Bila masuk musim peperiksaan, berjalan-jalan melihat blog-blog semuanya berkaitan peperiksaan. Itu mujur saja kalau ada yang mengemaskini. Tapi bila dilihat-lihat semula, kebanyakan blog tidak ada yang menjaga. Terbukti, yang paling ramai berblog adalah pelajar.
Fenomena blogging dan blogger sekarang sudah seperti dibawa ke dunia realiti hampir keseluruhannya. Kita melihat ramai blogger membuat pertemuan. Perhubungan alam maya tidak lagi sekadar aku dan kamu tetapi sudah membawa kepada kita dan mereka.
Sampaikan ada beberapa kali, teman-teman bertanyakan tentang blog dan nis ceritakan kepada mereka apa sebenarnya dunia blogger. Segala hierarki dan peristiwa dalam dunia blogger seolah-olah hidup sebenarnya. Ya, barangkali kerana pemain-pemain sketsa dunia blogger juga pemain di pentas drama dunia.
Yang terabai, bila masuk musim peperiksaan itu sebenarnya ada dua. Yang pertama, blog. Yang kedua, peperiksaan itu sendiri. Terpulang kepada blogger. Dalam sebulan ini barangkali akan banyak blog yang bersawang dan nis pun sedang menghentikan kegiatan mendj dan bercuti dari menjadi admin di Bloggers Malaysia. Tinggallah dua orang admin sahaja yang menguruskan laman tu nanti. Mana perginya yang enam orang lagi, nis sendiri tak pasti. Mungkin sibuk dengan kerja dan sebagainya.
Blog akan terus dikemaskini walaupun sedang musim peperiksaan. Blogger tegar susah nak tinggalkan blog. Kalau bukan nis yang tulis, laling Namia akan ambil alih. Jadi teruskan membaca.
Saturday, April 23, 2011
Yang Terabai
Monday, March 21, 2011
BiLa CinTa MuLa BeRKaSiH SaYanG
Keluarga alam maya; satu benda yang tak terbiasa didengar.
Fenomena ni bermula dari adanya status perhubungan [baca: relationship] di Facebook. Yang ini menambah yang ini sebagai kakak, yang ini letakkan ini sebagai adik, abang, ayah, mama, atuk, nenek dan seterusnya. Nasib baik tak ada status sebagai beruk angkat kalau tak nis rasa ada juga yang letak begitu.
Skema kan ayat nis?
Inilah sebenarnya format blog nis. Ejaan penuh dan tatabahasa terjaga. Yang menyalahi tatabahasa cuma perkataan “nis” sahaja sebenarnya. Sengaja diletakkan huruf kecil di situ.
Oh ya, ada sesiapa perasan tajuk di atas sana menyalahi tatabahasa? Itu sebenarnya tajuk blog laling nis. BiLa CinTa MuLa BeRKaSiH SaYanG. Kalau ada masa, sudi-sudilah melawat.
Ya, laling [baca: darling] antara orang yang paling rapat dengan nis. Eh, bukan antara. Laling orang yang paling rapat dengan nis. Walaupun tak termasuk dalam keluarga maya nis di GomoFM.
Dulu di GomoFM ada papa, mamy, along, angah, acik, alang, adik, ateh. Sekarang cuma tinggal ateh dan acik yang selalu di sana. Yang lain sibuk. Selepas ini nis tak tahulah apa yang akan terjadi.
Kepada mama nisah (miss-lady) semoga selamat melahirkan anak pertama
NotaBuku:
Terima kasih atas apa yang terdampar di fb. ![]()
Sunday, March 20, 2011
Thursday, March 17, 2011
Brunei
Aku cuma mampu buat ini >>
Rupanya anggerikrimba keturunan diraja
Bropian suruh beri nama untuk mencatar kapal terbang
Laling kata semuanya ditanggung.
Saturday, March 12, 2011
Dunia Blogger vs Dunia Radio Online
Kelebihan radio online? Kebanyakan radio online menyediakan ruangan chat untuk pendengar. Ruangan chat untuk GOmoFM ada di atas ni :).
Radio online boleh juga berkongsi tips yang orang tak boleh nak tulis, sesi luahan perasaan yang tak mampu nak dilakar di atas kamar tulis. Dan lebih nampak interaksi daripada dunia blogger tanpa sedar sebenarnya.
Tapi apa yang nis tahu, nis sayangkan kedua-duanya. Dunia blogger dan dunia radio online.
Dan nis jumpa b di radio :)
Hanya di radio ku rasa perhubungan cinta.. - Headwind, kut. Kalau tak salah.
Bila Gadis Gomo Buat Hal
Sebabnya?
Mula-mula bercerita tentang tsunami, kemudian banjir, kemudian tentang dinda Ina. Tiba di topik dinda ina terkeluar pula tentang panggilan Bropian, budak susu cap gantung.
Topik hangat.
Nak tahu apa jadi lepas tu?
Terkeluar semua info tentang payudara =.=" Yang patut dan tak patut didengar oleh lelaki. Dan berterusan selama hampir sejam.
TInggallah gadis-gadis, anak-anak dara semua di chatbox. Yang lelaki mungkin hanya melihat di luar..
Tiba-tiba DJ Ibumisali datang meleraikan. Fuh.. Dua kali DJ Ibu mengingatkan bahawa tu sepatutnya tak boleh didengar lelaki.
Terima kasih, Ibu. Kami ni anak dara kadangkala terlepas bicara.
Friday, March 11, 2011
Wednesday, March 2, 2011
Pesanan Penaja #2
Lalingku Namia, jaga makan minum. Jaga waktu tidur bangun. Jangan terus-terusan memikirkan masalah dunia. Dunia ini tetap akan bermasalah. Malah sejak Adam dan Hawa. Sampai ke cucu cicit kita nanti tidak akan berhenti.
Jangan bimbangkan hal kerja sewaktu di rumah. Jangan fikirkan masalah keluarga ketika di pejabat. Jangan asyik terbayang cb bila kita bukan di sana.
Masalah tetap masalah. Selesai satu bertimbun yang lain. Tapi kalau tak sihat tubuh badan minda dan jasad, tak ada siapa pun mampu hadapi masalah.
Hadapi dengan senyuman.
Sakit itu anugerah. Pelupus dosa dan menambah pahala. Sabarlah dan ingat, Allah tak pernah mungkir janji.
Monday, February 28, 2011
FAQ: Frequently Asked Question #1
Bilalah baru tak perlu dengar masalah orang yang sama?
Satu soalan yang biasa aku dengar. Dari ahli PRD/Peers/PRS juga kadangkala keluar juga soalan ini. Apatah lagi daripada mereka yang tidak terlibat dengan dunia kaunseling.
Ya, aku manusia yang terlibat secara langsung dalam dunia kaunseling sejak di sekolah lagi. Aku tahu aku punya kemampuan dalam bidang ini dan memang pernah terfikir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi; bukan sekali tetapi berpuluh kali. [Ya, aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang Psikologi. Malangnya tawaran itu adalah untuk tahap diploma sedangkan ketika itu aku sudah di tahun pertama dan di pertengahan semester pertama Ijazah Sarjana Muda. Solusinya, aku menolak tawaran itu.]
Ada orang yang beranggapan hanya dia seorang yang ada masalah dalam dunia ini. Dan ternyata logik ini bercanggah dengan fakta realiti. Ironinya, manusia paling bahagia dalam dunia ini adalah manusia yang banyak masalah.
Beza bagi setiap manusia adalah cara yang mereka gunakan untuk menyelesaikan masalah mereka.
Adakah dengan menceritakan masalah anda kepada orang akan menyelesaikan masalah?
Ternyata tidak. Kalau setakat bercerita maka natijahnya samalah dengan menulis di dalam diari tanpa apa-apa tindakan.
Dan sesetengah manusia sangat suka menceritakan masalah mereka kepada seseorang yang mereka rasakan boleh mendengar apa sahaja yang mereka luahkan. Tidak kiralah orang itu sedang sibuk atau sedang berhadapan dengan masalah mereka sendiri.
Cara paling senang untuk mengelak daripada berhadapan dengan manusia seperti ini: Buat tak tahu.
Jadi kalau ada di antara kamu yang aku buat tak tahu atau buat acuh tak acuh setelah beberapa kali kamu asyik ceritakan masalah yang sama tanpa ada apa-apa tindakan selanjutnya, jangan salahkan aku.
Ya, aku memang pernah halang seseorang daripada mengakses apa-apa jalan untuk bercakap dengan aku. Dan sekarang sebenarnya ada seseorang yang aku halang daripada menghubungi aku.
Hei, maaflah. Aku ada kerja lain yang lebih penting daripada melayan kamu. Jangan cuba ganggu aku di Skype lagi!
Monday, January 10, 2011
Hilang. Lenyap. Lesap. Macam Asap.
Ayat paling kerap aku pakai masa di gengblogger dulu. Bila ada orang menghilang tiba-tiba, aku akan sebut ayat tu. Tak kiralah siapa pun. Kecuali pemilik gb, Kong/Kon/Geng Blogga. Sebab walau apa pun terjadi, nis tahu dia ada selagi gb wujud.
Tapi sekarang dengar kata gb akan lenyap, lesap. Mungkin tak macam asap, tapi hilang sedikit demi sedikit. GB dah tak macam dulu. Dulu GB hidup setiap waktu sebab ada karpet chatting Gagalive.en diselitkan di situ. Tapi sejak masalah malware pada pertengahan Ogos 2010, GB susah diakses dan apabila masalah tu selesai pula, karpet gagalive sudah tak ada sebab gagalive.en pula yang lenyap. Yang tinggal sekarang cuma Gagalive.kr yakni dalam bahasa Korea sahaja.
Dan satu demi satu pergi. Menghilang dari dunia maya. Kon dah lama tak nampak, tapi tak sangka dia update juga blog KongKrunch dia tu. Terkejut juga bila nampak blog tu terupdate sebab selama ni dia kata dia tak ada blog. KongKrunch pun ditubuhkan sekitar Ogos dan selama nis tengok dulu blog tu cuma ada satu entri, entri percubaan ping di gb.
Arwah Unwanted yang meninggal beberapa minggu sebelum hari lahirnya, beberapa hari selepas pernikahannya, kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya.
Arwah Toh Tuan Tanah yang meninggal sekitar raya kerana kanser.
Mungkin ramai lagi yang aku tak tahu tap memang ada juga aku terbaca beberapa orang lagi blogger yang meninggal dunia.
Tapi perpisahan yang paling aku susah nak terima, bila terpaksa berpisah dengan orang yang masih hidup. Kita tahu dia ada di sana, tapi dia untouchable. Tak boleh disentuh, tak boleh dihubungi.
Acik. Ahli GomoFM yang paling rapat dengan aku, sekarang tak akan masuk ke gomofm lagi. Sebabnya; tak ramai yang tahu. Biarlah rahsia.
Dinda Ina, satu-satunya orang yang panggil aku kanda di GomoFM. Puteri Ina Shazarina, Permaisuri Ina Shazarina; nama-nama yang digunakannya di chatbox GomoFM. Dan aku akan simpan nama Raja Puan Anis sampai dia datang semula. Tiga bulan lagi baru dia dapat cuti katanya. Tapi aku rasa mood aku akan jadi tak baik juga sekitar itu.
Peperiksaan sudah hampir bermula, dan ketika itu jugalah abang kata akan menghilang.
Jangan pergi. Adik sayangkan abang.
Pesan Abang
Abang memang garang bila tahu nis tak belajar. Erm, bukan tak belajar, tapi macam main-main belajar. Main lebih banyak daripada belajar. Tak tahu dari mana abang dapat tahu tapi itu dah tak penting.
Abang kata nak pergi tak lama lagi, dan minta nis ban abang dari chatbox gomo selama-lamanya. Tapi nis dah janji dengan Along takkan ban siapa-siapa lagi. Cukup hos yang kena. nis takkan ban abang. Abang kena suruh orang lain ban abang. Kibu mungkin. Atau Along sendiri.
Cuma dua orang yang pernah nis panggil abang. Abang Down dan abang kodok. Tapi Down pun cuma sekejap. Abang kodok memang nis takkan panggil kodok darat macam dulu. Tak sampai hati dah nak panggil kodok darat walaupun hakikatnya perangai abang kalau di chatbox sejak dulu memang “kedaratan”. Hakikatnya, di sebalik tu banyak yang kadangkala orang tak perasan.
Abang nak pergi, abang boleh pergi. Tapi tolong, jangan hilang terus.
Saturday, January 8, 2011
Gala Januari
Aku Pun Teringin..
Bila tengok manusia-manusia sengal yang boleh bergurau senda tanpa menghiraukan orang lain, aku pun teringin nak jadi sengal.
Aku tau ada orang akan melenting tengok icon kiss tu. Tapi itu kan bukannya apa-apa. Alam maya bukan realiti, kan? Dan ada orang kata avatar aku songsang =.=’’ Itu kan gambar dua ekor tikus, seekor melompat-lompat di atas perut kawannya yang seekor lagi. Cuba tengok telinganya pula, bulat, bukannya segitiga; jadi itu bukannya *bb* dan ekornya lurus tidak bergulung-gulung. Kalau tidak cukup jelas,
<<<--- di sini ada gambarnya. Kalau tak nampak, skrol ke atas dan ke bawah. tak nampak juga, maknanya ada masalah talian disekat atau load tak habis.
Bila dunia realiti tak memberangsangkan, aku akan lari sebentar ke alam maya. Tapi aku tahu aku takkan hidup selama-lamanya di alam maya. Dalam dunia realiti juga. Jadi rasanya memang tak patut aku sedih bila aku perlu berpisah dengan siapa-siapa. Tapi..
Malam tadi dinda ina masuk ke chatbox mungkin untuk kali terakhir. Inilah dinda yang paling rapat dan paling cepat dekat dengan aku. Tapi aku tak sempat nak buat screenshot sebab Baby.Lappy terpadam. Mesti keluar bluescreen lagi masa aku tak perasan. =.=’’
Dan masa aku tulis entri ni, dinda ina dah dua jam dalam penerbangan ke London, meneruskan cita-citanya sejak dari usia muda. Dia lebih muda dari adik aku yang kelima. Baru 13 tahun, tapi sudah mula belajar di negara orang. [Fida Aishah mixed-blood Malaysia-Aussie. Tak kira, ok? Haha.. Kalau aku belajar di Indonesia pun aku anggap itu kampung aku, bukannya negara orang. Ya, aku anak Minang.]
North Bridge Senior School. Aku ingat dan aku akan ingat selagi masih diizinkan. Supaya tak lupa aku tulis entri ni khas untuk dia. Dan aku akan selitkan segmen khas perpisahan yang dijalankan di GomoFM malam tadi di dalam blog ini untuk dia.
Prince Albert Road. Aku tahu tempat itu memang popular. Di situ dia akan tinggal sementara bersama keluarga pakciknya. North Bridge Nursery School, dia kata akan masuk ke sana pada usia 17 dan minta aku ke sana sebelum dia masuk ke sekolah itu. Doktor. Dia kata mahu jadi doktor, dan arah tujuannya sudah jelas.
Malam tadi kali kedua aku benar-benar menangis untuk seorang keluarga alam maya aku. Pertemuan membawa perpisahan, bak kata Encik Kelubi Seman. Tanpa pertemuan tiadalah perpisahan. Aku harap nanti kalau ada masa untuk pulang ke kampung pulau aku, adalah kesempatan untuk bertemu dengan Acik. Syaratnya, aku kena pulang seorang diri. UBD. Aku ingat dia pelajar UBD. Universiti Brunei Darussalam. Salah satu negara yang pernah aku jejak 12 tahun yang lalu.
Entri khas Raja Puan Anis untuk Permaisuri Ina Shazarina.
Friday, January 7, 2011
Semua Pergi..
Dinda Ina, teruskan berjuang.
Abang Kodok, adik sayang abang.
Acik, Ateh rindu kat Acik.
Along, jangan tarik id dj nis k. nis masuk konti, Along takde..
Ude, bila nak masuk gomo lagi?
Anyah, moga selamat menjelajah satu Malaysia.
Hime, good luck study.
Kubi, yang sudah tu sudah. nis tetap ada di Gomo sampai Gomo tak wujud lagi.
Mamy Hani, doakan novel nis lepas dari penjara dia kat PTS.
Beelia, moga lia dengan akbar baik-baik selalu. Kenduri jangan lupa nis.
Pink, Hati-hati rumah tu takut banjir lagi.
Dansa, nanti kita reunion kat KMKN k. Nis da setahun tak jejak kolej.
Dolah, kerja elok-elok kat sana.
Bropian, nanti ada masa kita jumpa.
Fazna, good luck presentation.
Adik usu, jangan nakal-nakal.
B, nanti kita contact2 lagi ya.
Hos, kita tak pernah nikah ok!
Sham, ada masa nis balik nanti nis bagitau mana tau boleh jumpa kat pasar malam ke? Hahaha...
Mumu, nis betul-betul nak ambil Masscom tapi rezeki nis bukan kat situ.
Embun, nanti ada masa masuk2 la dj. Nis rindu suara bun.
Anggerik, nis rindu request anggerik yang melambak tu. Haha.. Sampai tak cukup tangan nak layan.
Sam, nora, Down, bebudak Gomo yang lain yang nis tak larat dah nak senaraikan.. huhuhu.. Kalau ada apa-apa cari je nis kat blog ni. Skype ke, ym ke.. nanti nis bukak nis nampak mesej korang tu nis reply la..
Ops, nis tak pergi mana-mana. nis masih ada kat sini. Biarlah takdir menentukan. Selagi nis mampu nis akan kekal di Gomo.
Sunday, December 12, 2010
Aku Rindu Zaman GB
Nak letak semua printscreen yang masih nis simpan kat sini. Tak kira kalau ada orang nak marah ke apa. My blog my home. Tak ada sebab nak marah kalau setakat letak printscreen di blog sendiri. Tak masuk akal!
Mijae duduk berdua di karpet. Bila aku jadi paparazzi.. Hahaha…
Bila dah ada orang mula meroyan macam aku. =.=” Eciz pun sama. Siap berlawan lagi rekod nis dengan rekod eciz. Hari ni tiga papan, esok empat papan.. Lima, enam.. Hahaha.. Dasar mak jaga karpet betul.
Eh, bukan dia seorang, ya! Ramai lagi yang meroyan macam ni!
Tapi yang mulakan penyakit meroyan ni.. Err.. Errr…
![]()
Permulaan sengketa tanpa sengaja. Nis geram dengan Mijae sebab tu mengaku minat Hyp. Tiba-tiba, “Eh? Mamat ni tak faham sarkastik ke?”
Dan ada seorang lagi, tak habis-habis dengan “Double H”nya. Sejak tu nis tak pakai nama hanis_aleeya di karpet. Pakai anis_aleeya lebih selamat.
Aku geram bila ada manusia macam ni. Lepas tu tup-tup hilang?
Seronok dapat ugut orang. Erm.. Teringat novel tu belum siap lagi.
=.=” Baru perasan “Jangan printscreen yang ni,”. Tapi dah terlambat. Hahaha.
Lagi satu meroyan. Aku gelak sampai sakit perut. Nak masuk malas.
Aku kutuk kau kau kutuk aku. Terima kasih.
Bila karpet sunyi tak ada orang.
Hah! Kutuk aku lagi!
Ni lagi bahaya meroyan dia. Siap boleh ada watak A watak B watak C, D segala.
Yang paling aku rindu, Ampuan Awang teman puitis aku yang terbaik. Namanya di atas sekali itu. Sekarang masih lagi terkadang sengaja bersikap sarkastik di komen dinding mukabukunya dan dia tidak pernah melenting. Aku panggil dia arjuna dan sering kirim salam kepada isterinya yang aku gelar serikandi. Sama padan sama sesuai.
Dan di bawah itu, bemie, salah seorang teman rapatku di sana.
Bila aku dan arjuna bersembang tak ingat dunia dibuatnya.
Eh, siapa perasan nama namidansa di atas sekali itu?
Ni zaman aku meroyan sorang-sorang dalam karpet. GB terasa aku yang punya.
[Maaf aku tak mencarut. Tengok satu papan dari atas kata nak mencerut tak tercarut-carut. Aku bukan manusia yang suka mencarut. Bercakap aku-kau pun rasanya baru kebelakangan ni saja. Praktik itu pun cuma di karpet. Gua-lu sebab pengaruh Geng Malam.]
Dan satu potongan kata dari seorang teman baik aku dahulu:
I wish you can handle and listen to my honest answer/thought/question maturely but sometimes and most of the time you can't. Therefore I turn to strangers. - Kazuma Yoshiyuki [14062010 0319]
Sekarang gagalivechat bahasa Inggeris dah tak ada. yang ada cuma bahasa Korea sahaja. Kalau tak memang nis letak dalam blog ni. Dan GB sudah bebas daripada karpet chat.
Pos lepak terbaru: www.gomofm.org.
Pos lepak kedua selepas GB: Warungchat
NotaBuku:
Aku harap tak ada manusia meroyan tengok nama dia dalam blog ni. Yalah, ada sekali satu makhluk tu meroyan suruh nis padam semua entri yang kononnya ada kaitan dengan dia. Hey, this is my blog! Oh ya, senang! Kalau dia meroyan nak letak link dia di sini. Serius aku tak main-main biar semua tahu siapa yang meroyan tu. Aku tak ganggu kau pun, okey? Blog kau aku follow dan aku baca tapi aku tahu tak ada gunanya aku komen. Nak suruh aku unfollow? Mungkin nanti bila aku buat pembersihan bloglist.