Monday, May 30, 2011
HiPokRiT iTu BuKaN aKu
Sunday, May 29, 2011
10 Benda yang Kalian Tak Nak Tengok Tapi Orang Kedai Makan Selalu Buat
Nis sangat sensitif dengan benda-benda ni…
1. Basuh pinggan tak bersih
Kadang-kadang kalau pergi kedai makan pinggannya asyik rasa berminyak. Silap haribulan boleh sakit perut dibuatnya. Lebih-lebih lagi kalau dibasuh dengan dishwasher lagilah tak bersih.
2. Lap lantai dengan kain lap meja
Bila nampak benda ni selalunya orang buat tak tahu. Tak apa, kita tengok point seterusnya.
3. Lap pinggan dengan kain lap meja
Tadi pekedai tu lap lantai dengan kain lap meja, dan kemudian ke pinggan? Erk..
4. Letak mop atas meja
Yang ini lebih gross! Lagi tak lalu nak makan kan?
5. Lap meja dengan mop
Nis nampak benda ni berlaku masa di sekolah dulu. Orang dewan makan mop meja. Sabar sajalah.
6. Makanan jatuh ke lantai dikutip masuk balik ke dalam pinggan
Rasanya kalau ternampak ni memang balik terus tak makan dah makanan tu.
7. Potong makanan di atas meja tanpa alas
Mungkin nampak simple tapi ingat tak meja tu dilap dengan.. Ermm..
8. Balik dari tandas tak basuh tangan dan terus masuk ke dapur
One word. Yucks!
9. Makan sambil potong makanan
Benda ni yang paling susah nak dielakkan. Lebih-lebih lagi kalau potong buah. Separuh daripada buah yang dimakan tu selamat ke dalam perut orang yang potong kut.
10. Lepas potong makanan, pisau tak dibasuh terus simpan ke dalam bekas pisau
Kalau siang mungkin boleh dimaafkan lagi, tapi kalau malam dan esoknya terus dipakai… Erkk.. *masih bengang sebab pagi-pagi kena pisau waktu sedang membasuh.*
NotaBuku:
Geram betul dengan orang yang suka buat kerja sebarangan. Kedai makan mana boleh buat sebarangan nanti orang sakit perut =.=”
Tuesday, May 24, 2011
Kebetulan
Apa rasanya kalau setiap kali kita tahu tentang dia, dalam diam perkara itu seolah-olah menceritakan tentang diri kita?
Minat
Keinginan
Kisah lama
Impian
Adakah semuanya sekadar kebetulan
Atau suatu petanda?
2141
Wednesday, May 18, 2011
Wanita Itu
Wanita itu
Kayanya dia
Gelangnya penuh hingga ke siku
Rantainya mutiara tak terkira butiran
Subangnya dihiasi permata berkilau
Matanya ditemani bulu lebat lentik
Suaranya beralun nyanyian merdu
Mahkotanya emas kuning menyilau
Pakaiannya sutera paling berharga
Sepatunya kaca tanpa cela
Wanita itu
Kayanya dia
Cincinnya adalah kalimah syahdu
Asyhadu Alla Ilaha IllaLLAH
Wa Asyhadu Anna Muhammad ar-RasulaLLAH
Gelangnya adalah
Doa yang diucap saban waktu
Rantainya kalungan zikir yang gugur dari bibir
Subangnya dari tapisan kata-kata berhikmah
Matanya hanya memandang yang indah dan haq
Suaranya melagukan ayat-ayat cinta dari al-Quran
Mahkotanya kerudung menutupi dadanya
Pakaiannya sopan santun kurniaan ILAHI
Sepatunya hasil pengabdian sepanjang malam
Wanita itu
Beruntungnya dia kerana taqwanya
Bahagianya dia atas sederhananya
Indah hidup di dunia kerana akhlaqnya
Sempurna hidup di akhirat natijah amalnya.
0856p
29082009
SaLihaTuN NiSWah
Nukilan aku pada hari lahir ke 19 kurang dua tahun lepas. Dari doa dan impian ayah bunda. Aku ingin jadi wanita itu..
Thursday, May 12, 2011
Seringkas Mungkin
1. Telefon rosak. Mungkin tak akan ada lagi kemaskini status dari telefon untuk bulan ini.
2. Di Mydin Mall Subang Jaya. Kalau ada blogger yang nak jumpa, sila ke medan selera di tingkat bawah. Kalau gerai Western Food dibuka, mungkin nis ada di sana.
3. Tak keruan sedikit beberapa jam terakhir tadi sebab hati tak senang mengenangkan ada lagi nota yang belum disalin ke dalam buku dari telefon bimbit. Lepas ini mungkin boleh dicampak ke dalam tong sampah. Selamat tinggal Nok2626.
*dah sayang sangat. Mungkin dah 8888 juta kali mak suruh buang.*
4. Baru perasan sebenarnya, warna latarbelakang blog ni sama dengan warna perumah Nok2626.
5. Ada teman suruh aku minta pada “abang blogger” *dia yang gelar begitu bukan nis.*. Tolong. nis takkan minta apa-apa pun dari dia. Selagi hidup masih dunia dia, dia – nis, nis. Ya, mungkin gurauan saja. Tapi…
*malu*
6. Ya, ada orang gelak sebab nis telefon dia guna telefon awam. *Eh, ada lagi telefon awam zaman ni?* Sampai hati.
7. Encik Novelis, sila tepati waktu. Walaupun “Editor yang Garang” "dah tak garang" kebelakangan ni, dia akan jadi garang balik kalau tak dapat baca episod 7 tepat pada waktunya.
8. Kenapa terngiang suara dia sepanjang malam ni =.=” *berangan lagi*
9. Tepat pukul 12. Perlu tidur sekarang. *Eh, lupa nak beritahu! Entri ni ditulis pada waktu malam*
NotaBuku:
No. 7 dipadam sebab dia dah hantar sebelum nis publish entri ni. Bagus.. Bagus.. ^_^
How to be a Garang Editor for Dummies
p/s: Sila abaikan kesalahan bahasa dalam entri ini.
The first thing you should have is a writer whose writings you would edit. When there is no writer, there is no editor. How to become an editor when yoh have nothing to edit? If you are not even an editor, then how to be a garang editor.
The second basic needs of being a garang editor is to make sure that the writer submit his/her writing right on time. If they don’t make it then threat them to send the writing ASAP. Oh, I think it should not be ASAP but you better say “Hand in right now!”
Third, ask for the writing a few days before the dateline you agreed before. This is to make sure that s/he know what it meant for having a garang editor.
If the writer says that you are not demanding enough, send him more work to complete and make sure he send it back to you two days before the dateline.
NotaBuku:
Nak sangat kan? Siap satu entri.< Ok. Just kidding.>
Fail to Plan or Plan to Fail
Dah lama rasanya nis tak menulis tentang isu serius, kan? Tiba-tiba bila bangun pagi ni nis rasa nak menulis tentang satu isu – perancangan atau dalam bahasa Inggeris dipanggil planning.
Fail to Plan
Dalam hidup ni selalunya orang merancang untuk berjaya. Tapi pernah tak terfikir, kalau rancangan kita tu ada penghalang, apa yang kita nak buat?
Sesetengah orang merancang untuk sentiasa berjaya, dan selalu dapat apa yang dia nak. Tapi benda ni takkan berlaku pada semua orang dan kita kena ingat, hidup kita akan berputar seperti roda. Sekejap kita di atas, sekejap lagi kita di bawah.
Tuhan itu adil. DIA mahu kita rasa semuanya. Sebab kalau kita asyik merasa seronok, kita tak akan tahu erti seronok tu lagi. Seronok pada pandangan orang akan jadi hambar di mata kita. Sebab kita tak rasa yang “tidak seronok” itu apa.
Dari segi perancangan, semua orang merancang untuk merasa seronok. Tapi jarang yang merancang apa tindakan seterusnya bila rancangan pertama tidak berjaya. Apakah nak ikut perancangan asal walaupun tidak berjaya? Atau ikut haluan yang tidak berjaya tu untuk terus jatuh? Atau merancang untuk memperbaiki perancangan asal?
Semua orang kena sentiasa ada back-up plan untuk terus survive dengan sebuah kegagalan.
nis tahu ada orang yang mengaku dia seorang yang loser seumur hidup. Dilahirkan sebagai seorang yang sentiasa gagal. Tapi sebenarnya dia tidak gagal. Dalam diam, dia sebenarnya perancang yang berjaya. Sebab dia berjaya bangkit dari setiap kegagalan dia dengan mudah. Tak seperti sesetengah orang yang berjaya dan berjaya tiba-tiba ada satu masa Tuhan tunjukkan kepada dia yang dia juga perlu merasa kegagalan – dan dia kalah dalam percaturan tu.
Yes, I learnt this thing the hard way. Believe me.
Plan to fail
Gunakan apa yang ada untuk bina masa depan yang lebih baik. Bangkit dari kegagalan. Itu lebih baik daripada menangisi apa yang sudah berlaku.
Kena selalu ingat, Apa yang sudah berlaku sudah berlalu – tidak dapat diubah lagi. Yang penting adalah apa yang kita lakukan sekarang. Merancang sekarang untuk masa depan dan sediakan pelan tambahan. Perancangan tambahan ini yang dipanggil plan to fail.
Plan to fail bukan bermaksud merancang untuk gagal, tetapi merancang bagaimana untuk menghadapi kegagalan. Dengan penyediaan pelan kedua ini kita akan lebih mudah untuk bangkit daripada kekalahan dan terus maju tanpa memandang ke belakang.
You ask me how to overcome failures? I’m a loser. I expect failures. Don’t make me repeat myself.
NotaBuku:
1. Nampak merapu? Fikiran sedang celaru memikirkan hal malam tadi.
2. Encik Ahli Sihir, kita rancang semula, boleh kan? Jangan terburu macam malam tadi. Buat nis takut. Masih banyak masa untuk merancang. Tak ada yang perlu dikejar sekarang. *Ya, aku panggil dia Encik Ahli Sihir, sebab dia berjaya sihirkan hati aku untuk terus fikirkan tentang dia. Eh, bukan saja-saja tau! Dia yang asyik bertanya “Nak jadikan saya ahli sihir yang jahat lagikah?”*
Monday, May 9, 2011
Dendam
Beberapa jam berfikir baru terniat nak tulis tentang isu ini. *Ada orang suruh tulis fasal Percy Jackson T_T Mana pernah baca.*
Hari ni bermula baik sangat sebenarnya. Dengan benda-benda sengal *kemaskini status fb hampir 20 status dalam masa tak sampai lima minit memang patut orang naik angin kan? Tak apa, lepas ni dia takkan nampak status nis lagi.* yang disengajakan. Tapi tak sempat habiskan cerita tu sebab kena gertak T_T.
Tapi mood mula beralih arah bila ada orang menyakat nis dengan [via public phone depan rumah aku] dan seumpamanya. Bukan sekali tapi banyak kali. Okey, nis cuma tegur saja. Masih dalam senyum yang tersirat.
Tapi bila dia ungkit kisah lama, yang tak ada kaitan dengan apa yang dia buat, memang nis panas hati.
Dia kata nis berdendam dengan dia sebab kisah lama.
Eh, silap oranglah =.="
nis bukan jenis orang yang simpan dendam. Tapi jenis orang yang terlalu detail sampai menakutkan orang. Kalau tulis diari kadangkala nis tulis siap dengan saat.
nis mudah lupakan kesalahan orang. Dan nis tak marah pada “orang” tapi pada sikap orang tu. nis percaya manusia berubah mengikut situasi. Kesilapan silam bukan kayu pengukur hati budi orang. Semua manusia buat silap.
Tapi jangan cuba ungkit kisah lama. Dan sila jangan perasan lebih. Aku bukan janda kau.
Dari Gadis Sepi ke Dara Rebutan nis kembali jadi Gadis Sepi. Bila Jejaka Sunyi tanya macam mana nis boleh jadi Gadis Sepi balik, nis jawab “mungkin perlukan Jejaka Sunyi”. Ternyata ayat itu memakan diri =.="
Fuh! Berani kau tulis benda ni di blog kau, hanis?
Ya, berani. Tapi untuk publish nis perlu fikir beberapa juta kali.
Encik Jejaka Sunyi *yang dah tak sunyi lagi harapnya* boleh kan?
~Eh, dia bukan blogger ke? Mana link blog dia?
nis: Sila cari sendiri. *tak nak bunuh diri dengan meletakkan link dia di sini*.
NotaBuku:
Single but not available, or taken? I prefer TAKEN.
Wednesday, May 4, 2011
Senarai Kehendak aka Wishlist
nis pasti semua orang ada wishlist. Dalam sedar atau tidak kadangkala kita teringin pada sesuatu benda sampai sanggup mengorbankan benda lain.
Sesetengah orang pula begitu taksub sampai semua benda yang ada di depan matanya kalau boleh nak dimiliki. Nampak orang ada iPhone, dia pun nak juga. Nampak iPad 2 dia pun nak beli juga sedangkan iPad pun dia belum hafal macam mana nak menggunakannya. *Sila jangan merasa diperli sebab nis pun pernah ada keinginan nak iPhone dan iPad tapi bila difikirkan benda tu tak perlu sebenarnya jadi segera dibuang daripada senarai.*
Ada juga orang yang sanggup mengabaikan kehendak yang lama untuk memenuhi kehendak/keinginan/keperluan yang baru muncul di depan matanya.
Bagi nis, tak ada banyak benda yang nis nak dalam hidup ni. Lagipun di dunia ni semuanya sementara saja.
Dalam senarai yang nis ada mungkin orang akan nampak benda-benda klise, contohnya rumah, kereta dan percutian. Yang tak klise adalah senarai buku yang nis rasa lebih banyak daripada senarai benda lain, dan senarai orang yang nis nak jumpa (atau jumpa lagi). nis rasa tak ramai orang yang senaraikan benda-benda ni sepertimana mereka senaraikan rumah dan sebagainya.
Tapi ada satu wishlist nis yang mungkin benar-benar berlainan daripada yang biasanya orang buat, dan sebenarnya susah untuk ditunaikan sebab ia tak melibatkan material tapi cuma perlukan penghayatan sepenuh hati dan perasaan.
Semuanya nis senaraikan dalam entri Di Saat Kanda Menjadi Suami Dinda. nis tak tulis entri tu untuk sesiapa, sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati selepas terbaca entri anaklaut (blog ni dah tak ada) yang kalau tak salah nis tajuknya Seandainya Aku Suamimu.
NotaBuku:
Ini entri jawapan kepada soalan “Apa wishlist Nis?”. Siap entri lagi. Eh, tak sengaja. Sebenarnya entri tu dah ada dari tahun lepas pun. Entri ni cuma penjelasan saja.
Kisah Sang Masa
Yang berlalu;
biar ia jadi sejarah
tak perlu lagi kau ingati.
Yang akan datang;
tak perlu digusarkan
ia tetap akan datang jua nanti.
Yang paling penting
adalah yang berada dalam genggaman;
jangan digenggam terlalu kuat
takut nanti lemas,
tapi jangan pula terlalu longgar
takut terlepas.
NotaBuku:
1. Terima kasih kerana mengingatkan nis bahawa yang lepas sudah berlalu dan tak penting lagi. Rindu ini, kasih ini, cinta ini, hanya untuk yang sudi, dan yang layak merasainya.
2. Menanti masa untuk ke langkah seterusnya.
Tuesday, May 3, 2011
Oh Lelaki Idaman
Gadis-gadis di luar sana mesti ada simpan kriteria lelaki idaman kan? Normallah tu…
Ini senarai kriteria lelaki idaman yang pernah nis buat dulu.
1. Tinggi
2. Bijak
3. Pandai berhumor
4. Romantik
5. Boleh faham apa yang nis mahu
6. Tampan
7. Tak mengongkong
8. Tahu jaga penampilan diri
9. Ada cita-cita
10. Ada minat yang sama
Tapi sekarang..
1. Tinggi
2. Bijak
3. Pandai berhumor
4. Romantik
5. Boleh faham apa yang nis mahu
6. Tampan
7. Tak mengongkong
8. Tahu jaga penampilan diri
9. Ada cita-cita
10. Ada minat yang sama
1. Dia.
Cukup itu.
Sebab bagi nis, bila kita jatuh hati pada seseorang, itu maksudnya dia sudah cukup sempurna di mata kita. Tak perlu bandingkan dengan siapa-siapa. Tak perlu diubah itu ini (kecuali pada benda-benda yang memang seharusnya tak patut ada contohnya tabiat merokok, suka memecut di jalan raya dan sebagainya).
Monday, May 2, 2011
Gadis Sepi Vs Jejaka Sunyi
Gadis Sepi: Adam Qushairy.
Jejaka Sunyi: Err.. Adam Qaiser?
Jejaka Sunyi: Kalau orang pergi Jusco pergi dating dengan boyfriend/girlfriend, JS ke sana pergi Popular atau MPH.
Gadis Sepi: Maaf, aku tak minat nak pakai baju selain baju kurung.
Jejaka Sunyi: Sejuk mata memandang gadis berbaju kurung. Kalau pakai seksi-seksi cuma menaikkan nafsu lelaki.
Gadis Sepi: Bila nak hantar episod seterusnya?
Jejaka Sunyi: Minggu depan..
[Minggu seterusnya]
Gadis Sepi: Mana episod seterusnya?
Jejaka Sunyi: Eh, minggu depanlah…
[Bulan seterusnya]
Jejaka Sunyi: Dah hantar episod seterusnya.
Gadis Sepi: Sibuk sekarang. Nantilah edit.
Jejaka Sunyi: Rasa macam ada tanda nak jatuh cinta dengan seorang blogger tu.
Gadis Sepi: Siapalah agaknya kan?
Gadis Sepi: (Status FB) Ya, aku jatuh hati dengan seorang blogger.
Jejaka Sunyi: (Komen di status) ERK~
Gadis Sepi: Ops.
Jejaka Sunyi: Satu lagi kebetulan? ![]()