanya nis dah tahu. Tapi kalau soalan bocor yang keluar sekalipun semuanya tak bermakna sebab interviewer semuanya dah dilatih untuk menganalisa kemahiran calon-calon pelajar yang sesuai untuk masuk ke UTP.
Kebanyakan soalan yang ditanya lebih kepada melihat seluas mana pemikiran seseorang calon menggunakan apa yang ada di sekeliling untuk survival. Ini adalah bentuk soalan yang biasa ditanya dalam interview; kalau di UTP dipanggil Educamp.
nis paling ingat soalan tentang kemalangan/terkandas di tengah padang pasir; soalan kapal terbang terhempas. Diberi beberapa barang dan cuma ada 6 orang yang terselamat. Kalau tak salah soalan ni dijawab dalam kumpulan. Satu kumpulan ada 6 orang dan setiap perserta diminta memilih satu barang untuk dibawa dalam tempoh kritikal.
Perlu diingat adalah padang pasir itu terlalu panas pada waktu siang dan pada waktu malam sejuk yang melampau. Cuma enam barang yang boleh dibawa. Tak ingat apa tapi nis rasa salah satu daripada pilihannya adalah beberapa botol Vodka. Ya, Vodka. Sejenis arak.
Bila difikir balik, bawa Vodka dalam perjalanan tu macam tak ada guna sangat. Kalau diminum malah menyusahkan. Tapi ayah kata apa? Vodka tu boleh digunakan untuk menyejukkan badan. Hmm.. Betul juga.
Ayah ada tawarkan kalau nis nak masuk UTP ayah boleh tolong uruskan [ini bukan cerita tentang kabel. UTP tak main kabel-kabel ni. Anak Rektor pun tak lepas masuk UTP]. Untuk panggilan Disember. Tapi nis tak nak. Kalau ikut syarat untuk masuk jurusan kejuruteraan nis memang tak cukup satu A lagi tapi untuk jurusan IT nis cukup syarat.
My sincere answer is NO! Reason? Takkan nak menghadap UTP 24/7? Cuti pun di UTP, tak cuti pun di UTP. Otak tak berkembang. Bak kata seorang blogger [tak ingat siapa. Dulu ada baca blog dia tapi dah lupa siapa. UTP student for sure.] otak-otak bijak dalam hutan Tronoh.
The plus side of my choice, I can travel. The minus side, financial constrain. Kalau dulu zaman nis tamat SPM, semua pelajar UTP masih ada kuota elaun RM500/bulan. Dapat tinggal di asrama [kalau dari luar nampak macam kondomimium mewah tolak kolam renang. Kolam renang ada satu di kompleks sukan tapi nis tak pernah masuk.]. Semua pelajar boleh tinggal di asrama kecuali yang dah berkeluarga. Yalah, takkan nak bagi family room satu sorang kat semua pelajar yang berkeluarga. Consider other people please!
Tak macam di UiTM, memang untuk pelajar Sarjana, dulu nis antara orang yang bernasib baik sebab dapat duduk di asrama untuk satu semester secara percuma. Kalau masuk semester dua kena bayar kalau tak salah 80-100 sebulan, macam sewa rumah. Baik duduk luar. Sama saja kosnya. Tapi tahun ni pelajar Sarjana semester satu pun terpaksa tinggal di luar. UiTM Arau dah macam Unimap yang lama. Tempat tinggal pelajar merata-rata.
Dengarnya ada satu penempatan pelajar luar kampus UiTM sedang dibina di kawasan Jejawi. Satu taman khas untuk pelajar UiTM. Macam Penempatan Luar Kampus Universiti Malaya [tak ingat di mana tapi memang ada dulu nis pernah lalu. 11-12 tahun yang lalu? Erk =.=” Tak tahulah ada lagi ke tak.].

Nota2: Rasanya Nota1 dah terlalu panjang untuk menjawab soalan Obefiend. Hahaha…

Sunday, January 23, 2011

Saturday, January 22, 2011

Joke Day! #1

If you give a man a fish, he eats for a day.
If you teach a man to fish, he can always eat.
If you give a man a fire, he's warm for a day.
If you light a man on fire, he is warm for the rest of his life. 


Got it? Hahaha...

NotaBuku:
Taken HERE - Jokes for Classroom.

Friday, January 21, 2011

Dari Blog Obefiend – Siri 3

Ya, aku akan habiskan pembacaan blog Obefiend setiap malam sebelum ulangkaji. Sebanyak mana entri yang aku sempat load petang tadinya sebelum balik ke rumah. Sebab di rumah aku dah janji tak nak online dah. Aku potong broadband sebab aku rasa tak berbaloi macam dulu. Kalau dulu aku selalu online di rumah tapi sekarang aku cuma online waktu tak ada kelas di kampus dengan WiFi percuma UiTM. Balik ke rumah aku buka laptop untuk buka soalan tahun-tahun lepas. Rutin baru.

 

Aku baca semua entri Obefiend dari tahun 2011 yang terbaru sampai yang paling jauh sekarang sudah sampai di entri Mac 2010. Memang satu kerja keras juga nak menghadam entri ilmiah, tapi aku cuba hadam juga sebab aku tahu betapa susah nak buat entri ilmiah. Dan entri sejarah, politik, sosial jadi makanan aku untuk hari ketiga di blog Obefiend.

 

Memang aku tetapkan misi, suatu hari aku buka blog Obefiend aku akan baca semua entrinya sampai habis sebab aku selalu dengar dari blogger lain; blog Obefiend ni bagus [Tapi ayatnya berbisa :p]. Tapi paling selalu aku terbaca fasal Obefiend di blog Teh Tarik Gelas Besar milik Nama Nami.

 

Tapi mungkin hari ini tak ada potongan ayat dari blog Obefiend. Ok, nak teruskan membaca.

 

NotaBuku: Aku mungkin tak akan mencari fasal dengan mengambil potongan ayat-ayat berbisa dari entri politik. Mungkin. Segalanya mungkin.

Hey, This Is Interesting!



NotaBuku: Ok. Nak cakap tu je. Thanks to Obe.

Encik Touya? Hahaha...

Terjumpa di blog Blogserius.

Aku dah tertutup tab masa mula-mula ternampak perkataan tu. BUKA BALIK!!!!!!!

Nemesis? Dari situ dapat perkataan Nemesis dalam Adam Qaiser kan? LOL!

Bukti bahawa aku bukan orang yang suka tonton TV. Apa lagi Batman ni aku dah berhenti tonton sejak sekolah rendah.Ya, gelaklah. Buletin Utama pun aku tak tengok dah sekarang. Yang orang kata bas UiTM Arau kemalangan tu pun kalau Bropian tak sebut aku tak tahu. Huhuhu.. Awal-awal sem macam ni lagilah. Sibuk! Kalau tahun lepas sem 2 aku beli Berita Harian setiap hari tapi sekarang aku dah malas sebab bajet untuk Berita Harian je bila dikirakan mencecah RM45 sebulan. Makan seminggu tu. =.="

Thursday, January 20, 2011

Dari Blog Obefiend – Siri 2

The sad reality is in politics nothing is sacred.

Nota1: Like the one point I just discussed with someone on 20012011 morning.

 

Berapa peratus adat Melayu mesti diamalkan untuk dianggap masih Melayu di Malaysia?

Nota2: Berapa peratus? Yang bukan Melayu mengaku Melayu. Amalkan adat Melayu tu tak tahulah. Aku tak nak mengaku Melayu boleh tak? Nak mengaku aku ni Chinese girl boleh tak? LOL!  I think if I put off my tudung and walk around free-haired people will recognise me Chinese, maybe? Coz the officer from  JPJ  asked my same-faced brother, “Awak ni Cina masuk Melayu ke?”

BTW,  what does “Cina masuk Melayu” mean? I thought is should be Cina masuk Islam. Not Melayu. And, anyway, I got Chinese blood from my grandma, my dad told us last raya.

If those Indian and Chinese so-called mixed-blood can be recognised as Melayu, why can’t I be recognised as Chinese?

 

Kenapa kita tak ada body farm? Again ..... ada tak pakar forensik dan patalogi Malaysia buat kajian rate of decay mayat manusia di Malaysia just as they did in Body Farm.

Nota3: Well, to say, I learn the basic of calculating rate of body decaying whilst I’m taking this hard-to-swallow Management Mathematics. Doesn’t forensics learn the same thing? Just wondering.

 

Bagi kamu jumlah tanda tangan tak penting. Yang penting kami lakukan sesuatu bagi merealisasikan apa yang kami rasakan hak dan tidak bathil. Kami tidak seperti kebanyakkan rakyat Malaysia yang hanya pandai TALK COCK di laman Facebook. Join group gebang gila babi sampai ratusan ribu tapi bila diminta meletakkan tanda tangan pada petisyen atau memorandum semua tak berani pasal tak ada gonad dan ovari. Kalau memorandum pun tak berani nak sign apakan lagi hendak ajak buat demonstrasi. Kami mungkin ditertawakan oleh golongan ini tapi sekurang-kurangkannya kami kemukakan ketidak puas hatian kami menggunakan saluran yang tepat yakni SKMM. Menyertai laman protes Facebook aje apa guna?

Nota4: Kalau nak tahu apa cerita di sebaliknya, klik pada teks. Oh, sedikit kasar mungkin ayatnya. Tapi nak highlight [tolong jangan terjemah-buta-tuli menjadi “lampu tinggi”] pada potongan ayat terakhir. MENYERTAI LAMAN PROTES FACEBOOK AJE APA GUNA? [Tak boleh nak letak merah sebab itu warna untuk link yang sudah dilawat. Kuning pula untuk mata-mata yang tak nampak link tersembunyi dalam teks. Ya, sebab aku pernah disalahfaham menghina orang cuma disebabkan aku letak entri seseorang dalam blog dan bagi kredit di bahagian bawah jadi aku terpaksa highlight dengan warna kuning macam highlighter Stabilo.]

Malay bible in Borneo? Knew it all along but never seen it.

Nota5: Kitab Injil Ni Luka? Aku faham sebagai Injil:Lucas. Betul ke tak aku tak pasti, tapi aku rasa memang ada Chapter Lucas dalam tu. Yes, got hold of bible a few times. Ada di rumah, and so what? Untuk rujukan tak bolehkah? Bukannya kita nak pakai jadi panduan hidup.

But who elected them? It was you! You who appointed these people! You who gave them the power to make your decisions for you!

Well, I admit that anyone can make a mistake once, to go on making the same lethal errors century after century seems to me nothing short of deliberate.

Nota6: Wonder what those words means? LOL! Don’t open your physical-can-be-seen-dictionaries. Open your mind!

 

Aku tahu di entri ni ada kod rahsia. Pernah tengok ada telefon yang boleh terjemahkan kod macam ni tapi tak tahu mana nak cari code reader. Yes,  memang geram pun, Obe!!!!  I admit it! Wait till I get them!

 

Okey, habis pusingan kedua, dah habiskan bacaan sampai entri bulan Ogos 2010. Sambung mengorek hujung minggu ini. Oh ya, sebelum terlupa. 21012011 ada kuiz O.D.E aka Ordinary Differential Equation – kali kedua aku ambil subjek sama baru aku faham cara selesaikan persamaan Bernoulli – salah satu benda paling asas dalam O.D.E. Jadi kena belajar, dan sebab janji-dengan-abang-dan-kakak-dan-namia-dan-dia tu.

 

NotaBuku:

Abang senyap. Rindu abang. Cepatlah selesaikan urusan. Paling tidak bagi offline message di YM. Adik rindu abang sampai termimpi semalam T_T

Dari Blog Obefiend

"Sometimes keeping something is more painful than to lose it."

 

Eh jap. Motor Neuron Disease tu apa? Hmm.. Nanti Google.. [Tak ada kerja lain asyik nak Google ja. Hahaha…] Wei, paling tidak aku tak google Facebook. Klik NEW TAB, taip FACEBOOK dan tekan SHIFT+ENTER. Dan paling aku tak tahan, ada orang menggoogle GOOGLE! Depan mata aku! Oh dear, ni buta IT ke apa ni? Tapi tau pula dia Google tu search engine?

 

We live and we die by time. And we must not commit the sin of losing our track on time.

 

How about you guys? Is that special place where you first date that someone, touched her hands, told them how you feel , kissed her lips or proposed to still exist? Do you think 30 years down the line the place will still be there and relatively unchanged? Please share it with me and other fellow readers.

 

Nota1: Never had actually kissed neither touch anyone. Not before marriage dow. I really hope this one would make it to that point.

 

Apa lu ingat gua robot takde perasaan macam Rajnikath Enthiran ke?

Nota2: Rajnikanth [Terbelit jari aku tekan keyboard. Nasib baik aku tak cuba sebut.] ni artis kegemaran Kubi kan? Hahaha…

 

p/s : Oh, come on, Stan. Not everything ends the way you think it should. Besides, audiences love happy endings.

Nota3: Well, biasanya yang kat bawah ada “p/s:” ni potongan skrip filem. I love sad ending. Erm? Macam mana tu? Huhuhu… Sad ending tapi mesti berakhir dengan death. [Apa fasal hari ni pakai broken English? LOL! Tak boleh?]

 

Nak belajar bahasa latin? Sini. LATIN AND YOU.

 

Hey, this one is good! People who BUZZ you on YM and then stayed quiet are DICKS. When u buzz u type la "hey aku ada soalan pasal ... bla bla". Dont misuse buzz. Ok, agak kasar, mungkin. Tapi memang ayat dia macam tu; and so what? Blame me? LOL!

 

#thingsmalaysiando BJJ W36 WRQ 32 ...... all Malaysian either they notice this or not share this SERIAL number for their pirated WINXP!

Nota4: Belilah WinXP Original. Tak mahal mana pun. Better daripada beli Win7 atau WinVista original yang tersekat-sekat terus tak boleh buka dan terpaksa restart. Buang masa buang tenaga dan buang hasil-kerja-plagiat yang baru separuh jalan siap nak hantar esok kat pensyarah. [Aku tak plagiat. Harap maklum!]

 

Friendster is the most friendless place on the social media at the moment. Myspace is now nothing but empty space.

Hey fathers who smoke while holding your baby. Can I fart on your face? Do u like that? Yeah. Ur baby pun tak suka ur asap la numbnut!

Smartass dalam bahasa melayu ialah LOYAR BURUK.Bukan jubor cerdik. Now u know.

 

Penapis air Yokto? =.=” Tertutup tab sebelum sempat kopipes link.

 

When I was in school people use to call me Mr Know it All or Mr Encyclopedia. As I mentioned numerous times before I spent most of my childhood reading books and encyclopedias.

Nota5: Yes, people call me know-it-all, walking dictionary yet I’m repeating 3 papers in less than 2 years? ROFL MANATICS I HATE IT! I’m not fit enough for maths, but issues, then I’m gonna win my so-called-deans’-list classmates. Dekan tapi tak tau apa yang berlaku di sekeliling? Erm..

 

Ok. Sambung belajar janji-dengan-abang-dan-kakak-dan-namia-dan-dia.

 

Esok lusa tulat langkat sambung baca blog Obefiend. Eh, silap. Bukan baca. Korek! Macam blog Ariffshah, Touya, Hyperplasma, Ben Ashaari-tak-habis-korek-tak-larat, Hellioz, Areleaf, Fida Aishah. Dalam ramai-ramai sorang je perempuan ke? Yup! Sebab perempuan rajin camwhore aku malas nak baca kalau banyak sangat gambar. Ada sekeping dua tak apalah. Blog Redmummy ingat nis nak explore tadi tapi tengok entri bergambar yang cuma ada dua tiga patah ayat terus nis tutup.

Wednesday, January 19, 2011

Raja

orang bilang raja punya kuasa

punya rumah besar orang gaji dan harta

punya isteri banyak anaknya satu atau dua

 

kalau begitu ramailah sudah raja

ada gudang emas permata

isterinya dua tiga dan lima

anak terkadang malah tiada

 

zaman gelap sudah hampir tiba

bila semua mahu jadi raja

yang berkuasa malah setan durjana

menelan dan menggenggam noda

dan tak pasti yang mana dusta

 

0441p 14012011

Sunday, January 16, 2011

Jiwang Karat? Ermm...

setiap butir apa yang kau tulis
mengamitkan aku sebuah perasaan
perasaan rindu
izinkan aku menghamparkan permaidani cinta
agar kau terima aku seadanya
cinta aku ini ada kelemahan
berikan aku kekuatan dan kasih sayang
seperti mana aku sayang padamu lebih dari sahabat biasa
kerana kau hadirnya kau terlalu istimewa.

NotaBuku: Lalala...

Saturday, January 15, 2011

Beruang Putih Comel

Nak yang besar, mak kata tunggu grad.
Yang kecil comel ni untuk bagi semangat.. Hehe..

Friday, January 14, 2011

Kerenah Pagi Jumaat

Bila kelas mula pukul sepuluh dan aku ditugaskan menghantar salinan nota kepada teman sekelas,
dan kelasnya terletak di blok kegemaran aku yang jauh dari tempat lain dalam kampus,
dan bila aku rasa aku mahu merayap sebentar,
lupa seketika yang aku punya tugas,
dan sampai terlupa bawa duit;

lepak sebentar di blok C sementara menanti kelas bermula,
dan mengingatkan janjitemu dengan seorang blogger di dewan makan kolej tengahari ini,
nampak gayanya terpaksalah tutup dahulu laptop dan sambung selepas makan tengahari nanti.. huhuhu..

NotaBuku: UiTM tetap di hatiku. Sayang UiTM sebab di sinilah aku belajar.

Tuesday, January 11, 2011

Monday, January 10, 2011

Hilang. Lenyap. Lesap. Macam Asap.

Ayat paling kerap aku pakai masa di gengblogger dulu. Bila ada orang menghilang tiba-tiba, aku akan sebut ayat tu. Tak kiralah siapa pun. Kecuali pemilik gb, Kong/Kon/Geng Blogga. Sebab walau apa pun terjadi, nis tahu dia ada selagi gb wujud.

 

Tapi sekarang dengar kata gb akan lenyap, lesap. Mungkin tak macam asap, tapi hilang sedikit demi sedikit. GB dah tak macam dulu. Dulu GB hidup setiap waktu sebab ada karpet chatting Gagalive.en diselitkan di situ. Tapi sejak masalah malware pada pertengahan Ogos 2010, GB susah diakses dan apabila masalah tu selesai pula, karpet gagalive sudah tak ada sebab gagalive.en pula yang lenyap. Yang tinggal sekarang cuma Gagalive.kr yakni dalam bahasa Korea sahaja.

 

Dan satu demi satu pergi. Menghilang dari dunia maya. Kon dah lama tak nampak, tapi tak sangka dia update juga blog KongKrunch dia tu. Terkejut juga bila nampak blog tu terupdate sebab selama ni dia kata dia tak ada blog. KongKrunch pun ditubuhkan sekitar Ogos dan selama nis tengok dulu blog tu cuma ada satu entri, entri percubaan ping di gb.

 

Arwah Unwanted yang meninggal beberapa minggu sebelum hari lahirnya, beberapa hari selepas pernikahannya, kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya.

 

Arwah Toh Tuan Tanah yang meninggal sekitar raya kerana kanser.

 

Mungkin ramai lagi yang aku tak tahu tap memang ada juga aku terbaca beberapa orang lagi blogger yang meninggal dunia.

 

Tapi perpisahan yang paling aku susah nak terima, bila terpaksa berpisah dengan orang yang masih hidup. Kita tahu dia ada di sana, tapi dia untouchable. Tak boleh disentuh, tak boleh dihubungi.

 

Acik. Ahli GomoFM yang paling rapat dengan aku, sekarang tak akan masuk ke gomofm lagi. Sebabnya; tak ramai yang tahu. Biarlah rahsia.

 

Dinda Ina, satu-satunya orang yang panggil aku kanda di GomoFM. Puteri Ina Shazarina, Permaisuri Ina Shazarina; nama-nama yang digunakannya di chatbox GomoFM. Dan aku akan simpan nama Raja Puan Anis sampai dia datang semula. Tiga bulan lagi baru dia dapat cuti katanya. Tapi aku rasa mood aku akan jadi tak baik juga sekitar itu.

 

Peperiksaan sudah hampir bermula, dan ketika itu jugalah abang kata akan menghilang.

 

Jangan pergi. Adik sayangkan abang.

Pesan Abang

abang

Abang memang garang bila tahu nis tak belajar. Erm, bukan tak belajar, tapi macam main-main belajar. Main lebih banyak daripada belajar. Tak tahu dari mana abang dapat tahu tapi itu dah tak penting.

 

Abang kata nak pergi tak lama lagi, dan minta nis ban abang dari chatbox gomo selama-lamanya. Tapi nis dah janji dengan Along takkan ban siapa-siapa lagi. Cukup hos yang kena. nis takkan ban abang. Abang kena suruh orang lain ban abang. Kibu mungkin. Atau Along sendiri.

Cuma dua orang yang pernah nis panggil abang. Abang Down dan abang kodok. Tapi Down pun cuma sekejap. Abang kodok memang nis takkan panggil kodok darat macam dulu. Tak sampai hati dah nak panggil kodok darat walaupun hakikatnya perangai abang kalau di chatbox sejak dulu memang “kedaratan”. Hakikatnya, di sebalik tu banyak yang kadangkala orang tak perasan.

 

Abang nak pergi, abang boleh pergi. Tapi tolong, jangan hilang terus.

Saturday, January 8, 2011

Gala Januari

Malam ini ada acara pertama Gala Januari di GomoFM.

Kepada mana-mana blogger atau pendengar yang ingin menyertai Gala Januari

bolehlah klik pada banner Gala Januari di sidebar di bahagian atas sekali pada sidebar nis

Atau boleh juga ke blog Geng Gomo  untuk maklumat lanjut mengenai Gala Januari.

Aku Pun Teringin..

Bila tengok manusia-manusia sengal yang boleh bergurau senda tanpa menghiraukan orang lain, aku pun teringin nak jadi sengal.

cbox.ws 2011-1-7 15-3

Aku tau ada orang akan melenting tengok icon kiss tu. Tapi itu kan bukannya apa-apa. Alam maya bukan realiti, kan? Dan ada orang kata avatar aku songsang =.=’’ Itu kan gambar dua ekor tikus, seekor melompat-lompat di atas perut kawannya yang seekor lagi. Cuba tengok telinganya pula, bulat, bukannya segitiga; jadi itu bukannya *bb* dan ekornya lurus tidak bergulung-gulung. Kalau tidak cukup jelas,

<<<--- di sini ada gambarnya. Kalau tak nampak, skrol ke atas dan ke bawah. tak nampak juga, maknanya ada masalah talian disekat atau load tak habis.

 

Bila dunia realiti tak memberangsangkan, aku akan lari sebentar ke alam maya. Tapi aku tahu aku takkan hidup selama-lamanya di alam maya. Dalam dunia realiti juga. Jadi rasanya memang tak patut aku sedih bila aku perlu berpisah dengan siapa-siapa. Tapi..

 

Malam tadi dinda ina masuk ke chatbox mungkin untuk kali terakhir. Inilah dinda yang paling rapat dan paling cepat dekat dengan aku. Tapi aku tak sempat nak buat screenshot sebab Baby.Lappy terpadam. Mesti keluar bluescreen lagi masa aku tak perasan. =.=’’

 

Dan masa aku tulis entri ni, dinda ina dah dua jam dalam penerbangan ke London, meneruskan cita-citanya sejak dari usia muda. Dia lebih muda dari adik aku yang kelima. Baru 13 tahun, tapi sudah mula belajar di negara orang. [Fida Aishah mixed-blood Malaysia-Aussie. Tak kira, ok? Haha.. Kalau aku belajar di Indonesia pun aku anggap itu kampung aku, bukannya negara orang. Ya, aku anak Minang.]

 

North Bridge Senior School. Aku ingat dan aku akan ingat selagi masih diizinkan. Supaya tak lupa aku tulis entri ni khas untuk dia. Dan aku akan selitkan segmen khas perpisahan yang dijalankan di GomoFM malam tadi di dalam blog ini untuk dia.

 

Prince Albert Road. Aku tahu tempat itu memang popular. Di situ dia akan tinggal sementara bersama keluarga pakciknya. North Bridge Nursery School, dia kata akan masuk ke sana pada usia 17 dan minta aku ke sana sebelum dia masuk ke sekolah itu. Doktor. Dia kata mahu jadi doktor, dan arah tujuannya sudah jelas.

 

Malam tadi kali kedua aku benar-benar menangis untuk seorang keluarga alam maya aku. Pertemuan membawa perpisahan, bak kata Encik Kelubi Seman. Tanpa pertemuan tiadalah perpisahan. Aku harap nanti kalau ada masa untuk pulang ke kampung pulau aku, adalah kesempatan untuk bertemu dengan Acik. Syaratnya, aku kena pulang seorang diri. UBD. Aku ingat dia pelajar UBD. Universiti Brunei Darussalam. Salah satu negara yang pernah aku jejak 12 tahun yang lalu.

 

Entri khas Raja Puan Anis untuk Permaisuri Ina Shazarina.

Friday, January 7, 2011

Semua Pergi..

Ya, yang rapat dengan aku semua mula menghilang dengan bermacam-macam cara. Cepatnya dunia berubah.

Dinda Ina, teruskan berjuang.
Abang Kodok, adik sayang abang.
Acik, Ateh rindu kat Acik.
Along, jangan tarik id dj nis k. nis masuk konti, Along takde..
Ude, bila nak masuk gomo lagi?
Anyah, moga selamat menjelajah satu Malaysia.
Hime, good luck study.
Kubi, yang sudah tu sudah. nis tetap ada di Gomo sampai Gomo tak wujud lagi.
Mamy Hani, doakan novel nis lepas dari penjara dia kat PTS.
Beelia, moga lia dengan akbar baik-baik selalu. Kenduri jangan lupa nis.
Pink, Hati-hati rumah tu takut banjir lagi.
Dansa, nanti kita reunion kat KMKN k. Nis da setahun tak jejak kolej.
Dolah, kerja elok-elok kat sana.
Bropian, nanti ada masa kita jumpa.
Fazna, good luck presentation.
Adik usu, jangan nakal-nakal.
B, nanti kita contact2 lagi ya.
Hos, kita tak pernah nikah ok!
Sham, ada masa nis balik nanti nis bagitau mana tau boleh jumpa kat pasar malam ke? Hahaha...
Mumu, nis betul-betul nak ambil Masscom tapi rezeki nis bukan kat situ.
Embun, nanti ada masa masuk2 la dj. Nis rindu suara bun.
Anggerik, nis rindu request anggerik yang melambak tu. Haha.. Sampai tak cukup tangan nak layan.
Sam, nora, Down, bebudak Gomo yang lain yang nis tak larat dah nak senaraikan.. huhuhu.. Kalau ada apa-apa cari je nis kat blog ni. Skype ke, ym ke.. nanti nis bukak nis nampak mesej korang tu nis reply la..

Ops, nis tak pergi mana-mana. nis masih ada kat sini. Biarlah takdir menentukan. Selagi nis mampu nis akan kekal di Gomo.

Thursday, January 6, 2011

Kempen Kesedaran AIDS?

Pernah tengok gambar ini?

 

aIswm

Ada orang tegur, ada sesuatu yang tak kena pada gambar itu katanya.

 

Mungkin ini lebih sesuai?

 

aIswm copy

Atau mahu yang lebih sesuai?

Err.. Tak reti edit. Kalian cubalah pakaikan dia tudung.. Hahaha.. Nis buat buruk jadinya, hahaha… Serius dah cuba..

Gengblogger.com Dikenalpasti Sebagai Social Network. Ok fine!

Ini yang berlaku bila cuba buka gengblogger dari UiTM pada waktu pejabat. Terima kasih, UiTM. Lagi satu sumber maklumat dah ditutup =.=''

Fakta: Blog lebih cepat daripada berita dalam menyebarkan maklumat. Kalah Berita Harian Online dan Utusan Online. Betul atau salah maklumat bergantung kepada sejauh mana maklumat yang blogger dapat. Surat khabar pun kadangkala sebarkan benda yang salah, betul tak? Kalau tak, takkan ada bahagian "RALAT" dalam mana-mana akhbar. [Bukan Akhbar bin Subahir.]

Etika? Semua orang tahu etika. Yang betul-betul ikut etika siapa? Cakap sikit!

Pergi..

Baru dapat panggilan dari salah seorang teman baik alam maya. Katanya anak saudaranya meninggal dunia. Dari malam tadi dia kirimkan mesej kepada teman-teman di facebook supaya doakan anak saudaranya.

Alfatihah buat arwah Isyraf.

Wednesday, January 5, 2011

Bila Bengang

Tolong jangan ganggu sekarang. Musim ribut taufan kat Arau ni. Dengan jammed pagi semalam buat aku sakit hati, dengan purse hilang, dengan claim tak setel lagi, dengan jadual belum confirm, dengan Econometric terpaksa tangguh, dengan.. dengan...

Siapa ganggu emosi aku sengaja ke tak memang kena la =.=''

Tuesday, January 4, 2011

Link Baru

Blog berpindah ke link baru. Sila perhatikan link di atas. nak gelak pun gelak la...