Showing posts with label tag. Show all posts
Showing posts with label tag. Show all posts

Sunday, June 12, 2011

BCR Kontest: Kamilah Geng BCR

Ya, atas desakan Jejaka Terhangat aka JT, nis buat sajalah entri ni. Dia asyik kata “Hanis ni kata busy tapi ada kat sini 48 jam sehari,” *okfine!*

BCR ni adalah salah satu komuniti blogger yang mengumpulkan blogger-blogger dari Malaysia tak kira di mana mereka berada atau hosting provider apa yang digunakan untuk blog mereka. Elemen paling penting dalam BCR adalah chatroom dan bloglist di laman web utamanya http://bcroom.net.

Baiklah, kat sini nis nak ceritakan fasal tiga orang ahli BCR.

1. Laling Namia

2. Jejaka Terhangat *hambek! Hahaha..*

3. Touya Karuma << Mana entah dia ni tak pernah nampak pun sembang kat BCR.

Namia (http://www.namia.gomofm.org)

Blog namia ni kebanyakannya menceritakan apa yang berlaku di sekelilingnya. Ada juga entri tentang isu semasa seperti drama Nora Elena dan isu yang sekian lama diperdebatkan seperti kes dara dan pemakaian tudung – dan sudah tentu, entri berkaitan dengan GomoFM.

www.namia.gomofm.org 2011-6-12 10-7-57

Jejaka Terhangat (http://www.jejakaterhangat.com/)

JT ni entri-entri dia biasanya berkaitan dengan isu sekeliling dia. Tengok Semanis Kurma pun dia boleh buat entri *padahal tengok 20 minit je* Tapi kebanyakan entri dia memang berdasarkan pemikiran logik dan hujahnya kuat. Kalau nis berlawan debat dengan dia boleh kalah nis dibuatnya. :p

www.jejakaterhangat.com 2011-6-12 10-7-3

Touya Karuma (http://touyakaruma.com)

Dia antara blogger pertama yang nis kenal dalam dunia blog. Sebelum nis berhijrah jadi blogger tegar lagi nis sebenarnya dah jadi stalker dia dalam tak sedar. Blog dia juga blog pertama yang nis dah habiskan baca sampai entri pertama. Sayangnya sekitar minggu pertama bulan 6 blog dia dihack dan tak berjaya dapatkan balik entri-entri lama walaupun berjaya unhack. Dan nis nampak balik tagline “Tolong Jangan Ngorat Saya” macam kali pertama nis buat review untuk blog dia =.="

touyakaruma.com 2011-6-12 10-5-56

Ini blog baru dia.

Blog lama dia macam yang di bawah ni..

Dua orang geng BCR? Apa susah.. Encik Touya dan cik Namia, sila pastikan tag ni diselesaikan..

potongg

NotaBuku:
Setel.

Monday, December 6, 2010

Tag: 25 Fakta

Ditag di sini.

“Once you have been tag, you are supposed to write a note with 25 random things, facts, or goal about you. In the end, choose 25 people to be tagged. If I tag you, its because I want to know you more."

1. Berblog sejak tingkatan 4. Blog pertama masih disimpan.
2. Masih belajar di UiTM [kedekut] di hatiku. Hahaha..
3. Gila Buku. [Rujuk entri sebelum ini.]
4. Dah siapkan dua novel tapi malas nak bertekak dengan editor.
5. Sangat minat bidang Undang-undang, Psikologi, sejarah, Antropologi; tapi tersekat dalam Matematik Pengurusan. Huhuhu.. Jauhnya.
6. Sudah sampai ke semua negeri di Malaysia kecuali Sabah dan Brunei.
7. Kalau masuk ke kedai buku besar boleh sesat berjam-jam tanpa risaukan apa-apa. Hahaha..
8. Tinggal di utara selama tiga tahun tapi tak pernah menjejak sempadan ataupun Langkawi =.="
9. Suka tulis novel dan blog.
10. Suka ambil gambar tapi tak suka ditangkap gambar.
11. Kalau orang yang tak kenal akan rasa pelik bila jumpa nis pakai baju kurung. Tapi orang yang dah lama kenal akan rasa pelik bila tengok nis tak pakai baju kurung.
12. Cuma ada satu seluar slack untuk dipakai dalam program yang mewajibkan pakai seluar.
13. Tak pernah lagi pakai jeans sejak umur 6 tahun. Masa kecil? Ada kut.
14. Cuma pernah tengok wayang sekali. Twilight:Eclipse.
15. Berat badan susah sangat nak cecah 50. Setiap kali cuti berat akan berkurang. Eh?
16. Rekod tak tidur 72 jam. Ops!
17. Bila terserempak dengan sesiapa orang kata budak sekolah. Tapi bila di alam maya orang anggap umur nis sekitar 22-25.
18. Sangat malas nak balik cuti.
19. Sarkastik? Memang. Nak rasa ke?
20. Ini jarak umur nis dan adik no 9.
21. Orang selalu lupa saya Peers [PRD, PRS]. Tapi bila mereka ingat saya Peers mereka lupa saya juga manusia.
22. Pelat? Memang. Ily Fira akan cakap "anis, sebut rrrrrrrrr," setiap kali dia dapat tau nis masuk konti :(
23. Lagi sanggup jalan kaki daripada naik kereta.
24. Suka jadi DJ bisu. Hahaha.. dasar malas cakap. Tak nak dengar DJ auto spin lagu keling banyak sangat.
25. "Adik-adik" alam maya selalunya lagi tua dari nis. Hahaha.. "Tak nak jadi kakak. Nak jadi adik juga!" <-- ayat Anastasia Ann.

Wednesday, September 1, 2010

[Kontest] Gambar Hitam Putih

[Sehingga tamat tempoh kontest saja]
  • Pertandingan ini bermula pada 26 Julai berakhir pada 6 September 2010. [Clear]
  • Hadiah merupakan wang Ringgit, dan akan dihantar melalui akaun bank. Jumlah dirahsiakan. [Tak kisah]
  • Anda hendaklah mengupload gambar hitam dan putih sahaja, dan untuk mengelakkan penipuan, gambar itu mesti gambar anda sendiri. Kalau ada orang lain menyelit-nyelit tu tak apa. Janji anda mesti berada dalam gambar tu. Susah, kan? Hahahaaa. Nak dapat duit memang la susah sikit.
Yup. That's me. Kinda serious, huh?

  • Anda hendaklah menjadi salah sorang follower saya. [Settled]

  • Banner kontest mestilah diletakkan di sidebar blog. Alah, selalu yang kat tepi tu. [Settle. Oh, kalau nak join sila cari banner kontest di sidebar. Time is limited.]
  • Tag at least one person. Lagi banyak lagi bagus, dan pastikan orang yang anda tag tu tahu yang dia ditag.
 Miss Semutcomey... Come on.. Ahaha...

Monday, May 17, 2010

Perihal Tag dan Rajuk

Baru tulis satu entri pendek tentang malas kemaskini blog, sudah dua orang follower lari. Semalam 126, hari ini 125 orang.
Kenapa 125 orang? Sepatutnya 124 orang.

Sebab muka Biel di follower ke 125. Haha..

Yalah. Nis bergurau sedikit pun susah.

Apa sebenarnya tujuan berblog? Hendak cari followerkah?

Tidaklah. Biarkan mereka-mereka yang merajuk itu.
biarkanlah saja diriku
sendirian tanpamu
 Sekarang musim cuti di kampus-kampus universiti awam Malaysia. Tapi di UiTM, semester baru akan bermula esok. Semester sebulan atau lebih dikenali sebagai intersesi.

Blog baru sempat dikemaskini tiga kali sahaja sebelum ini untuk bulan Mei sebab nis kerja sejak Isnin lalu. Balik dari kerja, otak sudah penat dan hanya mahu fikir tentang katil.

Nanti bila ada idea baru, nis akan kemaskini lagi, ya?

Oh, sebelum terlupa. Karya Hanis Aleeya sudah dikemaskini. Sila skrol ke atas, di sebelah kanan pada sidebar ada link untuk ke sana. Di kotak "MyBlogspot: Sila Singgah". Silalah singgah. Jangan lupa tinggalkan komen, ya. Di sana tidak ada kotak untuk menjerit-jerit. Suasananya tenang. Jadi, menjeritlah puas-puas di sini. kotak untuk menjerit ada di sebelah kanan blog, bergantung pada sisi kanan. Kaunter pertanyaan pula ada di sidebar. Tanyalah sepuas-puasnya apa yang hendak ditanya. Nanti nis akan buat satu entri khas untuk formspring.

Lagi satu. nis masih ingat janji pada seseorang beberapa hari lepas.

Sila layan soalan-soalan di sini. Skrol ke bahagian bawah sekali untuk membaca soalan survey.

Ini pula, tag yang sudah berbulan-bulan daripada HyperPlasma.


nis tak tahu hendak tag siapa, jadi nis biarkan sajalah. Lagipun, rasanya sudah ramai yang ada anugerah ini, bukan?

Tuesday, March 30, 2010

Gara-gara GB!

Hmm...Balik-balik dia juga yang kena..


Kenangan di zoo muzium Melaka

Malu-malu sikit.. Hehehe... Ni adik Nis. Tak apa, kan? Nis ada di belakang tu.

Ini tag dari Cik Ann_Sabahan.

1-siapakah diri anda di rumah?

Seorang yang pendiam. Suka buat kerja seorang diri. tak suka bila orang tengok dia buat kerja. Selalu duduk dalam bilik kecuali pada waktu memasak. Malas nak keluar rumah sebab asyik dikejar paparazzi. (Ingat aku ni artis ke apa? Berhentilah mengganggu! Aku benci kehidupan macam ni!)

2- siapakah diri anda di samping rakan?

Seorang yang banyak bercakap, tapi tak ada orang yang nak dengar dia bercakap sebab asyik bercakap fasal benda-benda ilmiah. Tak kurang ketika bercakap fasal artis. Kalau kawan-kawan kata diarang minat artis sebab hensem, kacak, kawaii, dia tak layan artis-artis kawaii ni. Dia layan artis itu sebab orangnya ada wawasan. Tak mahu dengar sudah. Bukti sudah ada. Kalau bercakap fasal novel, dia tiba-tiba tanya fasal novel sastera berat. Jadi orang tak tahu nak cakap apa. Hahaha...

3- 5 benda yg anda idamkan tp masih belum tercapai

a) Nak jumpa seseorang yang berjaya naikkan nama sendiri walaupun kena kutuk kena maki sampai sekarang. Siapa? Hmm.. MyVamp.

b) Nak balik kampung! Tak nak duduk Malaya dah! Tak kisahlah kalau kod dia 13 pun. Nombor tu lawa apa?

c) Nak masuk Law. Dah dua tawaran terpaksa ditolak. Entah dapat atau tidak lagi?

d) Nak beli dua rumah untuk diri sendiri. Satu rumah banglo, satu lagi studio apartmen.Studio apartmen itu pula tempat mencari ilham menulis. Banglo itu sebagai reserve kalau-kalau laki I nanti main belakang. <Tak percaya sangat lelaki zaman sekarang ni>.

e) Yang terpenting, nak jaga mak dan ayah sampai mati. Ini satu benda yang mak dan ayah Nis tak percaya sampai sekarang. Diarang asyik takut dengan bayang-bayang diarang. Itu yang tambah adik baru lagi agaknya. Tak cukup dengan 8 orang anak, sekarang adik Nis dah 8 orang. (8+1=9. Pandai kira, kan?)

4-siapakah nama pasangan anda?

Buat masa sekarang, Encik Lappy.
(Sedang menunggu si dia yang entah di mana. Aku masih setia.)

5- ceritakan 5 perkara yg paling anda suka tentang pasangan anda.
Encik Lappy? Hahaha.. Tak nak. Nanti kalian rampas dia dari Nis.
(Dah terasa tak boleh hidup tanpa Encik Lappy. Temanku yang setia.. Menemani sementara dia tiada di sisi..)

6-bila tarikh anda couple
Tak pernah couple. Sumpah! Kalau tak Nis dah jadi isteri orang sekarang ni.
(Inilah susahnya jadi anak kadi. Nak jatuh cinta pun fikir 44 kali..)

7-apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Did I answer the questions correctly? Hmm.. I think you know my answer already so I don't have to answer "this" question..
Okey. Ini "Tentang Dia". Kenangan? Dia berubah selepas keluarga Nis masuk campur urusan peribadi Nis. Dia merajuk dan cuba buat Nis cemburu dengan mendekati jiran Nis yang kebetulan satu sekolah, satu asrama, satu kelas, dan satu katil dengan Nis! (Double-decker! Jangan salah faham!) Tapi dia masih bertindak tak mahu lukakan hati Nis bila dia tak pulangkan buku nota yang Nis hadiahkan sempena hari lahirnya yang ke-17. Dia pura-pura pulangkan buku tu depan that girl tapi sebenarnya dia ganti dengan buku yang lain.

8-lagu tema cinta anda
Tercipta Untukku.

9-apa perubahan yg ingin anda lihat dari pasangan anda?
Kembali ke sisi untuk menyambung kisah ini..

10- tag 10 rakan yg lain
1. kodok hijau (lagi)
2. keiroro
3. Izryn Halim
4. gadisterbilang
5.GSP
6. Long Haffiz
7. Meor Nazreen
8. Neo_Matrixx
9. Emora Syaheera Valeria
10. daus hijau (Shrek)

Yang terakhir..

Hayati..


Seikhlasnya..
hanis_aleeya

Sunday, March 14, 2010

Kes GB.

Terima kasih kepada cik EmoraV Syaheera Valeria.

Sebelum apa-apa berlaku, nak bagitau satu berita gempak(r).

Sibuk berjalan-jalan di GB hari ini. Tengok-tengok blog di indeks GB.

Bukak satu-satu..

Tapi tak tinggalkan link pun. (Blogwalking dengan ikhlas.)

Masuk balik GB..

Cari Papa Panda.. Hurmm.. Tak ada..

Papa Panda baru keluar. Sedih..

Borak-borak dengan kawan-kawan GB, dapat macam-macam info hari ini.

Dengar luahan hati kong sambil intip Papa Panda.

Intip-intip Innity, mana tahu keluar iklan tiba-tiba. (Kesian kong.)

Jalan-jalan lagi. Jumpa mui2 di FB.

Masuk balik, jumpa EV pulak. Dan dia bagi hadiah! Ahaha.. Dah lama nak buat benda ni tapi asyik tak kena je. Sampai boleh jadi kes curi tag lagi. Tadi ingat nak publish tag lama. Tapi sebab dah dapat tag baru, tak payahlah publish yang lama tu.

Tag dari EV yang Baik Hati.


1) APE KORANG TENGAH BUAT SEKARANG?

Dengar lagu Haruskah sambil emo sambil buat tag sambil chat kat GB sambil....
Sambil cari idea nak sambung novel Haruskah, of course!

2) KENAPA KORANG BUAT CAMTU LAK?

Sebab hari Sabtu dan Ahad malas nak study. (Ada harapan nak repeat paper)

3) APA NAMA YANG BESE ORANG PANGGIL KORANG?

Kat rumah - Kak Awa. Sebab anak sulung.
Kat sekolah rendah - Sal.
Kat sekolah menengah - Eton(tak suka nama ni), Sal
Kat Matrik - HaWa
Kat GB - HA or anis or hanis

4) KISAH DISEBALIK NAMA(2) TU?



Kak Awa - Dah cakap. Anak sulung.

Sal - Sebab nama asal Sal...... ....... Ada yang dah tau, kan?

Eton - Sebab ada kakak tu nama Wawa dan sorang lagi nama Sal. Jadi tak mahu konfius.

HaWa - Sebab minat My Vamp. Haha.. Takde la. Mula-mula Mak Su yang panggil HaWa. Lepas tu melekat dalam kepala yang nama HaWa tu lagi sedap daripada nama Awa. Dah tu, cari dalam Qur'an, makna Awa tu dalam Surah Yusuf maksudnya "memberitahu" sedangkan nis tak suka beritahu benda yang nis rasa tak perlu pada orang. HaWa tu sempena nama isteri Nabi Adam. Maksudnya "yang hidup" dan selalu melambangkan perempuan. Sama dengan maksud Niswah.(Kat ayah pun nis tak pernah bagitau, tau. Ayah selalu tanya kenapa nis letak nama HaWa kat jaket koporat nis.)

HA - kependekan Hanis Aleeya. Hanis Aleeya ni pulak kependekan nama nis sendiri. Asalnya hanis aliah. tapi ejaan tu tak sedap (tak glamour). Jadi ditukar ke hanis aleeya.

anis or hanis - kependekan hanis_aleeya

5) BLOG SENDIRI...PANDANGAN?
hawaniswah - Makin banyak bercakap tentang personal.

detikhatialeeya - Dibina awal bulan ni sebab nak join kontest GB. Tak mahu ayah tahu tentang kisah nis di hostel tu.

hanis-aleeya - Novel bersiri Haruskah(?). Follow, ya?

sempadancita - Tazkirah untuk diri sendiri dan siapa-siapa yang nak baca. Paling suka entri Di Saat Kanda Menjadi Suami Dinda. Balasan kepada entri Seandainya Aku Suamimu.

6) PEMBACA/READERS?

hawaniswah - follower bertambah sejak masuk GB. Ramai silent reader sahaja.
detikhatialeeya - kebanyakan ahli GB
hanis-aleeya - ada follower. belum popular lagi.
sempadancita - setakat ini cuma orang yang dijemput saja yang baca

7) FIRST CONTEST??
Kisah Paling Seram. Pertama kali join kontest. Sebab selama ni ayah dok usha blog hawaniswah.

Nak tag siapa pulak ni? Hmm.. Papa panda dah kena. Neo dah kena. Ryn dah kena.. Hmm.. Cek follower jap.. Jeng-jeng-jeng..

Keiroro! (walaupun roro tak follow, or, nis yang tak jumpa blog roro?) - Roro dah bagi..

Cukup lima orang.