Sunday, April 25, 2010

Rasa macam takkan dapat..

Testing..

Hehe..

Kan dah cakap..

Anyway.. Congrats kat tuan punya blog yang bertuah tu..


Hmm..

Singgah la.. Entri ke 100 000 GB.. Sini.. Confirm juta2 trafik dia minggu ni..

Ok. Back to work now, hanis.. Ada 3 paper lagi tu.. Semua maths lak tu...

(Sejak bila pakai bahasa pasar dalam blog ni? Takpe la.. nanti habis exam update balik pakai BMT..)

Tak habis-habis cerita fasal duit!

Duit!

Duit tu penting.

Tapi apa lagi penting?

Dari mana kita dapat duit?

Oh, mungkin tidak.

Duit..

Hmm.. Kontest?

Dah malas nak ikut kontest ni..

Dah penat tulis entri..

Layan exam lagi..

Exam dah tinggal 3 paper lagi..

Nak buat duit kena kerja kuat..

Jadi macam redmummy pun kerja kuat juga..

Nak terjah blog orang bukan kerja semnit dua..

Internet kena laju..

Nak internet laju kena guna line yang elok..

Nak line elok kena guna duit..

Dari mana dapat duit??

Fikir-fikirlah balik..

Yeay! Novel dah nak siap!

Nanti boleh update selalu, lepas exam..

Ok.. Fokus balik pada exam..

Study2!!

Nombor! Nombor!

Encik Touya! Ini adalah mesej yang satu-satunya nis dapat dalam masa dua hari ni. Terima kasih sebab mengingatkan fasal exam math 3 subjek lagi tu!

Pening!

Kalkulus

Linear

Logic and Proving Techniques

Lepas tu dengan rasminya sem ini dububarkan!

Balik rumah jadi babysitter?

Oh tidak!

I'm not a babysitter!

Thursday, April 22, 2010

Pengecut!

Geram dengan line internet UiTM. Makin lama makin sikit laman yang boleh dibuka. Blog sendiri pun tak boleh dibuka! Huh! Ini pun nasib baik boleh buka blogger.com. Kalau tidak jangan harap dapat update blog. Memang bersawanglah jawabnya!

Ini blog yang selamat antara 59 blog yang nis follow..
Hotel Mania (Terasa kelakar. Macam mana blog ni boleh terlepas?)
Imbasan Kapas
MP4You (Yang ini lagi satu..)
Diari Gadis

4/59= 6.78% sahaja.

Tak boleh nak blogwalking macam ni..

Sorry semua! Nak buat tag pun tak boleh. GB pun baru di blok! Benci!

Sunday, April 18, 2010

[Tak Ada Entri di Sini]

Kan dah cakap tak ada entri di sini.. Apalah!

Ok. Untuk tidak menghampakan..



Ok. Ni.. Kena sengetkan kepala dulu kalau nak tengok. Video pendek je..

Tuesday, April 13, 2010

Rajin

Hari ni macam rajin sangat update blog. Rasa taknak gi kelas..

[Ada kuiz kalkulus buat tak tau]

Ok.. Ini last. Lagi 10 minit kelas..





Yang ini untuk Hyper. Tak dapat upload di FB, jadi letak di blog.. Hehe..

Tekan Laju-laju!

Dah bertambah maju! Yeay!


43 perkataan
Speed test


Dah bertambah 2 perkataan.. Hehe.. [ 2 je pun bangga ke?]

Eh, itu satu kemajuan tau!

Jom Join!

Huh! Dasar mata duitan betul!

Tadi bukak GB, tiba-tiba nampak dekat forum fasal benda ni..


RM50 untuk dimenangi, Join sekarang!


Dah nampak kan? Apa lagi, jom la join!

Monday, April 12, 2010

Buat Hal dalam Kelas!

Hari ini sangat membosankan.Kelas kalkulus di bilik yang breathing hot kata orang putih, dan orang yang cuba me'mutih'kan dirinya. (Sebenarnya skrip Awal dalam filem Syurga Cinta. - Malaysia is breathing hot!)



Tiba-tiba terlintas menulis. Ambil jurnal dan mula membelek-belek. Tulis-tulis.




Alamak! Lecturer lalu! Tutup! Tutup! (Tapi rasanya dia sempat baca.) Tapi tetap kantoi tak buat apa yang dia suruh buat di papan putih berkilat tu. Haha..

(Moral daripada kisah ini: Jangan buat kerja lain dalam kelas kalkulus!)

Hasilnya? Cuma sampai sini saja.

Bicara.

Diam itu bicara
Duduk juga bicara
Berdiri satu bentuk bicara
Bicara
Yang sukar dimengerti
Oleh si buta mata hati.

1225 12042010

Thursday, April 8, 2010

Siapa Ann Di Mata Hati Anda?

Ann? Budak2 GB mesti kenal Ann kan? Mak guard kapet tu.. (Ann yang mengaku..)

Ann juga adalah Blogger Paling Friendly sejak kebelakangan ni.

Ini buktinya.

Siapa di atas? Aku di bawah..

Dah nampak? Hmm Itu je yang sempat ambil. Hari pertama Ann jadi Blogger Paling Friendly, nis duduk di bawah dia. Agaknya berapa entri yang dia buka untuk jadi Blogger Paling Friendly tu, ya? (Okey. Ann lagi friendly. Bagi je la..)

Lagi satu, Ann ni minat makan semut agaknya. Ahaha.. Jangan marah, Ann..

Tengok gambar ni..


Hehe.. Comelnye semut tu.. (Siapa yang lukis? Ahaha...)

Ini blog Ann. Siapa yang nak join kontest ni, masuk sana, ya. Kat situ ada link. Cari link tu kat sidebar. Banyak tu. RM200. Siapa nak bagi free kalau bukan Ann?

(Okey, ini bukan entri mengampu..)

Ceritaku Yang Paling Sedih Fasal Duit

Novel kedua Khairi iaitu Yuda di Padang Maya tak best sebab seram sangat! Lebih baik buat cerita sedih macam ni.

Kisah seorang anak batuk diberi ubat cabut lari.. Eh..

Hari ni dapat bil lektrik. Tak sangka pula dah mencecah RM134. Fuh! Bulan lepas separuh tu saja. Agaknya sebab peti ais rosak, dia "makan" lektrik banyak.

Masing-masing di rumah ni sedang cari mana nak korek duit bayar bil. Bil air belum sampai lagi. agaknya berapalah..

Niat di hati nak cari Yuda di padang Maya. Buku teks pun tak terbeli. Nasib baik sudah di hujung semester. Bila Nysrah Kata Tak Mahu mujur saja ada di perpustakaan. Bintang-bintang ke Syurga? Agaknya sepuluh tahun lagi baru masuk dalam indeks perpustakaan tu.

Nak nangis sini boleh? Huhu....

(Entri ini adalah untuk kontest kks.com. Sila klik link untuk maklumat lanjut.)

Dengan ini dijemput bidadari hijau dan Anastasia Ann untuk menyertai kontest ini.

Xarine, siap! Hehe..

Wednesday, April 7, 2010

Penjunjung Namaku

Setiap titis airmata
Setiap saat nan berduka
Mengajar aku erti dunia
Tak ku lupa pengorbanan kehidupan
Memikul beban di bahu nan selalu
Memberi yang termampu

Ayahku terlalu menyayangi aku
Mendedikasikan hidupnya kepadaku
Dan ibu sentiasa ada bersama
Wala serendah mana aku
Dia tetap menjunjung namaku

Biarku belai tanganmu
Yang telah ditelan usia
Namun penuh berjasa... mulia
Terlalu lama impianku luahkan rasa
Kesyukuranku di hati
Pada dua insan paling ku sayangi

Biar ku hilang segalanya
Harta, benda ataupun nyawa
Asal tak ku hilang kau berdua
Dan aku berdoa
Semoga sejahtera selamanya
Hidup kita sekeluarga
Di dunia dan selepasnya

(Anding - Hotel Mania Ep. 6)


I Like!

Monday, April 5, 2010

Melayukah?

Melayu itu apa sebenarnya?
Kitakah Melayu?
Apa yang didefinisikan Melayu?
Adakah masih wujud nilai Melayu?

* * * * * * * * * *
Melayu - Usman Awang, Mingguan Malaysia 27.10.1996

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Pecah di mulut,
Biat mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan sakai asli Melayu
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muaalaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu).

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan.

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara.

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual.

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan.

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Salam dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
    "Dagang lalu nasi ditanakkan
    Suami pulang lapar tak makan
    Kera di hutan disusu-susukan
    Anak di pangkuan mati kebuluran".

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu,
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memikir ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.

Sunday, April 4, 2010

Tulis & Menang ariffshah.com

Salam semua..

Sebenarnya dah lama dok usha benda ni. Sebab masa mula-mula dibuka kontest ni dulu nampak Ariff ping fasal kontest ni. Tapi masa tu tak berapa minat nak masuk walaupun dah buka. Jadi kiranya kontest ni tahu dari pihak penganjur sendirilah. Ariffshah. Penganjur bersama pula, sitikus.com, orange4k.com. Hadiah wang tunai adalah tajaan kujie2.com, mrs.kay.my, myliriklagu.com dan denaihati.com.

Seperti yang dinyatakan dalam syarat pertandingan. ini bannernya.


Pemilik blog: Touya Karuma (Sila singgah.)


Okey. Ini screenshotnya. Kalau nak masuk, tekan saja pada gambar atau nama Touya di atas tadi.

Kenapa nis suka blog ni?

Pertama sekali, blog ni tak berat kalau diload. Jadi tak perlu menunggu lama untuk dibaca. Walaupun internet sedang lambat macam siput, blog Touya masih boleh diakses.

Yang kedua, sebab entrinya bersahaja. Contohnya, entri ini. Entry syork sendiri.. Kalau baca mesti ketawa. Mana-mana entri Touya pun macam tu.

Yang ketiga, cerita. Elemen cerita ayng dimasukkan dalam blog ni menarik minat nis untuk baca blog Touya. Dulu nis pernah follow Touya sekali. Masa tu pakai akaun lama. Kemudian rasa boring dengan blog yang nis follow, nis pun buang semua.. Hahaha.. Tapi lepas dibuang tu terjumpa balik dengan blog ni dan bila nampak entri cerita tu, nis follow untuk kali kedua. Jatuh cinta kali kedualah kiranya ni.

Contoh cerita yang dimuatkan dalam blog ni, Percikan Peluru dan Blogger Cafe. Nis suka baca Percikan Peluru. Tapi disebabkan sesuatu hal, cerita tu baru sampai episod 13 sahaja. Tapi ada satu entri yang nis paling suka baca, sampai nis masukkan dalam blog nis ni. A.B. Cinta Aliya. (Link blog Touya. Link blog nis.)

Widget yang diletakkan dalam blog Touya pun taklah sebanyak mana.Cuma ada 10 benda yang ada pada sidebar Touya.

1. Game Heyzap. Tak mengganggu masa loading.
2. Nuffnang
3. Shoutbox. Salah satu benda yang boleh dikatakan wajib ada pada setiap blog.
4. Dapatwang. Satu lagi pendapatan sampingan.
5. About Me. Yang ini hampir semua blog ada.
6. Followers. Ini pun majoriti blogger ada letak. Senang untuk follow.
7. Blog archive. Memudahkan pembaca untuk tengok entri apa yang Touya pernah tulis sebelum ni. Mungkin ada yang terlepas ke..
8. Recent Comments. Untuk trace komen terkini.
9. Badge Facebook.
10. Petisyen keputusan Mahkamah Tinggi untuk bantah pemberian kebenaran kepada penganut Kristian menggunakan kalimah Allah.

Lagi satu. Siapa yang pernah buka blog Touya ni mungkin perasan. Di atar sekali tu, ada tulisan

"TOLONG JANGAN NGORAT SAYA"

Ini mungkin untuk mengekalkan status Jejaka Sunyi yang telah dipertahankan selama ini. Hahaha..

Lagi satu. Kepada gadis-gadis, siapa yang nak masuk ke blog Touya, sila tinggalkan pakaian berwarna BIRU BIRU BIRU BIRU BIRU di luar blog. Takut-takut kalau Touya jadi tergagap-gagap pula nanti. Hehehe.. (Touya, rahsia anda dalam genggaman saya.. Hahaha..[Gelak evil.] Erk..)

Review

Salam semua..

Nak minta tolong.. Siapa-siapa yang rajin..

Tolong tuliskan review untuk blog nis ni..

Nak tulis kat sini, kat komen pun tak apa.

Kalau nak buat kat blog sendiri, tinggalkan link kat komen pun tak apa..

Tolong bagitau kalau sakit mata ke tengok gelap sangat blog ni, kalau-kalau ada benda yang mengganggu ke.. Pasal chatbox ke.. Tolong, ya?

WaveX Nak Bagi Hadiah!

Selamat 4 April! (Erk.. Merepek apa ni?)

Hari ini hari lahir teman sebilik nis di Matrik dulu.. Sekejap. Nak hantar mesej dulu.. (Lalala... Mana pula hp ni?)

Ok. Teruskan dengan isi penting. (Macam nak buat karanganlah pula.)

Semalam nis godek-godek GB (macam biasa) [Blogger Paling Friendly katakan]. Tiba-tiba terjumpa kontest ni di blog WaveX. Memandangkan tawarannya lumayan, nis pun ambil keputusan untuk turut serta.

Untuk Terma dan Syarat, sila ke sini.

Ini pula banner untuk kontest ni. [Teringin nak tahu macam mana nak buat banner macam ni.]



Jadi, tunggu apa lagi? Jom join!

Saturday, April 3, 2010

Percubaan Pertama..

Percubaan pertama menggunakan Disqus.

Siapa nampak borang komen Disqus sila komen.

Earth We Care, We Love You Contest


Kontest yang menarik. Sila ke sini untuk maklumat lanjut. Tarikh akhir adalah pada 10 April 2010. Masih sempat lagi ni..


Caption:
senjakala aku merenung jauh
menatap wajah sang air
terkenang pada pencipta
indahnya dunia
kenapa akhirnya musnah?
pasti, kerana syurga lebih indah..

Elemen: Air

Ini adalah gambar pemandangan senja terbaik pernah diambil di masjid berdekatan rumah nis.Bayang-bayang masjid tu nampak dalam air. ada lagi satu gambar macam ni, tapi pemandangan malam. Biasan masjir penuh dari kubah sampai tapak masjid. Memang cantik. Agak-agak berapa banyak duit yang dipakai untuk membiayai pembinaan masjid ni?

Friday, April 2, 2010

A.B. Cinta Aliya

Hasil tulisan: Touya Karuma
Diedit dan dinaik taraf bahasa oleh: hanis aleeya

A.B Cinta Aliya

“Kenapa Aliya diperlakukan sebegini?”
Aliya tidak pernah menyangka nasibnya akan berubah apabila usianya menginjak 18 tahun.
Ayahnya tidak pernah menjalankan tanggungjawab seorang ayah mahupun tanggungjawab sebagai seorang manusia. Seringkali pulang lewat malam dalam keadaan mabuk. Jika kalah dalam perjudian, tidak jarang tangannya ringan menampar pipi emak Aliya.
Sehinggalah pada suatu hari, dia meninggal dalam kejadian langgar lari. Beberapa hari selepas itu barulah Aliya tahu bahawa dirinya telah dijual kepada along bagi melangsaikan hutang ayahnya.
Dalam sekelip mata, segala impiannya musnah. Aliya dibawa oleh dua orang suruhan along menaiki sebuah kereta. Dia tidak berani melawan kerana bimbang keluarganya akan dicederakan.
Sekitar 45 minit kemudian, Aliya sampai di sebuah rumah. Rumah banglo itu begitu besar dan indah. Namun, ketakutan yang melanda jiwanya membuatkan Aliya merasakan rumah itu seperti neraka dunia ciptaan manusia.
Seorang lelaki yang berpakaian bersih dan kemas sedang menanti ketibaan Aliya di hadapan pintu. Melalui perwatakannya, Aliya dapat merasakan bahawa lelaki berpakaian putih itu merupakan ketua bagi dua orang along yang membawanya ke situ.
Mata Aliya tidak dapat lari daripada melihat wajah lelaki tersebut. Dia kelihatan begitu muda dan cara pergerakannya agak lemah lembut berbanding dua orangsuruhan sebelum ini.
“Awak?”
Lelaki itu memandang tepat ke arah Aliya. Pada saat itu, Aliya mula rasa gelisah. Pelbagai andaian muncul dan bermain-main di benaknya sekarang.
“Nama awak?” Sekali lagi lelaki itu bersuara.
Apabila lelaki itu menghampiri Aliya, barulah Aliya sedar bahawa lelaki di hadapannya mewarnakan rambut dengan warna perang.
“Hantar dia ke bilik saya,” arah lelaki itu.
Dua orang suruhan itu membawa Aliya ke bilik yang dimaksudkan. Dalam bilik itu penuh dengan pelbagai arca yang ukirannya menarik.
Selepas membawa gadis itu ke bilik, dua pemuda itu meninggalkan Aliya sendirian. Beberapa minit kemudian, pemuda berambut perang itu muncul.
Tanpa berkata apa-apa, dia menolak gadis itu sehingga jatuh terbaring di atas katil. Aliya mula ketakutan. Jantungnya berdegup kencang. Dia tidak mampu berkata apa-apa kerana terlalu bimbang akan apa yang akan dilakukan oleh lelaki itu terhadapnya. Sedangkan hendak bercakap pun dirasakan sukar, apatah lagi hendak melarikan diri atau melawan. Kudratnya pasti jauh lebih lemah daripada lelaki yang berdiri di hadapannya.
Lelaki tersebut tidak berkata apa-apa sebaliknya hanya menarik bantal yang terletak kemas di kepala katil.
“Awak ambil tilam. Bantal saya punya,”
Lelaki itu tidur di lantai tanpa sedikit pun menunjukkan niat untuk menyentuh gadis di hadapannya.
Malam yang panjang itu dirasakan terlalu singkat.
***
Gadis itu terjaga dari tidur dan mendapati dirinya masih berpakaian seperti semalam. Apabila dia menoleh ke lantai, Aliya mendapati lelaki itu sudah tiada.
Dia memandang ke sekeliling. Arca-arca batu yang disangkakan mempunyai ukiran unik semalam sebenarnya kelihatan amat pelik. Lantai bilik itu dilapik dengan permaidani berwarna merah dan terdapat corak kepala harimau.
Aliya memerhati lagi. Di bilik itu juga terdapat bingkai-bingkai gambar yang mempunyai lukisan yang menarik di dalamnya. Bingkai gambar yang terlalu banyak diletakkan di dinding bilik yang berwarna biru itu boleh membuatkan setiap orang yang memasukinya menyangkakan bilik itu dihuni oleh seseorang yang mempunyai masalah otak.
Di penjuru katil, terdapat sebuah almari kecil yang digunakan untuk menyimpan fail-fail penting. Di atasnya pula ada sebuah lampu meja, dan di sebelah lampu itu terdapat sepinggan nasi goreng.
Gadis itu mengangkat pinggan berisi nasi goreng itu dengan teragak-agak. Dia tidak pasti sama ada mahu makan atau membiarkan sahaja nasi yang sudah hampir sejuk itu.
Perasaan was-was dengan bahan yang diletakkan di dalam makanan itu berlawan dengan bunyi perutnya yang berkeroncong.
“Makan sahajalah,”
Pemuda itu muncul dengan berpakaian sehelai baju T putih tanpa lengan dan seluar trek berwarna hitam berjalur kuning.
Aliya memerhatikan setiap tingkah laku lelaki itu dengan debaran yang semakin kuat.
“Bukan saya yang masak. Saya belikan untuk awak tadi,”
Aliya masih mendiamkan diri.
“Nama saya Ash,”
Ash menghulurkan tangannya ke arah gadis itu. Aliya yang terperanjat secara tidak sengaja telah menjatuhkan pinggan berisi nasi goreng yang dipegangnya.
Melihat keadaan itu, Ash meninggalkan Aliya sendirian di dalam bilik.
***
Di sebuah rumah yang agak jauh dari kesibukan kota, seorang wanita dalam lingkungan lima puluh tahun memerhatikan anaknya yang berusia kurang lebih tujuh tahun yang sedang bermain bola.
Sebuah kereta berwarna hitam bergerak menuju ke rumah wanita itu dan berhenti beberapa meter dari tempat kanak-kanak itu bermain.
Ash keluar dari kereta itu dan mendekati wanita separuh abad yang dari tadi asyik memerhatikan anaknya.
“Apa lagi yang awak mahukan?” tanya wanita tua itu.
“Mak cik ambillah duit ini,”
Ash menghulurkan sampul berisi wang kepada wanita itu.
“Untuk apa kau beri aku duit ini? Kau sudah beli anak aku, sekarang kau mahukan aku pula?”
Mata wanita tua itu kelihatan berair namun tidak pula dilarikan dari melihat wajah Ash.
“Mak cik, kita perlu berbincang,”
Ash duduk bersandar di dinding tanpa meminta izin daripada wanita itu.
***
“Awak sudah bangun?”
Wajah Ash yang hanya berjarak sepuluh sentimeter daripada wajahnya membuatkan Aliya terperanjat.
“Bodoh!”
Aliya bertindak spontan dan menendang Ash sehingga terjatuh dari katil.
“Selepas tiga hari bersama saya, perkataan pertama yang keluar dari mulut awak adalah ‘bodoh’?"
Ash cuba menyembunyikan rasa senak di perutnya dengan berlelucon. Namun Aliya masih tidak menunjukkan reaksi yang dimahukannya.
“Emak awak cakap awak suka makan kuey teow goreng, jadi saya cuba masak sendiri,”
Ash mengunjukkan sepinggan kuey teow goreng yang berwarna hitam dan mengeluarkan bau yang pelik kepada Aliya.
“Awak berehatlah dahulu,”
Ash bergerak meninggalkan bilik itu untuk Aliya berehat tetapi langkahnya terhenti tiba-tiba.
“Awak,”
“Ya, saya?”
Ash mengalihkan pandangannya kepada Aliya.
“Saya hendak tanya satu soalan,”
“Silakan,” Ash kembali mendekati Aliya.
“Boleh saya pinjam sejadah?”
Bilik itu sunyi seketika. Kicauan burung dan bunyi cengkerik sesekali kedengaran.
“Err.. Maghrib belum masuk lagi,” Ash cuba memberi alasan.
“Saya hendak sembahyang subuh,” Suara Aliya yang lembut membuatkan jantung Ash bergetar.
“Ah, saya bergurau sahaja! Ada di bilik sebelah. Nanti saya ambilkan,” Ash cuba memberi helah.
“Awak tak guna sejadahkah?”
“Ada. Saya selalu guna sejadah. Tapi hari itu sejadah saya koyak, jadi saya sembahyang di atas tikar sahaja. Ah, baru saya teringat! Ada sejadah di tingkat atas,”
Ash berlari meninggalkan Aliya
Dia segera keluar dari rumah tersebut dan memandu sendirian menuju ke pusat bandar. Sesampainya di pusat bandar, Ash mencari-cari kedai yang menjual sejadah berpandukan tulisan yang terpampang pada papan tanda kedai. Kedai yang dia tidak pernah menjejakkan kakinya walau sekali pun.
Akhirnya dia berjumpa dengan apa yang dicari. Ash cuba membaca tulisan itu, malangnya dia tidak pernah mempelajarinya. Apa yang pasti, dia tahu di kedai itu ada menjual benda yang dicari-cari.
Sebelum masuk ke kedai itu, Ash melilau ke sekeliling, mencari-cari kalau-kalau ada orang yang mengenalinya. Setelah memastikan tidak ada orang yang melihat, Ash mendekati kedai itu dan segera melangkah ke dalam.
Seorang gadis yang berpakaian labuh dan bertudung litup menyambut kedatangan Ash.
“Boleh saya bantu awak?” tanya gadis itu.
“Di sini ada jual sejadah?” Ash bertanya antara dengar dan tidak. Perasaan segan menguasainya.
“Ada di dalam,”
Gadis itu menunjukkan rak yang menempatkan pelbagai jenis sejadah kepada Ash dan Ash mula memilih salah satu yang dirasakannya sesuai untuk Aliya.
***
Aliya mengambil pinggan berisi kuey teow yang dimasak oleh Ash. Sesekali perasaan pelik menerpanya. Layanan Ash terhadap Aliya sangat baik. Lelaki itu juga tidak pernah menyentuh Aliya sedangkan Aliya sekarang adalah perempuan simpanannya.
Hatinya mula terdetik untuk mengenali lelaki bernama Ash itu dengan lebih lanjut. Sikap dan layanan Ash terhadapnya membuatkan Aliya melupakan prejudisnya terhadap lelaki. Oleh kerana sejak kecil Aliya didera oleh ayahnya, Aliya menjadi takut terhadap manusia yang bernama lelaki. Kerana itulah setiap kali Ash melakukan sesuatu, dia bertindak di luar kawalan. Aliya berpendapat bahawa setiap lelaki bersikap kasar dan ganas terhadap kaum perempuan.
Namun, Aliya tidak dapat menemukan sifat lelaki yang dikenalinya sejak kecil dalam diri Ash. Sejak hari pertama mereka ditemukan, Ash sentiasa berlembut dan bersabar dengan telatah Aliya. Malah, Ash sanggup memasakkan makanan untuk Aliya biarpun tahu masakannya tidak seberapa.
Aliya memasukkan sesudu kuey teow ke dalam mulutnya dan mula mengunyah perlahan-lahan. ” Ada kulit telur, ”
Aliya memasukkan jari ke dalam mulutnya dan mengeluarkan serpihan kulit telur.
“Dah dapat!” jeritan Ash mengejutkan Aliya. Hampir tersedak Aliya dibuatnya.
“Saya dah dapatkan sejadah untuk awak,” kata Ash seraya memberikan sejadah yang baru dibelinya kepada Aliya. Matanya tertumpu pada kuey teow di dalam pinggan.
“Terima kasih,” kata Aliya lantas mengambil sejadah itu.
“Awak sudah sembahyang?” tanya Aliya lembut.
“Err.. Sudah. Saya dari tadi lagi sudah sembahyang,” Ash cuba berbohong.
“Awak hendak tahu tak, saya dari lahir lagi ada kelebihan untuk mengukur tahap iman seseorang,”
“Yakah?” balas Ash acuh tak acuh.
“Awak tak sembahyang,” Aliya menjadi semakin berani bermain dengan kata-kata.
“Mana awak tahu?” tanya Ash sedikit gugup kerana rahsianya sudah terbongkar.
“Orang yang beriman boleh nampak kebaikan dan kejahatan pada seseorang. Di kepala setiap orang ada lingkaran bulatan. Orang yang tidak sembahyang, di kepalanya ada lingkaran berwarna hitam,”Aliya cuba mempermainkan Ash.
“Yakah. Saya tidak pernah tahu pun tentang semua itu,”
“Tak! Saya tipu,”
Entah kenapa hati Aliya pada waktu itu terasa gembira sekali sedangkan dia tahu dirinya dalam bahaya.
***
Ash membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya terasa berat membuatkannya malas untuk bangun. Kalau diikutkan hati, ingin saja dia menyambung mimpi.
Ash tersentak apabila mendapati Aliya tidak ada di atas katil. Dia mula memikirkan yang bukan-bukan, Perasaannya kuat mengatakan bahawa Aliya telah melaikan diri.
“Tidak kira apa pun yang berlaku, Aliya tidak boleh lari dari rumah ini. Jika sesuatu berlaku kepada Aliya, akulah yang bersalah. Bagaimana dengan janjiku kepada ayahnya?” getus Ash.
Belum sempat Ash berbuat apa-apa, dia terdengar bunyi benda jatuh dari dapur. Segera dia berlari anak ke dapur.
Aliya sedang memasak sesuatu.
Melihat itu, Ash menarik nafas lega. Tanpa berfikir panjang, dia memeluk Aliya dari belakang.
Tindakan Ash membuatkan Aliya tergamam. Mahu sahaja dia menolak tubuh Ash tetapi ada sesuatu yang menghalangnya. Jantungnya berdegup kencang. Bukan kerana takut, tetapi kerana suatu perasaan yang tidak pernah Aliya rasai selama ini. Aliya sendiri gagal menafsirkan perasaan itu.
“Maaf,” kata Ash sambil melepaskan pelukannya.
“Tak apa,”
Tindakan Ash sebentar tadi sedikit sebanyak menakutkan Aliya. Tetapi Aliya yakin Ash tidak berniat jahat terhadapnya. Satu keyakinan yang terlalu kuat bagi mereka yang baru berkenalan empat hari lepas.
“Awak masak apa?”
“Nasi goreng. Makanlah,”
Aliya menghulurkan sepinggan nasi goreng kepada Ash.
Ash menjamah nasi goreng yang dimasak Aliya sedikit demi sedikit. Aliya hanya memandang.
“Aliya, saya hendak minta tolong awak,”
“Apa?”
“Ajarkan saya sembahyang,”
Ash sendiri tidak mengerti bagaimana dia boleh bertutur selancar itu. Yang pasti, di dalam dirinya muncul suatu perasaan ingin tahu yang membuak-buak. Perasaan dan keinginan untuk mencari ketenangan, setenang Aliya yang sedar nyawanya sedang berada di hujung tanduk.
“Boleh, tapi..” kata-kata Aliya terhenti. Matanya memandang ke arah rambut Ash.
“Apa? Fasal lingkaran tu? Awak cuma bergurau, bukan?”
“Bukan fasal lingkaran, tetapi rambut awak,”
“Kenapa?”
Awak warnakan rambut awak,”
“Jadi?”
“Tak sah kalau rambut diwarnakan,”
“Kalau begitu, saya akan warnakan hitam kembali,”
“Tak boleh. Awak kena potong semua rambut tu. Potong sampai botak,”
“APA?”
“Oh, Hehe.. Jangan risau. Saya ada gunting,”
Aliya menunjukkan sebilah gunting berwarna merah jambu kepada Ash.
“Saya tidak ingat saya pernah simpan gunting seperti itu,”
“Oh, saya bawa dari rumah. Saya simpan dalam baju. Saya ingat, kalau awak cuba ambil kesempatan, saya akan tikam awak,”
“Awak simpan gunting dalam baju?” tanya Ash seolah tidak percaya.
Hari itu Ash benar-benar berasa lega kerana tidak cuba mengambil kesempatan ke atas Aliya. Dia tidak dapat membayangkan nasibnya jika ditikam dengan gunting.
***
Hari demi hari, Aliya menjadi semakin rapat dengan Ash. Dia tidak pernah disentuh oleh Ash walaupun statusnya sekarang adalah perempuan simpanan Ash. Hanya sekali dia pernah dipeluk oleh Ash. Itu pun kerana Ash risau akan kehilangannya.
Aliya kini mulai merasakan kehidupan yang mewah. Namun, dia masih tidak melupakan ahli keluarganya. Selalu juga dia mengirimkan duit untuk ibunya. Tidak dapat Aliya bayangkan perasaannya apabila Ash membantu keluarganya.
Sifat Aliya menjadi bertambah ceria dan periang. Kerapkali dia membantu Ash sewaktu tertekan. Namun, hatinya sendiri masih belum sedar bahawa dia sudah jatuh cinta kepada Ash.
Ash yang sebenarnya menyimpas satu rahsia sulit berasa serba salah untuk menceritakan segala-galanya tentang ayah Aliya.
Kegiatan Ash semakin lama semakin berkurangan. Pendapatannya semakin sedikit, namun diri Ash yang dahulu, yang pentingkan kehidupan dunia, juga sudah hilang entah ke mana.
Ash sudah mula mengenal agama Islam dengan bantuan Aliya. Walaupun pada mulanya Ash bersembahyang dengan tunjuk ajar Aliya, kini dia sudah mampu mengimamkan solat dan Aliya menjadi makmumnya.
“Ash, saya hendak tanya sesuatu pada awak,”
Aliya menghulurkan nasi putih kepada Ash.
“Tanya sajalah,” kata Ash sambil menjamah nasi putih berlaukkan gulai ayam.
“Ash, Err.. Saya tahu saya sudah dijual kepada awak, tapi tak manis, bukan?”
“Setuju,” balas Ash ringkas.
“Maksud saya, awak sudah tahu kita bukan muhrim, bukan?”
“Setuju,”
“Jadi, tak baik kalau bukan muhrim berdua-duaan. Nanti mendatangkan maksiat,”
“Setuju,”
“Awak mesti tak mahu bebaskan saya, bukan?”
“Setuju,” Itu sahaja jawapan Ash.
“Jadi, boleh tak kalau kita kahwin?”
“Setuju,”
“Ah, maafkan saya. Saya cuma..” Aliya kehilangan kata.
“Saya setuju,”
“Err.. Awak. Tak apalah. Saya tahu awak tak setu.. Awak cakap apa tadi?”
“Saya setuju,”
“Setuju hendak kahwin dengan saya?”
“Ya, kalau awak sudi,”
Saat itu Aliya tidak menyangka bahawa Ash mahu menjadi suaminya. Ash pula tidak mengenakan sebarang syarat. Aliya yang mencintai Ash dalam diam, tidak pernah terlintas dalam fikirannya sama ada perkahwinan yang bakal dibina ini adalah atas dasar cinta, ataupun kerana dia sudah dijual. Apa yang pasti, Aliya ikhlas menjadi isteri Ash, atas dasar cinta.
Atas permintaan Aliya, mereka mahu pernikahan itu disegerakan. Ash sudah bertaubat dan Aliya bimbang sekiranya berlaku sesuatu yang di luar jangkaan sekiranya mereka terus bersekedudukan.
Ash pula tidak banyak kerenah. Segala permintaan Aliya ditunaikannya. Dia sudah masak benar dengan perangai Aliya. Setiap apa yang dilakukan oleh Aliya bukan untuk kepentingan dirinya melainkan untuk kebaikan mereka bersama.
Pada malam itu juga Ash membawa Aliya berjumpa dengan keluarganya yang sudah lama terpisah.
Ash memandu kereta Wajanya menyusuri jalan yang agak suram. Laluan itu merupakan salah satu laluan ke rumah Aliya. Aliya kelihatan teruja kerana tidak sabar hendak bertemu dengan keluarganya.
Namun begitu, ketika dalam perjalanan kereta mereka telah dilanggar dari arah belakang. Ash yang merupakan seorang pemandu yang cekap sejak di bangku sekolah lagi berjaya mengawal kereta itu daripada terlanggar pokok setelah berputar beberapa kali.
“Aliya, awak tidak apa-apa?” tanya Ash seraya menggerak-gerakkan bahu Aliya.
“Ash,” bisik Aliya.
Ash membantu Aliya keluar daripada kereta itu. Mujurlah mereka tidak mengalami sebarang kecederaan akibat daripada kemalangan itu.
Satu das tembakan kedengaran disusuli percikan api di pintu kereta berhampiran dengan Ash. Hampir mengenai sasarannya.
Ash menarik tangan Aliya dan mereka berdua berlindung di sebalik kereta.
Beberapa das tembakan lagi dilepaskan namun satu pun tidak mengenai sasaran.
“Ash!” Aliya menjerit ketakutan.
“Aliya, bawa bertenang,”
Ash menggenggam tangan Aliya. Bimbang seandainya Aliya bertindak balas di luar dugaan.
“Awak boleh berjalan?”
Aliya mengangguk.
“Orang itu cuma menembak dari jauh sahaja. Walaupun mereka menguasai keadaan, mereka tidak berani datang ke mari. Mereka tahu saya cekap dalam tembak-menembak,”
“Ash, jangan bunuh mereka. Tembak di kaki atau tangan sahaja, boleh?”
“Susahlah, Aliya,”
“Kenapa? Awak jangan jadi pembunuh. Kalau awak hendak bunuh mereka, biar saya yang lakukan,” desak Aliya.
“Tak boleh!”
“Tapi, Ash..”
“Saya tak bawa pistol,”
“Ash! Kenapa saat-saat macam ni awak tak bawa pistol?”
“Mana ada orang bawa pistol jumpa dengan bakal mak mertua,” balas Ash.
“Harap nama saja gengster! Benci!”
Aliya memasamkan muka.
“Aliya, awak merajuk?”
Aliya tidak menjawab. Wajahnya ditundukkan.
“Okeylah Aliya. Saya bersalah. Ini hal antara hidup dan mati. Ayuh, kita larikan diri dari mereka,”
“Ash, kita kena berunding dengan mereka,”
Ash hanya mengangguk. Namun, sebelum sempat Ash berbuat apa-apa, Aliya bangun dari tempat persembunyian mereka.
“Orang jahat! Kita berbincang. Apa kata awak bunuh Ash sahaja dan lepaskan saya?”
Satu das tembakan dilepaskan ke arah Aliya. Hampir mengenai kepalanya. Mujurlah Ash bertindak cepat dan menarik Aliya supaya tunduk.
“Aliya, boleh tak serius sikit?” marah Ash.
“Ash, dengan orang jahat tak boleh dibawa bergurau,”
Ash menggelengkan kepala.
Bunyi tembakan berhenti. Ash terus menarik tangan Aliya dan mengajaknya melarikan diri dari tempat itu.
“Saya rasa mereka sedang mengisi peluru. Dalam beberapa saat ini, kita kena lari sejauh yang mungkin,”
Ash membawa Aliya masuk ke dalam hutan. Pokok-pokok di hutan itu menyukarkan pihak musuh mencari mereka dan boleh dijadikan tempat berlindung daripada terkena tembakan peluru. Mereka terus berlari sehingga bertemu sebatang sungai. Air sungai itu cetek dan alirannya agak perlahan.
“Aliya, gunakan sungai ini sebagai panduan. Teruskan berjalan. Awak akan sampai ke pekan nanti. Saya akan lengahkan mereka,”
“Tak nak!” jerit Aliya.
“Aliya, tolonglah. Ini bukan hal main-main,”
“Tapi saya cintakan awak!”
Berderau darah Ash mendengar ungkapan dari mulut Aliya. Mahu sahaja rasanya dia memeluk gadis itu.
“Saya cintakan awak. Saya tak kisah kalau saya perlu mati bersama awak,”
“Aliya, sebab itulah saya tak mahu ikut kehendak awak kali ini,”
“Ash?”
“Maafkan saya. Saya tak mahu mati bersama awak,”
“Ash, kenapa?”
Air mata mula membasahi pipi Aliya.
“Kerana saya cintakan awak. Saya memilih untuk terus hidup bersama awak. Walau apa pun yang terjadi,” balas Ash.
Aliya mengesaat air matanya dari terus menitis. Hatinya menjadi cair mendengar pengakuan Ash. Semangatnya bangkit semula.
“Aliya, lekas. Berjalan ikut anak sungai ini. Jangan risau. Saya akan ikut awak kemudian,” desak Ash.
“Janji?” tanya Aliya.
“Saya janji. Saya cintakan awak,” kata Ash.
“Saya cintakan awak,”
Aliya terus berjalan menyusuri anak sungan. Ash meninggalkan tempat itu setelah Aliya berada agak jauh darinya.
***
Dua orang yang melepaskan tembakan tadi cuba menjejaki Ash dan Aliya ke dalam hutan. Mereka sudah memastikan pistol mereka berfungsi dengan baik. Aliya dan Ash harus mati malam ini juga.
Selang beberapa minit, mereka melihat Ash berdiri di sebatang sungai. Salah seorang daripada mereka mengacukan pistol ke kepala Ash. Jika dia melepaskan tembakan Ash tidak mungkin selamat.
Sebelum sempat dia menarik picu, rakannya menghalang.
“Jangan!”
“Kenapa?”
“Saya kenal Ash. Dia bukannya bodoh hendak berdiri di kawasan lapang. Ini adalah satu perangkap!”
“Perangkap?”
“Mungkin ini satu perangkap. Ash tidak akan mengorbankan nyawanya. Dalam erti kata lain, menyerah diri. Ash sudah menyerah diri.”
“Ash mengaku kalah?”
“Tidak. Lebih kepada rundingan,”
“Rundingan tidak diterima.”
“Bukan sebarangan rundingan,”
“Maksud awak?”
“Ash hendak lengahkan masa. Masa untuk perempuan itu melarikan diri,”
“Sekarang apa yang kita perlu buat?”
“Kita bersemuka dengan dia,”
“Awak yakin?”
“Mari,”
Mereka berdua keluar dari tempat persembunyian. Dua pucuk pistol masih lagi dihalakan ke arah Ash.
“Hai, Alex! Akim!” sapa Ash tenang.
“Puas aku cari kau! Kalau diikutkan hati, kau sudah mati. Kau cuma bernasib baik kerana Alex menghalang,”
“Seperti yang sudah dijangkakan. Satu tindakan yang bijak, Alex!" puji Ash.
“Ash, aku bukan lagi kawan kau!”
Alex memandang Ash dengan penuh kebencian.
“Jadi, Akim, awaklah punca segalanya?”
“Ya. Aku dah bosan mengikut jejak langkah ketua kita.”
“Jadi awak yang bunuh dia?”
“Aku sendiri yang langgar dia. Tak sangka pula dia wasiatkan kumpulan ini kepada anaknya,”
“Awak bunuh ketua, semata-mata hendak mengambil alih kumpulan?”
“Itu rancangan aku. Aku yang akan menjadi ketua kumpulan ini.”
“Bagaimana dengan Alex?”
“Dia akan jadi pembantu aku,”
“Oh! Cuma jadi pembantu? Dia melakukan perkara yang sama dengan apa yang awak lakukan, tetapi habuannya tidak setimpal. Apa yang awak akan dapat?” Ash mengarahkan soalan itu kepada Alex.
“Kim, jangan risau. Saya cuma mahu bunuh Ash!” balas Alex.
Telahan Ash tepat sekali. Alex tidak berniat langsung untuk mengetuai kumpulan itu. Sasarannya hanya satu. Ash! Tersilap langkah, maut yang menantinya. Satu-satunya senjata yang dia ada sekarang hanyalah akal.
“Ash, aku tahu niat kau. Kau sengaja hendak lengahkan masa untuk perempuan itu lari, bukan?”
Dari percakapan Akim, Ash berasa yakin bahawa mereka belum lagi menemui Aliya. Asalkan tidak ada apa-apa yang berlaku sewaktu Aliya melarikan diri bersendirian, Ash pasti Aliya akan selamat.
“Awak bunuh ketua kerana hendak menguasai kumpulan. Tetapi ternyata dia lebih bijak. Dia menulis wasiat lebih awal supaya kumpulan ini diwarisi oleh anaknya,” Ash memulakan bicara semula.
“Jadi, aku cuma perlu bunuh anaknya,”
“Bukankah saya sudah cakap, ketua kita lagi bijak? Dia mengatakan kumpulan ini akan diwarisi oleh anaknya. Tetapi sebenarnya diwariskan kepada saya,”
“Ah! Jangan merepek! Di dalam wasiat itu hanya menyatakan kau yang akan melindungi anaknya. Dia meminta kau untuk menggunakan orang kanannya dan orang yang rapat dengan kau untuk tujuan itu. Aku masih ingat semuanya.” balas Akim.
“Memang betul. Orang kanannya adalah awak, dan orang yang paling rapat dengan saya adalah Alex. Saya tertarik dengan perkataan ‘gunakan’ yang ditulis dalam wasiat itu,” balas Ash. Riak suaranya menunjukkan bahawa dia sedikit pun tidak berasa takut dengan situasi dirinya.
“Tapi apa yang kau arahkan kepada kami hanyalah untuk membawa anaknya berjumpa kau,” sampuk Alex.
“Betul. Awak bawa Aliya kepada saya dengan menyatakan bahawa dia telah dijual untuk melangsaikan hutang ayahnya. Saya tahu itu arahan saya,”
“Untuk apa kau buat begitu?”
“Untuk melindungi Aliya. Ketua tahu bahawa anaknya berada dalam situasi yang bahaya. Dia juga tahu bahawa orang yang membunuhnya adalah awak berdua. Sebab itulah nama saya disebut dengan jelas dalam wasiat itu tetapi nama awak berdua hanya dikiaskan sahaja,”
Ash mengalihkan pandangannya ke arah Akim.
“Akim, jika saya berkahwin dengan Aliya, hak kumpulan kita akan diberikan kepada saya. Kalau awak bunuh saya sekarang, ahli kumpulan kita yang lain pasti akan bunuh awak. Tetapi kalau awak bunuh Alex, saya akan berikan kumpulan ini kepada awak. Saya cuma mahu hidup,” Ash menyatakan tawarannya.
Tanpa berfikir panjang, Akim mengacukan pistol di tangannya ke arah Alex. Sebelum sempat dia bertindak, Ash membaling sebilah pisau sehingga menyebabkan pistol yang dipegang Akim terlepas dan jatuh ke tanah.
“Alex, sekarang!” jerit ash.
“Nanti, Alex! Aku..”
Satu das tembakan dilepaskan oleh Alex. Tepat mengenai kepala Akim.
“Apa yang kau cuba lakukan?” tanya Alex. Pistolnya diacukan ke arah Ash semula.
“Kenapa?” tanya Ash.
“Dia boleh bunuh aku tadi. Kenapa kau tolong aku?” desak Alex.
“Awak jenis yang setia. Susah untuk saya menghasut awak. Tidak seperti Akim yang tamak. Dia tidak akan teragak-agak untuk bunuh awak,” balas Ash.
“Tetapi kau tetap akan mati, bukan? Sia-sia sahaja rancangan kau itu.”
“Tidak. Sejak awal-awal lagi saya tidak merancang untuk mati,”
Ash memetik jari. Serentak, beberapa ahli kumpulan mereka yang setia dengan Ash muncul secara tiba-tiba. Mereka menghalakan senjata masing-masing ke arah Alex.
“Bagaimana mereka tahu kita ada di sini?”
Alex terpinga-pinga.
“Semua ini sudah dirancang sejak kematian ketua kita. Saya mengesyaki awak berdua ada kaitan dengan kematiannya secara tiba-tiba. Untuk mengelakkan syak wasangka, saya telah mempertaruhkan Aliya dengan menyuruh awak berdua membawakan dia kepada saya.”
Ash menghampiri Alex yang sudah tidak mampu melakukan apa-apa kerana masih terkejut dengan kehadiran ahli kumpulan mereka yang lain. Pistol di tangan Alex diambil dengan mudah kerana Alex tidak berani melawan.
“Keselamatan Aliya terjamin selagi dia bersama saya. Saya tahu suatu hari nanti kalian pasti akan bertindak. Jadi saya ciptakan peluang untuk awak berdua,”
“Peluang?”
“Ya. Peluang untuk awak berdua bunuh saya. Saya sengaja memberitahu awak berdua bahawa saya akan mengahwini Aliya, dan saya akan ke rumahnya pada malam ini. Saya pasti Akim akan bertindak kerana jika saya mengahwini Aliya, kumpulan ini akan berada dalam genggaman saya. Dan saya tahu awak akan menghalang saya kerana..”
“Kau mempergunakan aku!”
“Maafkan saya, Alex. Saya telah mempermainkan keikhlasan cinta awak terhadap saya,”
Mata Alex mula berlinangan.
“Awak pasti akan halang saya kerana awak cintakan saya. Cinta awak sudah bertukar menjadi benci. Walau bagaimanapun, saya tetap akan selamatkan awak,”
“Selamatkan saya?” tanya Alex.
“Ya. Saya yakin Akim hanya mempergunakan awak. Akim akan bunuh awak selepas dia berjaya membunuh saya. Tetapi Akim tidak tahu saya telah meletakkan fungsi speed dial pada telefon. Saya hubungi mereka ketika kejadian tembak-menembak tadi. Saya tidak bercakap apa-apa apabila menjawab panggilan, tetapi bunyi tembakan cukup kuat untuk didengar dari telefon,”
“Bagaimana mereka boleh tahu lokasi kita?”
“GPS. Dengan GPS mereka dapat mengesan di mana lokasi kita. Tetapi lokasi yang ditunjukkan hanyalah dalam skala besar sahaja,”
“Jadi, kau tinggalkan perempuan itu melarikan diri sendirian supaya kami berfikir kau cuba lengahkan masa untuk dia lari? Tetapi sebenarnya untuk mereka mencari lokasi kita?”
“Betul. Apabila saya yakin mereka berada berhampiran, saya berikan satu lagi isyarat,”
“Isyarat apa?”
“Bunyi tembakan. Tembakan yang membunuh Akim. Seperti yang saya katakan tadi, saya merancang untuk selamatkan awak. Jadi saya kena pastikan awak yang menembak dan bukannya Akim,”
“Kau tahu kau akan gagal hasut aku, jadi kau hasut Akim. Akim yang belot dan cuba bunuh aku, tapi kau tolong aku. Kau tahu aku tidak akan teragak-agak lagi membunuh Akim yang cuba berlaku khianat. Aku sudah kalah,”
Alex jatuh terduduk.
“Saya sudah lama bertaubat dan merancang untuk meninggalkan kerja-kerja ini. Saya harap suatu hari nanti awak akan menjadi seorang gadis biasa,”
Ash meninggalkan Alex dan ahli kumpulannya yang lain.
“Ash, kau cintakan gadis itu?” tanya Alex sebelum Ash melangkah lebih jauh.
“Saya cintakan dia sepenuh hati saya!”
***
“Hiyah!”
Aliya melompat ke atas katil. Mujurlah Ales sempat mengelak.
“Sayang! Bahayalah!” marah Ash.
“Hehe.. Saya tiru gusti semalam,”
Aliya tersenyum nakal.
“Kenapa tak bangunkan abang?”
“Eleh. Abang, lepas subuh terus tidur balik. Pergi kebun malas,” perli Aliya.
“Ashraf, ada tetamu datang,” Suara ibu Aliya kedengaran dari luar bilik.
“Ya, emak,”
Ash keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu.
“Alex!”
“Ash, saya tidak boleh lama-lama di sini. Terima kasih kerana memberikan saya peluang kedua lima tahun yang lepas,” Alex menyerahkan sampul surat berwarna biru muda dan segera berlalu.
Aliya datang dan mencubit pipi Ash sehingga nampak kemerahan.
“Nak menggatallah itu,”
“Mana ada, sayang. Itu kawan lama. Dia pun sudah hendak berkahwin sekarang,”
Ash meletakkan sampul surat yang diberikan oleh Alex di tangan Aliya.
“Aliya, abang hendak tidur sebentar. Nanti kejutkan abang,”
Ash berbaring di atas sofa di ruang tamu. Namun, sebelum sempat Ash melelapkan mata, seorang kanak-kanak berumur empat tahun melompat ke atas tubuhnya.
“Sakit pinggang papa!” Ash memarahi budak itu.
“Mama yang ajar,” Budak itu membalas.
“Aliya!”
Jeritan Ash bergema di seluruh rumah.

Thursday, April 1, 2010

Saat Terakhir

SalaAm..

Entri khas untuk hari yang baik..

Cerpen pertama Nis yang disiarkan dalam majalah Remaja edisi 15 Januari 2010.
Selamat semuanya..

Jangan lupa komen selepas baca.

***


Saat Terakhir

Inilah saat terakhirku melihat kamu
Jatuh air mataku menangis pilu
Hanya mampu ucapkan
Selamat jalan kasih
Satu jam saja kutelah bisa cintai kamu di hatiku
Namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup
Satu jam saja kutelah bisa sayangi kamu… di hatiku
Namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup
dinanti ku

Tengku Zhafran menanti ayahnya di pintu pagar. Sebentar lagi dia perlu pulang ke asrama. Dia tahu tidak ada gunanya menangisi apa yang sudah terjadi.Semuanya sudah ditetapkan untuknya sejak azali. Apa yang boleh dilakukannya sekarang hanyalah mendoakan kesejahteraan ibunya di alam sebelah sana.
                        *                      *                      *                      *                      *
“Arin, ke mari sekejap, nak..” panggil Tengku Qistina. Suaranya yang lirih menjadi petanda bahawa sakitnya semakin berat.
“Ada apa, Ibu Long?” ujar Tengku Qashreena seraya mendekati ibu saudaranya. Qistina mengambil kotak cincin yang disimpannya di dalam laci meja di sisi katil. Dia menyarungkan cincin itu ke jari Qashreena. Gadis itu tergamam.
“Reen pakai ni..’ kata Qistina. Qashreena melirik ke arah ibunya. Tengku Hanis tidak berkata apa-apa. Dia juga sepertinya belum mengerti kemahuan Tengku Qistina saat itu.
“Arin jangan buka cincin ni, ya. Ibu Long nak Reen pakai cincin ni sampai bila-bila.” pesan Qistina. Qashreena diam.
“Reen, keluar sekejap. Ibu nak bercakap dengan Ibu Long.” arah Hanis.
“Baik, bu,” ujar Qashreena lalu meninggalkan ibu dan ibu saudaranya. Dia membelek-belek cincin yang disarungkan oleh Tengku Qistina tadi.
Sebelum ini kerap juga Ibu Longnya memberikan hadiah seperti itu kepadanya. Kebanyakannya masih dipakai selagi dapat digunakan. Jika sudah tidak boleh digunakan pula, Qashreena akan menyimpannya di dalam sebuah kotak berbentuk peti harta karun yang juga pemberian Tengku Qistina.
“Cantik..” getus Qashreena.
Di dalam bilik, Hanis mendekati kakak iparnya. Dia duduk di sisi katil. Qistina masih lagi membelek-belek kotak cincin yang kini kosong.
“Kak, apa makna semua ni? Kakak macam lebihkan Arin daripada Zhaf, anak akak sendiri. Dari dulu lagi Nis perhatikan. Kadang-kadang Zhaf datang mengadu pada Nis. Dia cemburu lihat akak beri macam-macam pada Arin..” ujar Hanis.
“Nis, akak nak minta Nis jaga Arin baik-baik.”
“Mestilah Nis jaga dia, kak. Reen kan anak Nis. Lagipun, dia sahajalah yang Nis ada. Nis dah tak ada orang lain lagi, kak.”
“Akak nak Nis satukan Arin dengan Zhaf, boleh?” pinta Qistina. Giliran Hanis tergamam.
                        *                      *                      *                      *                      *
“Qashreena, datang ke bilik saya masa rehat nanti.” arah Puan Anita. Qashreena yang sedang menjalankan tugasnya tersentak. Entah bila masanya gurunya itu tiba.
“Baik, puan..” balasnya.
Setelah Puan Anita berlalu, Qashreena melirik ke arah jam tangannya. Masih ada 10 minit sebelum kelas bermula. Loceng di asrama sudah berbunyi memanggil-manggil pelajar untuk perhimpunan pagi. Keadaan di asrama di seberang jalan berhadapan dengan sekolah sudah lengang.
“Abang Zhaf, nak tutup pagar sekarang ke? Rasanya macam dah tak ada budak lewat lagi ni..” tanyanya sebaik sahaja melihat Tengku Zhafran, sepupunya yang juga ketua pengawas sekolah, melalui kawasan itu.
“Lima minit lagi, Reen. Tunggu sahajalah. Sekejap lagi mesti ada lagi yang datang lewat. Kalau bukan budak asrama, budak luar..” balas Zhafran sebelum meneruskan perjalanannya ke bilik guru. Qashreena memandang dengan pandangan kosong. Fikirannya terfokus pada arahan Puan Anita tadi.
“Ada apa, ya?” tanyanya sendirian.
                        *                      *                      *                      *                      *
Qashreena mengetuk pintu bilik PK HEM. Puan Anita sedang berbual di telefon. Dia menanti seketika sebelum mengambil keputusan untuk duduk di kerusi yang disediakan di hadapan bilik itu.
“Qashreena, masuk.” panggil Puan Anita setelah menamatkan perbualannya. Dia meletakkan dokumen-dokumennya ke dalam bakul ‘MASUK’ di sudut sebelah kanan meja.
“Ada apa-apa yang boleh saya bantu, puan?”tanya Qashreena.
“Duduk dulu, Qashreena.” ujar Puan Anita.
“Hmm.. Saya dengar awak ada lakukan kesalahan..” kata Puan Anita memulakan bicara setelah Qashreena mengatur duduknya.
“Betulkah, puan? Saya rasa saya tak ada buat apa-apa pun.” balas Qashreena. Dia mencari-cari kalau-kalau ada kesilapan yang dilakukannya.
“Peraturan 5.1, dilarang memakai atau membawa sebarang barang kemas ke sekolah. Awak rasa awak ada langgar peraturan tu?” tanya Puan Anita. Qashreena terhenti. Dia meraba-raba cincin emas di jarinya.
“Tapi..”
“Awak pengawas, Qashreena. Saya tak mahu ada pelajar yang jadikan itu alasan untuk melanggar peraturan. Benda ni memang nampak remeh. Tapi saya tak mahu benda remeh-temeh macam ni merosakkan reputasi badan pengawas. Lebih-lebih lagi awak tinggal di asrama. Mustahil pelajar lain tidak perasan tentang cincin tu. Awak faham, kan?”
“Ibu Long saya tak benarkan saya buka cincin ni.” kata Qashreena membela diri.
“Kalau begitu, awak kena sediakan surat tunjuk sebab.” tegas Puan Anita. Telefon di sisinya berdering nyaring.
“Maafkan saya,” ujar Puan Anita sebelum menjawab panggilan. Seketika kemudian, dia berpaling kembali ke arah Qashreena.
“Tolong panggilkan Tengku Zhafran, kemudian balik ke kelas awak..” arah Puan Anita.
“Ada apa, puan?” tanya Qashreena.
“Panggilkan saja Tengku Zhafran.” ujar Puan Anita tanpa menjawab soalan Qashreena. Mendengar itu, Qashreena terus ke kelas Tengku Zhafran. Seketika kemudian, dia kembali ke bilik PK HEM bersama Zhafran.
“Qashreena, kan saya suruh awak balik ke kelas?” desis Puan Anita sebaik melihat wajah Qashreena tersembul di muka pintu setelah Zhafran memasuki biliknya
“Saya nak tahu apa yang berlaku. Kalau ada sesuatu berlaku pada keluarga Abang Zhaf, maknanya ada kaitan dengan saya.” tegas Qashreena.
“Dia sepupu saya, puan..” ujar Zhafran membela apabila dilihatnya Puan Anita seperti hendak memarahi Qashreena. Puan Anita mengangguk.
“Baiklah kalau begitu. Zhafran, ayah kamu dalam perjalanan ke sini. Satu jam lagi dia sampai. Ibu kamu sakit tenat..“ ujar Puan Anita.
                        *                      *                      *                      *                      *
“Hati-hati balik, yah. Jangan fikirkan sangat tentang ibu. Bahaya ayah balik seorang macam ni..” pesan Zhafran.
“Yalah, Zhaf. Kamu pun belajar elok-elok. Kamu sahaja harta ayah yang tinggal. Arin, Ayah Long balik dulu,” ujar Tengku Hadi sambil memandang anak saudaranya itu.
“Zhaf, ibu suruh jaga Qashreena..” bisik Hadi ketika Zhafran menyalaminya. Qashreena sudah mengangkat begnya untuk ke asrama puteri yang agak jauh dari situ.
Zhafran memerhati kereta ayahnya yang  mula meninggalkan kawasan asrama. Qashreena sudah di pintu asrama puteri. Setelah menandatangani buku keluar-masuk di pos pengawal, dia mengambil barang-barangnya yang diletakkan di pangkin di hadapan asrama.
Merasa dirinya diperhatikan, Qashreena menoleh. Zhafran masih di hadapan wakaf tempat Tengku Hadi menurunkan mereka tadi. Qashreena melambai ke arah Zhafran sebelum masuk ke kawasan asrama puteri yang dipagar dengan zink untuk tujuan keselamatan.
                        *                      *                      *                      *                      *
Lima tahun kemudian…

“Tengku, Tengku sudah sedar?” tanya suara itu. Zhafran cuba menggerakkan tangannya dan mengatur kedudukan badannya. Kesakitan menjalar di seluruh tubuh. Pandangannya masih berpinar.
“Awak siapa? Saya di mana sekarang?” tanya Zhafran setelah dirasakan sakitnya berkurangan. Dia memandang wajah pemuda sebayanya itu.
“Saya Karim. Tengku di hospital sekarang. Sekejap lagi doktor datang. Saya sudah panggilkan tadi..” balas Karim.
“Qashreena.. Qashreena mana?”
“Maksud Tengku, perempuan yang dengan Tengku tadi tu? Jangan risau, Tengku. Dia selamat. Sekarang dia masih dirawat.”
“Baguslah..” desis Zhafran lega. Dia cuba mengingati apa yang terjadi. Kesal rasanya kerana tidak mendengar nasihat ayahnya supaya tidak memandu lagi. Hampir saja dia menjerumuskan Qashreena ke lembah kematian. Penyakit epilepsi yang dihidapinya sudah beberapa kali menyerang ketika sedang memandu.
                        *                      *                      *                      *                      *
“Waalaikumussalam. Oh, Abang Im.. Nak jumpa? Boleh. Di mana? Okey. Nanti Reen ke sana, ya. Dalam pukul.. Lima? Okey.”
“Siapa tu, Reen?” tanya Zhafran sangsi. Qashreena nampak ceria setelah mendapat panggilan itu sedangkan baru sebentar tadi dia merungut tentang pelajarannya dan minta dibantu.
“Abang Im.. Dia nak jumpa Arin petang ni.”
”Karim? Buat apa dia nak jumpa Reen?”
“Reen minta tolong dia carikan maklumat untuk program minggu depan. Hmm.. Ada satu lagi Reen nak beritahu abang. Nak tahu tak?” tanya Qashreena memancing tatkala melihat Zhafran seperti tidak mengambil berat apa yang dikatakannya. Zhafran mengangguk kecil.
“Reen dengan dia sekarang,” ujar Qashreena.
Zhafran membisu. Niatnya terbantut. Sudah lama dia menyimpan perasaan pada sepupunya itu. Dalam hatinya, dia mengeluh sendiri.
                        *                      *                      *                      *                      *
“Zhafran, ini pesanan terakhir ibu Zhaf sebelum dia meninggal. Ayah rasa sudah sampai masanya Zhaf tahu perkara ni.” ujar Hadi sambil menghulurkan surat yang ditinggalkan oleh Tengku Qistina untuk anaknya.
Zhafran membuka surat itu dan membacanya perlahan-lahan. Ringkas sahaja isinya. Hadi menanti dengan penuh debaran. Apa yang dirahsiakannya selama ini akhirnya harus diketahui oleh anaknya. Segalanya kini harus diputuskan oleh Zhafran.
“ Ibu nak Zhaf kahwin dengan Reen?” tanya Zhafran minta kepastian.
“Zhaf rasa?”
“Tapi Reen cintakan Karim. Dia takkan pandang pun muka Zhaf yang tak kacak ni, yah.” kata Zhafran. Nafasnya masih terasa disekat oleh sesuatu.
“Zhaf sendiri macam mana?” tanya Hadi tanpa memberi jawapan yang pasti. Zhafran mengeluh.
“Ayah tahu Zhaf sayangkan Arin. Siapa kata anak ayah ni tak kacak. Tinggi. Tegap. Putih melepak macam tuan puteri. Kerja pun elok. Zhaf cuba bincangkan dengan Reen dulu.” pujuk Hadi.
“Tengoklah dulu, yah.” putus Zhafran. Dilema itu menyesak di minda dan dadanya.
                        *                      *                      *                      *                      *
“Tak boleh ke kita batalkan semua ni, yah?” tanya Qashreena cuba memujuk ayahnya.
“Reen jangan nak mengada-ngada.”
”Tapi Reen nak kahwin dengan Abang Im..”
” Tak boleh, Arin. Dia tu siapa? Kita ni siapa?”
“Apa salahnya kalaupun dia bukan dari keturunan elit, yah?”
“Kau nak malukan keluarga kitakah? Tengku Zhafran nak diletak di mana? Campak ke laut?” tengking Raja Hakimi.
”Apa kaitan Zhaf dengan semua ni, yah? Reen nak kahwin dengan Abang Im. Bukannya Zhaf.”
”Baru sekarang kau nak tanya apa kaitan Zhafran dengan semua ni? Kan dari dulu lagi ayah dah larang kau berkawan dengan budak Karim tu?”
“Habis tu? Apa kena-mengena dengan Zhafran, ayah? Arin tak nampak pun Zhafran tu sebagai penghalang. Zhaf cuma sepupu Arin, bukan?”
”Kau nampak apa kat tangan kau? Apa yang Tengku Qistina bagi kau dulu? Apa yang kau pakai tu? Jawab!”
Qashreena terkedu. selama ini dia tidak pernah teringat cincin itu pemberian Tengku Qistina, arwah ibu Zhafran. Baru dia mengerti kenapa Tengku Qistina beria-ia hendak menyarungkan sendiri cincin itu ke tangannya sedangkan Qistina sendiri ketika itu sedang sakit. Sakit yang meragut nyawanya.
“Kenapa diam? Bisu? Tadi boleh pula menjawab.”
Qashreena masih membisu. Tidak mampu lagi bersuara. Cincin itu tidak pernah sekali pun ditanggalkannya. Itu wasiat terakhir Tengku Qistina untuknya. Dia tidak pernah melepaskan cincin itu dari jarinya walaupun terpaksa bersusah-payah menerangkan kepada gurunya dahulu tentang cincin itu.
“Arin..” panggil Raja Hakimi lembut. Dia duduk kembali di sisi anaknya itu apabila melihat Tengku Qashreena terdiam.
“Maafkan Arin, yah.. Arin..”
Qashreena teresak.
“Tak apa, Reen. Ayah pun minta maaf sebab tak pernah terangkan pada Arin kenapa Arin tak boleh tanggalkan cincin tu. Arin tak tahu pun yang Zhaf tu sebenarnya tunang Reen selama ni,” pujuk Hakimi. Tangannya membelai lembut rambut anak kesayangannya itu.
                        *                      *                      *                      *                      *
Tengku Qashreena mendiamkan diri. Sejak dua minggu lalu dia jatuh sakit. Raja Hakimi dan Tengku Hanis tidak dapat melelapkan mata memikirkan majlis akad nikah yang akan diadakan dua hari lagi. Keadaan Qashreena sepertinya semakin teruk. Tengku Zhafran juga sudah pusing kepala mengenangkan tunangannya itu.
Sejak Qashreena dimasukkan ke wad, sudah banyak kali Tengku Zhafran membuka dan membaca kembali salinan wasiat Tengku Qistina yang disimpannya. Sesekali air mata lelakinya jatuh membasahi pipi. Ayahnya pula tidak mahu berkata apa-apa lagi. Segala beban itu harus ditanggungnya sendirian.
Zhafran terkenang kembali wajah Karim, teman baiknya yang juga merupakan bekas teman lelaki Qashreena. Kerana dia, akhirnya hubungan Karim dan Qashreena putus begitu sahaja. Mereka menjadi rapat kerana Karim pernah membantunya suatu ketika dahulu. Patutkah dia membalas kebaikan itu dengan mengahwini Qashreena dan melukakan hati keduanya?
Tengku Zhafran buntu. Segala persiapan sudah disediakan. Qashreena tidak mahu perkahwinannya disambut besar-besaran. Cukup sekadar majlis ringkas yang menunjukkan mereka sudah disatukan. Entah apa tujuannya, Zhafran tidak mengerti. Tetapi, dia juga merasa bersyukur kerana tidak perlu membazirkan wang untuk bersama dengan gadis kesayangannya itu, juga untuk menunaikan amanah yang dtinggalkan oleh ibunya.
“Maafkan aku, Karim..” bisiknya.
                        *                      *                      *                      *                      *
“Betulkah Arin sanggup tinggalkan Karim untuk Zhaf?” tanya Zhafran sekali lagi semasa menjemput Qashreena pulang. Tengku Hanis mengikut langkah mereka dari belakang. Mata Tengku Zhafran melirik ke arah Karim yang  berdiri di taman berdekatan tempat letak kereta hospital. Dia sengaja memberitahu Karim tentang keadaan Qashreena. Sekurang-kurangnya terubat juga rindu temannya itu.
Melihat Tengku Zhafran seolah-olah melambai seseorang, Qashreena mengalihkan pandangannya ke arah teman. Namun, apabila melihat Qashreena menoleh ke arahnya, Karim lantas menyembunyikan diri di sebalik pokok. Dia tidak mahu melihat air mata Qashreena gugur lagi.
“Reen, Arin tak jawab lagi soalan Zhaf tadi. Arin cari apa kat sana?” tanya Zhafran lagi. Tangannya menyeluk poket mencari kunci kereta.
“Zhaf, biar Arin naik dengan Zhaf sajalah. Ibu Ngah pulang dulu, ya? Jangan pandu laju sangat.” ujar Tengku Hanis. Zhafran mengangguk lantas membukakan pintu untuk Qashreena. Melihat ibunya berlalu pergi, Qashreena hanya mampu menurut apabila Zhafran menyuruhnya naik.
“Janganlah segan dengan Zhaf. Macam tak biasa saja. Duduk elok-elok, ya. Kereta Zhaf ni kecil saja. Ayah dah tak bagi bawa kereta besar lagi. Asyik nak berlanggar saja. Atau, Reen takut? Zhaf dah makan ubat pagi tadi. Insya-ALLAH tak ada apa-apa,” ujar Zhafran.
                        *                      *                      *                      *                      *
“Arin, janganlah degil macam ni. Arin kena terima semua ni. Lagipun, bukankah Reen yang nak semua ni dulu..” pujuk Tengku Hanis. Qashrena enggan berkata-kata lagi walau sepatah pun. Pesanan pengiring Zhafran sebentar tadi mencengkam dirinya.
Setelah dia membuang segala perasaannya terhadap Karim untuk menunaikan wasiat Tengku Qistina, akhirnya segalanya harus jadi berantakan seperti ini. Dia sudah mula memekarkan cintanya terhadap Zhafran, sepupunya sendiri, dan ini balasannya. Segalanya seperti sia-sia saja.
“Arin, maafkan Zhaf. Zhaf tak sempat hidup bersama Arin. Zhaf harap Reen duduk elok-elok dengan Karim. Jangan menangis, Reen. Maafkan Zhaf,,”
Suara itu bergema lagi di mindanya. Qashreena bagai tidak percaya apa yang didengarnya.
Karim terpana mendengar perkhabaran itu.
“Zhafran..”
 Matanya hala keluar.
“Mengapa ini semua harus terjadi? Aku baru hendak tumpang gembira dengan pernikahan sahabatku biarpun cintaku untuk Qashrena belum luput. Apakah ini memang jalan takdirku?”
Matanya dialihkan menentang mata Raja Hakimi. Mata itu seolah-olah memberitahu agar mereka meneruskan sahaja majlis itu. Tentang Zhafran, akan difikirkan kemudian. Insya-ALLAH, dia akan selamat. Hanya doa yang mampu mereka titipkan.
“Ayah,” panggil Qashreena. Raja Hakimi menoleh.
“Tak payah bersanding, ya?” pinta Qashreena. Hakimi terpaku seketika. Kemudian, dia mengangguk setuju.
“Terima kasih, ayah,” bisik Qashreena. Dia memandang Karim. Senyuman hambar terukir.
                        *                      *                      *                      *                      *
Tanah mula dimasukkan kembali ke liang lahad. Segalanya suram dan sunyi. Tengku Hadi tidak dapat menahan sebak. Tengku Hanis memeluk abang kembarnya, cuba memujuk.
“Hadi dah tak ada siapa-siapa lagi, Nis,” ujarnya hiba.
“Nis kan ada,”
“Tak sama dengan Qis dan Zhaf.” desisnya. Hanis diam, cuba mengerti perasaan Hadi. Karim dan Qashreena sekadar memerhati dari jauh. Tarikh perkahwinan mereka yang terpahat pada batu nisan itu membuatkan masing-masing berjanji untuk tidak meraikannya. Zhafran disahkan meninggal dunia pada malam pernikahan mereka.
Setelah segalanya selesai dan talkin dibacakan, mereka meninggalkan kawasan tanah perkuburan itu. Tengku Hadi menjadi orang terakhir di situ. Dia duduk seketika memerhati tanah kubur yang masih memerah di samping makam isterinya sendiri yang baru dibersihkannya minggu lepas. Seperti kedengaran suara Zhafran berbisik, doakan kami, ayah.. Akhirnya dia bangkit setelah dipujuk oleh Hanis, satu-satunya saudara sedarah yang dia miliki.