Showing posts with label Luahan Rasa. Show all posts
Showing posts with label Luahan Rasa. Show all posts

Sunday, September 25, 2011

What Would You Do?

Actually last night was the most informative night for me. I was not on the net but I know something very important that affect my life forever. Seriously forever.

No wonder school feel like hell at the time I was to sit for SPM. It was meant by some people to be like that so that a crime would not be revealed.

All was planned well. Yes, all was planned well. Congratulations to that criminal, he hid his crime well. But not that well. I still got my hands on it.

No wonder you look scared when you I try to make you reveal who you're in love with when I was at school. No wonder you want to hide it so much.

I know people would not care about me too much. It is okay if I move even I have to sacrifice my results. It is okay as long as you doing that to my best friend is not revealed. As long as we're separated.

Separated? You can separate our bodies but not our minds.

Do you think we are silly? Why, then, we are going to school? Do you think you can run away?

Do you think you can say sorry? What do you think you're doing to her?

From this moment on, I will never trust a counselor. Wait, have I ever believe in them, anyway?

Friday, September 9, 2011

Sekejab Sahaja

Lama tak menulis membuatkan aku merasa janggal mengarang lagi. Bukan aku sengaja tapi sebenarnya kebebasan aku menulis sudah digugat. Apa pun yang aku lakukan sudah tak mampu memuaskan hati aku tapi aku masih sayangkan hasil karyaku yang kebanyakannya tergantung di pertengahan jalan kerana beberapa sebab.

Bila aku jatuh hati pada seseorang, ada karyaku yang tersekat tak berpenghujung.
Bila aku terluka,
Bila aku kecewa
Bila aku marah
Bila aku putus asa, tentunya

Membuang blog ini sama ertinya dengan membuang sebuah memori manis.

Mungkin aku takkan selalu ada di sini lagi.

Mungkin aku perlu lebih tumpukan pada matlamat baru.

Mungkin Encik Novelis yang boleh bantu.

Mungkin laling Namia boleh ternak hamster di sini sebanyaknya.

Ah, abaikan.

Friday, August 26, 2011

Kembali Berlayar ke Dunia Buku

Ya aku hantu buku tegar yang tak pandai menyembunyikan keanehan itu. Kedai buku adalah satu-satunya tempat yang boleh membuatkan aku tersesat tak bertemu jalan keluar walaupun kedainya cuma cukup untuk seorang lalu di kiri dan kanan.

Buku-buku di sini murah-murah. Baru beli satu, dua buku yang menarik perhatian aku.

Tapi yang peliknya..

Setiap kali ke kedai buku pasti ada satu buku yang aku akan nampak =.=” Bahkan setiap kali lalu.

“Bekal Pengantin”

Eh, kenapa ni?

Lambat lagilah. Gigit karang buku ni. Pergi menyorok kat belakang-belakang sikit. Orang datang sini bukan nak cari buku fasal nikahlah.

Oh, ya. Novel Kahlil Gibran – Sang Nabi.

Aku ingin kembali ke dunia sastera aku. Sudah terlalu lama rasanya aku tinggalkan. Aku rindukan sastera. Aku mahukan sastera. Aku dahagakan bahasa berbunga. Terlalu dahaga.

NotaBuku:
Bila dalam hati aku ada seseorang, karya-karya lama aku akan terhenti di tengah jalan. Pilihan sama ada mahu meneruskan angan-angan cinta lama atau menggantikan kisah baru.
Aku lebih gembira walaupun dia jauh.
Tak mahu teruskan kisah lama.
Biarlah aku jadi gadis baju biru.
Terasa sempurna seketika.

Tuesday, June 28, 2011

Dedikasi Buat Seorang Teman

Semalam baru aku tahu, rupanya seorang teman itu sudah menikah dan sedang menjalani bulan madu bersama suami tercinta. Aku benar-benar terkejut. Patutlah dalam dua minggu ini aku cuba menghubungi dia tetapi langsung tidak ada jawaban daripadanya.

 

Teman baikku ini sejak zaman sekolah dahulu, selalu bersama aku suka duka. Walaupun dia juga yang sering mengusik aku dengan seseorang, malahan pernah dengan sengaja mengenakan kami berdua sewaktu hampir separuh pelajar kelasku melepak di bilik kaunseling (ya, hampir semua pelajar kelas kami ahli Kelab Pembimbing Rakan Sebaya jadi bilik kaunseling adalah tempat kami melepaskan lelah dan mencari maklumat untuk melanjutkan pelajaran sementelahan ketika itu kami berada di tingkatan lima.)

 

Dan teman ini jugalah yang berani-berani memberikan diari aku kepada lelaki itu – salah satu usikan yang aku takkan lupa sampai sekarang.

 

Nah, ternyata kamu yang mendahulukan langkah itu. Walaupun kamu katakan tempohnya ada tiga bulan lagi, dan malah mengundang aku ke majlis walimahmu, ternyata majlisnya berlangsung awal di luar pengetahuan aku.

 

11.06.2011.

 

Kalau aku tidak memeriksa wall kamu tadi malam aku tidak akan tahu, teman.

 

Walaupun kamu menyembunyikan pernikahan ini dari pengetahuanku, tetapi aku masih menghargai kerana kamu mencari aku dan meluahkan dahulu kepadaku sebelum meneruskannya. Kamu masih menghargai aku sebagai temanmu, itu yang penting.

 

Harapnya kamu dan suamimu akan bersama-sama menempuh suka duka sehingga ke syurga.

 

Untuk sahabatku Syarifah Fawwaz Syuhada binti Syed Kassim. Terima kasih atas persahabatan yang berlangsung baik meski banyak cabaran yang telah kita tempuh untuk mengekalkannya.

 

NotaBuku:
Dad, I know you read this. I’m in love. It’s not that easy to tell you but I’m not playing around. I can’t call you because each time I’m calling to tell you about him I can’t even say a word. Wait, I did give you hints before, if you notice. Even fowarded his message to you. The one who is sick and can’t get up from bed for the whole week.

Wednesday, June 15, 2011

Keretapi Malam

Kali pertama nis naik keretapi adalah pada 18 April 2009. Hari terakhir di matrikulasi. Balik selepas mengambil peperiksaan Medsi dan Munsyi – nis tak layak jadi guru dan tak layak masuk USM.

 

Sejak kali pertama tu, tak pernah lagi nis naik bas ekspres ke mana-mana. Lebih-lebih lagi nis memang ditakdirkan untuk menyambung pelajaran di utara tanah air lepas SPM. Kuala Nerang, Kedah kemudian di Arau, Perlis. Perjalanan jauh dan laluan dari Perak ke Pulau Pinang yang menakutkan di sepanjang lebuhraya menjadi punca.

 

Keretapi malam bawa banyak kenangan. nis dapat berkenalan dengan orang Kanada, pernah kena ngorat dengan orang Afrika =.=” dan gathering blogger paling unik setakat ini adalah pertemuan di stesen keretapi Taiping. Tapi nis langsung tak jejak stesen. Nak tahu apa yang berlaku? :malu Tak payahlah.

 

Tren nombor 21 membawa penumpang ke arah selatan. tren nombor 22 membawa penumpang ke arah utara.

 

nis pernah duduk di sekitar Taiping dalam tempoh lebih kurang dua bulan. Dan cuma pernah pergi ke dua tempat yang betul-betul berada di Taiping. Stesen bas Taiping dan Taman Tasik Taiping.

 

Eh, tadi bukan nak cerita tentang keretapi malam ke? Apa melalut ke Taiping ni?

 

Haha.. nis memang suka melalut.

 

NotaBuku:
Mungkin suatu hari nanti nis akan naik keretapi malam dan turun di stesen Taiping, siapa tahu.

Sunday, June 5, 2011

Take Note

1. Menipu dan memaksa tak akan menyelesaikan masalah
2. Dalam hutan tak ada jual handphone
3. Kerajaan didominasi lelaki, pekerjaan didominasi perempuan. Etika pakaian di tempat kerja ditentukan oleh yang mendominasi kerajaan.
4.Tak ada telefon awam di sini
5. Malas urus handphone yang rosak. Dah lama layak dicampak ke laut.
6. Handphone murah cuma boleh dipakai sekejap sahaja kalau jenamanya pun tak pernah nampak.
7. Habiskan RM95 di Kinokuniya. Kalau orang tak kisah aku tak makan enam bulan, aku lagi tak kisah kalau perlu beli buku dengan duit yang diperuntukkan untuk beli makanan.

NotaBuku:
Bila aku kata I DON'T CARE, I mean it.

Monday, May 30, 2011

HiPokRiT iTu BuKaN aKu

Boleh ker aku hidup luar kawasan bandar?
Aku dah terbiasa hidup di bandar tapi bila aku fikirkan kalaulah aku kena pindah luar bandar macam mana lah dengan kehidupan kau kan.. lebih-lebih tempat yang langsung tak ada hiburan ...

mesti aku meroyan tak hingat bila itu yang berlaku...
beberapa hari lepas seseorang ada kata dekat aku... "mia kerja bagus tapi ada yang kurang" aku faham apa yang orang tuh mahu katakan pada aku ... ikutkan sikap aku, aku akan meroyan tak hingat dan akan buat aku hilang kawalan kemarahan...

Puncanya aku hanya kata yang aku tak suka budak-budak dan aku tak mahukan anak .. itu saja tapi malang nya berjela jadi nya hingga buat aku sentap dan rasa mahu bunuh diri...

dua kehidupan yang berlainan dan tak lain pencaturan nya ... mungkin kalau dia ada dekat tempat aku dia juga akan katakan hal yang sama dan mungkin aku akan kata sebaliknya andai aku ada dekat tempat dia...

Susah betul nak bagi orang faham.. dan banyak mana pun kita bicarakan orang tak akan faham seenuh nya....

jadi aku anggap itu bukan perjanjian ... malah tiada perjanjian rasmi antara aku dengan dia... jadi aku teruskan kehidupan aku macam biasa sebab aku tak mahu jadi hipokrit sangat...