Monday, August 17, 2015
Penat Sangat Dengan Keadaan
Sunday, November 10, 2013
Sedih Dalam Gembira
Lamanya tak menulis di sini macam dah bersawang je rasanya .. tuan blog nie dah tak reti-reti nak bersihkan sawang agaknya .... biar je lah ada tukang cuci walaupun setahun sekali je...
beberapa minggu lepas sempat berwhatsapp dengan laling aleeya .. senyum lihat simbul air mata gembira itu dan ayat yang di tulis ...
saya tahu dia tak salah pilih dan dia buat pilihan yang sangat tepat jadi tak sia-sia apa yang dia katakan untuk dapatkan bahagia dia hari ini .....
hye laling .......
semoga bahagia hingga akhir hayat .... kali ini jaga diri bebaik... kita tumpang gembira sangat-sangat gembira ......
Nota : sila lihat label di bawah
Wednesday, June 5, 2013
...
Tengok juga pengantin pakai persalinan berbagai warna. Aku cuma pakai baju nikah Mak su yang kebetulan nikah tiga bulan sebelumnya. Kemudian sepersalinan baju sewa. Sekadar cukup syarat.
Kami nikah tak ikut adat. Cuma lengkapkan sekadar mampu. Hanya belanja sekadar perlu. Turutkan saja masa ibu yang betul-betul lepas pantang masa cincin pertama tersarung di jari aku. Ikutkan saja waktu ayah yang sibuk dari subuh sampai 2 pagi.
Ya, kami nikah nampak tergesa-gesa. 55 hari dari tarikh mak mertua sarungkan cincin ke jari aku, kami dinikahkan oleh ayah aku merangkap kadi kawasan kami. Jurukamera dihubungi pukul 12 malam sebelum majlis nikah. Sebab masing-masing baru teringat yang kami tak ada kamera untuk rakam kenangan hari bahagia cucu pertama Ungku Muis.
Majlis berinai hanya ada aku, ibu dan Mak Cah. Hanya bermula selepas selesai mesyuarat. Hampir 3 pagi baru aku boleh tidur tanpa nyenyak. Bimbang kalau inai terkena pada kain cadar rona krim yang dah siap dipasang, diganding dengan langsir hasil tangan ibu dari rona emas.
Tanpa pelamin, hanya sekadar meja makan beradap. Itulah majlis persandingan kami. Berlatar semarak api yang sedang berbunga, pohon sakura cinta kami. Masa ni dah tak ada kamera DSLR yang meneman. Ada gambar pun sekadar dari kamera handphone. Mak Cah yang jadi pengapit pengantin menghilang masa pengantin lelaki sampai untuk majlis makan beradap. Banyak urusan belakang tabir untuk diusaikan. Mak su yang jadi pengganti.
Tapi aku tak terkilan memilih dia.
Dia yang selalu temankan kesunyian aku, walaupun kami berbalas mesej lima jam sekali.
Dia yang hiburkan aku dengan karya lucunya walaupun dia cuba jadi serius.
Dia yang aku hanya pernah jumpa 4 kali sebelum majlis nikah.
Dia yang selalu sakit bila aku terpaksa pergi teruskan perjuangan yang tak kesampaian.
Dia yang selalu tersakiti bila aku tersalah kata.
Dia yang sentiasa beri semangat bila aku jatuh.
Berjauhan begini memang menyakitkan, walau hanya tinggal sebulan. Ditambah dengan timeline yang berhias gambar pengantin yang sedang bahagia.
Sebenarnya hanya perlu ungkap satu perkataan.
Rindu.
Tuesday, October 23, 2012
M.A.L.A.S
Lamanya tak menulis kat blog ni. Harap laling je tolong updatekan.
Laling happy birthday. (sebenarnya lupa tarikh dah. ingat bulan 10 ja.) jap 5hb ni ke?
Sibuk dengan projek proposal fyp, projek mendemamkan diri (dan transfer demam kat encik abang) assignment marketing, test itu ini, kuiz itu ini..
Banyak betul alasan kau kan hanis?
Yalah. Aku memang dah malas nak menulis pun. Dan tak ada masa. Ini pun tengah tunggu bas sebenarnya. Lecturer tak bagitau kelas kensel ke apa. Tadi kul 11.30 lecturer tak datang lagi. Kelas mula pukul 11. Pergi tempat bas, bas dah jalan. So lepaklah library sekejap. Baru sempat bernafas. Fuh.. Fuhh.. Terupdatelah juga blog ni barang satu entry..
Wednesday, August 29, 2012
Happy Birthday Laling
Happy birthday laling
Semoga panjang umur di murahkan rezeki dan bahagia hingga akhir hayat...
Kejap jer kan masa berlalu, berlalu dengan pantas hingga tak terkejar menjadikan ianys selari dengan masa-masa yang dah lama berlalu...
Apa pun yanh pernah tercipta dan dah brlalu biarkan ..
Kalau nak hadiah datang kl kalau pos takut tak sampai nanti heheheh
Saturday, March 17, 2012
Tahniah
Wednesday, November 16, 2011
GIVEAWAY namiacinta.com
Candid Time Contest
# Wajib follow blog muna supaya senang untuk mengetahui perkembangan contest ini . (Done)
#Buat satu entri tentang contest ini bertajuk 'CANDID TIME CONTEST' (Checked)
![]() |
| Klik untuk ke entri contest. |
#Letak banner dekat atas tu dalam entri yang korang buat . (Did that)
#sertakan satu gambar 'CANDID' korang . tak kisah beramai ramai atau individu . (Okey)
![]() |
| Motif letak gambar ni? Haha.. |
#Tag 2 orang dan wajib inform dekat diorang tentang contest iniErm.. Nampak tak gambar dua orang gadis manis kat belakang tu? Nak tag yang baju biru tu.. Dengan.. Dengan.. Ermm.. Bagi laling Namia la.. Kan kan?
Ok done. Masa untuk sambung kerja la la la~ Adik jangan main2 k.. Study2.. Tahun depan pmr kan?
Presentation BEL yang Hancur
Oh, tapi tetap berpuas hati dengan slide sebab bila cari gambar untuk background terus jumpa gambar yang simple dan terbaik! *Dan cuma guna satu slide untuk presentation dalam tempoh kurang lima minit*
Ya, aku memang agak obses dengan siri Harry Potter dan sekarang beralih ke karya Rick Riordan atas pengaruh Encik Novelis aku yang sorang ni..
![]() |
| Sumber |
Pstt:: Nis baca buku download dari mediafire buat masa ni sebab itu cara paling senang. Sampai Encik Novelis buat surat terbuka kepada SKMM *Tapi dalam SMS je la*
Dear SKMM,
Sila block mediafire untuk meningkatkan industri filem malaysia kerana nis dah download karya Rick Riordan.
Sekejap. Apa kaitan download novel dengan industri filem? Grrr..
Thursday, October 27, 2011
Tugas Hari Ini
A: Data apa?
Nis: econometrics.
A: Erk! Apa tu?
Nis: tengah cari data ni.
B: data macam mana?
Nis: ada 100 observation, satu dependent variable, lima independent variable.
B: (tak terkata)
Nis: mana data ni tak jumpa pun..
C: Data apa?
Nis: Data projek. nak 100 observation, satu dependent variable, 5 independent variable.
C: Ya rabbi apa yang kau belajar ni?
Nis: econometrics.
C: Surrender terus.
Korang baru dengar dah sesak nafas kan T_T
Monday, October 24, 2011
Rich Blogger: Fact or Fiction?
It is not that those who do not become rich are unlucky. Sometimes we get money from just any resource. Maybe some online friends help us honestly even they never actually know us but if you try to make money through this method, you're unworthy.
By the way, majority of the blogger blog for fun, as I see it from your poll. So being rich by becoming a blogger is not the main objective of blogging.
Cheers.
Sunday, October 23, 2011
Program OPKIM (Operasi Khidmat Masyarakat)–28-30 Okt 2011 Anjuran Kerajaan Negeri Perlis
Aturcara Program
28 Okt 2011
12.30: Berkumpul di Pusat Islam. Pelajar lelaki solat Jumaat di Pusat Islam
1.45: Bergerak ke Sekolah Sanglang.
2.30: Tiba di Sekolah Sanglang. Pelajar masuk ke dewan untuk Majlis Perasmian oleh MB Perlis.
5.30: Selesai majlis, makan dan minum petang. Bergerak ke Kampung Sena
7.00: Tiba di Kampung Sena. Solat Maghrib. Penyerahan kepada keluarga angkat selepas solat Maghrib..
29 Okt 2011
8.00: Senamrobik, gotong-royong dengan penduduk kampung
12.00: Makan tengahari
1.00: Solat Zohor, ada ceramah daripada Prof Izzi untuk pelajar-pelajar sekolah.
4.15: Solat Asar, ada sukaneka.
7.00: Solat Maghrib, bersedia untuk Majlis Penutup
30 Okt 2011
8.00: Gotong-royong untuk majlis kenduri perkahwinan ahli kariah Kampung Sena
12.00: Makan tengahari
1.00 Bersurai
NotaBuku: Untunglah orang yang kenduri tu jimat sikit bajet kawen.. Sebab duit yang kerajaan negeri bagi kat UiTM untuk buat majlis penutup (sepatutnya tengahari Ahad) semua bagi kat diorang sebagai hadiah. Rezeki..
Friday, October 14, 2011
Bila..
"Buat apa?"
"Nak belajar memandu"
"Oh, tak ada duitlah"
"Ok, lain kalilah,"
*
Esoknya..
"Jom pergi Thailand"
*Ada rasa nak bunuh orang tak kalau kena macam tu?*
NotaBuku:
And wonder why my response is "I'm still going to Taiping. Do whatever you want to do. I'm not interested,"?
Kenapa Aku #forever alone?
1. Aku malas nak tunggu orang. Aku bangun lambat macam mana pun, aku akan siap dalam masa 10 minit. Tapi kawan aku yang bangun pukul 6.30 pagi akan siap pukul 8 untuk ke kelas pukul 8. Kalau siap pukul 8, dah tentulah lambat sampai ke kelas. Aku jadi lagi rela jalan kaki seorang diri ke kelas walaupun kawan-kawan aku ada kereta.
2. Aku jalan cepat. Pernah dulu masa semester 2, aku dah sampai ke rumah, kawan-kawan masih di depan matrikulasi (kira-kira 500 meter dari rumah). Masa ni belum ada kereta. Ini bukti paling kukuh bahawa aku memang berjalan lagi cepat dari orang lain. (Masa tu aku sedang baca majalah Remaja sambil berjalan, jadi tak sedar kawan-kawan di belakang jauh ketinggalan)
3. Aku lagi senang buat kerja seorang diri. Jiwa aku jiwa perfectionist jadi kalau ada apa-apa yang tak kena dan benda tu adalah disebabkan orang lain usik apa yang aku sedang buat, aku memang akan kena tekanan perasaan. lebih-lebih lagi kalau benda tu mengganggu pelan jangka panjang aku. Cuba kalau korang dah atur vacation atau nak jumpa seseorang selama berbulan-bulan tiba-tiba ada satu pelan last minute yang mencelah betul-betul hari yang sama korang DAH beli tiket dan nak berangkat petang tu, sedangkan korang dah cuba beritahu lebih awal tentang pelan korang tu (missed call, call tak diangkat). Mesti rasa nak bunuh orang kan. Stail aku, "Tiket dah di tangan, no turning back,". Walaupun untuk benda yang aku tak suka atau perlu bergaduh berhari-hari.
4. Aku susah nak jumpa orang yang serasi. Ada sesetengah orang, pandang aku kali pertama pun dia rasa meluat. Aku pernah jumpa orang macam ni. Masa di kolej matrik dulu, aku ikut PRD (Pembimbing Rakan Dinamik). Balik dari program pertama, aku terus ke dewan untuk teruskan program kedua - jadi fasilitator untuk program motivasi pelajar sains biologi. Tiba-tiba aku dengar sorang minah tu cakap "Eh, sejak bila dia ni jadi fasi? Meluat aku,"
Tapi bila jumpa orang yang serasi, selalunya orang tu pun jenis #forever alone. Jadi dia faham perasaan orang #forever alone. Contohnya Fawwaz. Orang tak berani dekat dengan dia masa sekolah sebab warden perempuan sekolah tu anti dengan keluarga dia. Apa pun yang dia buat, warden tu akan bantah walaupun benda tu betul. Paling best, setiap orang yang rapat dengan dia akan kena akibat yang sama. Dimalukan depan pelajar-pelajar lain, dijatuhkan reputasi.
(Aku pula jenis "alang-alang reputasi aku dah jatuh walaupun aku tak buat salah, baik aku buat salah terus. Puas hati aku"). Tapi sampai sekarang dia masih lagi kawan baik aku. Benda paling "terbaik dari ladang" aku pernah dapat adalah orang ingat aku lesbian dengan dia, sedangkan dalam masa yang sama, satu sekolah tahu aku sukakan teman sekelas aku (yang warden tu panggil "mental", dan aku pun dicop "mental". Bagus.)
5. Aku paling meluat bila rapat dengan seseorang semata-mata sebab orang tu nak tahu fasal keluarga aku, dan nak buat aku sebagai "kabel". SEMATA-MATA. Tak ada langsung keikhlasan dalam persahabatan. Sejarah keluarga aku sangat panjang berjela-jela dan kalau aku ceritakan tak akan habis dalam satu malam. Dan orang yang nak buat aku sebagai kabel sebab mereka tahu latar belakang aku dan ingat masuk universiti semudah "ada kabel".
6. Stalker. Kalau aku terangkan pun orang takkan faham kenapa stalker merupakan salah satu sebab aku jadi #forever alone.
Kenapa Aku...
Dari dulu aku dah kaji tentang pemakaian niqab, dan aku mula pakai masa minggu kedua Ramadhan. Masa tu aku di Bandung. Cuma sesetengah situasi aku tak pakai contohnya waktu buka puasa dan di lapangan terbang.
Beberapa minggu lepas. Mydin Mall USJ1
Aku sedang online di depan KFC. Duduk seorang diri di kerusi panjang. Aku tak pakai niqab sebab baru habis makan. Dalam hati biasalah, "Nanti dulu," memang penyakit manusia.
Aku tak perasan sejak bila seorang lelaki India Muslim duduk di sebelah aku dan perhatikan aku. Bila aku tutup laptop baru aku perasan ada orang di sebelah.
"From your butt, your breast and the way you sit, actually you're a romantic girl"
Aku rasa macam "Wohoho! Aku pakai baju kurung berlapis-lapis dengan tudung tutup bawah dada pun orang boleh nampak bentuk breast," *Bila bersembang dengan adik aku, dia kata dia pernah terbaca, bentuk pipi perempuan menggambarkan bentuk breast. Sejauh mana kebenarannya aku tak tahu.*
Ikutkan hati mahu aku hempuk laptop di kepala lelaki tu.
Sambil aku gulung kabel laptop, keluar lagi satu komen.
"You pernah minat kat sorang lelaki tapi dia tinggalkan you kan?"
"Erk~ Mana tau?"
"From the curves at your lips,"
Okey. Kalau sejauh itu dia boleh tahu, maknanya dia mesti tahu aku belum pernah disentuh.
Dan dia boleh ajak aku bercakap fasal seks! *Takkan aku nak tulis kat sini kot apa yang dia cakap. Ada pervert ke kat sini?*
Masa tu aku dah simpan semua barang dalam beg. Dia mula membebel fasal numerology dan macam-macam benda psikologi. Aku rasa dia memang dah 'baca' aku atas bawah. Bila dia kata nak bagi nombor dan ajak aku jumpa lagi, aku ambil nombor dia (precaution sebab depan KFC tu memang tempat aku lepak waktu aku rehat), terus masuk ke medan selera, cari pakcik aku.
Lagi sekali aku jumpa makhluk macam ni aku tak teragak-agak panggil polis.
Balik rumah, mak membebel panjang fasal niqab. Aku pun tak faham apa yang mak anti sangat dengan niqab. Tapi "keluar ke belakang rumah pergi jemur kain tak pakai niqab" buat aku rasa nak gelak. Setahu aku, orang Arab pun di sekitar kawasan rumah dia, dia tak pakai niqab. Selagi itu masih dalam kawasan rumah dia. Masih dalam pagar rumah.
Tak, aku bukan pakai niqab untuk fesyen. Aku tak berminat dengan fesyen. Walaupun kadang-kadang aku ada simpan benda berfesyen (kasut dan sandal wedges tiga inci), tapi itu cuma naluri nakal aku. Aku tak perlu pun benda tu sebab tinggi aku pun dah lebih tinggi daripada beberapa orang teman sekelas aku yang lelaki tingkatan lima (paling kelakar bila salah sorang terpaksa mendongak untuk tengok aku waktu terserempak di luar selepas tamat SPM). Nak tahu bila aku pakai sandal tu? Masa pergi pasar malam, sebab tak nak kain baju kurung kena air ayam, ikan dan bla bla bla. Biasalah, pasar malam, kita tak tahu apa yang tumpah di atas jalanraya.
Fesyen? Aku cuma pakai baju kurung tradisional dari awal pagi sampai masuk tidur. Biarlah mak membebel macam mana pun, itu memang stail aku. Buat apa aku nak ubah penampilan aku? Memikat? Tak perlu. ada orang dah terpikat dengan Gadis Baju Kurung ni. Tak ada apa-apa yang aku perlu ubah tentang penampilan aku.
Jadi kenapa aku nak pakai niqab?
Masa aku pakai niqab, aku lebih kawal pergerakan aku, lebih berhati-hati dengan apa yang orang lihat. Aku lebih rasa macam diri sendiri, bukan macam jiwa aku yang nak memberontak.
Masa pakai niqab, orang lebih hormat aku. Tak usik aku dengan teruk. Kalau menegur pun pasti ada urusan penting.
Masa aku pakai niqab, aku tak risau orang akan perhatikan aku, sebab aku lebih jaga kelakuan aku walaupun orang tak kenal aku.
Dan paling seronok, aku tak perlu lagi berjalan tunduk ke bawah sepanjang masa. (Ya, aku jenis orang yang suka berjalan tunduk sebab aku tak suka orang pandang muka aku dan usik aku dengan pelbagai gangguan. Aku tak tahu apa mereka nampak pada aku tapi cerita di atas ni bukan kali pertama aku kena gangguan seksual).
Tekanan Perasaan
Sedangkan dengan perempuan pun aku tak mudah nak berkawan, dengan lelaki apatah lagi. Mungkin untuk kerja-kerja rutin aku masih boleh bertahan. Tapi kalau tak perlu, kalau boleh aku tak pandang langsung.
Diam-diam aku sebenarnya ada androphobia. Aku tak tahu sejak bila tapi kebelakangan ni bertambah teruk. Kalau dulu aku boleh usik adik lelaki aku dengan selamba, sekarang ni bila sentuh dia aku rasa seram. Salam dengan ayah pun aku rasa pelik. Kalau ayah peluk aku, rasa macam sesak nafas.
Beberapa minggu lepas, ayah sakit dan ibu suruh aku temankan ayah di hospital. Ahad malam, suhu badan ayah naik tapi aku tak perasan. Ibu marah-marah sebab aku boleh tak perasan benda macam tu. Tapi macam mana aku nak beritahu ibu aku tak berani sentuh ayah? Kalau aku beritahu pun ibu akan cakap aku cuma cari alasan. Malam sebelumnya aku cuba buat macam mana aku jaga adik yang sakit di hospital hujung tahun lepas. Ayah mungkin tak perasan tapi aku cuma sentuh dahi ayah dengan hujung jari. Itu pun sebenarnya aku dah menggeletar.
Dengan keadaan psikologi aku macam tu, ada orang ingat aku dah pernah 'disentuh' memang buat aku rasa nak bunuh orang.
Mood Malas Nak Berblog
Berblog untuk suarakan pendapat, tapi lain yang dimaksudkan, lain yang difikirkan.
Berblog untuk beri nasihat, tapi mungkin pedas sangat sampaikan tak mampu nak buka mata tengok sumber asal.
Berblog untuk kenangan, tapi kenangan pun boleh disalahkan.
Berblog untuk cari kawan, tapi nak jumpa kawan pun kena bergaduh lapan tahun baru dapat. Kalau tak, kena pergi senyap-senyap.
Berblog untuk hidup di dunia sendiri, sebab dunia realiti orang lain yang tentukan.
Berblog untuk ubat hati, tapi susah nak jumpa yang benar-benar memahami.
Tuesday, October 11, 2011
Projek Pertama
Bila tengok tajuk-tajuk FYP senior-senior tahun 2007 terasa macam nak buat FYP seorang diri. Dahlah hari tu pensyarah tawarkan nak urus supaya boleh buat FYP dengan Prof. Izzi
Projek pertama ada 3 soalan, hantar pada 19 Oktober. Terbaik dari ladang:
Nis: Fahmi, kita photostat dulu, kalau rasa nak buat semua kita buat semua. Kalau tak esok kita bagi balik soalan ni, kita buat satu.
Fahmi: Kalau nak buat semua baguslah. Kalau tak nak buat semua pun tolonglah buat semua.
Oh, great! Hari tu complain tak ada assignment sekarang dapat assignment takkan nak complain juga?
Tak. Seronok sangat n_n

NotaBuku: Tiga hari boleh siap ni
Thursday, October 6, 2011
Quote #3 :R.I.P
"Remembering that I'll be dead soon is the most important tool I've ever encountered to help me make the big choices in life. Because almost everything - all external expectations, all pride, all fear of embarrassment or failure - these things just fall away in the face of death, leaving only what is truly important. Remembering that you are going to die is the best way I know to avoid the trap of thinking you have something to lose. You are already naked. There is no reason not to follow your heart." "Your time is limited, so don't waste it living someone else's life. Don't be trapped by dogma - which is living with the results of other people's thinking. Don't let the noise of others' opinions drown out your own inner voice." - Steve Jobs [2005]







