Friday, September 9, 2011
Blogger Hanya Tulis Fasal Politik
Pernah terjumpa spesis orang yang bila kita cakap fasal blog, dia mesti kaitkan dengan politik. Pemikiran macam ni sangat menyakitkan hati sebab aku tak tulis fasal politik pun di blog.
Blogger perempuan hanya menulis blog diari peribadi.
Blogger otai sombong, tak layan blogger newbie.
Blogger yang pakai blogspot adalah kuno.
Satu yang aku nak ingatkan. Orang stereotaip tak akan ke mana.
Friday, March 11, 2011
Projek Gempak Bloggers Malaysia
Hari ni nis dapat satu kertas kerja Projek Bloggers Malaysia daripada pemilik laman Facebook dan Blog Bloggers Malaysia.
Ya, nis salah seorang admin Bloggers Malaysia. [Jawapan kepada sesiapa yang ternampak nis tulis “Inilah tugas admin,” di kotak chat GomoFM pagi tadi.]
Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui apakah projek tergempak Bloggers Malaysia bolehlah terus ke laman fb Bloggers Malaysia seperti yang sudah dilinkkan di atas dan cicirkan alamat blog dan email anda di sana.
Sekian makluman untuk hari ini. Selamat berhujung minggu.
NotaBuku:
Blog akan tetap dikemaskini walaupun nis tak ada hujung minggu ni. Rujuk entri sebelum ini.
Friday, February 18, 2011
DJ yang Sengal
Hari ini nis nak bercakap tentang DJ.
Ya, dia seorang DJ.
Dan kalau orang tanya namanya aku akan tetap cakap, dia DJ.
Hari ini nis silap hantar mesej ke Facebook.
Kesilapan teknikal dalam bosan menonton The Social Network.
Dapat kredit dari Celcom setelah percubaan kali kedua untuk advanced credit.
Nak hantar kepada adik tapi nombor atas sekali dalam senarai di telefon genggam adalah 32665.
Dan DJ balas di komen.
Mulanya nis nak abaikan saja.
Tapi tak tahan tengok dia gelak tak hengat*.
Banyaknya “))))))))))))))))))” di situ bererti dia sedang tergolek kekejangan diaphragm gelakkan aku.
Suruh seseorang masuk dan betulkan kesilapan teknikal aku.
Terima kasih laling.
DJ yang sengal.
Aku kata kalau aku online siaplah kau DJ.
Satu entri untuk DJ yang sengal.
Kau memang sengal.
Panggil aku kenja*.
Kau pun kenja*.
Hahaha..
NotaBuku:
1. “hengat” tak sesuai digunakan dalam karangan. Harap maklum.
Monday, December 6, 2010
[Ben Ashaari] Bila Blog Dah Popular
- Bila letak gambar kawin .. ala.. jual muka boleh la ...
- Bila tukar gambar lain , ala.. tukar la gambar tu balik ..
- Bila entri pendek ... ele.. entri pendek pendek je.. cam ni best ?
- Bila ramai orang masuk ... apa yang best eh blog ni ???
- Bila entri cerita peribadi .. weh lu ingat lu artis ke orang nak tau lu makan apa ??
- Bila cerita pasal politik .. weh .. lu ngan anwar ada skandal ke ? Ke ada kabel ngan najib ??
- Bila cerita pasal filem .. ada latar belakang perfileman ke ?
- Bila cerita pasal blog ... hekler.. blog pon cam kartun .. ada hati nak ajar orang ..
- Bila tak tulis apa apa ... weh..dah popular baru nak biar bersawang ??
- Bila tutup blog ... hOyehhhhh ... sapa nak popular lak pasni ?? Mari kita serbu ramai ramai ... kasi dia patah semangat !! Barulah maju negara kita ...
Tuesday, June 22, 2010
Bila hanis aleeya Buat Kerja..
Gatal tangan hendak tahu pagerank blog nis selepas beberapa bulan dibuka. Sebelum ini kali pertama nis berblog menggunakan blogspot, wordpress dan mybloglog serentak. Juga ada pengisian di akaun Friendster, Myspace dan selepas mengenali Facebook, pada Notes facebook.
[CSI: Kesakitan adalah upah bagi sesuatu yang berharga. Sama dengan No pain, no gain.]
![]() |
| Klik untuk ke blog adikk. |
![]() |
| Blog ini. |
![]() |
| Klik untuk ke blog si pemutustalian. |
![]() |
| Klik untuk baca novel bersiri Haruskah. |
![]() |
| Klik untuk tahu kehidupan seorang gadis berdarah campur. |
![]() |
| Klik untuk ke blog jejaka pilihan ramai. |
![]() |
| Klik untuk ke tengok blog serba merah. |
Alang-alang mengintip pagerank yang baru terkeluar dari senarai n/a [Not Available], apa salahnya kalau tengok pagerank teman-teman yang biasa dikunjungi, kan? Kalau mahu singgah ke blog mereka, klik sahaja pada gambar.
NotaBuku:
1. Masih ada ruang untuk peningkatan.
2. Harap dia teruskan hidup dengan tenang. Jangan fikirkan yang sudah berlaku. [Ku sudah teruskan hidupku.. Semuanya cun saja.. - Sleeq: Cun Saja]
3. Masih mencari ke mana tercicir electron valence dua biji.






