Mia berjalan menyusuri koridor yang tenang. Sepi. Mungkin teman-temannya semua keluar berehat. Jam di dinding menunjukkan satu tepat.
"Mia,"
"Kau? Tak keluar makan lagi?"
"Belum. Mari teman aku,"
Mereka berjalan berdua ke arah tangga. Kafe terletak satu tingkat di bawah aras pejabat mereka. Masing-masing membisu, tidak tahu apa yang hendak diperkatakan.
Mia jadi hairan. Orang yang mengajaknya turun makan lebih banyak berdiam diri dari dia yang diajak.
"Kau sihat?"
"Sihat. Aku nampak macam sakitkah?"
"Kau terlalu diam. Selalunya kau tak begini,"
"Kau belum kenal aku,"
Sebaik sahaja habis makan, Mia ditinggalkan seorang diri.
* * *
"Dia tinggalkan kau macam tu?" tanya Asha.
"Ya. Tapi apa nak buat. Nasib baik ada orang tolong aku,"
"Kau tak beritahu dia tentang barang yang baru sampai tu?"
"Tak sempat aku cakap dia dah pergi,"
"Tak romantik langsung lelak macam tu,"
"Romantik? Kau ingat apa?"
"Selalunya lelaki akan tunggu perempuan habis makan. Paling tidak pun beritahulah kalau hendak ke mana-mana,"
"Mungkin dia ada kerja lain agaknya,"
* * *
Sebuah kotak.
Tergeletak di atas meja.
Mia mengambil kotak itu lalu dibuka. Dan di dalamnya ada sebuah kotak lagi.
"Saya simpan dulu isi kotak ini. Awak kena datang jumpa saya kalau awak nak tahu apa isinya,"
"Makhluk mana pula yang letak kotak ni atas meja aku?" Mia bertanya sendirian.
* * *
Sebulan berlalu. Kotak itu masih lagi tidak berusik. Mia sendiri sudah lupa hendak bertanya siapa yang memberikan kotak itu.
Dan keesokan harinya, Mia menerima sebuah sampul surat. Sekeping surat dan sebentuk cincin di dalamnya.
Saya sayang awak. Tapi saya tak mampu beritahu awak. Dan cincin ini, simpanlah kalau awak mahu. Apa pun yang awak lakukan, jangan buang cincin ini merata-rata tempat.
"Asha, kau nampak siapa yang beri surat ini?"
"Tak nampak. Aku keluar tadi,"
Misteri belum terungkai.
2 comments:
Wah...agak2 cik nis ni dilamun cinta apa..hehehe
admirer g tu...
ni fiksyen harap maklum.. hahaha..
Post a Comment