Friday, September 9, 2011
Gathering Gathering Gathering
Musykil musykil musykil. Ada apa dengan Taiping? Ada orang Taiping yang boleh bagi penjelasan?
Mungkin nis tak tahu sebab masa tinggal di sekitar Taiping dulu nis cuma duduk dalam kem dan cuma sekali atau dua keluar dari kawasan kem. Sempat juga sampai ke Taman Tasik Taiping.
NotaBuku:
Nak ikut gathering juga................. T_T
Wednesday, March 16, 2011
Padam?
Ampuan Awang
Segala ucap kata yang dirasakan baik dan wajar 'tuk dipapar wajar dikekal, usah dipadam kerana tindakan memadam 'bakal' menjatuhkan 'kredibiliti' kalian dalam menyampaikan sesuatu yang benar. Usah khuatir, selagi tak bercanggah dari sisi agama, tiadalah masalah adanya..
Segala ucap kata yang dirasakan baik dan wajar 'tuk dipapar wajar dikekal, usah dipadam kerana tindakan memadam 'bakal' menjatuhkan 'kredibiliti' kalian dalam menyampaikan sesuatu yang benar. Usah khuatir, selagi tak bercanggah dari sisi agama, tiadalah masalah adanya..
Friday, March 11, 2011
Misi Tiga Hari
Oh, sebelum terlupa nis nak tunjuk jumlah PV sedia ada. Tak jauh beza sebenarnya. Kalau ada yang kata jauh beza pun nis beri peluang kepada Namia untuk promosikan entri dia di Facebook. Tiga hari nis tak ada internet jadi nis cuma boleh kemaskini status melalui telefon. Kira adil kan?
![]() |
| PV blog nis sejak ada statistik blog Blogger in Draft. |
![]() |
| PV blog Namia. |
Tak jauh mana pun beza kan.

Friday, February 18, 2011
DJ yang Sengal
Hari ini nis nak bercakap tentang DJ.
Ya, dia seorang DJ.
Dan kalau orang tanya namanya aku akan tetap cakap, dia DJ.
Hari ini nis silap hantar mesej ke Facebook.
Kesilapan teknikal dalam bosan menonton The Social Network.
Dapat kredit dari Celcom setelah percubaan kali kedua untuk advanced credit.
Nak hantar kepada adik tapi nombor atas sekali dalam senarai di telefon genggam adalah 32665.
Dan DJ balas di komen.
Mulanya nis nak abaikan saja.
Tapi tak tahan tengok dia gelak tak hengat*.
Banyaknya “))))))))))))))))))” di situ bererti dia sedang tergolek kekejangan diaphragm gelakkan aku.
Suruh seseorang masuk dan betulkan kesilapan teknikal aku.
Terima kasih laling.
DJ yang sengal.
Aku kata kalau aku online siaplah kau DJ.
Satu entri untuk DJ yang sengal.
Kau memang sengal.
Panggil aku kenja*.
Kau pun kenja*.
Hahaha..
NotaBuku:
1. “hengat” tak sesuai digunakan dalam karangan. Harap maklum.
Thursday, July 1, 2010
Ariff Shah Pulang ke Gagang!
Dalam entri itu, Ariff tinggalkan pesanan supaya sebarkan (share) entrinya di Facebook. [Dah terlebih rajin pula siap buat entri segala bagai..]
Ada juga tips untuk mengelakkan diri daripada terperangkap di lapangan terbang, terutama sekali bagi orang yang kurang berminat bersusun panjang di kaunter check-in di lapangan terbang.
![]() |
| Kucing ni comellah.. |
Friday, June 11, 2010
Entri Pertama dari Windows Live Writer
Hari ini baru dapat periksa keputusan peperiksaan akhir UiTM semester lepas. Agak baik daripada keputusan peperiksaan semester pertama. Semua lulus dan tidak ada subjek mengulang seperti semester lalu.
Hari ini juga Hari Buat Nakal dan Hari Spam. [Gelak]. Habis semua wall teman-teman di FB diterjah dan diletakkan link bertemakan keputusan peperiksaan. Portal pelajar UiTM menjadi mangsa kegeraman pelajar apabila tidak boleh diakses selama beberapa belas jam. nis sendiri menunggu 21 jam untuk tahu keputusan peperiksaan.
Siapa mahu tambah sebagai kawan masuklah ke FB nis.
Macam Budak-budak!
Saya ada satu berita!
Saya sudah atur akaun FB supaya senang dicari.
Siapa-siapa yang belum jadi kawan sila ke sana sekarang!
[Okey, cukup untuk entri kebudak-budakan.]
Tadi membongkar blog ariffshah.com. Bila ternampak cara setting username FB baru teringat hendak letak nama sendiri di profile.
Agaknya hari ini HARI TAK ADA MOOD. Semua blogger yang rapat dengan nis tak ada mood update blog. [Sedih.]


