Sikap berahsia daripada bercerita berkaitan dengan angan-angan berkemungkinan timbul daripada beberapa sebab berpunca daripada individu itu sendiri ataupun orang yang dikenalinya.
Ada individu gemar berahsia bagi menceritakan angan-angannya keranga menganggap ia tidak kelihatan penting bagi orang lain. Sikap berahsia juga timbul kerana keinginan memenuhi angan-angan itu sendiri dan menjadikannya sebagai kejutan.
Selain itu berahsia dalam berangan-angan timbul kerana pengalaman-pengalaman negatif terdahulu yang lebih mengkritik dan merendah-rendahkannya. Malah sikap berahsia timbul apabila individu itu sendiri tidak tahu bagaimana hendak menceritakannya kepada orang lain seolah-olah apa yang berada di kepala dan mulut berbatu-batu jauhnya.
- Zamri Mohamad – Magnet Cinta -
No comments:
Post a Comment