Monday, February 28, 2011

FAQ: Frequently Asked Question #1

Bilalah baru tak perlu dengar masalah orang yang sama?

Satu soalan yang biasa aku dengar. Dari ahli PRD/Peers/PRS juga kadangkala keluar juga soalan ini. Apatah lagi daripada mereka yang tidak terlibat dengan dunia kaunseling.

 

Ya, aku manusia yang terlibat secara langsung dalam dunia kaunseling sejak di sekolah lagi. Aku tahu aku punya kemampuan dalam bidang ini dan memang pernah terfikir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi; bukan sekali tetapi berpuluh kali. [Ya, aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang Psikologi. Malangnya tawaran itu adalah untuk tahap diploma sedangkan ketika itu aku sudah di tahun pertama dan di pertengahan semester pertama Ijazah Sarjana Muda. Solusinya, aku menolak tawaran itu.]

 

Ada orang yang beranggapan hanya dia seorang yang ada masalah dalam dunia ini. Dan ternyata logik ini bercanggah dengan fakta realiti. Ironinya, manusia paling bahagia dalam dunia ini adalah manusia yang banyak masalah.

 

Beza bagi setiap manusia adalah cara yang mereka gunakan untuk menyelesaikan masalah mereka.

 

Adakah dengan menceritakan masalah anda kepada orang akan menyelesaikan masalah?

 

Ternyata tidak. Kalau setakat bercerita maka natijahnya samalah dengan menulis di dalam diari tanpa apa-apa tindakan.

 

Dan sesetengah manusia sangat suka menceritakan masalah mereka kepada seseorang yang mereka rasakan boleh mendengar apa sahaja yang mereka luahkan. Tidak kiralah orang itu sedang sibuk atau sedang berhadapan dengan masalah mereka sendiri.

 

Cara paling senang untuk mengelak daripada berhadapan dengan manusia seperti ini: Buat tak tahu.

 

Jadi kalau ada di antara kamu yang aku buat tak tahu atau buat acuh tak acuh setelah beberapa kali kamu asyik ceritakan masalah yang sama tanpa ada apa-apa tindakan selanjutnya, jangan salahkan aku.

 

Ya, aku memang pernah halang seseorang daripada mengakses apa-apa jalan untuk bercakap dengan aku. Dan sekarang sebenarnya ada seseorang yang aku halang daripada menghubungi aku.

 

Hei, maaflah. Aku ada kerja lain yang lebih penting daripada melayan kamu. Jangan cuba ganggu aku di Skype lagi!

Saturday, February 26, 2011

Salah Siapa?

Hei, aku dengar ada budak UiTM kena rogol.

 

The story begins

 

Mula-mula kau berzina dengan dua orang mangkuk hayun budak UiTM kan? Lepas tu datang lima orang lagi yang kau tak kenal siapa. Padan muka kau. Tapi kena rogol pun kau tak rugi apa-apa kan? Sebab kau memang dah tak ada dara. Apa lagi yang nak kau pertahankan? Apa lagi yang kau ada?

 

Salah kau sendiri.

 

Belajar tinggi-tinggi tapi ilmu tu tak berguna pun. Ilmu buku. Aku tahu manusia spesis kau ni ilmu cuma pada kertas saja. Kalau tak kenapa kau sanggup ikutkan nafsu kau? Kalau dah kemaruk sangat kau nikah sajalah. Bukannya susah. Cukup syarat ada wali, ada saksi, pengantin lelaki, pengantin perempuan, ada maskahwin, kau nikahlah. Lepas tu kau nak menonggeng, terbalik, melompat atas katil setiap malam pun tak ada orang nak kisah.

 

Tapi, dua jantan? Aku kata wow! Setahu aku binatang warna merah jambu hidung pendek saja yang jantannya berkongsi satu betina dalam satu masa. Binatang lain tak ada. Kau pernah tengok kucing jantan dua ekor bergaduh rebutkan kucing betina? Tak pernah? Kau ni hidup berapa lama dah? Atau kau cuma sibuk memuaskan nafsu kau dan tak peduli benda lain? Kau ni apa? Manusia? Oh, manusia kau kata, ya. Habis kenapa kau buat dengan dua jantan tu? Nak ikut benda pendek tu ke?

 

Apa jenis manusia kau ni pun aku tak tahulah. Atau kau keturunan makhluk merah jambu?

 

Oh, aku lupa. Malaysia ni kekurangan perempuan. 100 perempuan untuk 105 lelaki. Kau tahu kenapa? Kau fikirlah, kalau kau mengandung kau sanggup ke jaga anak kau tu? Mesti kau campak di Hutan Semarak kan? Itu pun kalau kau tak kena buang universiti.

 

Kau kata itu bukan fakta? Kau tahu tak vagina perempuan selalunya bersifat asid. Sebab itu pencuci vagina berpH 3.5. Sifat asid ti penting untuk mengekalkan kebersihan vagina kau supaya tak ditumuhi kulat. Atau kau sibuk berimaginasi dalam kelas sains masa tingkatan tiga dulu?

 

Tak apa aku beritahu. Kalau kau mahukan bayi lelaki, kau kena pastikan pH vagina kau tu kurang berasid. Tak kisahlah apa cara kau nak buat pun.

 

Dan makhluk yang berzina ni aku rasa tak ada masa nak fikir tentang lelaki atau perempuan anak mereka. Yang mereka ingat hanya nafsu mereka.

 

Kau kata tak mengandung? Apa? Kau guna kondom? Kau bukan tak tahu kondom tu bukannya boleh harap sangat. Kalau koyak masih juga ada kemungkinan kau mengandung.

 

Ah, aku peduli apa dengan kau.

 

Tak payah susah-susah laporkan kes rogol pada polis kalau kau sendiri yang serah diri. Banyak lagi kes lain yang polis nak uruskan. Contohnya? Buat roadblock depan UTP setiap kali ada demonstrasi di KL. Entah apa tujuannya aku pun tak faham.

 

NotaBuku:

1. Lepas ni adalah perkataan zina, vagina dan rogol dalam senarai keyword search aku. Kata kunci hangat tu. Dan ada kata kunci “budak UiTM” lagi. Lagilah hangat.

2. Entri separa lucah? Eh, pergi cek buku teks tingkatan tiga sana. Lucah, atau kau yang tak mahu belajar? Pura-pura malu?

Friday, February 25, 2011

Kerana Ku Sayang Kamu #4

Mia membelek-belek hadiah yang tergeletak di atas mejanya. Masih tulisan yang sama. Dia cuba mengingat-ingat sekiranya ada pekerja baru yang cuba merapatinya. Memang ada beberapa orang pekerja lelaki yang baru mula bekerja beberapa bulan yang lalu dan semuanya bekerja di tingkat atas.

Pejabat mula dipenuhi pekerja yang baru habis makan.

Seorang lelaki berdiri lama di hujung tangga sebelum beredar. Tetapi Mia tidak menyedari kehadirannya di situ.

Lelaki itu berlalu dengan senyuman.

***

Nama saya F.

NotaBuku:
1. nis suka buat cliffhanger tapi kali ni tak sengaja. Ada banyak kerja dan nis dah kebekuan dalam bilik aircond ni T_T. Makantime.
2. Semalam dapat mel dari ayah, katanya ada interview hari ini. Moga semuanya berjalan lancar. Tapi nsi tak risau sangat. Sebab selalunya ayah akan dapat kalau intervview. nis secara tak langsung dapat ciri yang sama dari ayah. nis lebih banyak persamaan dengan ayah daripada ibu. Semangat, komitmen, kepandaian, ketinggian, semuanya nis dapat dari ayah. Ibu juga cerdik tapi ibu mungkin tidak bernasib baik. Aku tahu ibu cerdik.
3. Aku sayang ayah dan ibu tapi susah aku katakan. Aku bukan jenis yang suka bercakap di rumah. Di kampus pun begitu. aku bercakap bila perlu dan kalau di kampus, bila ada pertandingan debat, contohnya minggu hadapan. 4,5 dan 6 Mac aku akan bawa nama fakulti aku, seperti tahun lepas. Tahun lepas aku pendebat dengan ranking 12. Agak bagus untuk pendebat amatur seperti aku. Lawan aku semuanya pendebat lama. Jadi kali ini aku nak sedekat mungkin kepada 5. Walaupun aku anggap 8 angka bertuah aku. Ya, kerana ibu lahirkan aku pada bulan Ogos. 8 Safar 14... Aku tak ingat berapa hijrah. Hahaha.. yang aku tahu, hanya nenek temankan ibu semasa lahirkan aku. Berkursus dari 28 hingga 30 Ogos.

Wednesday, February 23, 2011

Kerana Aku Sayang Kamu #3

"Mia, aku rasa baik kau turun,"

"Malaslah, Asha. Aku banyak kerja ni,"

"Aku risau kau sorang-sorang di atas tu. Marilah temankan aku makan," desak Asha.

"Yalah, aku turun,"

"Aku tunggu kau dekat tangga,"

Talian segera diputuskan.

***

"Cepatnya kau makan,"

"Kan aku dah cakap aku banyak kerja,"

"Garangnya," desis Asha.

"Hahaha.. Maaf,"

"Sengal. Kecut perut aku kau buat,"

"Dah. Makan cepat. Jangan banyak cakap pula. Nanti aku tinggalkan kau sorang-sorang kat sini baru kau tahu,"

"Food is to be appreciated as they're made with grace and kindness of hearts,"

"Grace? Kau bergurau? Makanan untuk dimakan. Bukan benda seni,"

"Okey. What do you say about kindness of hearts?"

"Kita bayar untuk makanan ni, okey? Dah. Makan. Jangan sampai tercekik pula nanti,"

"I thought I'm the fiercest girl here."

"Got it wrong then?"

"Hahaha.. Okey. Time to sink into my food. Say whatever you want to say,"

***

"Another present?"

"Ya." balas Mia.

"As expected."

"Kau tahu?"

"Dia tak naik selagi kau tak turun. Wonder why you never get any presents for the past few months?"

"Skipping lunch?"

"Bet it right."

"Jadi kau tahu siapa?"

Angguk.

"Siapa?"

"All I can say, his office is upstairs. Dunno his name anyway,"

"Ceh, buang masa. Kau kerja sini berapa lama tak tahu nama dia?"

"It's not me who worked here for a long time not knowing his name. It's him who's new here. Aku rasa dia syok kat kaulah,"

NotaBuku:

Cliffhanger again.. :P

Tuesday, February 22, 2011

Kerana Aku Sayang Kamu #2

Mia duduk sendirian di kamar kerja. Orang yang lalu-lalang diperhati. Telefon genggam di tangan setiap masa.

"Mia, kau melamun apa?"

"Asha! Terperanjat aku!"

"Dah makan?"

"Belum. Malas,"

"Malas, atau kau tunggu seseorang?"

"Malas. Kau nak turunkah?"

"Ya. Kau nak pesan?"

"Nasi ayam. Nanti aku bayar,"

"Okey,"

***

"Mana dia ni? Tak turun makankah?"

Dia mundar mandir lagi di kaki tangga.

"Erk.."

"Maaf," kata si jejaka lalu meninggalkan Asha.

Satu jelingan dilayangkan. Tidak ada yang peduli.

Asha terus memerhati sambil berjalan.

"Setahu aku Mia saja yang ada di atas," desis Asha.

NotaBuku:
Saja aku bagi korang tunggu entri seterusnya.. Hahaha.. Kejam tak?

Monday, February 21, 2011

Cinta Satu Malam

Fenomena cinta satu malam semakin berleluasa. Cinta satu malam (one-night-stand) menjadi pilihan bagi belia masa kini. Cinta tanpa komitmen, atau bahasa kasarnya, seks tanpa komitmen. Semata-mata untuk memenuhi keinginan batin lelaki dan wanita.

 

Kalau dulu kisah seperti ini merupakan tabu dan sesiapa yang ditemui melakukannya akan dipulaukan tujuh keturunan; hatta yang tinggal di bandar.

 

Tetapi dengan lambakan kes-kes seperti ini, mata kita semakin serasi dengan berita-berita klise [buang anak, remaja ditangkap zina, GRO diserbu, rumah tumpangan murah untuk seks, kelab malam ditutup] dan sensitiviti masyarakat semakin terhakis.

 

Bosan dengan berita-berita klise seperti ini, nis tak tengok televisyen dan tak baca akhbar selama beberapa bulan. Setiap hari wartawan tidak perlu bekerja terlalu kuat. Hanya tukar tarikh, tukar tajuk berita, tukar tempat dan tukar nama pihak terlibat. Siap satu bahan berita.

 

Bercakap tentang cinta satu malam, masih lagi tabu. Dan haram.

 

Situasi zaman sekarang yang memerlukan komitmen 23 jam sehari untuk menghasilkan wang membuatkan manusia tidak ada masa untuk cinta komitmen dalam perhubungan.

 

Pendapat anda?

Artikel #1

Kadar celik komputer dalam kalangan rakyat negara ini masih rendah erutama di kawasan luar bandar. Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah meningkatkan pembangunan komputer dalam kalangan rakyat negara ini.

 

Kadar penggunaan komputer dalam kalangan rakyat Malaysia berada pada tahap yang amat mencemaskan. Walaupun negara kita merupakan salah sebuah negara yang pesat membangun, kadar celik komputer terutama sekali di kawasan luar bandar adalah sangat rendah. Maka, apakah alternatif kita untuk mempertingkatkan kadar kemahiran menggunakan komputer dalam kalangan masyarakat kita pada zaman ini? Adakah kita harus mendiamkan diri atau kita perlu campur tangan membantu pihak kerajaan dalam usaha menaikkan tahap celik komputer dalam kalangan masyarakat luar bandar. Seandainya kita turun padang, di mana letaknya lubang-lubang seni yang mencacatkan rekod celik komputer dalam masyarakat kita?

 

Usaha pihak Kementerian pelajaran menerapkan matapelajaran IT di sekolah seharusnya diberi perhatian yang sewajarnya. Antara langkah bernas yang telah dilaksanakan adalah membekalkan CD-ROM bersama buku-buku teks sekolah rendah dan menengah. Alternatif ini telah berjaya menarik minat sebahagian besar pelajar untuk mempelajari teknik kemahiran komputer secara tidak langsung. Perasaan ingin tahu yang kuat dalam diri mereka menyebabkan mereka mencuba sesuatu yang baru dan membuka minda pelajar kepada dunia siber yang unik dan memiliki nilai estetika yang tinggi. pihak kementerian juga telah memperkenalkan slogan Satu Sekolah Satu Makmal yang membuktikan keprihatinan mereka terhadap keperluan komputer dalam pembelajara ndi sekolah. Mereka juga telah memperkenalkan sistem sekolah bestari yang banyak menggunakan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

 

Selain itu, pihak media juga telah memberikan sumbangan yang banyak dalam memperkenalkan komputer kepada masyarakat sama ada media cetak mahupun media elektronik. Beberapa buah syarikat penerbitan telah berjaya memasarkan majalah-majalah berkaitan komputer seperti Majalah PC dan Jaring.net. Risalah-risalah yang dimuatkan dalam wahana seumpamanya amat berguna bagi anggota masyarakat yang berhajat untuk mendalami ilmu dalam bidang perkomputeran. Terdapat juga syarikat-syarikat akhbar yang menyediakan sisipan-sisipan khas dalam bidang ini seperti sisipan Komputer dalam akhbar Berita Harian dan sisipan In-Tech dalam akhbar The Star. Akhbar-akhbar terbabit juga mengiklankan model-model komputer terkini di pasaran dalam usaha menarik minat rakyat Malaysia untuk memiliki komputer yang bertemakan stail ‘sederhana tetapi bergaya'’ terutama sekali dalam kalangan generasi muda.

 

Pihak kementerian juga memainkan peranan penting dalam usaha menambahkan jumlah rakyat yang mahir mengendalikan komputer. Slogan Satu Rumah Satu Komputer yang diuar-uarkan beberapa tahun yang lalu seharusnya diberikan sokongan dan diikuti oleh semua pihak. Tambahan pula, pihak kerajaan telah menyediakan bantuan untuk rakyat yang kurang berkemampuan seperti golongan pelajar untuk memiliki komputer sendiri. Pihak kerajaan juga membenarkan wang peruntukan KWSP digunakan bagi membeli komputer. Alternatif pihak kerajaan memperkenalkan kad pengenalan diri bercip, MyKad, secara tidak langsung telah membuka minda masyarakat terhadap keunikan dunia siber. Mungkin kerana ini ada sebilangan anggota masyarakat yang tidak menyedari kepentingan komputer dalam kehidupan seharian mereka akhirnya akur dengan kesilapan mereka mengabaikan kemahiran komputer.

 

Setelah melihat betapa pelbagai pihak berusaha untuk memperkenalkan komputer kepada setiap anggota masyarakat, ternyata kadar rendah celik komputer di negara ini adalah tidak wajar. Lantas, apakah yang perlu kita lakukan untuk membantu pihak kerajaan mengatasi masalah serius terbabit? Justeru, semua pihak seharusnya menunaikan tanggungjawab mereka untuk memastikan kadar buta komputer dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali. Terpulanglah kepada kita sebagai individu yang memeiliki rasa tanggungjawab untuk melaksanakan tugas yang besar bagi memastikan penurunan kadar buta komputer di Malaysia, sebuah negara yang aman dan pesat membangun.

 

NotaBuku:

1. Ini karangan nis masa sekolah menengah. Bertarikh 30 januari 2007. Jangan ketawa kalau ejaan skema. Nama pun karangan SPM.

2. Persiapan untuk debat ala parlimen Interfakulti semester Disember-Mei 2011. Tetap nak jadi pendebat kedua. Harap maklum, Bee@Fikri. Sila jadi Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang. Penggulungan mungkin sekali dua bolehlah. nis lemah bab penggulungan hujah. Hehe..

3. Markah? 80/100. Kesilapan penggunaan tatabahasa: 0. Tulisan macam budak kecil: –5. Hahaha.. Bilangan perkataan: 516. nis tulis dalam buku tu 440. Dasar malas mengira.

Soulmate?

Seringkali orang berkata tentang soulmate. Dalam dunia ini salah satu yang orang sering cari selain cinta adalah soulmate. Boleh jadi soulmate itu seorang lelaki atau seorang wanita. Tak semestinya wanita dengan wanita dan lelaki dengan lelaki. Tak semestinya wanita dengan lelaki.

 

Boleh jadi soulmate itu adalah seseorang yang tak pernah anda jumpa melainkan di alam maya. Boleh jadi dia teman rapat anda sejak kecil. Mungkin juga ibu atau ayah anda sendiri. Atau kakak, abang, adik anda.

 

Soulmate adalah orang yang sentiasa cuba memahami anda; dan sentiasa memahami. Selalunya dia banyak persamaan dengan anda jadi dia lebih mudah faham situasi anda. Satu added value jika soulmate anda adalah pasangan anda.

 

nis tak tahu, mungkin dia soulmate nis.

 

Kenal blognya beberapa tahun yang lepas. Kenal dia di alam maya setahun lalu dan bersembang beberapa (puluh) kali.

 

Kami banyak persamaan. Dan terlalu banyak “kebetulan” membuat nis tak menganggap itu suatu “kebetulan” lagi.

 

Seperti katanya, kita ni macam memilih baju. Dia mahu baju kemeja dan nis mahu baju berkotak-kotak [aku tak suka kotak2. Kelakar. Hahaha..] tapi hasilnya masih sama. Baju kemeja berkotak-kotak.

 

Persilangan haluan kami tak membenarkan kami bertemu. Masing-masing dengan hidup masing-masing.

 

Tapi sebentar cuma. Yang sebentar itu menemukan kami.

 

Masih lagi sibuk dengan hidup kami, tetapi itu tidak pernah menghalang untuk berbicara. Masih lagi gurauan-gurauan sengal tak bertempat. Tapi untuk bergaduh belum pernah lagi. nis harap jangan ada pergaduhan. Walaupun ada masalah pada laman web kami buat masa sekarang ni T_T

 

NotaBuku:

1. Cukup kontroversi atau tidak?

2. Dah dapat teka? Ya, ini satu teka-teki. Melainkan untuk dia. nis pasti dia faham :P

Saturday, February 19, 2011

Muallaf ke Easy A ke The Social Network ke Back to the Future

Empat filem back-to-back.

Muallaf

Jalan cerita yang menarik. Tergantung di akhir filem. Tak pasti Brian masuk Islam atau tidak. Satu-satunya petunjuk yang ada adalah Brian ke Kompleks Pusat Islam Perak [babak kurang dari lima saat]. Dan di akhir cerita, dia masuk ke rumah Rohani? Rohani seorang diri atau berdua? Dan, apa yang berlaku kepada Rohana? Dan Brother Anthony?

 

Easy A

Satu benda yang aku nak kata; tak sesuai untuk kanak-kanak. Walaupun tak ada adegan tak sepatutnya melainkan “xoxo”.

 

The Social Network

Pembukaan yang terlalu panjang dan bosan. Babak facematch.com agak menarik sebab gunakan formula kalkulus (?). Tertanya-tanya apa gunanya kalkulus. Dan sewaktu perbicaraan terlalu banyak imbas balik yang susah difahami. Belum hadam sepenuhnya. Bosan dan terus bertukar ke cerita seterusnya. Akan disambung pada masa hadapan.

 

Back to the Future II

Dah tahu kisah separuh jalan. Tengok yang selebihnya sahaja. Nanti nak cari sequel penuh.

 

NotaBuku:

1. Kuota filem minggu ini dan minggu hadapan sudah habis. Sambung tengok filem lain dua minggu lagi. Ada beberapa filem dalam simpanan, dan satu drama (?)

2. Masa untuk melunas janji. Tak sentuh internet selama tiga hari. Bukan satu pencapaian yang baik. Aku boleh buat lebih lama. Tapi ada empat entri yang ditulis pada hari Jumaat sahaja [termasuk yang ini]. Dan tak mahu terlalu banyak notification di Facebook.

3. Serik dengan 5172 mesej di inbox gmail. Fuuuuuuuu!!!!

4. Sejak bila aku rajin buat rebiu filem ni?

Friday, February 18, 2011

Kita Bersaudara - KRU

Biar ada kalanya dia buat kau kecewa

Biar ada kalanya dia buat kau gundah

Tetapi tak mengapa kerna dialah juga

Yang mengambil hatimu bila keadaan reda

Oh kita bersaudara kena selalu mengalah

Tak guna marah-marah nanti berbaik juga

Oh kita bersaudara tak guna gaduh-gaduh

Kerna air dicincang tidak akan putus

Bila kau dalam susah semua orang tak menegur

Adanya tangan siapa yang sudi menghulur

Jika tak adik beradik yang tak mungkin berkira

Walau sekali yang kau beri selalu yang kau terima

 

NotaBuku:

Aku rindu abang bila dengar lagu ni. Abang T_T jaga diri kat Korea tu jangan bawak balik bakal kakak ipar baru T_T. Yang ada ni pun tak terlayan T_T.

DJ yang Sengal

Hari ini nis nak bercakap tentang DJ.

Ya, dia seorang DJ.

Dan kalau orang tanya namanya aku akan tetap cakap, dia DJ.

Hari ini nis silap hantar mesej ke Facebook.

Kesilapan teknikal dalam bosan menonton The Social Network.

Dapat kredit dari Celcom setelah percubaan kali kedua untuk advanced credit.

Nak hantar kepada adik tapi nombor atas sekali dalam senarai di telefon genggam adalah 32665.

Dan DJ balas di komen.

Mulanya nis nak abaikan saja.

Tapi tak tahan tengok dia gelak tak hengat*.

Banyaknya “))))))))))))))))))” di situ bererti dia sedang tergolek kekejangan diaphragm gelakkan aku.

Suruh seseorang masuk dan betulkan kesilapan teknikal aku.

Terima kasih laling.

DJ yang sengal.

Aku kata kalau aku online siaplah kau DJ.

Satu entri untuk DJ yang sengal.

Kau memang sengal.

Panggil aku kenja*.

Kau pun kenja*.

Hahaha..

 

NotaBuku:

1. “hengat” tak sesuai digunakan dalam karangan. Harap maklum.

Peristiwa #1

dua bulan

sudah dua bulan

pukul satu tengahari

aku ingat lagi

b

 

NotaBuku:

Perasan tak susunan ayat dalam sajak ni macam jari tangan kiri? nis pun baru perasan :P [20022011 1144p]

Tuesday, February 15, 2011

Blogger Boy - Revealed

Kisah seorang blogger - dan seorang bloggress [perkataan spesis apa aku cipta ni? Eh, tapi betullah kalau dalam bahasa Inggeris headmaster untuk lelaki dan headmistress untuk perempuan kan? Eh?].

28 Januari 2011

Hari yang cerah. Jumaat. Aku ingat lagi.
Pagi Jumaat, ayah telefon. Tanya aku balik bila. Memang rutin setiap kali cuti. aku kata aku belum pasti tarikhnya dan akan telefon adik.

Adik kata adik balik esok.
Aku kata aku balik petang; atau pagi dengan meninggalkan kelas.
tapi aku tak sanggup tinggalkan kelas. Aku bukan pelajar yang suka ponteng.

Dan petang itu pukul 4 aku pulang. Ambil beg beroda dan terus ke perhentian bas. Panggil teksi dan terus ke stesen.

Ah, majalah Remaja belum keluar rupanya. Hampa betul. Tak ada benda baru untuk dibaca di dalam keretapi.

Sempat bersembang dengan seorang pensyarah india yang mengajar bahasa Inggeris di politeknik. Tak tahu politeknik mana sebab aku tak tanya pun.

Dalam keretapi. Puas juga aku tidur. Pertama kali ambil tiket untuk katil. Bila bangun, ada SMS masuk.

Touya: Nis balik hari ni?
Aku: Ya.
Touya: Keretapi malam?
Aku: Ya. Kenapa?
Touya: Touya di stesen.
Aku: [tanya soalan bodoh] Buat apa?
Touya: Tunggu adik. Adik Touya balik naik satu keretapi dengan nis.
Aku: Alamak terlupa. Nak jumpa?
Touya: Kalau sempat. Touya pakai baju kuning dan seluar sukan.

Di stesen Taiping. Tren delay satu jam entah di mana. Aku tak perasan pun. Kerana janji tadi [yang sebenarnya tak pasti pun] aku duduk di kafe keretapi.

Aku nampak seorang lelaki berbaju kuning dan seluar sukan. Sama seperti yang Touya beritahu. Sepertinya sedang cari seseorang. Langsung aku ke pintu terdekat, dan dari hujung mata aku nampak dia ikut ke arah aku berjalan.

Aku: Touya? [Dalam fikiran hendak sebut Syazwan tapi aku sebut Touya? Eh?]
Touya: Hanis?
Aku: [Ketawa] Jumpa di sini saja, ya?
Touya: Ha'ah. Romantik betul.

Sampai di situ saja. Hanya empat ayat itu yang nyata. Selebihnya kami cuma berkomunikasi bisu.

Sampai di rumah pukul 4 pagi. Baru aku perasan. Aku pakai baju biru.

NotaBuku:
1. Janji kepada Hasnul dan Namia.
2. Siapa tak tahu kisah Touya dan gadis baju biru sila ke sini.
3. Hampir setahun rancang untuk bertemu di Ipoh dan akhirnya pertemuan pertama bertempat di Stesen Tren Taiping pada jam 12.30 tengah malam [sekitar itu] sambil Touya mengejar keretapi. Sadis? Hahaha..
4. Kalau ada makhluk aneh yang sebarkan cerita satu Perak tentang aku dating dengan seseorang memang aku nak pelangkung.Harap maklum.

Friday, February 11, 2011

Kerana Aku Sayang Kamu

Mia berjalan menyusuri koridor yang tenang. Sepi. Mungkin teman-temannya semua keluar berehat. Jam di dinding menunjukkan satu tepat.

"Mia,"

"Kau? Tak keluar makan lagi?"

"Belum. Mari teman aku,"

Mereka berjalan berdua ke arah tangga. Kafe terletak satu tingkat di bawah aras pejabat mereka. Masing-masing membisu, tidak tahu apa yang hendak diperkatakan.

Mia jadi hairan. Orang yang mengajaknya turun makan lebih banyak berdiam diri dari dia yang diajak.

"Kau sihat?"

"Sihat. Aku nampak macam sakitkah?"

"Kau terlalu diam. Selalunya kau tak begini,"

"Kau belum kenal aku,"

Sebaik sahaja habis makan, Mia ditinggalkan seorang diri.

* * *

"Dia tinggalkan kau macam tu?" tanya Asha.

"Ya. Tapi apa nak buat. Nasib baik ada orang tolong aku,"

"Kau tak beritahu dia tentang barang yang baru sampai tu?"

"Tak sempat aku cakap dia dah pergi,"

"Tak romantik langsung lelak macam tu,"

"Romantik? Kau ingat apa?"

"Selalunya lelaki akan tunggu perempuan habis makan. Paling tidak pun beritahulah kalau hendak ke mana-mana,"

"Mungkin dia ada kerja lain agaknya,"

* * *

Sebuah kotak.

Tergeletak di atas meja.

Mia mengambil kotak itu lalu dibuka. Dan di dalamnya ada sebuah kotak lagi.

"Saya simpan dulu isi kotak ini. Awak kena datang jumpa saya kalau awak nak tahu apa isinya,"

"Makhluk mana pula yang letak kotak ni atas meja aku?" Mia bertanya sendirian.

* * *

Sebulan berlalu. Kotak itu masih lagi tidak berusik. Mia sendiri sudah lupa hendak bertanya siapa yang memberikan kotak itu.

Dan keesokan harinya, Mia menerima sebuah sampul surat. Sekeping surat dan sebentuk cincin di dalamnya.

Saya sayang awak. Tapi saya tak mampu beritahu awak. Dan cincin ini, simpanlah kalau awak mahu. Apa pun yang awak lakukan, jangan buang cincin ini merata-rata tempat.

"Asha, kau nampak siapa yang beri surat ini?"

"Tak nampak. Aku keluar tadi,"

Misteri belum terungkai.

Thursday, February 10, 2011

Quote for the Day #2

bila dalam hati ada cinta terpendam maka kata-kata akan automatik menjadi indah sebutan lafaz merdu....

Wednesday, February 9, 2011

Erk.. Macam Mana Nak Taip Ni?

Nak bagi download ke tak ni?

Agak-agak macam mana nak taip sigma tu?

Dapat pada jam 1245pm 9 Februari 2011

Malas Buka Mail Punya Fasal

5172 mail *pitam*

Pengajaran: Lain kali jangan malas buka email.Sekarang siapa nak tanggung?

Tuesday, February 8, 2011

Kisah Si Gadis Sepi

Kadangkala bercerita tentang diri sendiri membuatkan orang jadi malas mendengar. Hari ini aku tiru gaya Fida Aishah, salah seorang teman yang paling rapat di GB dulu; dan cuma pernah sekali berborak di Facebook. Sekali itu saja selama tiga jam. Satu-satunya peluang yang ada dan aku memang ambil peluang itu sebaiknya.

 

Aku dan sastera sebenarnya semakin lama semakin sukar dipisahkan. Hari ini aku mahu bercerita tentang dari mana aku dapat jiwa sastera aku.

 

Sejak kecil sebenarnya persekitaran aku memupuk bahasa. Tiga bahasa yang paling kerap digunakan dalam keluarga aku, bahasa Melayu, bahasa Arab dan Inggeris. Dan bahasa keempat, yang aku tuturkan dengan teman-teman. Bahasa Melayu Sarawak.

 

Pengaruh paling kuat dalam pembinaan bahasa aku adalah ibu. Walaupun ayah juga banyak mempengaruhi, tapi ibu yang paling aku nampak. Lagu-lagu kegemaran ibu adalah lagu puisi. Lagu dendangan Ebiet G. Ade. dan salah satu yang paling aku suka adalah lagu Khabar kepada Kawan. Beberapa kali pernah aku putarkan lagu ini di GomoFM.

 

Bahasa indah dalam lagu-lagu itu sangat mempengaruhi cara aku bercakap dan menulis.

 

Perhatikan lirik ini.

 

Khabar kepada Kawan

 

perjalanan ini terasa sangat meletihkan

sayang engkau tak duduk di sampingku kawan

banyak cerita yang mestinya engkau saksikan

di tanah kering berbatuan

 

tubuhku terguncang dihempas batu jalanan

hati tergetar menampak kering rerumputan

perjalanan ini seperti jadi saksi

gembala kecil menangis sedih

 

kawan coba dengar apa jawabnya

ketika ia ku tanya mengapa

bapa ibunya telah lama mati

ditelan bencana tanah ini

 

sesampainya di laut

ku khabarkan semuanya

kepada karang kepada ombak kepada matahari

tetapi semua diam

tetapi semua bisu

tinggal aku sendiri terpaku menatap langit

 

barangkali di sana ada jawabnya

mengapa di tanahku terjadi bencana

mungkin Tuhan mulai bosan

melihat tingkah kita

yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa

atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita

coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang

 

Berapa banyak perkataan yang kita tak biasa guna? Berapa kerat yang sering kita gugurkan penggunaannya dan digantikan dengan perkataan lain yang hampir seerti dan klise?

 

Bahasanya biasa, tapi susunan perkataan yang digunakan dalam lirik yang mempengaruhi.

 

Dan cuba renung kembali kenapa Ana Rafalli menang AJL. Dan ingat, M.Nasir merupakan ketua juri bersama Habsah Hassan dan seorang lagi penulis lirik. Lirik.

Perhatikan lirik Tolong Ingatkan Aku.

jangan disusun kata-kata penamat

jangan disebut baris ayat keramat

biar lenyap diserap sunyi

biar senyap yang tak menyepi

 

tolong ingatkan aku kisah kau tersedar

dengan saku penyeluk masa

mari patahkan papan markah lama

mari padamkan buku tiga lima

biar luka sembuh sendiri, biar lupa dimakan hari

 

tolong ingatkan aku kisah kau tersedar

dengan saku penyeluk masa

kau dampingi aku setiap detik jantungku berdetak

setiap nota jiwaku berlagu-lagu

bila marah merasuk minda, kecewa menyelubungi jiwa

aku lupa

 

tolong ingatkan aku kisah ku tersedar

dengan kasih memeluk rasa

ku teringatkanmu setiap detik jantungku berdetak

setiap nota jiwaku berlagu-lagu

 

tolong ingatkan aku kisah kita

tolong ingatkan aku kisah ku tersedar

dengan kasih memeluk rasa

tolong ingatkan aku kisah kita

Ini pengaruh ibu. Nanti kalau sempat nis tulis yang lain.

 

NotaBuku:

1. Tak biasa-biasanya aku menulis dengan “aku”; dan untuk bercakap adalah lebih susah menggunakan “aku”. “Kita” lebih lembut. “Saya”? Sin, kaf, ya, mim, alif.

2. Buku pertama yang ayah beri sewaktu sudah boleh membaca lancar adalah English Grammar for KBSM. Guess what?

Monday, February 7, 2011

Dari Blog Obefiend – Siri 13 #2

END OF THE WORLD

I think in UTP my chances of getting some good feedbacks are infinitely better than in LUCT.

Nota1: Good responses, better than anywhere in Malaysia I think. But sadly, even Perakians barely know WHAT IS UTP! Ok, how many of you even know what UTP stands for? Hands up please.

 

UTP have excellent student to student community thanks to the IRC and Grapevine. We actually have open discussion on Malay rights, religion, world policy and politics in the grapevine forum since 2003.

Nota2: Yes I’ve seen some and sometimes even involve in those things. IRC is now, having their own building – back in 2005, IRC building is non-existence as far as I know. Not even the white-beautiful-once-a-year-polish-cleaned-mosque. I mean this mosque:

masjidUtp Subuh

 MASJID_BLUESKY

 MASJID_SENJA

 MasjidAn-Nurcopy

IRC can’t be seen in any of them. I have lots more but these are just spoilers. You want to see them then come see them.

 

Back to the conversation, UTP has aggresive, active, optimistic, positive thinking students. But I wouldn’t ever enter UTP as a student. No and never! I don’t want to spend the whole year appreciating Seri Iskandar alone – for four consecutive years! Thank God I’m studying far in the northern part of Malaysia or else – nowhere.

Even after rejecting two offers in Law – one from Brunei and one from USIM. One missed interview for specialist nurse in IJN. Another latecoming offer for Diploma in Psychology. And lots more from UiTM’s “kolej bersekutu” –  surely because I attended the introductory seminar about these united-college-thing which actually involve the 200k target of students for 2010 session [as far as I remember it was 2010]. But as Dr Ibrahim Abu Shah retired, and Dr Sahol took place, I think the mission would be changed a bit. But they said Arau campus student would sum up to 15k by 2012. Nice. That would be in my last semester, I hope.

Students in UTP can be compared to only Peers members of Arau campus. For the most-student-show-up in this campus is when Peers conduct AGM. For Acels [English Society] or Debate club, I don’t think it would even near the target of 500. UiTM students are lame in speaking-related clubs; most probably. Even my housemates won’t show up for clubs – most of the time I have to go alone to any club activity T_T.

Sunday, February 6, 2011

Dari Blog Obefiend – Siri 13

Another dumb series from me eh? Hahaha.. You must be bored reading to one of these.. I think tomorrow I would have to put some sort of interseries entry, just for refreshment.

Or you want it now?

Ok.. There you go..

bintang comel 5

Persahabatan tidak mengenal rupa paras

Tak juga memilih dunia

Kita dan dia

Dari dua laras hidup yang berbeza

Disatukan dalam sebuah mimpi baru

 rindu

Bila berjauhan

Terasa seperti dunia tidak bererti

Dan makna hari menjadi sepi

Sesunyi alam di malam ini

Dan lautan tanpa gelora

Pantai tanpa ombak

 bintang comel 3

Bila bertemu

Waktu manis akan turut bertamu

Dan saat itu

Bahagia akan menjelma

 

NotaBuku:

1. Dari Blog Obefiend akan disambung esok. Cancel the title please!

2. Untuk adikk Anastasia Ann, terima kasih untuk entri hari ini. Another unanswered call. Oh, there’re two calls, not one. Pardon me. Take care, dear.

3. Untuk housemates tersayang, selamat hari lahir. Akma [0302] dan Sya [0502 – berkongsi tarikh dengan ibu.] Dan untuk teman lama, Fetty Zuriani [0402].

4. 0602 2006, kali pertama nis menjejakkan kaki ke SYS, Batu Gajah. Kali pertama bertemu dia, cinta pertama. Tapi perasan kehadirannya pada 14 Mei 2006 di bawah bayang KLCC – sewaktu mengikuti program IEE Faraday. Dan 0602 2006 juga kali pertama bertemu SFS – teman terbaik.

5. Ada sesiapa nampak permainan angka di nota #4?[0602][2006]

Friday, February 4, 2011

Dari Blog Obediend – Siri 12

Lagi satu siri dalam penjelajahan ke Pluto blog Obefiend.

 

THE ISRAEL PALESTINIAN CONFLICT

[Bla bla bla baca sendiri argument dia. Klik pada link di atas ni.]

What can we learn from this story and this very TL:DR entry?

1. Penentangan bersenjata untuk pembebasan Palestin gagal. Sudah 30 tahun lebih ia dilakukan dan ianya hanya menaikkan kemarahan orang bukan Islam. Ini bertentangan dengan niat asal untuk memberi tahu dunia yang mereka ditindas.
2. Hamas bukanlah insan suci tak bersalah. Mereka SENGAJA meletakkan senjata dan markas di tempat awam. Dengan adanya orang awam bolehlah dapat perisai daging manusia. Kalau ada yang mati boleh digunakan sebagai alat merekrut lebih banyak pejuang Hamas kelak
3. Mungkin kita harus guna cara passive resistance dan civil disobedience ala Mahatma atau Martin Luther King. Orang India dibunuh inggeris. Orang kulit hitam pulak dihambat pak putih ketika pergerakan “civil rights” di US. Mereka tidak membalas kekejaman dengan kekejaman. Akibatnya “popular opinion” memihak mereka.
4. Pertelingkahan di Palestin sudah berlarutan ribuan tahun. Kamu tak bosan ke asyik bermatian semata-mata nak tunjuk agama kamu lagi kick ass? Stop this nonsense. It only reinforce the idea that religion divide people instead of uniting them. It is a shame how Jews and Muslims share loads of commonalities but still fight like Kane and Abel.

Dah.. I hope you read this long shit. I spend hours typing it and doing the research. Dan aku menulis dalam bahasa kebangsaan. Perlahan sunguh bila menaip dan lebih perlahan lagi ketika cuba membina ayat. Maka tolonglah baca supaya aku tak menyesal menulis panjang-panjang.

Nota1: Ya. Baca dari satu huruf ke huruf yang lain baru boleh faham. Yang ada dalam blog nis ni semuanya sebagai spoiler semata-mata. Nak ilmu? Nak maklumat? Takkan klik satu link pun malas? Haha..

Wednesday, February 2, 2011

Dari Blog Obefiend – Siri 11

Perihal “Keistimewaan dan Ketuanan Melayu". Hmm.. Macam best..

KETIDAKISTIMEWAAN DAN KEHAMBAAN MELAYU

Sukar sebenarnya jadi Melayu. Bila kita liberal sikit kita akan dilabel pengkhianat Melayu. Kalau kita menegur polisi kerajaan sikit, dikatakan kita tidak beterima kasih pada our forefathers yang bertumpahan darah untuk menegakkan hak Melayu. Bila kita katakan hak keistimewaan itu salah kita disuruh keluar dari Melayu. Macam apa terjadi pada Zaid Ibrahim.

Macam mana nak keluar Melayu? Setahu aku the only way untuk keluar Melayu di Malaysia ialah dengan memurtadkan diri. Pasal kata orang, Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Let's say aku nak keluar dari Melayu dan harus mengkapirkan diri aku tak boleh jugak nak buat benda tu. Sebabnya di Malaysia haram untuk Melayu Islam untuk keluar agama.

Kalau Cina hendak murtad selapas masuk Islam untuk kahwin itu tak ada masalah. Masuk court 3-4 kali dan tunjukkan bukti kamu sembah berhala dan kamu boleh jadi kapir balik. Kalau kamu Melayu dan tunjuk kamu dah sembah tuhan lain atau jadi atheist kamu boleh disumbat masuk ISA atau kem pembetulan akidah.

Nota1: Seperti yang dicoretkan SN Usman Awang dalam sajaknya;

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muaalaf bertakrif Melayu

Melayu = Islam (?)

 

Dengan kata lain kalau kamu Melayu, kamu tak boleh menentang hak Melayu. Kalau hendak tentang sila keluar Melayu. Tapi tak boleh juga pasal kalau hendak keluar Melayu harus jadi bukan islam. Kalau dah keluar islam kamu dihalang juga. Maka kita pun kembali semula ke kotak segiempat pertama.

Nota2: Anyone dare saying that this is not the real fact?

 

Sukar sebenarnya nak jadi Melayu. Kalau kamu dapat 23 A1 pun kamu akan dikatakan tak setanding dengan bukan Melayu yang 15 A1. 23 A1 kamu dikatakan A1 simpati sahaja. Kamu kononnya diberikan mata 30% mata percuma hanya kerana kamu seorang mongoloid beragama Islam. Tapi kalau kamu dapat 3 A1 kamu akan diketawakan pulak.

Nota3: Nothing much to say..

 

NotaBuku:

1. Panjanglah pula entri Obefiend yang ni. Tak seronok nak potong ayat satu-satu nanti orang tak faham. Sampai sini sajalah.

2. Tak faham kenapa nis mesti komen dalam bahasa Inggeris sedangkan entri ni bercakap tentang Melayu. Hahaha.. Nasib baik komen pertama tu bahasa Melayu.

Dari Blog Obefiend – Siri 10

REPOST: THE FALL AND FALL OF MASTIKA

Soon the market was so saturated with these mini mags that I swear I saw 11 such magazine in Kedai Runcit Rahmath in Tronoh. The format is always the same.

Nota1: Now there’s something I actually recognise. I worked there for a few days after SPM - my favourite session each day is the rest session as I would sneak into the store to find old book stocks in there; spent 10 minutes for meals and prayers and I’m back in the shop for store-digging session - before spending the rest of my post-SPM holiday in Kuala Nerang for 52 days – taking Arabic Language course -  and about 3 weeks at home before going to PLKN in Kem Tegas Mesra Selama; and later residing Kuala Nerang again for my matriculation for 11 months – never have the chance to complete my National Service.

LOL! I really want to touch M-16 just once and the mission is not accomplished. I got some good points there, anyway. My first and only sports medal for participating in Karnival Sukan Air Zon Utara and I even made it for Penolong Ketua Dorm even when the Camp Commander laugh at me asking “Eh, Puteri Islam unit beruniform ke?” during the interview – which last for 5 hours as we have to go in queue and my company is the last in queue. [My name starts with S and thus I’m in the last company in the list. Rahman, Razak, Sussein – sorry wrong spelling on their company green sports T-shirt - Hussein, Mahathir it goes.]

Seriously the worst thing to do is to remake beds after each training session for Sukan Air because the beds are supposed to be straightened and every shoelaces must be in place plus in the correct order – and have to finish remaking them before 8 as the *so-called* Character Building classes started right after the music stop playing.

The boots in the middle, then the sports shoes and class shoes. I even remember the order of the shoes  - which is just awesome to me. Hahaha.. I hate making other people’s bed but the laziest [not to be racist] in my dorm are the Indian girls.

The Chinese are so stubborn when it came to giving back the handphones each Sunday night and the Malays hate me as I won’t let them sit on my bed after morning modules. They love sitting on my bed because it was in the middle of that part of our dorm but they never remake my bed. Thus, new rules have to be given. DON’T SIT ON MY BED! Hahaha.. Quite cruel back there.

Now from magazines to PLKN? That’s far.

Back to the topic, the first impression of the coaches about me is “WOW! THOSE ARE TOO MUCH OF BOOKS YOU BROUGHT!” Books are my obsession so just shut your mouth if you see me reading them during I mean, there’s no “during” thing if it is for books. I’m a bookghost!

NotaBuku: Another long-comment-worth-an-entry. I shouldn’t write that Nota1 in the first place.

Tuesday, February 1, 2011

Dari Blog Obefiend – Siri 9

LOL! Teddy nis tergantung kat Lappy mengganggu pemandangan lak rasanya. Hahaha.. But I love it so much. As much as a reminder for me to study, study, study =.=” Bayangkan benda ni pegang scroll tergantung kat sini ====>>>>>>

 

Picture 009 Yes. That thing.

 

Ok. Format baru membongkar blog.

 

LOVING YOUR OWN NAME

Just a question to my female readers. Why does everything need to be cute for you guys?

Nota1: Not for me though. I’m kinda weird I think. I love fluffy toys [people call them cute, eh?] not because they’re cute but because they can be squashed when you’re bored. And thrown away when you got frustrated [I would never do that to my Baby-Teddy {call him Baby-Teddy coz I have Cik Ted already – wait, where’s she? Oh, I forgot to take her down from up on the sky. Hahaha.. Ok back to the show}. I did that to my handphones, when the calls are too “repeated-speech”ed I can expect what words are coming next; and especially in classes. I hate it when someone called in class just to tell me that my bro just got out of the bus in KL and dunno where he went. He’s not a kid and I’m in Kedah at that time, anyway. Two lecturers watch me with suspicious faces as I took both calls.]

Hey wait! You mentioned “chicks dig my name”. Maybe the situation only occur when it came to chicks? I’m not a chick. I’m a lone ranger. Hahaha… And I’m a blog-addict. Obefiend’s blog is my new drug.

 

I hated my own name when I was growing up.

Nota2: I hate it when people can’t pronounce my name even when it has been repeated to their ears. One example:

A dedication video requested by my friend Nofa Ghazali for me as I didn't show up for Hafiz's mini concert in my campus. Listen to him repeating my name. At first he thought it's Salsabila, I think. BTW, thanks, dear Nofa, and thanks Hafiz – especially for your effort of getting my name right the first time. I'm your fan but I'm not kinda concert-going-girl. I just read about people whose works I love. As well as try to get connected closer using my online accounts.

Yep, I have Hafiz's FB. And about 100 more celebrities. Not to brag of it, eh? Normal for celebs these days to have multiple fb accounts, then but I think I have more accounts than Malaysian artists. Hahaha...

Consider me as celebs dow. I have silly stalkers all over Malaysia. And repeatedly have to change the link of my blogs just to try keeping them away. And block some people from some accounts. I have to. Really have to.

And thus the name Hanis Aleeya was born along with some other pen-names. I have a whole bunch of them. Aleeya Husnan is just another mix-and-match of my pen-names.

THING THAT YOU THINK ARE TRUE AS A CHILD

I am hopeless when it comes to math this I confess. But to be left out was very painful. I vowed to myself that if I see people in trouble I WILL find at least a few hours to help them out. I don’t want them to experience what I went through.

Nota3: I’m not that good in maths but anyway I have to finish my degree in MANAGEMENT MATHEMATICS. And I’m kinda helping people till my dad said I’m just too kind to people.

Talking about being too kind, I almost by-accident-give-my-intelectual-property to my Dinda. Lucky I realised it fast. I hope she really keep her promises. She said 50-50 plus I’m giving her some of the money to but a new laptop which worth RM900 more than mine [She asked for 500 more than that, seriously, and an i-phone, and this and that. Who’s the author of the novel, please? Realise that, please!]. LOL!

Actually I hope the editor realise that she didn’t now nothing bout that novel. Not even the main character’s background. Not even what happened when he left the castle. She always got the story wrong-way-out. Seriously, she sent the synopsis to the editor without my permission. She’s committing a crime and I just let her go? She’s just lucky she’s a juvana. Not even 13 and she had started with a first-degree cheating skill? LOL! I, actually, really want to say “SEE YOU IN COURT!”

Ok. This entry started becoming a rant entry. Better begin a new one. Stop it right now, Hanis!

 

NotaKaki: I don’t trust anyone but myself. Because I can’t cheat to myself. How can I even when I have two completely split characters online and offline? And another character ahen I want attention, and so on and so on.. Truly in heart I’m a loner. Now I have a sister I love and my virtual bestfriend as accompany most of the time. Almost 24/7 now. Thanks girls. I hope we’ll meet each other soon. I thought I’m losing my bro Kodok now T_T Abang, jangan sampai nis terlepas nangis dalam konti lagi T_T