Tuesday, March 29, 2011

Cara Tarik Trafik Tanpa Update Blog

1. Blogwalk
Cara ni rasanya sudah tak relevan lagi sekarang sebab rasanya dah ramai blogger bertapak di laman komuniti dan tak rajin nak berjalan baca blog. Mereka hanya menunggu blogger-blogger lain datang dan tinggalkan URL barulah mereka bergerak ke blog-blog yang bertuah tu. Selalunya blogger akan masuk ke chatbox dan tinggalkan link kadangkala tanpa membaca entri walau sepatah pun.

 

2. Tinggalkan komen di blog orang lain
Cara ni boleh juga dikaitkan dengan cara yang pertama. Bezanya kita baca entri orang dan tinggalkan komen berdasarkan apa yang kita baca walaupun komen tu cuma satu ayat.

 

3. Ping di laman tertentu
Cara ni cara paling best sebab nis selalunya akan masuk ke laman Facebook Bloggers Malaysia dan cicirkan saja URL di sana. Pilih mana-mana entri lama dan karanglah ayat yang kira-kira boleh menarik pembaca. Pemilihan ayat dan tajuk entri adalah yang terpenting.

 

Yang paling penting, jangan gelabah bila kena provok. Hahaha… Yalah, jadi blogger pinggiran ni bukan senang. nis tau bukan senang nak lawan nama besar dunia blogger macam Ariff Shah, Kujie, Denaihati, Beautifulnara. Tapi kadangkala provokasi tu bagus juga kan?

 

Nak tengok hasilnya? Hahaha..

 

dj1

 dj2

Ciskek kena provok sama Bos Besar. Hahaha.. Nak kena DJ ni…

 

NotaBuku:

Nak pergi cari entri lain nak pergi ping di sana. Tengok apa reaksi mereka.

Thursday, March 24, 2011

Dan Bila Esok

Di dalam hatiku selalu tersimpan
Rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
Kau diam tanpa kata saat ku ungkap semua rasa

Di saat ku ingin dekati rumahmu
Kau semakin jauh meninggalkanku
Dan kau diam tanpa kata saat ku ucap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatimu
Tuk cinta yang pernah kita miliki
Tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
Untuk bisa menjagai hati ini
Tuk selama-lamanya

Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatiku
Untuk cinta yang pernah engkau miliki
Untuk selama-lamanya

Kerana Aku Sayang Kamu #7

“Aku dah puas pujuk dia supaya beritahu kau,”

 

“Kau bawa aku ke sini untuk apa?”

 

“Dia suruh aku bawa kau ke mari,”

 

“Tapi dia di mana?”

 

“Mia,”

 

“Fikri?”

 

“Ya, aku Fikri,”

 

Masing-masing senyap. Kelu barangkali.

 

“Fik, cakaplah!” desak Asha.

 

“Ermm.. Aku tak tahu nak cakap macam mana,”

 

“Kau nak aku cakapkan ke? Tak romantik langsunglah kau ni,”

 

“Hahaha… Yalah. Aku cakap,” balas Fikri.

 

“Tunggu apa lagi?”

 

“Tunggu kau pergi,”

 

“Malulah tu,” desis Asha sebelum berlalu.

 

“Jadi?” Mia mula bersuara.

 

“Kau dah terima semua yang aku beri, kan?”

 

“Manalah aku tahu semua atau bukan,”

 

“Aku tahu kau terima semuanya, tapi aku nak tahu sama ada semua itu terpahat dalam hati kau atau tidak,”

 

“Mungkin,” balas Mia acuh tak acuh.

 

“Kau setuju tak kalau kita…”

 

“Apa?”

 

“Jom kahwin,”

 

“Kenapa kau buat semua ni? Kejutan demi kejutan,”

 

“Aku sendiri pun tak tahu,”

 

“Baik. Itu pun kau tak boleh jawab,”

 

“Lamaran aku bagaimana?”

 

“Baik. Jom,”

 

“Eh?”

 

“Kenapa?”

 

“Entahlah. Aku pula yang terkejut,”

 

“Kau terkejut? Habis apa yang kau buat ni tak buat aku sakit jantung? Dan kau tak boleh jawab pun kenapa kau buat semua ni,”

 

“____” [Sila isi tempat kosong]

 

Tahu kan jawapannya hehe

Tuesday, March 22, 2011

Cinta Jauh Itu

Cinta aku teramat jauh. Dari mata tak pernah terlihat bayang. Tapi hati terasa bagai terpegang tali hala tuju ke arah dia.

 

Cinta teramat jauh, tapi diam aku dalam satu cinta ingin mengertikan kehendak dia dan kasih itu memekar dengan sendiri.

 

Apalah maksud rindu yang bertandang tiap waktu andai tidak berpenghujung.

 

Apalah di sebalik rasa yang terbunga di hati.

 

Diam aku sekadar melihat akan dia kadangkala, pun masih terasa hangatnya.

 

Selalu aku nakal mengusik dia tapi di akhir hari aku jadi menangis sendiri kerana takut kehilangan.

 

Nakal aku dalam diam aku jadi keliru. Nakal aku dalam gelak hatiku cemburu. Nakal aku dalam senyap aku rasa celaru.

 

Aku sayang dia sudahnya tapi bagaimana?

Monday, March 21, 2011

BiLa CinTa MuLa BeRKaSiH SaYanG

Keluarga alam maya; satu benda yang tak terbiasa didengar.

 

Fenomena ni bermula dari adanya status perhubungan [baca: relationship] di Facebook. Yang ini menambah yang ini sebagai kakak, yang ini letakkan ini sebagai adik, abang, ayah, mama, atuk, nenek dan seterusnya. Nasib baik tak ada status sebagai beruk angkat kalau tak nis rasa ada juga yang letak begitu. hahaha

 

Skema kan ayat nis?

 

Inilah sebenarnya format blog nis. Ejaan penuh dan tatabahasa terjaga. Yang menyalahi tatabahasa cuma perkataan “nis” sahaja sebenarnya. Sengaja diletakkan huruf kecil di situ.

 

Oh ya, ada sesiapa perasan tajuk di atas sana menyalahi tatabahasa? Itu sebenarnya tajuk blog laling nis. BiLa CinTa MuLa BeRKaSiH SaYanG. Kalau ada masa, sudi-sudilah melawat.

 

Ya, laling [baca: darling] antara orang yang paling rapat dengan nis. Eh, bukan antara. Laling orang yang paling rapat dengan nis. Walaupun tak termasuk dalam keluarga maya nis di GomoFM.

 

Dulu di GomoFM ada papa, mamy, along, angah, acik, alang, adik, ateh. Sekarang cuma tinggal ateh dan acik yang selalu di sana. Yang lain sibuk. Selepas ini nis tak tahulah apa yang akan terjadi.

 

Kepada mama nisah (miss-lady) semoga selamat melahirkan anak pertama hehe

 

NotaBuku:

Terima kasih atas apa yang terdampar di fb. ngeh

Sunday, March 20, 2011

Yay Yay!

yay 4 32 50 95 95136745 hehe

 

Hahaha.. Meroyan pula si aleeya ni hari ni.

 

Brunei ^_^v

Yaumul Miladiy Saeed

Ila sadiqati Umi Nazreen wa Syarifah Fawwaz Syuhada. 20 Maris 1990.

Ila sadiqi Mohd Faizal Sulaiman. 19 Maris 1990.

Ila sadiqati Siti Sarah Kassim. 18 Maris 1990.

Uhibbukum fillah abadan abadaa..

Ila najah fi hayah..

 

Hahaha.. Rasa macam kelakar pula cakap bahasa Arab tapi tulis rumi. Apa-apa pun, senarai nama di atas semuanya nama kawan-kawan sekolah dan matrikulasi. Selamat ulangtahun ke 21 dan selamat melangkah ke alam kedewasaan.

 

Akan datang: Nurul Aina Mohd Zamri, 23 Mac 1990.

 

nis? Lambat lagi.

Thursday, March 17, 2011

Jokes#2 Merapu Meraban

Merapu meraban seketika. Hmm.. Nak main teka tarikh lahir orang ni. ^_^ Komen-komenlah, ya.

1-Ambil ayat dari bulan korang lahir:

January-----------aku sepak
February----------aku lompat atas
March------------aku karate
April--------------aku cium
May--------- -----aku terajang
June---------------aku peluk
July---------------aku buat sardin dengan
August------------aku makan dengan
September--------aku menari dengan
October-----------aku menyanyi dengan
November--------aku jelir lidah kat
December--------aku lari keliling

2-Ambil ayat dari hari lahir korang

1------- burung hantu
2------- makluk asing
3------- public phone
4------- basikal aku
5------- lelaki salji
6------- gangster kampung
7------- mobile telefon aku
8------- hantu jepon
9------- kawan baik nenek aku
10-------kawan lembu aku
11-------cikgu lama aku
12-------kerbau ayah kawan aku
13-------ahli bomba
14-------lembu mak aku
15-------kambing ayah aku
16-------kapak mak aku
17-------lesung batu
18-------pedang aku
19------ lelaki lembut
20-------tikus adik aku
21------ ninja
22-------Chuck Norris
23-------mee kari adik aku
24-------kambing aku
25-------pemain bola sepak
26-------buaya
27-------ayam serama
28-------ipod aku
29-------kucing engkau
30-------kutu rayau
31-------hantu jepun

3-Ambil ayat dari hujung tahun korang di lahirkan

1--------- di dalam kereta aku
2 ---------di atas katil engkau
3 ---------di dalam jamban
4 ---------di bawah katil
5 ---------di atas motosikal
6 ---------di bawah jambatan
7 ---------di atas bumbung rumah
8----------masa makan atas meja
9 -------- semasa jalan2 cari kucing adik aku
0 -------- di dalam bilik tokwan

4-Ambil ayat dari color yang korang suka:

putih---------sebab aku suka macam tu
hitam--------sebab aku memang degil
Pink----------sebab aku memang terer
merah-------sebab ade suara yang bagitau aku
biru----------sebab aku seksi dan aku boleh buat
hijau---------sebab aku betul2 serius nak lakukan
Purple-------sebab ada orang suruh
kelabu-------sebab aku tak boleh control diri aku
kuning-------sebab ade orang ofer aku 10 rm
Orange------sebab aku pikir aku bijak
cokelat------sebab aku memang boleh buat
lain2---------sebab diri aku seorang ninja!


NotaBuku:
1. Diambil dari sini : Bakpo Gitu
2. nis punya? Aku makan dengan kucing kau dalam bilik tok wan sebab aku betul-betul serius nak lakukan. Boleh teka tak?

Brunei

Dah sekian lama tak ke Brunei, dan malam tadi tiba-tiba di GomoFM Bropian buat pengumuman; untuk sesiapa yang mahu ke Brunei untuk menghadiri majlis perkahwinan adat istiadat diraja Brunei
Aku cuma mampu buat ini >> watde
Rupanya anggerikrimba keturunan diraja 96
Bropian suruh beri nama untuk mencatar kapal terbang appo
Laling kata semuanya ditanggung.0167  Tapi cuti ni ayah kata dah tempahkan tiket ke Bandung sunyii  Tak tahu tarikhnya bila appo  Majlis anggerik dengan Bropian 29 Jun rasanya syiok  25 Jun di Melaka, 26 di Putrajaya ntah Kalau tak salahlah.

Wednesday, March 16, 2011

Padam?

Ampuan Awang

Segala ucap kata yang dirasakan baik dan wajar 'tuk dipapar wajar dikekal, usah dipadam kerana tindakan memadam 'bakal' menjatuhkan 'kredibiliti' kalian dalam menyampaikan sesuatu yang benar. Usah khuatir, selagi tak bercanggah dari sisi agama, tiadalah masalah adanya..

Misi Tiga Hari - Keputusan Akhir

Misi Tiga Hari sudah tamat dan entri penamat sudah dinaikkan semalam. Jadi hari ini nis nak naikkan pula keputusan muktamad.

 

Lagi sekali, matematik berperanan penting walaupun dalam berblog.

 

Blog nis.

cetusan aleeya cetusan 1503

 

Trafik: 12219 – 11954 – 4 = 261

 

Blog Laling

 

blog laling bila cinta 1503

 

Trafik: 10844 – 10608 – 2 = 234

 

Laling, kena usaha lebih sikit beh

Tuesday, March 15, 2011

Quote #2

Kalau orang tak suka kita: kita senyum lama-lama, dia akan suka.

 

Kalau kita ingat orang: kita pejam mata, cuba ingat balik dia.

 

Kalau kita rasa cinta tak berbalas: kita doa kuat dalam hati; walau dia tak tahu, Tuhan tahu.

 

Fida Aishah 0755p 14032011

Monday, March 14, 2011

Kemaskini Misi Tiga Hari – Kisah Stalker dan Misi Tamat

Tujuan asal nis buat misi tiga hari ni adalah untuk memberi semangat kepada laling nis, Namia supaya selalu kemaskini blog. nis dah masukkan pv hari pertama dengan skor 0-0. Kalau diikutkan nis cuma akan masuk pada hari selasa untuk tengok pv tetapi disebabkan beberapa perkara yang berlaku nis dah terlanggar syarat tu. [Alamak! Hahaha..]

 

Tak kisahlah. Sebab syarat nis tak masuk tiga hari tu bukannya penting sangat pun selagi nis tak ping blog. Tiga hari tu adalah masa untuk Mia cari tempat yang paling sesuai untuk ping supaya dapat banyak pv. nis tak sempat ping entri blog nis pun dalam tempoh tu.

 

Masa untuk bandingkan pv hari Jumaat dan Isnin petang. Pv hari Jumaat diambil kurang lebih 8.00 pagi dan pv hari Isnin diambil pada 4.04 petang.

 

Blog nis

pv ahad petang 0404pm  Pv petang Isnin. 12183

cetusan aleeya Pv pagi Jumaat. 11954

 

Pv tiga hari = 12183 – 11954 = 229

 

Blog Mia

pv laling ahad petang 0404pm Pv petang Isnin. 10811

blog laling Pv pagi Jumaat. 10608

 

Pv tiga hari = 10811 – 10608 = 203

 

Ops, nis menang. Hehe.. Apa faktornya ya? Mungkin sebab follower nis ramai. Hampir tiga kali ganda follower laling.

 

Keputusan ni belum rasmi lagi. Esok pagi baru nis nak tengok berapa pv keseluruhan selama empat hari. Memanglah nis namakan misi ni Misi Tiga Hari. Tapi jumlah pv untuk tiga hari tu akan ditengok pada hari keempat sekitar lapan pagi. Masih sempat untuk laling kejar pv nis. nis dah tak ada masa nak update entri.

 

Dan sebelum terlupa, nis ada tulis beberapa entri di blog laling. Entri-entri yang nis tak boleh nak tulis di sini sangat.

 

NotaBuku:

1. Terima kasih, Myra sebab tulis entri tu. Walaupun nis tahu ada orang yang mungkin tak nak faham, usaha untuk memahamkan tu kan kena ada. Terima kasih atas usaha tu Myra.

2. Dasar budak Matematik. Fasal blog pun nak main kira-kira. Hahaha…

Sunday, March 13, 2011

Bahan Bukti - Aku Tak Bersalah


Dasar orang tak faham bahasa Sarawak. Ngegeh tu bukan gedik. Dan kalau setakat gedik pun kau nak tarik id dj aku terima kasihlah. Kebetulan mikrofon aku rosak ni. Mungkin sebulan dua aku tak akan masuk konti. jadi tak perlulah buat kerja dua kali. Mungkin kalau masa cuti nanti aku tak dapat internet pun aku tak masuk konti. Cuti bukan sekejap. Empat bulan.

Aku tak cakap kau gedik. Kau belum kena maki PELACUR, SUNDAL, KAFIR lagi kan?

Ngegeh tu bukan gedik. Ngegeh tu maksudnya mengada-ngada. memang kau mengada-ngada pun masa tu kan? Mengada-ngada maki orang di cb. Kalau nak maki pun belakang-belakanglah. Itu bukan mencarut pun. Nanti aku cakap kau kenja baru kau tahu. Itu belum lagi bahasa lain tu. Jangan jadi bodohlah. [Eh, aku tak cakap kau bodoh. Aku cakap jangan jadi bodoh. Itu mengingatkan namanya.]

Kalau aku nak mencarut aku takkan mencarut  di karpet. Ruang blog aku ni luas untuk aku mencarut secara bebas. Dan aku juga ada akses ke beberapa blog lagi dan beberapa page FB untuk aku mencarut secara anonymous dengan merisikokan taraf admin aku.

Eh.. Eh... Dulu aku tak nak pasang lagu orang kecoh. Padahal aku tengah cari lagu tu nak download. Salah ke mia kecoh bila dj tak nak pasang lagu dia? Dahlah tak pasang lagu, maki orang on air pula tu. Dj baru pula tu. Perlu tak aku cakap dia berlagak? Orang baru yang berlagak mesti diban ke?

Tak, aku tak cakap dia berlagak. Aku cakap dia mengada-ngada saja. Sebab mengada-ngada maki orang on air. Sejarah Gomo ada pendengar lari dan ban nama Gomo dari hidup dia kerana diperli on air. Kau nak cari pendengar atau halau pendengar ni? Kalau nak halau pendengar sila berambus.

Eh, aku belum maki sesiapa lagi ke? Aku belum buat personal attack ke? Eh, ini blog aku. Kuasa apa kau ada di sini, admin gila kuasa?

Bila Hati Dah Sayang

Bila hati seorang perempuan dah merasakan sayang, dia tak mudah melepaskan orang yang disayanginya kepada sesiapa pun.

Dia tak mudah melupakan orang yang disayanginya dalam susah atau senang. Dia tak semudah itu untuk cemburu buta tetapi dia mengkaji apakah benar orang yang disayanginya itu benar-benar curang atau sekadar kawan.

Tahap cemburu seseorang itu bergantung penuh kepada dirinya sendiri.

Ya, nis memang pandai cemburu, bukan hati batu tak mengerti maksud sayang tak faham erti cemburu. Tapi hak untuk cemburu itu ada pada siapa?

Tanyalah hati, hatimu yang tahu di mana cinta bersembunyi.. - Rindu Bersakti - Bob

Tinggalan Sejarah

Kisah kita sudah berlalu
Jangan lagi aku diganggu
Senda juga ku tidak mahu
Aku bukan lagi temanmu

Dalam hati tak lagi kamu
Yang empunya nadaku bersendu
Cinta aku hanya ada satu
Tak ku serah semua kecuali tiba waktu

Berkecai hati tak kau tahu
Sendu pilu terasa haru
Bukan kerana aku cemburu
Tapi saat itu aku tahu kau tipu

Jangan cuba membuka pintu
Kunci sudah tiada padaku
Carilah dia kalau kau mahu
Beralahlah saja kalau kau malu

Saturday, March 12, 2011

Dunia Blogger vs Dunia Radio Online

Dunia blogger lebih banyak menyendiri sebenarnya berbanding dunia radio online. nis dah pernah join komuniti blogger Gengblogger sebelum jumpa dunia radio online ni. Di Gengblogger tak banyak yang boleh dibuat. Berkongsi tips, berkenalan sesama blogger, gathering. Semuanya boleh dibuat di radio online.

Kelebihan radio online? Kebanyakan radio online menyediakan ruangan chat untuk pendengar. Ruangan chat untuk GOmoFM ada di atas ni :).

Radio online boleh juga berkongsi tips yang orang tak boleh nak tulis, sesi luahan perasaan yang tak mampu nak dilakar di atas kamar tulis. Dan lebih nampak interaksi daripada dunia blogger tanpa sedar sebenarnya.

Tapi apa yang nis tahu, nis sayangkan kedua-duanya. Dunia blogger dan dunia radio online.

Dan nis jumpa b di radio :)

Hanya di radio ku rasa perhubungan cinta.. - Headwind, kut. Kalau tak salah.

Kerana Aku Sayang Kamu #6

“Kau belum tahu lagi siapa yang beri hadiah-hadiah tu?”

 

“Belum. Kau ingat senang nak cari satu-satu nama? Lagipun aku bukan macam kau. Orang buat kerja, kau mengular,”

 

“Eh, mana ada! Kalau aku mengular dah lama aku kena buang kerja. Kau bukan tak tahu pejabat aku betul-betul menghadap muka bos,”

 

“Yalah. Memanglah depan muka bos. Nama pun setiausaha bos. Ini mentang-mentang dia cuti kau pun mengularlah sampai ke mari,”

 

“Eh, kerja aku dah siaplah, Mia! Sudah! Kan dah melalut sampai ke mana,”

 

“Yalah. Aku dah malas nak fikir lagi. Tak ada faedah pun,”

 

“Dia dah propose kau kata tak ada apa-apa?”

 

“Yalah tu. Propose pakai surat layang macam ni? Ingat ini zaman budak-budak nak main surat-surat? Nama pun tak tulis,”

 

“Entahlah, Mia. Masa kita pasang kamera hari tu agaknya dia nampak,”

 

“Kau rasa nama dia apa, ya?”

 

“F? Farid, Fuad, Faiz, Faizal, Faris, Fadhil, Fitri, Fakhruddin, Fikri,”

 

“Gila kau senaraikan semua nama tu?”

 

“Habis, kau nak aku buat apa?”

 

“Tak bolehkah kau tanya dia nama dia?”

 

“Aku pula. Kau tanyalah sendiri,”

 

“Kau yang kenal dia. Aku mana kenal,”

 

“Baik. Esok aku bawa kau jumpa dia,”

 

“Kau tak nak beritahu aku nama dia?”

 

“Tak. Aku tak boleh beritahu. Dia suruh aku rahsiakan,”

 

“Cis, kau bersubahat rupanya,” getus Mia.

Bila Gadis Gomo Buat Hal

Malam tadi gadis-gadis di GomoFM buat hal di chatbox. Semua sekali yang ada di sana tapi tak ada siapa pun berani ban sesiapa.

Sebabnya?

Mula-mula bercerita tentang tsunami, kemudian banjir, kemudian tentang dinda Ina. Tiba di topik dinda ina terkeluar pula tentang panggilan Bropian, budak susu cap gantung.

Topik hangat.

Nak tahu apa jadi lepas tu?

Terkeluar semua info tentang payudara =.=" Yang patut dan tak patut didengar oleh lelaki. Dan berterusan selama hampir sejam.

TInggallah gadis-gadis, anak-anak dara semua di chatbox. Yang lelaki mungkin hanya melihat di luar..

Tiba-tiba DJ Ibumisali datang meleraikan. Fuh.. Dua kali DJ Ibu mengingatkan bahawa tu sepatutnya tak boleh didengar lelaki.

Terima kasih, Ibu. Kami ni anak dara kadangkala terlepas bicara.

Friday, March 11, 2011

Aku Malas Nak Komen. Mode Macam Ni Perangai? Bahasa Jagalah =.="

mod1 

 mod2

 mod3

 mod4

 mod5

 mod6

 mod7

 mod8

 mod9 mod10

Konklusi: Ina kena ban. Eh?

Projek Gempak Bloggers Malaysia

Hari ni nis dapat satu kertas kerja Projek Bloggers Malaysia daripada pemilik laman Facebook dan Blog Bloggers Malaysia.

 

Ya, nis salah seorang admin Bloggers Malaysia. [Jawapan kepada sesiapa yang ternampak nis tulis “Inilah tugas admin,” di kotak chat GomoFM pagi tadi.]

 

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui apakah projek tergempak Bloggers Malaysia bolehlah terus ke laman fb Bloggers Malaysia seperti yang sudah dilinkkan di atas dan cicirkan alamat blog dan email anda di sana.

 

Sekian makluman untuk hari ini. Selamat berhujung minggu.

 

NotaBuku:

Blog akan tetap dikemaskini walaupun nis tak ada hujung minggu ni. Rujuk entri sebelum ini.

Perhimpunan Membela Maruah Melayu [Entri Tampalan]

Entri asal di sini: Perhimpunan Membela Maruah Melayu


PENULIS MEMOHON KERJASAMA RAKAN-RAKAN BLOGGERS SEKALIAN UNTUK MENGHEBAHKAN PROGRAM INI DI DALAM BLOG MASING-MASING.

TERIMA KASIH.


Misi Tiga Hari

nis set dengan laling nis Namia nak terbitkan 10 entri dalam tempoh tiga hari nis tak ada dan bandingkan trafik bila nis balik nanti. Jadi semuanya bermula hari ini untuk cari isu. Ya, nis cuma ada masa beberapa jam untuk siapkan entri dan setkan autopublish. Jangan tak datang pula tengok entri-entri nis dan Namia nanti okey ^_^V

Oh, sebelum terlupa nis nak tunjuk jumlah PV sedia ada. Tak jauh beza sebenarnya. Kalau ada yang kata jauh beza pun nis beri peluang kepada Namia untuk promosikan entri dia di Facebook. Tiga hari nis tak ada internet jadi nis cuma boleh kemaskini status melalui telefon. Kira adil kan?


PV blog nis sejak ada statistik blog Blogger in Draft.
PV blog Namia.

Tak jauh mana pun beza kan.

Okey, masa untuk cari isu yang hendak diketengahkan.

Thursday, March 10, 2011

Frequently Asked Question #3 – Trend Sekarang, Couple, Break, Couple dan Break Lagi

Untuk segmen FAQ sesi ketiga ini, nis nak ikut segmen yang dibuka oleh Bro Framestone. Kebetulan terjumpa semalam sewaktu sedang berjalan-jalan di blog [baca: blogwalk]

 

Kenapa ada sesetengah senang-senang berpacaran, putus, frust menonggeng, tadah air mata dalam baldi, kemudian berpacaran dengan orang lain tetapi akhirnya tetap putus dan benda ni berulang-ulang?

1. Suka-suka

Ada orang yang berpacaran hanya untuk merasa bagaimana hidup bila ada pacar. Tapi kalau berkali-kali tu tak tahulah kan?

 

2. Test Market

Nak tengok dengan muka lawa/kacak yang ada tu boleh pikat berapa ramai jejaka/gadis. Tapi sedar tak, setiap kali seseorang putus cinta, marketnya akan turun.

 

3. Mudah Percaya Cinta

Ada orang yang mudah terpedaya dengan pujuk rayu. Baru saja putus dengan pacar sebelum ini dan bila ada orang pujuk terus setuju tetapi rupanya orang itu bermain-main sahaja.

 

4. Tidak Percaya Cinta

Ini jenis orang yang putus cinta kali pertama kemudian tak percaya kepada cinta. Jadi bila berpacaran untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya dia tak serius tapi apabila putus dia sendiri pun menangis.

 

5. Mencari yang Sempurna

Ini pula jenis manusia yang mencari sempurna pada manusia lain. Apabila mendapat tahu bahawa kekasih hatinya tidak sempurna, dia pun mula mencari yang lain. Mereka mahu orang yang mendapat markah perfect ten dari senarai yang mereka buat. Ya, setiap orang sebenarnya ada senarai pasangan idaman tanpa mereka sedar. Tetapi yang jenis mencari sempurna ini akan obses dengan kemahuan mereka tanpa menyedari bahawa tak ada manusia yang benar-benar sempurna.

 

Lima sebab yang biasa didengari. Selesai satu entri.

 

NotaBuku:

1. Kredit khas kepada Nur Qasrina [nama macam watak dalam novel pertama nis ^_^V]

2. Tertunda entri tentang kekasih yang mengongkong. Entri sebenarnya sudah siap tetapi ditulis tangan dalam buku. Jadi beri laluan kepada entri ini dulu untuk segmen Bro Framestone.