Showing posts with label kisah. Show all posts
Showing posts with label kisah. Show all posts

Wednesday, November 16, 2011

Presentation BEL yang Hancur

Demam beberapa hari (Pergi minum air Perlis lagi! Dah tau tak boleh minum! Apa boleh buat tak mampu lagi nak beli Spritzer Mini Dispenser..* dan langsung tak buat persediaan untuk presentation subjek paling senang untuk sem ni, tak membebankan kepala *sampai terlupa yang kena buat slide untuk presentation, malam tadi baru buat, pagi tadi masukkan gambar sementara tunggu orang buka kelas yang terkunci*.

Oh, tapi tetap berpuas hati dengan slide sebab bila cari gambar untuk background terus jumpa gambar yang simple dan terbaik! *Dan cuma guna satu slide untuk presentation dalam tempoh kurang lima minit*


Ya, aku memang agak obses dengan siri Harry Potter dan sekarang beralih ke karya Rick Riordan atas pengaruh Encik Novelis aku yang sorang ni..

Sumber
NotaBuku:
Pstt:: Nis baca buku download dari mediafire buat masa ni sebab itu cara paling senang. Sampai Encik Novelis buat surat terbuka kepada SKMM *Tapi dalam SMS je la*

Dear SKMM,
Sila block mediafire untuk meningkatkan industri filem malaysia kerana nis dah download karya Rick Riordan.

Sekejap. Apa kaitan download novel dengan industri filem? Grrr..

Thursday, October 27, 2011

Tugas Hari Ini

Nis: aku tengah cari data ni..
A: Data apa?
Nis: econometrics.
A: Erk! Apa tu?

Nis: tengah cari data ni.
B: data macam mana?
Nis: ada 100 observation, satu dependent variable, lima independent variable.
B: (tak terkata)


Nis: mana data ni tak jumpa pun..
C: Data apa?
Nis: Data projek. nak 100 observation, satu dependent variable, 5 independent variable.
C: Ya rabbi apa yang kau belajar ni?
Nis: econometrics.
C: Surrender terus.

Korang baru dengar dah sesak nafas kan T_T

Friday, September 9, 2011

Sekejab Sahaja

Lama tak menulis membuatkan aku merasa janggal mengarang lagi. Bukan aku sengaja tapi sebenarnya kebebasan aku menulis sudah digugat. Apa pun yang aku lakukan sudah tak mampu memuaskan hati aku tapi aku masih sayangkan hasil karyaku yang kebanyakannya tergantung di pertengahan jalan kerana beberapa sebab.

Bila aku jatuh hati pada seseorang, ada karyaku yang tersekat tak berpenghujung.
Bila aku terluka,
Bila aku kecewa
Bila aku marah
Bila aku putus asa, tentunya

Membuang blog ini sama ertinya dengan membuang sebuah memori manis.

Mungkin aku takkan selalu ada di sini lagi.

Mungkin aku perlu lebih tumpukan pada matlamat baru.

Mungkin Encik Novelis yang boleh bantu.

Mungkin laling Namia boleh ternak hamster di sini sebanyaknya.

Ah, abaikan.

Wednesday, June 15, 2011

Keretapi Malam

Kali pertama nis naik keretapi adalah pada 18 April 2009. Hari terakhir di matrikulasi. Balik selepas mengambil peperiksaan Medsi dan Munsyi – nis tak layak jadi guru dan tak layak masuk USM.

 

Sejak kali pertama tu, tak pernah lagi nis naik bas ekspres ke mana-mana. Lebih-lebih lagi nis memang ditakdirkan untuk menyambung pelajaran di utara tanah air lepas SPM. Kuala Nerang, Kedah kemudian di Arau, Perlis. Perjalanan jauh dan laluan dari Perak ke Pulau Pinang yang menakutkan di sepanjang lebuhraya menjadi punca.

 

Keretapi malam bawa banyak kenangan. nis dapat berkenalan dengan orang Kanada, pernah kena ngorat dengan orang Afrika =.=” dan gathering blogger paling unik setakat ini adalah pertemuan di stesen keretapi Taiping. Tapi nis langsung tak jejak stesen. Nak tahu apa yang berlaku? :malu Tak payahlah.

 

Tren nombor 21 membawa penumpang ke arah selatan. tren nombor 22 membawa penumpang ke arah utara.

 

nis pernah duduk di sekitar Taiping dalam tempoh lebih kurang dua bulan. Dan cuma pernah pergi ke dua tempat yang betul-betul berada di Taiping. Stesen bas Taiping dan Taman Tasik Taiping.

 

Eh, tadi bukan nak cerita tentang keretapi malam ke? Apa melalut ke Taiping ni?

 

Haha.. nis memang suka melalut.

 

NotaBuku:
Mungkin suatu hari nanti nis akan naik keretapi malam dan turun di stesen Taiping, siapa tahu.

Tuesday, June 7, 2011

End of Story…

Well, I’ll say, the movie is so far away from the book. Let it go, Mr. Blogger. You’re right. I better not watch the movie. Too many cuts and less the passion.

 

Continue with the next book?

 

Nope. I’ll have to memorise two more hadith as for each morning we have the hearings. Sigh~ I don’t have that much ability to memorise things exactly as they were. I can have this part and that part but to memorise them all as they are is out of my talent.

 

Can I just run away?

 

big-mad

 

No that’s not gonna settle the problem, does it?

 

Seems like I’ve got to shout

 

HELP!aaa

Monday, June 6, 2011

Now, Now…..

Nemesis!

 

Oh what chapter is it? The god of revenge?

 

Ehem… Mr. Blogger, where’s my Adam Qaiser? I’ve been missing it so much. Please……

 

0167

Another Percy?

Weah that’s my bad habit. Write while I’m still reading not even half of a book. Or anything. I like to take notes – like he said, he would be surprised if I’m not interested in being a secretary. I was – not once – a secretary.

 

And there it goes, The Oracle. I think this book took in almost every other story into it. I’m not gonna be surprised to see if there would exist someplace that would look like I’ve read them before, just in different situation.

 

Harry Potter, Matrix, Greek gods and what else? Can’t bear it anymore.

 

And LABYRINTH, Mr. Blogger? You really mean it. Ok we’ll see what my room would look like later ok dear? bubble-bear34

 

NotaBuku:
Hahaha. Bahasa lama aku dah keluar balik. Dear, darling, laling and whatsoever. I love my old days, but I love these new moments more – I think so. Gadis Sepi? She’s happy. *Wonder why Facebook won’t accept the name Gadis Sepi. I tried many times changing Deejay Aleeya into Gadis Sepi but all with vain. Sigh~*

About the Weekend – Which is not even actually on a weekend

Of course, do you call Tuesday a weekend?

 

I’ve been spending the first seriously free eve here by reading the first book of Percy Jackson – thanks to Mr. Blogger telling me about it – I’ve downloaded from the internet the previous day. But I don’t manage to download the movie – yet.


While reading, I was comparing it to Harry Potter – almost the same idea of story but with different author and each of them have their own humorous side.

 

Yes reading in English is that fun if you can actually visualise them.

 

Just as info – when I read books, I didn’t see the words but I can clearly see the characters in my mind. No wonder I always seem to be carried away by only a few chapters and laugh my way to the end of the journey even if there were some characters killed in the making.

 

Yeah yeah.. I am writing in clear English. I read KHURAFAT TAHAYUL ILLUMINATI FREEMASON whatsoever book in the middle of PENGAJIAN HADITH programme.

 

So what?

 

It’s just a book, isn’t it? It’s not like I’m gonna believe I’m Percy or Harry Potter or Ariana Dumbledore. I am just someone people call WEIRDO. Just like those characters.

 

Yeah I’m kinda mentally retarded if you refer to the warden at my half-boarding school located at Jalan Ilmu, Batu Gajah Perak. She said I am retarded – but somehow I’m just being on my own. At least I don’t disturb people.

 

Whatever.

 

There are weird people in this world. We existed.

 

And Mr. Blogger even called me rare. *Hey wait! He is one! He talk to the animals – just like I did. Ok ignore it.*

 

Call me names. I say I DON’T CARE.

 

Now for the next chapter. Thanks Mr. Blogger. Now I love this place – because of the internet connection, and the books, and the nature. But not enough to make me call home. Oh, is that actually a home? And where’s my phone just now? Hmmm.. Maybe deep in the pond swimming with the kois.

 

Go on. Call that boy again. It’s not like I’m gonna actually talk to him like it should be. I can’t talk to him. He look almost like Mr. Blogger which make me talk like “Ermm..”, “Umm..”.

 

Wanna go find out who Mr. Blogger is? Oh I forget. He is still trying to revive his blog. Poor Mr. Blogger.

 

NotaBuku:
Ok I’ll take his word into heart. Just forgive them. Thanks my dearest Mia and Mr Blogger to be listening ears even sometimes it seems like I’m shouting my heart into your hearts.

Friday, June 3, 2011

Yeah, nice one!

Dah malas bertekak. Orang takkan faham kalau aku menangis sepanjang hari tu maksudnya apa. Mahunya mesti diturut walaupun tak masuk akal.

 

Dalam zaman dunia didominasi lelaki ni ada ke pekerjaan yang tak menuntut perempuan untuk pakai seluar sama sekali? Cikgu pun kalau pergi sekolah setiap hari pakai baju kurung, bila waktu sukan atau pergi menyertai perkhemahan mesti pakai seluar juga kan.

 

Suruh berhenti belajar (dengan amaun PTPTN mencecah 7k) dan kerja tapi dengan syarat kerja tu tak perlu untuk pakai tudung lebih pendek daripada labuh 45, tak boleh pakai seluar tapi kelulusan cuma taraf SPM. Ada ke?

 

Nis ajukan pertanyaan ni kepada Encik Novelis dan dia kata “Tukang sapu pun kena pakai seluar”.

 

Set. Nampak tak? Kerja korporat? Layak ke? Jadi kerani pun belum tentu boleh pakai baju kurung sepanjang masa.

 

Dunia didominasi lelaki sementara pekerjaan didominasi wanita. Dunia lebih dominan daripada pekerjaan dan bererti etika berpakaian harus mengikut citarasa orang yang memegang dunia. Jadi apa?

 

Salah satu sebab graduan ramai menganggur: Memilih kerja.

Sebab kedua: Terpaksa memilih kerja walaupun sebenarnya dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan halal dan boleh sambung kehidupan.

 

Oh, nanti ada orang akan kata “Jadi awak rasa awak dikongkonglah ni?”

 

Memang pun zaman sekarang ni perempuan terkongkong dengan peraturan yang selalu mengatasi aturan agama.

 

Tak guna ada ijazah kalau common sense tak ada. Zaman dah berubah. Sekarang ni “kalau nak hidup, buat. Kalau tak sila jadi mayat.”

Wednesday, May 18, 2011

Wanita Itu

Wanita itu
Kayanya dia
Gelangnya penuh hingga ke siku
Rantainya mutiara tak terkira butiran
Subangnya dihiasi permata berkilau
Matanya ditemani bulu lebat lentik
Suaranya beralun nyanyian merdu
Mahkotanya emas kuning menyilau
Pakaiannya sutera paling berharga
Sepatunya kaca tanpa cela

Wanita itu
Kayanya dia
Cincinnya adalah kalimah syahdu
Asyhadu Alla Ilaha IllaLLAH
Wa Asyhadu Anna Muhammad ar-RasulaLLAH
Gelangnya adalah
Doa yang diucap saban waktu
Rantainya kalungan zikir yang gugur dari bibir
Subangnya dari tapisan kata-kata berhikmah
Matanya hanya memandang yang indah dan haq
Suaranya melagukan ayat-ayat cinta dari al-Quran
Mahkotanya kerudung menutupi dadanya
Pakaiannya sopan santun kurniaan ILAHI
Sepatunya hasil pengabdian sepanjang malam

Wanita itu
Beruntungnya dia kerana taqwanya
Bahagianya dia atas sederhananya
Indah hidup di dunia kerana akhlaqnya
Sempurna hidup di akhirat natijah amalnya.

0856p
29082009
SaLihaTuN NiSWah

 

Nukilan aku pada hari lahir ke 19 kurang dua tahun lepas. Dari doa dan impian ayah bunda. Aku ingin jadi wanita itu..

Thursday, May 12, 2011

Seringkas Mungkin

1. Telefon rosak. Mungkin tak akan ada lagi kemaskini status dari telefon untuk bulan ini.

2. Di Mydin Mall Subang Jaya. Kalau ada blogger yang nak jumpa, sila ke medan selera di tingkat bawah. Kalau gerai Western Food dibuka, mungkin nis ada di sana.

3. Tak keruan sedikit beberapa jam terakhir tadi sebab hati tak senang mengenangkan ada lagi nota yang belum disalin ke dalam buku dari telefon bimbit. Lepas ini mungkin boleh dicampak ke dalam tong sampah. Selamat tinggal Nok2626.cry *dah sayang sangat. Mungkin dah 8888 juta kali mak suruh buang.*

4. Baru perasan sebenarnya, warna latarbelakang blog ni sama dengan warna perumah Nok2626.

5. Ada teman suruh aku minta pada “abang blogger” *dia yang gelar begitu bukan nis.*. Tolong. nis takkan minta apa-apa pun dari dia. Selagi hidup masih dunia dia, dia – nis, nis. Ya, mungkin gurauan saja. Tapi… eheh  *malu*

6. Ya, ada orang gelak sebab nis telefon dia guna telefon awam. *Eh, ada lagi telefon awam zaman ni?* Sampai hati.

7. Encik Novelis, sila tepati waktu. Walaupun “Editor yang Garang” "dah tak garang" kebelakangan ni, dia akan jadi garang balik kalau tak dapat baca episod 7 tepat pada waktunya.

8. Kenapa terngiang suara dia sepanjang malam ni =.=” *berangan lagi*

9. Tepat pukul 12. Perlu tidur sekarang. *Eh, lupa nak beritahu! Entri ni ditulis pada waktu malam*

 

NotaBuku:
No. 7 dipadam sebab dia dah hantar sebelum nis publish entri ni. Bagus.. Bagus.. ^_^

Monday, May 9, 2011

Dendam

Beberapa jam berfikir baru terniat nak tulis tentang isu ini. *Ada orang suruh tulis fasal Percy Jackson T_T Mana pernah baca.*

Hari ni bermula baik sangat sebenarnya. Dengan benda-benda sengal *kemaskini status fb hampir 20 status dalam masa tak sampai lima minit memang patut orang naik angin kan? Tak apa, lepas ni dia takkan nampak status nis lagi.* yang disengajakan. Tapi tak sempat habiskan cerita tu sebab kena gertak T_T.

Tapi mood mula beralih arah bila ada orang menyakat nis dengan [via public phone depan rumah aku] dan seumpamanya. Bukan sekali tapi banyak kali. Okey, nis cuma tegur saja. Masih dalam senyum yang tersirat.

Tapi bila dia ungkit kisah lama, yang tak ada kaitan dengan apa yang dia buat, memang nis panas hati.

Dia kata nis berdendam dengan dia sebab kisah lama.

Eh, silap oranglah =.="

nis bukan jenis orang yang simpan dendam. Tapi jenis orang yang terlalu detail sampai menakutkan orang. Kalau tulis diari kadangkala nis tulis siap dengan saat.

nis mudah lupakan kesalahan orang. Dan nis tak marah pada “orang” tapi pada sikap orang tu. nis percaya manusia berubah mengikut situasi. Kesilapan silam bukan kayu pengukur hati budi orang. Semua manusia buat silap.

Tapi jangan cuba ungkit kisah lama. Dan sila jangan perasan lebih. Aku bukan janda kau.

Dari Gadis Sepi ke Dara Rebutan nis kembali jadi Gadis Sepi. Bila Jejaka Sunyi tanya macam mana nis boleh jadi Gadis Sepi balik, nis jawab “mungkin perlukan Jejaka Sunyi”. Ternyata ayat itu memakan diri =.="

Fuh! Berani kau tulis benda ni di blog kau, hanis?
Ya, berani. Tapi untuk publish nis perlu fikir beberapa juta kali.
Encik Jejaka Sunyi *yang dah tak sunyi lagi harapnya* boleh kan?

~Eh, dia bukan blogger ke? Mana link blog dia?
nis: Sila cari sendiri. *tak nak bunuh diri dengan meletakkan link dia di sini*.

NotaBuku:

Single but not available, or taken? I prefer TAKEN.

Tuesday, May 3, 2011

Oh Lelaki Idaman

Gadis-gadis di luar sana mesti ada simpan kriteria lelaki idaman kan? Normallah tu…

Ini senarai kriteria lelaki idaman yang pernah nis buat dulu.

1. Tinggi
2. Bijak
3. Pandai berhumor
4. Romantik
5. Boleh faham apa yang nis mahu
6. Tampan
7. Tak mengongkong
8. Tahu jaga penampilan diri
9. Ada cita-cita
10. Ada minat yang sama

 

Tapi sekarang..

1. Tinggi
2. Bijak
3. Pandai berhumor
4. Romantik
5. Boleh faham apa yang nis mahu
6. Tampan
7. Tak mengongkong
8. Tahu jaga penampilan diri
9. Ada cita-cita
10. Ada minat yang sama

1. Dia.

 

Cukup itu.

 

Sebab bagi nis, bila kita jatuh hati pada seseorang, itu maksudnya dia sudah cukup sempurna di mata kita. Tak perlu bandingkan dengan siapa-siapa. Tak perlu diubah itu ini (kecuali pada benda-benda yang memang seharusnya tak patut ada contohnya tabiat merokok, suka memecut di jalan raya dan sebagainya).

Monday, April 18, 2011

Mencari Satu Petanda

Hari ini dia berjalan menyusuri ruang kosong di lorong kampus. Memerhati alam dari sudut tertinggi pekan sunyi hujung dunia. Sepi yang menyelubungi tidak hanya di luar tetapi di dalam diri.

Dua puluh buah bilik kosong menyapa mata. Beberapa orang gadis sedang melintasi jalanraya untuk ke bangunan kelas yang terasing dari bangunan yang lain. Berborak sesama sendiri - mereka pasti tidak perasankan kehadirannya di situ.

Iza menuju ke kantin. Perut yang lapar sudah minta diisi. Sarapan pagi dengan apa pun belum lagi difikirkannya. Yang pasti, dia harus makan untuk meneruskah haluan hidup. Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.

"Kau baru makan?" tanya Ani.

"Ya. Tadi aku ke kelas sekejap memerhati suasana pagi. Bukan senang melihat matahari terbit,"

"Kau ke sana sendirian saja?"

"Macamlah kau tak kenal aku,"

"Lain kali ajaklah aku sekali. Aku pun teringin juga tengok matahari terbit,"

"Kalau kau bangun selepas burung berhenti berkicau, jangan mimpilah," desis Iza.

"Yalah. Esok aku bangun awal. Kita pergi sama-sama, ya?"

"Awal," Iza mengingatkan sebelum Ani berlalu.

Wednesday, April 13, 2011

Yang Benar Tetap Benar


Ya, balasan daripada JS selepas nis hantar bukti cubaan mencuri kali kedua oleh makhluk halus.

Doakan sampai ke bahagian penerbitan dengan selamat.

Untuk baca novel tu dari mula sampai yang terkini boleh ke sini KARYA HANIS ALEEYA. Oh, sebelum terlupa, nis takkan siarkan keseluruhan novel dalam tu. Cuma sampai bab 50 je. Ada 90 bab semuanya.

Thursday, April 7, 2011

More Than Forever

“Hey, you know what?”
“What?”

“It’s almost that time,”

“What time, dear?”

“For me to let go of you,”

All seems that there’s no place to go, any space to move. Even the air stops. Freezed. Stunned.

“I’m sorry, dear. But my time would come soon,”

“No. You’ll live with me forever. Even if there’s a thousand years that would be mine. I’ll love you whatever there would be,”

“If only I have it, dear,”

And another silence.

“If I had a thousand years to love you, I would need to live a thousand more. As so much love inside I want to give you. You’re the one I’m waiting for,”

“Then why let go?”

“Darling, you... A lifetime ain’t enough to love you. There’s not enough time to have you here beside me,”

“I’ll be with you all the time. We promised.”

“No, please. I don’t want to hurt you watching me dying,”

“Promise is promise. Keep it please,”

“If I could, I would give you more than forever. I would love you no matter the end of time. I would give you more than the rest of my life. But I can’t. My time is so short. Not much that I have left to love you enough,”

“We still have time. Let us be together till end of your time if there’s not much more. I’ll stay even when you want me to go,”

“If that’s what I could do, I’ll be loving you more than forever; and if I had have a thousand of your kisses, that won’t be enough to get me around. I would seek for more than a lifetime of your kisses to get me satisfied,”

“Then let me in. Please let me in,”

“I don’t want you to die with me. You mean so much. Even when I have to go, I’ll still live within you. As you’re part of me. So please live, and leave,”

“I would leave, with you,”

“You are half myself. I can’t stand hurting you more. You know there’s not enough time to show you what I’m feeling. I’ll be loving you more than the rest of my life,”

“Just because it’s your life I cant get enough time,”

“Promise me that you’ll find someone,”

“You’re the only one for me,”

“I can’t stand watching you grieving the rest of your life,”
“I won’t. You’ll live with me, with every step I’d go,”

“Hey, baby, you mean so much to me. So don’t hurt yourself. You hurt me more than you would ever realise. There’s not enough place to show you the love that’s inside. Not much word to tell you, and not enough move; but now you know it, just ,please, leave me while I lay here waiting for my time,”

“No!”

“If you won’t go, then you may just as well close your eyes with me,”

“Can I hold your hands, then?”

“Yes, please. But, please, not too close. I don’t want you to die from my disease,”

And they both closed their eyes; slow enough for the time to pass. But they both went together. And love spreads.

If only there exist more than forever, then there’d be a better story than Romeo and Juliet.

10012011 0158a

 

NotaBuku:

One of my English short story. Guess what? Go search for what song I include in this storyline appo 2

Sunday, April 3, 2011

2 April

Ulangtahun perkahwinan ibu dan ayah. Selamat ulangtahun. Pinjam broadband jap. Malas balik Arau malam ni walaupun beg dah siap dikemas sebenarnya. Hahaha.

 

Cuma Aisyah yang tak balik minggu ni. Macam mana agaknya dia nak balik segera. :P

 

NotaBuku:

Ya, ini ucapan terlambat.

Thursday, March 24, 2011

Kerana Aku Sayang Kamu #7

“Aku dah puas pujuk dia supaya beritahu kau,”

 

“Kau bawa aku ke sini untuk apa?”

 

“Dia suruh aku bawa kau ke mari,”

 

“Tapi dia di mana?”

 

“Mia,”

 

“Fikri?”

 

“Ya, aku Fikri,”

 

Masing-masing senyap. Kelu barangkali.

 

“Fik, cakaplah!” desak Asha.

 

“Ermm.. Aku tak tahu nak cakap macam mana,”

 

“Kau nak aku cakapkan ke? Tak romantik langsunglah kau ni,”

 

“Hahaha… Yalah. Aku cakap,” balas Fikri.

 

“Tunggu apa lagi?”

 

“Tunggu kau pergi,”

 

“Malulah tu,” desis Asha sebelum berlalu.

 

“Jadi?” Mia mula bersuara.

 

“Kau dah terima semua yang aku beri, kan?”

 

“Manalah aku tahu semua atau bukan,”

 

“Aku tahu kau terima semuanya, tapi aku nak tahu sama ada semua itu terpahat dalam hati kau atau tidak,”

 

“Mungkin,” balas Mia acuh tak acuh.

 

“Kau setuju tak kalau kita…”

 

“Apa?”

 

“Jom kahwin,”

 

“Kenapa kau buat semua ni? Kejutan demi kejutan,”

 

“Aku sendiri pun tak tahu,”

 

“Baik. Itu pun kau tak boleh jawab,”

 

“Lamaran aku bagaimana?”

 

“Baik. Jom,”

 

“Eh?”

 

“Kenapa?”

 

“Entahlah. Aku pula yang terkejut,”

 

“Kau terkejut? Habis apa yang kau buat ni tak buat aku sakit jantung? Dan kau tak boleh jawab pun kenapa kau buat semua ni,”

 

“____” [Sila isi tempat kosong]

 

Tahu kan jawapannya hehe

Thursday, March 17, 2011

Brunei

Dah sekian lama tak ke Brunei, dan malam tadi tiba-tiba di GomoFM Bropian buat pengumuman; untuk sesiapa yang mahu ke Brunei untuk menghadiri majlis perkahwinan adat istiadat diraja Brunei
Aku cuma mampu buat ini >> watde
Rupanya anggerikrimba keturunan diraja 96
Bropian suruh beri nama untuk mencatar kapal terbang appo
Laling kata semuanya ditanggung.0167  Tapi cuti ni ayah kata dah tempahkan tiket ke Bandung sunyii  Tak tahu tarikhnya bila appo  Majlis anggerik dengan Bropian 29 Jun rasanya syiok  25 Jun di Melaka, 26 di Putrajaya ntah Kalau tak salahlah.

Saturday, March 12, 2011

Dunia Blogger vs Dunia Radio Online

Dunia blogger lebih banyak menyendiri sebenarnya berbanding dunia radio online. nis dah pernah join komuniti blogger Gengblogger sebelum jumpa dunia radio online ni. Di Gengblogger tak banyak yang boleh dibuat. Berkongsi tips, berkenalan sesama blogger, gathering. Semuanya boleh dibuat di radio online.

Kelebihan radio online? Kebanyakan radio online menyediakan ruangan chat untuk pendengar. Ruangan chat untuk GOmoFM ada di atas ni :).

Radio online boleh juga berkongsi tips yang orang tak boleh nak tulis, sesi luahan perasaan yang tak mampu nak dilakar di atas kamar tulis. Dan lebih nampak interaksi daripada dunia blogger tanpa sedar sebenarnya.

Tapi apa yang nis tahu, nis sayangkan kedua-duanya. Dunia blogger dan dunia radio online.

Dan nis jumpa b di radio :)

Hanya di radio ku rasa perhubungan cinta.. - Headwind, kut. Kalau tak salah.