Showing posts with label ringkas. Show all posts
Showing posts with label ringkas. Show all posts

Tuesday, September 27, 2011

Majlis Rumah Terbuka Blogger Perak Sekalung Kasih

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Pihak Blogger Perak merancang untuk mengadakan majlis jamuan yang turut disertai oleh golongan anak yatim . Di dalam erti kata lain majlis pertama yang diadakan bukan untuk ahli Blogger Perak tetapi khas untuk anak yatim . Berikut adalah maklumat mengenai majlis ini.

Tempat: Dewan Orang Ramai Taman Suria, Taiping
Tarikh: 2 Oktober 2011
Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
BAYARAN: RM20 [makanan]
SUMBANGAN: terpulang kepada kemampuan dan keikhlasan anda. [ini adalah untuk menampung perbelanjaan cenderahati dan sumbangan kepada anak yatim]
*kepada sesiapa yang tidak dapat menghadirkan diri masih boleh menjayakan program ini dengan memberi SUMBANGAN IKHLAS anda.
Untuk membuat sumbangan boleh layari
Blogger Perak Group

Sumber: BloggerPerak.com

Sunday, September 11, 2011

Laling ^__^


Dear laling ^__^


Dalam kita bergurau senda, dalam kita begelak tawa, dalam ketidak persefaham bicara kita, dalan setiap apa yang kita lakukan ada kalanya ada atau tidak sedar kita terasa hati kan kan kan ...

Namun...
kita rasa selesa kerana dapat perkongi semua hal tanpa ada batasan, walaupun ada masanya ada benda yang tidak dapat kita kongsi bersama..

Kerana...
tiada keraguan, tiada perasan curiga yang ujud dalam persahabatan kita, tiada sifat dengki, tiada perasan iri hati...

begitu cepat masa berlalu...
kita tak mahu apa-apa, cuma kita mahu jadi kawan laling buat selama-lamanya itu sudah mencukupi.. kita
tak mintak balasan apa yang telah kita lakukan, dan kita tak harapkan balasan.. cukup sekadar jadi kawan kita dan percaya akan persahabatan kita ini... susah se
nang kita kan lalui bersama, mungkin esok-esok kita tak akan tahu apa yang akan berlaku kan kan kan...





Friday, September 9, 2011

Gathering Gathering Gathering

Masa nis di Bandung ramai orang ajak ikut gathering tapi itu mustahil sebab semuanya dibuat di Malaysia. Tapi yang musykil, kebanyakan gathering dibuat di Taiping sedangkan yang ikut gathering tinggal di sekitar Seri Iskandar dan Ipoh.

Musykil musykil musykil. Ada apa dengan Taiping? Ada orang Taiping yang boleh bagi penjelasan?

Mungkin nis tak tahu sebab masa tinggal di sekitar Taiping dulu nis cuma duduk dalam kem dan cuma sekali atau dua keluar dari kawasan kem. Sempat juga sampai ke Taman Tasik Taiping.

NotaBuku:
Nak ikut gathering juga................. T_T

Tuesday, August 9, 2011

Aku dan Diriku #2

Aku penyair sepi yang berjalan di atas alam dengan izin Tuhanku.

 

Bergelandang aku terseretlah dosa pahala tak ku tahu jumlahnya berat ke mana; kanan atau kiri itu syurga dan nerakaku ditentukan olehnya.

 

Bumi tempat aku berpijak ini hanyalah untuk sementara dan aku pasti aku akan pergi meninggalkan fananya dunia.

 

Berbahang dalam dunia ini seperti itu bahangnya neraka malah lebih panas lagi maka aku harus tabah menahan sinarnya mentari bumi sebelum terik matari di mahsyar.

Sunday, June 26, 2011

26 Jun 2009

Eh, sekejap. Aku silap tarikh ke?

 

Tak, sebenarnya tarikh tu tak silap pun.

 

26 Jun 2011 menandakan masuk tahun ketiga aku jadi mahasiswi UiTM secara sah.

 

Ya, dua tahun sudah berlalu. Dan dua tahun lagi akan menyusul.

 

Masih ada empat semester untuk mempertaruhkan segulung kertas yang dipanggil ijazah.

 

Empat semester juga akan menentukan tertunainya sebuah janji.

 

8666779992 5527778862 3266 442664447777 2555339992.

Tuesday, June 14, 2011

LaLinG PeRgi BanDuNG BLoG KeNa SeRanG HamsTeR

My laling tak ada pergi bandung seminggu ... jadi aku yang akan take over blog nieh untuk seminggu (acik tak) tak kira suka atau tak aku take over jugak untuk seminggu .. bukan lama pun seminggu jer ...

Mana ahli sihir hensem nieh .. letih aku tunggu hamster kaler pink tak sampai-sampai .. hahahaha lawak ... ok kejap nak letak hamster kaler pink banyak-banyak dalam entry nieh ... bagi tuan punya blog nieh sakit jiwa kejap tengok hamster kaler pink ....


Tak baik lah buat macam tuh ... Pasal hamster kaler pink tuh aku main-main jer bukan betul-betul pun ....

Pergilah bercuti dengan gembira pasal blog nieh jangan risau aku tolong jagakan .. tak akan ada bulu hamster kaler pink pun hahahahahahah lawak ...


Kod untuk Hamster : "ada nakmpak hamster yang hilang"


Nota #1

Blog dah bersarang hamster :erk

 

Eh, betullah. Tak nampak dua ekor hamster pink kat tepi tu?

Eh, sekejap.. Ini bukan nota cinta untuk seorang lelaki ok… :entah

 

Dalam seminggu ni nis tak ada. Tapi tak sampai hati nak tinggalkan blog bersawang dan bersarang hamster. Nanti daripada dua beranak-pinak pula tikus-tikus hamster warna merah jambu tu di sini.

 

Oh, sila jangan bayangkan hamster tu beranak. Maksud nis, hamster tu panggil kerabat dia dari Batu Kurau *ya, laling Namia ada tempah hamster warna merah jambu daripada Encik Ahli Sihir dan dia suruh post ke Shah Alam – dan laling Namia yang akan kawalselia blog ni sepanjang nis tak ada. Itu yang merisaukan tu :takut*

 

NotaBuku:

Kod rahsia untuk hamster : “Jangan Sentuh”

Sunday, March 20, 2011

Yaumul Miladiy Saeed

Ila sadiqati Umi Nazreen wa Syarifah Fawwaz Syuhada. 20 Maris 1990.

Ila sadiqi Mohd Faizal Sulaiman. 19 Maris 1990.

Ila sadiqati Siti Sarah Kassim. 18 Maris 1990.

Uhibbukum fillah abadan abadaa..

Ila najah fi hayah..

 

Hahaha.. Rasa macam kelakar pula cakap bahasa Arab tapi tulis rumi. Apa-apa pun, senarai nama di atas semuanya nama kawan-kawan sekolah dan matrikulasi. Selamat ulangtahun ke 21 dan selamat melangkah ke alam kedewasaan.

 

Akan datang: Nurul Aina Mohd Zamri, 23 Mac 1990.

 

nis? Lambat lagi.

Wednesday, March 16, 2011

Padam?

Ampuan Awang

Segala ucap kata yang dirasakan baik dan wajar 'tuk dipapar wajar dikekal, usah dipadam kerana tindakan memadam 'bakal' menjatuhkan 'kredibiliti' kalian dalam menyampaikan sesuatu yang benar. Usah khuatir, selagi tak bercanggah dari sisi agama, tiadalah masalah adanya..

Friday, March 11, 2011

Projek Gempak Bloggers Malaysia

Hari ni nis dapat satu kertas kerja Projek Bloggers Malaysia daripada pemilik laman Facebook dan Blog Bloggers Malaysia.

 

Ya, nis salah seorang admin Bloggers Malaysia. [Jawapan kepada sesiapa yang ternampak nis tulis “Inilah tugas admin,” di kotak chat GomoFM pagi tadi.]

 

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui apakah projek tergempak Bloggers Malaysia bolehlah terus ke laman fb Bloggers Malaysia seperti yang sudah dilinkkan di atas dan cicirkan alamat blog dan email anda di sana.

 

Sekian makluman untuk hari ini. Selamat berhujung minggu.

 

NotaBuku:

Blog akan tetap dikemaskini walaupun nis tak ada hujung minggu ni. Rujuk entri sebelum ini.

Tuesday, March 8, 2011